Suami aku sangat baik, tak pernah culas bagi nafkah untuk aku dan anak – anak. Cuma baru – baru ni terbongkar sisi gelap suami. Aku sekarang jadi takut nak minta tolong dia ‘jagakan’ anak..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan dan persoalan ini. Nama aku Anna, berumur dalam lingkungan 30-an. Seorang surirumah sepenuh masa. Sudah 3 tahun berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata, seorang puteri dan seorang putera.
Tujuan aku menulis nukilan ini adalah untuk mencari solusi tentang masalah berkaitan suami aku yang sedang aku hadapi sekarang. Sedikit ringkasan tentang suami aku. Dia seorang penjawat awam, juga berumur sekitar 30-an.
Dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak culas jika berkaitan dengan nafkah pada aku dan anak. Cuma, yang mengganggu aku sekarang ialah ketagihan suami aku terhadap benda – benda tidak senonoh. Perkara ini sangat menyesakkan d4da aku.
Setiap sosiaI medianya, mesti akan ada group – group tidak senonoh yang dia akan join. Bila aku check akaun – akaun yang dia follow, runtun rasa hati ni. Isteri orang, budak bawah umur, perempuan mengandung, macam – macam ada.
Kemuncaknya ialah bila aku minta tolong suami untuk transfer gambar – gambar lama yang ada dalam laptop aku ke hard disk. Semasa suami tidur, hati aku tergerak untuk check phone suami. Bila check, aku jumpa gambar kawan – kawan aku dalam phone dia.
Rupanya masa dia tolong transfer gambar aku tu, dia transferkan juga gambar kawan – kawan aku yang tidak menutup aur4t ke handphonenya. Allah, menangis aku time tu. Terus aku delete kesemua gambar tu. Esoknya mungkin dia perasan aku dah delete gambar kawan – kawan aku tu.
Namun, tiada kata – kata maaf atau apa – apa penjelasan. Dia cuma buat tak tahu je. Aku pun layan dia macam biasa. Tapi malam tu, Allah gerakkan lagi sekali hati aku untuk check semula phone suami aku and guess what, gambar – gambar tu ada balik. D
an untuk kali keduanya aku delete gambar tu. Sejak daripada insiden itu, aku mula jadi paran0id dengan suami aku kerana dia sudah mula menjadikan orang – orang terdekat dengan aku sebagai pemuas nafsu matanya. Suami juga ada aplikasi ‘secure folder’ dalam phonenya dan dalam tu penuh dengan gambar perempuan, tak berpakaian, berpakaian sempurna menutup aur4t, bertudung, free hair, semua ada.
Aku bimbang dan takut kerana luaran suami aku tidak kelihatan seperti lelaki gatal tetapi dalam diam, fikiran dan nafsunya meliar. Aku juga mula takut bila suami ingin membantu memakai pampers atau memandikan anak perempuan aku kerana antara akaun yang di follownya untuk mencuci mata ialah budak bawah umur.
Aku jadi tertanya – tanya, adakah suami aku ada keinginan nafsu yang tak betul? Persoalan aku sekarang, bagimana cara untuk aku berbincang dengan suami tentang perkara ini? Buat masa sekarang aku cuma memendam kerana aku seorang yang mudah menangis bila meluah dan suami amat tidak suka bila aku menangis dan akan angkat kaki tanpa sempat habis berbincang.
Aku juga tidak suka kerana aku kelihatan lemah dan tidak tegas bila bercakap dan akhirnya suami cuma pandang enteng apa yang aku cuba sampaikan. Apakah cara untuk mengatasi ketagihan seperti ini? PerIukah kami menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama atau apakah suami perlu bertemu psiki4tari untuk mengatasi masalah ketagihan ini?
Aku sebolehnya ingin menghalang, takut ianya akan menjadi sem4kin tidak terkawal. – Anna (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Normala Malik : Aku tak pernah hasut orang suruh bercerai. Tapi kes tt ni aku sangat risau!! Dia buat apa dengan gambar – gambar tu semua? On4ni? Itu gambar tau sis.. bayangkan kalau dia tinggal berdua dengan anak perempuan awak? Angkat kaki jela sis.. please bertindak sekarang..
Bella Shana Nar : Bagitau yang sis dah tau tentang sisi gelap tu. Tanya dia apa yang dia nak dalam hidup ni? Apa tujuan dia hidup? Nak bergelumang dengan d0sa atau nak hidup tenang cari redha Allah? Kalau jawapan dia nak hidup tenang, cari redha Allah, suruh dia buang semua group, apps yang menjurus kemaksi4tan.
Dan bagi dia peluang dia berubah dan buktikan sejauh mana ketakwaan dia tu. Kalau dia masih buat perkara yang sama, masih nak bergelumang dengan d0sa, sis fikirlah apa yang terbaik untuk diri sis dan anak – anak.
Faiq Khairi : Aku yang lelaki baca pon naik seram, sebab ada melibatkan kanak – kanak, pehh tak boleh dipandang remeh sebab puan ada anak – anak. Cube berbincang dulu 4 mata , tengok apa yang suami puan cakap. Kalau dia marah – marah dan dia cakap apa yang dia buat ni takde apa. Tinggalkan dia sebelum menyesal.
Zahra Masoumah : Kes serious ni. Saya kalau kat tempat awak, say keluar dari relationship ni. Takut m4ngsa jadi kat anak je. Ni tengok benda tak elok bukan takat biasa – biasa ni lain macam sampai mengandung budak bawah umur semua tengok.
Kes berat ni. Angkat kaki jelah. Kalau saya di tempat sis, saya selamatkan anak – anak dulu. Benda – benda macamni susah nak pulihkan melainkan dia sendiri berusaha. Awak hidup dengan pem4ngsa sebenarnye.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.