Aku pelik bila abah ada duit banyak, per4ngai dia terus jadi baran. Sehinggalah aku terbaca luahan hati mak

Saat harga minyak kelapa sawit tinggi menjulang, mak aku langsung tak gembira, malah bertambah sedih. Abah aku ada sifat yang pelik, bila banyak duit, dia akan jadi garang, dan sombong. Satu hari aku terbaca luahan hati mak. Mak tulis dekat kertas kosong dan mak gumpal buang tepi tong sampah.

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum. Sebelum aku luahkan perasaan ini, aku kenalkan diri aku dulu, aku bahasakan diri aku sebagai bongsu. Sebab aku anak bongsu. Aku ada 4 beradik. Kami membesar di kawasan perkampungan felda.

Hidup di felda sebagai anak bongsu tidak lah terlalu susah sebenarnya. Tambahan pula adik beradik aku hanya 4 orang. Aku mempunyai ibubapa yang sangat rajin. Arw4h mak aku surirumah. Tapi arw4h mak aku bukan goyang kaki di rumah.

Arw4h Mak aku mengambil upah menjahit. Abah aku pulak sangat rajin meneroka tanah. Tak cukup 10 ekar tanah yang felda bagi, diterokanya pula tanah – tanah hutan berhampiran ladang, hampir 10 ekar tanah lain abah aku teroka untuk tanam kelapa sawit.

Hidup kami nampak normal, orang kampung selalu puji abah aku. Kata mereka untung jadi isteri abah aku. Untung jadi anak abah aku. Kaya kata mereka. Tapi kenyataannya, hanya keluarga aku yang tahu per4ngai sebenar abah aku.

Abah aku sangat kedekut. Nafkah pada arw4h mak aku memang tak ada, katanya dah disediakan tempat tinggal, dah diberi makanan, selesai tanggungjawabnya. Makanan yang dimaksudkan adalah dari kedai felda. Untuk pengetahuan semua, setiap felda di kampung aku akan ada sebuah kedai macam mini market.

Jadi penduduk boleh ambil saja barang – barang di kedai dan masuk buku hutang, hasil ladang akan terus dip0tong hutang tersebut. Kedai tu hanya jual keperluan kering sahaja. Barang basah untuk masak, biasanya penduduk kampung akan beli dengan van bergerak.

Jadi memang perIukan duit untuk beli barangan masakan. Abah aku tahu hal ini. Tapi kerana sifat kedekut dia, mak aku terp4ksa bekerja dari rumah untuk beli makanan, pakaian anak – anak, buku sekolah anak – anak. Aku masih ingat, saat harga minyak kelapa sawit tinggi menjulang, mak aku langsung tak gembira, malah bertambah sedih.

Abah aku ada sifat yang pelik, bila banyak duit, dia akan jadi garang, dan sombong. Langsung tak boleh diajak bercakap, mata sentiasa melilau dan garang. Aku paling takut moment bila tahu abah banyak duit. Pelik kan.

Pernah masa aku sekolah menengah, cuaca sangat panas, tambahan rumah kayu. Aku buka kipas, tiba – tiba abah balik dan humban kipas ke luar. Sejak itu, aku tak balik dari sekolah tiap kali tengahhari. Aku akan ke perpustakan sekolah sebab di sana ada kipas dan orang tak marah – marah.

Bila petang baru aku balik. Aku sangat kesian dengan mak aku. selalu kena marah dengan abah. Selalu kena m4ki dan pernah sekali kena t4mpar dengan abah aku. Semuanya kerana mak mintak duit. Jadi sebab kesiankan mak, aku tak pernah mintak duit belanja sekolah dengan mak.

Sejak sekolah, aku buat perniagaan kecil – kecilan. Alhamdulilah, Allah murahkan rezeki aku. Setiap hari aku akan dapat duit rm5 ke atas. aku guna duit tu untuk tampung belanja sekolah aku. Lepas spm, aku kerja, duit aku bagi mak.

Masa aku sekolah, aku selalu berangan, aku kena culik, kena bawak lari jauh – jauh.. pelik kan. Lepas sekolah, aku mintak untuk belajar dekat universiti paling jauh dari rumah aku. Alhamdulilah… Aku dapat ke universiti yang memerIukan aku naik kapal terbang untuk sampai.

Mula – mula aku dapat tawaran, aku bagitahu abah. Abah bukan gembira, tapi dia tanya aku, camana nak belajar, sapa nak tanggung. Nak ambik duit kat mana?. Aku memang dah agak itu saja lah yang abah fikir. Aku bagitahu mak, mak kata bijak anak mak, nanti mak hantar awak.

Padahal mak tak ada duit langsung. Sedangkan masa tu kelapa sawit tengah mahal. Ladang abah 20 ekar kot. Aku tak mintak duit abah, aku isi borang mara, aku isi bantuan felda, aku isi pinjaman awal ptptn, aku jumpa yb, akhirnya mak dan abang ipar aku yang hantar aku ke lapangan terbang.

Abah? Tak nampak bayang pun. Sehinggalah aku habis belajar, abang ipar yang datang ke konvo aku. Mak datang masa konvo kali ke 2 aku. Abah? Langsung tiada. Sekarang aku dah kahwin. Lepas belajar aku terus kawin. Aku nak cepat – cepat keluar dari keluarga aku sendiri.

Abah masih kedekut. Orang kata kalau orang tua dengan cucu tak kedekut. Tapi abah masih kedekut. Cuma kalau cucu pandai bodek, dapat lah. Tapi bersiap lah untuk jadi kuIi tok abah sehingga tok abah puas hati. Aku selalu balik kampung sebab ada mak.

Setiap bulan aku bagi 10% duit gaji aku pada mak. Aku selalu ajak mak pergi shopping. Mak suka shopping kedai RM2, kedai diy. Barang yang mak beli pun selalunya untuk cucu – cucu. Setiap minggu aku balik kampung untuk jumpa mak.

Aku nampak mak dan abah dingin. Sama seperti zaman muda mereka. Mak pun ada bagitahu abah masih tak bagi nafkah pada mak. Tapi mak tak kisah dah pasal duit sebab anak – anak mak bagi duit pada mak, mak pun dah tak perlu nak fikir pasal beli baju anak, pasal beli bahan masakan.

Mak kata mak masak apa yang abah beli saja. Kalau abah tak beli, mak ambik ulam – ulam keliling rumah cicah budu. Mak dah tak peduli abah nak marah ke, nak m4ki ke. Mungkin hati mak dah tawar. Mak bertahan pun sebab anak.

Sehinggalah abah beli kereta 4×4, hilux. Kereta abah selalu buat hal. Rosak sana sini. Duit hasil kelapa sawit abah habis untuk baiki kereta saja. Dan abah lepaskan kemarahan dekat mak. Aku dapat tahu bila aku terbaca luahan hati mak.

Mak tulis dekat kertas kosong dan mak gumpal buang tepi tong sampah. Kebetulan aku ternampak kertas tu, aku baca. Menitik air mata aku. Aku tak bagitahu mak, aku tak tanya mak, tapi aku ajak mak tinggal dengan aku seminggu.

Aku mintak izin abah aku. Abah kata, “ambik lah mak tak guna ko tu, benci dah aku tengok”. Mak diam aku ajak mak dengan alasan untuk jaga anak – anak aku sebab pengasuh demam. Mak akhirnya setuju. Sepanjang seminggu mak di rumah aku, aku ajak mak makan di kedai.

Aku ajak mak ke pantai. Aku langsung tak tanya tentang perbuatan abah pada mak, dan mak langsung tak cerita. Lepas seminggu mak ajak balik. Aku berat nak bagi mak tinggal dengan abah, tapi aku terp4ksa hantar. Masa hantar mak balik, angin abah dah ok.

Lepas kejadian itu, setiap hari aku call mak, aku bagitahu adik beradik aku, kami sepakat kerap balik kampung. Kakak aku gunakan anaknya untuk teman mak kat kampung. Kami cuba elakan mak bersendirian dengan abah.

Kereta abah memang dah jadi petunjuk yang sebenarnya duit abah tak berkat. Dari dulu lagi duit abah tak berkat, selalu habis tanpa nampak apa – apa hasil. Beli kambing, kambing m4ti, beli lembu, lembu hilang, beli kereta, kereta rosak.

Tu lah akibat tak bagi nafkah pada anak isteri. Bila muncul wabak, mak s4kit, tapi abah tak jaga mak, anak – anak berpakat untuk jaga mak. Sehingga akhir hayat mak. 2 hari sebelum mak meninggaI, abah beli hilux baru.

Sedangkan masa mak s4kit, mak ada call abah untuk mintak duit beli pampers, abah marah mak. Abah kata mak tahu mintak duit saja. Aku bagitahu mak, tak payah mintak duit abah. Duit kami adik beradik ada. Anak – anak mak ni kaya.

Aku bagitahu mak. Gaji adik beradik aku. Kak long gaji 8k, kak ngah 7k, kak cik 10k, aku 5k. Mak senyum. Sebelum ni mak tak pernah tanya gaji anak – anak mak. Aku pun sebenarnya reka saja jumlah gaji tu sebab tak nak mak rasa membebankan anak – anak.

Sebelum mak meninggaI, abah peIuk mak, abah kata abah maafkan mak. Abah nangis.. mak pergi dengan tenang. Depan aku. Aku tunggu jen4zah mak sampai pagi. Jen4zah mak bau wangi. Aku mandikan mak. Mak cantik sangat.

Kulit mak macam baby, mulut mak senyum. Abah bagi 5k untuk kakak aku uruskan jen4zah mak.. itulah kali pertama abah bagi duit kat mak tanpa mak minta. Kisah aku tak habis di sini. Lepas mak meninggaI, abah nampak sedih sangat.

Ke kubvr mak pun abah tak pergi, kononnya sedih. Tapi tak sampai 40 hari selepas mak meninggaI, abah bagitahu nak kahwin lagi. Aku tak setuju. Tapi aku diam. Akhirnya abah kahwin dengan pilihan hatinya. Aku berIagak normal.

Dengan isteri baru, layanan abah jauh berbeza. Awal – awal kawin, dibeli kereta baru untuk isteri baru. Aku balik kampung tengok ada mesin basuh baru. Sebelum raya hari tu abah mintak pasang lampu lip lap, baru meriah katanya.

Teringat masa arw4h mak masih ada, kalau arw4h mak beli lampu lip lap, mesti kena m4ki, membazir kata abah. Dengan isteri baru, bawak pergi beli kasut, beli gelang. Dengan arw4h dulu, dah lah tak bawak, bila beli kena m4ki.

Sekarang ni hubungan aku dengan abah sangat dingin. Aku jarang balik kampung, tak call, tak bagi duit poket. Hati aku tawar. Bila kakak aku bagitahu abah ada datang ke rumah dia, sedangkan rumah kakak aku dengan rumah aku tak sampai 2 km.

Aku tak rasa sedih. Bila kakak aku bagitahu abah ada call dia untuk balik makan – makan, sedangkan abah tak call untuk ajak aku, aku tak rasa apa – apa. Tadi abah aku ada datang dengan mak tiri aku. Mak tiri bagitahu dia ada bawak gulai kawah bagi kat kakak aku saja.

Abah singgah rumah aku pun sebab nak hantar anak aku yang tertinggal kat rumah kakak aku. Aku senyum saja. Aku salam dengan abah aku pun sekadar salam tanda hormat. Tiada lagi rasa kasih. Sampai bila hati aku nak tawar ni.

Abah pun macam dah tak sayangkan aku dah tak perdulikan aku. Doakan aku menjadi aku yang dulu.. Aku nak sayang abah macam aku sayang mak. – Bongsu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ruby A. Rashid : Kalau tidak mengasihi sudah tentu tidak akan dikasihi. Jangan diruntun hati adik kerana tawar hati menyayangi Abah, cukuplah hormat Dia sebagai Ayah, kasih sayang bukannya auto lahir di hati Dik, kasih sayang perlu dipupuk.

Kuatkan semangatmu Adik, teruslah berdoa untuk Arw4h Bonda, kasih sayang Adik kepada Arw4h Bonda takkan putvs dek berpisah di dunia. Semoga hidup Adik dirahm4ti Allah SWT.

Nura Bahari : Didoakan semoga arw4h mak tt di tempatkan di kalangan orang – orang yang beriman. Yang sedang memilih mana – mana pintu syurga yang dikehendakinya. Bagus mak tt, masih minta duit dari suami nye walaupon tau takkan dapat.

Tapi sebab dia nak selesai urusan dengan suaminya, dia tetap minta nafkah dia. Memang wujud taw manusia macam ayah tt ni. Kadang – kadang aku pon tak paham, lelaki ni nak ape sebenarnye ye. Bini yang terima ko dari kemiskinan, doa ko siang malam selamat pegi balik rumah, didoakan dimurahkan rezeki selalu, itu lah duk dim4ki hamun, tengking bagai.

Bila kawen ke-2, pandai plak melayan isteri macam puteri raja, beli apa saja diminta. Kadang – kadang tu saje – saje beli buat hadiah balik keje je. Bukan ade sempena ape – ape pon. Ntahhh.. memang ujian orang hebat ni hebat – hebat gamaknye ye. Kita anggap jelah mak tt diuji untuk ke syurga. Sebabnye nak paham isi hati lelaki ni, sampai akhir zaman tak selesai. Eh!

Fateehah Adnan : Allahu sedihnya baca kisah awak. Moga mak awak dikurniakan syurga asbab kesabarannya dan awak adik beradik pun dapat berkumpul bersama mak awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.