Aku peIuk mak sambil nangis-nangis sebut nama penuh aku dan cakap aku ni anak dia. Mak tolak aku dan kunci pintu

Sejak mak ayah bercerai, ayah jaga aku. Ayah selalu puji mak, ayah tunjuk gambar mak sekali nama penuh. Bila ayah meninggaI, aku nekad cari mak. Aku pergi rumah mak, aku peIuk. Mak cepat – cepat tolak, kunci pintu. Aku pelik selama ni ayah cakap, mak orang baik. Ayah tipu ke?

#Foto sekadar hiasan. Aku Linda, aku sekarang dah berumur 26 tahun dan aku masih bujang. Aku nak buat satu confession about aku yang merupakan anak yang selalu dianggap sebagai pembawa maIang oleh mak aku sendiri iaitu wanita yang menumpangkan rahimnya 9 bulan 10 hari untuk aku.

Aku dari br0ken family, mak dan arw4h ayah aku bercerai masa aku 6 tahun. Aku bukan anak tunggal, atas aku ada seorang abang dan bawah aku ada dua orang adik lelaki yang mana abang dan adik bawah aku seibu seayah, manakala yang bongsu anak seibu tapi lain bapa.

Lepas mak dan arw4h ayah aku bercerai, mak bawak abang dan adik lelaki aku pindah Selangor, manakala arw4h ayah memilih untuk jaga aku di Kelantan. Arw4h ayah bukan orang baik, arw4h ayah selalu kena kutuk sebab dia bekas pen4gih, tapi bagi aku arw4h ayah adalah lelaki paling aku kagumi.

Lepas mak bercerai dengan arw4h ayah, untuk tempoh empat tahun, aku dijaga oleh arw4h nenek (mak ayah). Lepas arw4h ayah keluar dari pusat pemulihan, arw4h ayah jaga aku tapi kami menumpang di rumah arw4h nenek.

Arw4h Nenek aku baik jer, cuma adik – adik arw4h ayah tu kurang senang bila arw4h ayah dan aku menumpang di rumah nenek. Adik – adik arw4h ayah orang berjaya, tapi bila arw4h nenek aku start str0k, arw4h ayah lah yang jaga arw4h nenek.

Adik beradik arw4h ayah yang lain cuma tahu bincang tanah pusaka arw4h nenek dan p4ksa arwah nenek untuk tukar nama tanah tu kepada nama mereka. Arw4h Ayah sikit pun tak marah pasal tu sebab arw4h ayah malas nak ambik tahu.

Kata arw4h ayah, jangan berbahas dengan orang yang b0doh, nanti kita jadi b0doh. Lepas nenek meninggaI, masa tu umur aku baru 12 tahun, adik beradik arw4h ayah halau kami dua beranak dari rumah pusaka arw4h nenek padahal tanah tu nama arw4h ayah.

Dan sekali lagi arw4h ayah tak ambik apa – apa tindakan. Masa tu aku cakap kat arw4h ayah yang aku nak berhenti sekolah sebab aku tak nak tengok ayah siang malam kerja dan tak cukup rehat sebab nak pasti yuran sekolah aku berbayar, baju sekolah apa semua ada.

Tapi arw4h ayah berkeras untuk aku terus belajar. Arw4h ayah buat macam – macam kerja kampung sampai pernah sekali tu dia patah kaki sebab jatuh dari atap masa betulkan atap rumah orang kampung. Arw4h ayah tak rehat tau walaupun kaki dia patah sebeIah kanan dan terp4ksa bertongkat. Dia gigih jugak buat kerja lain.

Bayangkan, tiap pagi arw4h ayah akan buatkan aku sarapan lepas dia solat subuh berjemaah dengan aku, dan lepas dia hantar aku ke sekolah, dia akan mulakan rutin kerja dia as orang yang ambik upah buat kerja – kerja kampung.

Lepas tu, dia akan jemput aku dan masa tu kami cuma naik basikal jer. Arw4h ayah strugle sampai lah aku habis SPM. Rumah yang kami duduk masa tu adalah rumah sewa rumah kayu biasa jer. Sepanjang arw4h ayah besarkan aku, dia tak pernah cerita buruk – buruk pasal mak aku.

Dia siap cakap mak aku baik, cantik, lemah lembut, dan macam – macam lah dia puji mak aku. Dia pun cakap yang aku ni bukan anak tunggal, aku ada abang and adik. Benda tu aku tahu cuma aku lupa macam mana tah rupa mak dan abang adik aku sebab dah lama tak jumpa.

Kemudian, arw4h ayah tunjukkan aku satu keping gambar kahwin dia dengan mak aku. Dia siap tulis nama penuh mak aku kat belakang gambar tu. Dia kata “Kalau ayah pergi dulu, Angah jangan nangis tau. Angah anak Ayah yang kuat. Nanti bila ayah tak ada, Angah jaga lah mak dengan adik – adik ya”.

Dan macam yang arw4h ayah pesan tu, lepas arw4h ayah meninggaI, masa tu umur aku 18 tahun, aku pun bawa diri ke Selangor untuk bekerja dan dalam masa yang sama untuk cari mak dan adik beradik aku. Dalam hati, aku berharap lah yang mak aku akan rasa bersyukur sebab jumpa aku balik sesungguhnya aku rindu dengan mak dan adik beradik yang lain.

Rindu yang tak ternoktah dan tak mampu aku jelaskan. Siang malam aku berharap mak aku akan jumpa aku dan peIuk aku selayaknya seorang ibu mengasihi anak perempuannya. Aku pergi merantau ke selangor guna duit simpanan tabung buluh arw4h ayah.

Tak banyak tapi cukup untuk tambang bas dan bilik sewa aku kat sana. Beberapa hari lepas aku dapat bilik sewa, aku dapat pulak kerja kat satu restoran di Selangor yang bagi aku gaji dia pun berbaloi sebagai starting aku kat situ.

Aku teringat gambar kahwin mak dan arw4h ayah yang aku simpan, belakang tu kan ada nama full mak. Jadi aku search lah kat facebook kot – kot mak ada account facebook. Atleast boleh lah aku tahu mak aku tu masih hidup, duduk kat mana apa semua.

First try aku, yaaa aku jumpa account mak. Account facebook tu aktif, ada jer mak updated itu ini. Gambar abang dan adik lelaki aku pun ada. Tapi Arw4h ayah cakap, aku cuma ada seorang adik lelaki, tapi kenapa dalam gambar ada dua orang.

Dan kat situ aku buat satu rumusan yang mak dah berkahwin lain. Mula – mula terdetik kat hati rasa agak kecewa, mak boleh pulak kahwin lain eh tanpa fikir pasal aku or arw4h ayah. Namun bila aku fikir balik, siapa aku untuk menghalang mak dari bahagia.

After aku scroll all of posting mak dari yang dulu sampai yang latest, aku perasan mak ada tag location dia kat satu gambar yang masa tu mak story kat situ dia baru pindah rumah. So kat situ aku estimate yang tulah rumah mak.

Aku search jarak rumah mak ke bilik sewa aku, Allah dekat jer. Nampaknya Allah betul – betul permudahkan urusan aku. Maka bermulalah pencarian aku sebagai anak yang terasing oleh kasih seorang ibu. Aku berharap mak akan happy tengok aku dah besar panjang.

Hari pertama aku munculkan diri depan mak, depan pintu pagar rumah mak, ada seorang budak lelaki umur dalam 8 tahun macam tu, dia teriak “mak ada orang datang?”, mungkin tu anak baru mak kot. Aku tersenyum, comelnya adik aku.

Bila mak keluar dari pagar rumah untuk jumpa aku, hati aku rasa berdegup laju. Air mata aku rasa tak mampu nak tahan. Aku pun tak mampu elak untuk terus peIuk mak. Bila aku peIuk mak sambil nangis – nangis menyebut yang nama full aku dan aku ni anak dia, lain pulak feedback yang aku dapat.

Mak cepat – cepat lepaskan peIukan aku. Dia terus masuk rumah dan kunci pagar macam aku ni dia langsung tak kenal. Allahhh. Aku tak boleh lupa. Aku berharap satu hari nanti mak boleh terima aku. Selepas 3 tahun aku duduk kat Selangor dan macam – macam usaha aku buat untuk yakinkan mak aku ni anak dia, aku rasa usaha aku tak berbaloi.

Abang aku dan adik bawah aku jer mampu terima aku sebagai adik beradik sed4rah sedaging. Adik bongsu aku tu dia macam tak suka dengan aku. Dan beberapa kali aku pergi rumah mak sebab abang aku jemput makan sekali, aku dapat layanan yang kurang senang dari suami baru mak.

Layanan yang kurang senang tu bukan bermaksud laki baru mak tu pukuI or m4ki hamun aku. Bila aku bermalam di rumah mak sebab abang aku takut aku balik malam – malam buta seorang diri, naik motor pulak tu. Ada jer laki baru mak tu buat yang buat aku kurang selesa contohnya pasal penggunaan toilet.

Kalau aku tido rumah mak, mak akan suruh aku tido kat store. Store tu tak ada toilet jadi memang kena pakai toilet luar. Toilet luar pulak memang luar dari rumah. Kadang – kadang bila aku dok guna toilet, aku dengar ada suara tapak kaki orang kat luar.

Padahal masa tu dah 2 – 3 pagi. Bila aku bukak pintu, aku tengok bapak tiri aku ada depan pintu. Aku hampir teriak tapi bapak tiri aku suruh senyap dengan mengugvt dia akan buat mak aku benci lagi kat aku. Kadang – kadang adalah dia cuba nak buat benda tak elok tapi aku bukan yang merelakan.

Aku akan Iawan tak bagi dia sentuh aku. Kadang – kadang aku tertanya, mak aku ni kahwin dengan binatang ke? Ke sy4itan? Lepas kes tu, aku ada bagi tahu abang aku. Abang aku pun pernah g4duh pasal benda tu dengan ayah tiri aku.

Tapi tah macam mana, mak aku boleh halau abang aku keluar rumah. Dan sebab kes tu m4kin benci mak aku kat aku. Bila abang dah tak duduk dengan mak, memang takde lah aku nak datang rumah mak. Kalau sebelum ni masa abang duduk dengan mak, mesti abang yang jemput aku untuk sertai aktiviti keluarga walau mak tak suka.

Aku pernah lah terfikir yang aku nak rapatkan balik hubungan mak dengan abang. Tapi gagal. Mak siap cakap yang aku ni pembawa maIang. Kadang – kadang tu aku tertanya yang selama ni arw4h ayah cakap pasal mak tu kenapa tak sama.

Arw4h ayah tipu aku ke? Dah lama kemudian, mak bercerai dengan suami tak guna dia tu. Hmm… susah kalau tak percaya cakap anak sendiri. Last – last kantoi depan mata yang suami gatal dia tu boleh bawak perempuan lain masuk rumah siap buat benda – benda maksi4t.

Tak cukup tu, badan mak pun penuh dengan Iebam – Iebam sampai nyawa nyawa ikan, mujur hari tu abang tergerak hati nak balik untuk jenguk mak walaupun dia tengah marah dengan mak. Lepas mak bercerai, mak dah tak kerja kat kantin sekolah macam sebelum ni.

Jadinya aku dengan abang dah bertekad untuk sama – sama tolong mak bayar rumah sewa, api elektrik, adik – adik sekolah apa semua. Lama jugaklah aku tolong mak handle itu ini sampaikan bila abang aku kahwin, aku sorang lah kena handle.

Namun, mak tetap mak. Mak tak berubah langsung. Dia masih benci aku. Dia selalu ulang ayat yang sama, “Angah kau tu memang pembawa maIang”. Kata – kata mak tu ibarat doa, dan hari – hari aku terasa kelam. Masa umur aku 24 tahun, aku terlibat kemaIangan.

Dan aku tak mampu dah bekerja yang berat – berat macam dulu. Jadi aku pun slow down, aku buat bisness online. Tapi aku masih sedaya upaya tanggung everything. Dan yang paling aku tak boleh lupakan, aku pernahlah ada customer ni mintak cod barang.

Rumah customer ni dekat jer. Dia nak guna barang tu esok, barang tu baju kurung tau bukan d4dah ke apa. Tapi sebab kan aku delivery tengah malam, mak aku syak aku buat something. Dia tak tanya pun aku buat apa, dia tak ambik tahu pun.

Yang dia tahu fikir buruk – buruk pasal aku dan dia burukkan aku dekat jiran – jiran. Kadang – kadang tu aku terp4ksa g4duh dengan jiran sebab aku tak suka orang cakap buruk pasal aku lagi – lagi benda tak betul. Then mak aku akan backup jiran tu dengan cakap aku ni anak paling derh4ka.

Benda tu buat sekali lagi aku g4duh dengan mak and aku tekad untuk bawa diri. Penat tau menegakkan benang yang dah basah, dah terang lagi bersuluh usaha aku selama ni tak pernah dihargai, doa aku pun macam tak valid untuk mak, hati aku pun m4kin h4ncur dengan mak, jadi aku angkat kaki.

Aku jadi malas dah nak kesah pasal mak. Abang aku tu pulak mula lah kata aku tak nak jaga mak. Mak pulak m4kin mengata macam – macam pasal aku kat abang sampai abang dengan kakak ipar aku pun pandang serong.

Dah alang – alang kewujudan aku pun tak dianggap, biarlah aku bawak haluan sendiri. Masa umur aku 26 tahun ni, aku dapat beli kereta and rumah sendiri. Masa tu aku post lah kejayaan aku kat facebook, tiba – tiba aku dapat komen dari mak yang kata kejayaan aku tu dari hasil h4ram dan tak berkat.

Aku baIas komen dia yang hasil tu halal dan berkat. Simple as that tapi cukup buat dia terasa. Jadi kesimpulannya, kalau ada orang yang hadap benda macam aku ni. Tak apa lah, mak tak nak kau, kau jangan beriya. Nanti dia jugak yang ditanyakan about amanah (anak).

Kalau ada aku ni buat mak banyak d0sa sebab hari – hari nak m4ki aku anak maIang, jadi tak apa lah biar aku letak penghadang antara aku dengan mak. Sekurangnya mak tak m4ki aku dan dapat d0sa. – Linda (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

IKON CLUB : Sebak baca part arw4h ayah puji mak. Ayah tak pernah burukkan mak depan angah sebab ayah tak nak angah benci mak. Baiknya ayah. Semua orang boleh berubah ke arah kebaikan dan ayah dah buat yang terbaik untuk jaga dan besarkan angah.

Angah jangan lupa ya doakan dan sedakahkan al fatihah untuk mak ayah angah. Angah pun dah buat yang terbaik untuk berbaik dengan mak. Mesti ada sebab kenapa mak macam tu. Hanya mak dan ayah je tahu kenapa mak taknak jaga angah dan kenapa mak layan angah macam tu.

Mashitah Mashie : Kadang – kadang lebih baik tak berjumpa. At least kita akan kekal anggap mak tu orang yang baik – baik sajakan. Sebab bila dah berjumpa dan kenal hanya buat hati m4kin terIuka. Take care Linda…akak tahu awak baik orangnya. Hasil didikan arw4h ayah awak. Semoga syurga buat arw4h.. aamiinn..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.