Aku pelik boss suami terlampau ambil berat. Satu hari dia call aku mengaku tak boleh tidur sebab teringatkan suami aku

Kemana suami aku nak pergi mesti kena bagitahu dekat boss, nak ke tandas pun kena bagitahu. Balik dari kerja, dah sampai rumah pun kena mesej. Kalau dia tak dapat mesej dari suami, dia akan mesej aku tanya pasal suami. Aku pelik..

Hi, aku Jaja. Harini aku nak cerita sikit pasal rumah tangga aku yang makin hari makin hilang rasa terhadap suami aku.

Hal ini bermula apabila suami aku mendapat kerja baru. Beberapa hari bekerja, dia mengadu dia tak boleh kerja situ.

Aku hari hari bagi semangat untuk dia bekerja. Selepas beberapa minggu bekerja dia tidak lagi mengadu apa-apa.

Selepas dia pulang ke rumah, aku check phone dia dan aku dapati ada chat dari seorang perempuan. Aku namakan dia A.

Chat itu tertulis “Dah sampai rumah ke?”

Aku diam dan tidak bertanya apa apa. Tidak lama selepas itu suami aku bercerita tentang A.

A ialah boss barunya yang baru lapor diri beberapa hari yang lalu.

Setelah beberapa minggu berlalu, aku perasan A selalu chat suami aku. Bertanya tentang keberadaan suami aku, tentang anak aku. A seorang isteri orang.

Pada suatu hari, suami aku accident. Aku menunggu suamiku di hospital bahagian emergency dari jam 6 petang sehingga 3 pagi.

Pada jam 8 malam aku inform A melalui phone suami aku tentang benda yang berlaku supaya A dapat beritahu pada company. Aku tidak tahu perlu contact siapa.

A terus call dan bertanya macam macam mengenai suami aku. Mungkin dia nak tahu supaya boleh inform HR mereka.

Tapi ia jadi lain apabila A berceritakan betapa specialnya suami aku. A berkata dia tidak sabar untuk belanja suami aku makan apabila suami aku sihat nanti. Aku diam.

Disaat aku berada dalam keadaan yang paling down, aku bagaikan dihempap batu.

Pada besoknya, A call lagi dan sambung bercerita tentang suami aku. Yang paling menyakitkan apabila A mengatakan dia tidak boleh tidur terfikirkan suami aku. Aku buntu.

Setelah beberapa bulan bercuti, suami aku kembali bertugas. Kami jalani hidup seperti biasa.

Sampai satu masa aku tidak boleh tahan lagi apabila A chat suami aku semasa kami makan.

Suami aku terus memalingkan phone dia untuk menutup notification dari A.

Aku bertanya kepada suami aku apa yang A chat dia. Suami aku diam.

Aku mengambil phone, rupanya A bertanya adakah suami aku sudah sampai ke rumah. Adakah suami aku sempat berbuka puasa. Aku mengamuk.

Pada malam hari, aku tanya adakah suami aku mempunyai hubungan dengan A. Dia jawab tidak. Ia hanya sekadar antara boss dan pekerja.

Aku menuduh suami aku. Dan selepas itu, suami naik tangan dekat aku. Badan aku lebam lebam pada keesokan harinya.

2 minggu selepas itu, A chat aku. A ada no aku sebab kes suami aku accident haritu.

A chat bertanyakan keberadaan suami aku sudah pulang ke rumah ke belum dan A memberitahu suami aku tidak sihat dan meminta supaya berjumpa doktor.

Aku bergaduh lagi dengan suami aku kerana tidak tahan dengan perangai A.

Aku mengamuk dan mengatakan ingin menghubungi A dan meminta supaya jangan ganggu suami aku selepas waktu bekerja.

Suami aku menghalang aku kerana dia takut akan menggangu prestasi kerjanya.

Aku diam. Aku tidak menghiraukannya selama beberapa hari. Aku kecewa kerana suami aku tidak pernah berubah untuk menjaga perasaan aku.

Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan suami aku atas sebab aku terlalu sakit untuk hadapi semua ini. Suami aku tidak pernah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Dia seolah tidak mengendahkan perasaan aku kerana dia tahu aku akan ada dengannya sampai bila bila.

Dia tolak untuk berpisah. Dia mengatakan bahawa dia sendiri akan cakap dengan boss nya untuk tidak menghubungi nya selepas waktu bekerja.

Aku diam. Jujurnya hati aku sudah tawar untuknya. Kerana bagi dia, aku terlalu ikutkan perasaan cemburu sedangkan itu hanya seorang boss yang sudah berusia lebih 10 tahun dari usia kami.

Kalau korang nak tahu, kemana saja suami aku pergi, dia kena inform A walaupun hanya ke tandas. Kalau A tak dapat contact suami aku, dia akan contact aku.

Korang bayangkan la mereka dah kerja bersama 10 jam satu hari, balik kena inform A lepastu sambung sembang di whatsapp. Suami aku dah tak ada masa untuk aku.

Aku dah tak tahu nak buat apa untuk rumah tangga aku. Aku betul betul tawar hati. Kami dah jarang bercakap.

Kepada bos bos dia luar sana, tak perlu lah nk contact orang bawahan di luar waktu kerja melainkan melibatkan hal kerja.

– Jaja (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Klo Ven : Red flag pertama sekali dah nampak bila laki ko cakap baru masuk beberapa hari terus mesej mesej laki ko tanya dah sampai rumah ke belum. Aku ni kalau PEREMPUAN lain yang aku tak kenal sibuk sibuk tanya keberadaan laki aku, memang dah tak senang duduk dah tau. Cantas awal awal Dr Seo dengan Dr seung hee tu. (Sis terpengaruh drakor Dr Cha)
Bila beluncas dah naik daun sampai nak tangan dekat bini ni, susah sikitlah nak cantas, kau kena keras sikit. Report kt HQ & HR pasal laki kau dengan  bos dia tu. Teke bos, yeke bini org? Be strong sis.. ko mestinya dah tahu apa nak buat, cuma ko nak keyakinan je..

Zul Iman Ismail : Sedari call la suami si A tu, komplen dia kacau rumahtangga. Perempuan terlampau caring ni bukan boss dah, ni skandal. Semua tau boss perempuan punya angin macam mana kejap ok sekilas lepastu jadi singa kecuali boss tu suka atau ntah kenapa engkau favorite dia.