Sejak anak kedua lahir, hidup kami m4kin susah. Seminggu je kami mampu makan luar lepas dapat gaji, lepas tu dah tak boleh. Aku cemburu tengok suami orang lain bagi hadiah. Kek secret recipe pun aku kena beli sendiri…
#Foto sekadar hiasan. Aku dah berkahwin selama 5 tahun dan telah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata. Dari sebelum kahwin lagi, aku pernah berfikir samada betul ke tidak keputusan aku untuk pertaruhkan hidup berkahwin dengan si dia.
Namun aku teruskan juga sebab aku yakin rezeki lepas berkahwin InshaAllah akan ada. Suami aku tidak mempunyai sebarang harta. Dari dulu bekerja sampai sekarang cukup makan untuk hidup je. Aku pula kerja sekadar kerani je.
Masa awal perkahwinan, dia mampu lagi untuk berikan nafkah dekat aku setiap bulan. Tapi sejak dikurniakan anak sulung, nafkah jadi kadang – kadang ada kadang – kadang tiada. Bermulalah hidup kami yang tak cukup duit untuk makan minum.
Setiap bulan ade je duit yang dia akan pinjam dengan aku tapi dia memang bayar balik la bulan depan. Tiap – tiap bulan pinjam tapi akan bayar balik bulan depan. Duit gaji dia cuma bayarkan duit asuhan anak, pampers susu anak, beli barang dapur, makan minum dan minyak motor. Sedangkan aku pula kena bayar kereta dan sewa rumah.
Setiap kali tengah bulan memang aku la yang akan bayar segalanya bila dah tak cukup duit untuk menampung beli barang rumah bagai. Bila dah anak dua orang, lagi la hidup kami diuji. Masalah kewangan memang menguji betul.
Gaji dia cukup – cukup untuk bayar asuhan anak je 2 orang. Dapat je gaji, dia memang terus belikan pampers susu anak, barang dapur sikit. Awal gaji, boleh lagi kami makan kedai seminggu. Bila sampai pertengahan bulan memang sudah tak mampu dah.
Aku dah la bayar kereta, bayar servis kereta, roadtax kereta, minyak kereta, sewa rumah lagi, coway lagi, semua atas kepala aku. Bila akhir bulan je semua atas kepala aku. Dengan gaji yang tak seberapa tu. Kadang – kadang sampai terp4ksa guna simpanan aku untuk teruskan kelangsungan hidup.
Kita sebagai isteri ni kadang – kadang rasa la juga nak suami bagi hadiah ke apa. Berkeinginan nak apa yang suami boleh belikan. Idamkan apa suami boleh belikan. Macam dalam media sosiaI. Tapi itu semua bukan untuk aku la.
Suami aku memang tak mampu nak belikan aku beg, kasut, baju semua tu. Emas lagi la jauh sekali. Semua barang yang aku nak semua aku kena guna gaji aku sendiri untuk belikan. Aku cemburu bila tengok suami orang lain boleh hadiahkan apa yang isteri nak, apa yang isteri nak makan.
Aku nak makan makanan yang viral aku terp4ksa la beli sendiri. Teringin kek secret pon kena beli sendiri. Suatu hari tu, aku baru tahu rupanya motor dia dah sekian lama dia tidak bayar berbulan – bulan. Duit di dalam beg aku juga dia pernah ambil.
Aku pelik juga kadang – kadang duit aku hilang not 10, not 20 macam tu. Lama – lama duit anak pula hilang not 10, not 20. Tapi aku senyapkan aje sebab aku tak kisah sangat. Bila ditanya, duit untuk dia makan minum minyak motor.
Duit anak pon aku yang gantikan balik. Aku terima je takdir aku macam ni mungkin bersusah susah dulu, bersenang lenang kemudian. Marah mana sekalipon lama – lama kita akan reda juga, maafkan juga dia. Sampai la satu hari, aku teringin nak tengok barang kemas aku, memang sah hilang!
Dia gadaikan barang kemas aku tanpa pengetahuan aku untuk kelangsungan hidup kami semua katanya. Mula – mula aku melenting minta dia pergi tebus balik. Memang dia tebus balik selepas dapat gaji. Lama – lama marah aku pon reda balik.
Walaupun dia gaji kecik tak mampu nak mewahkan aku. Tapi dia seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Hampir setiap hari dia memasak, basuh jemur pakaian, hantar ambik anak – anak, bawa jalan – jalan makan angin, layan baik orang tua, peramah. Bukan seorang yang baran malah aku pula yang lagi baran.
Aku cuma ingin tahu. Macam ni ke hidup berumahtangga? Bahagia ke kami? Adakah aku masih kena bertahan, bertolak ansur hidup susah senang bersama? Mengalah dengan gaji dia yang sikit malah aku pula yang kena tampung hidup harian?
Nak tinggalkan pon dia bukan seorang yang jahat buat kekerasan. Bukan tak pernah minta dia cari kerja lain, tapi kerja berapa la sangat gaji seorang kuIi buruh tu. Aku ada baca awal 5 tahun perkahwinan memang Tuhan uji susah dulu. 5 – 10 tahun Tuhan uji dengan kestabilan. Tapi aku tengok gaya dia tak nampak bayang akan stabil pon. โ Asma (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nor Ku : Dik, ada wanita gaji t20, suami b40. Beza tahap pelajaran macam langit dan bumi. Gaji dia 5x dari suami. Boleh hidup kekal dik. Humblenya bukan main – main. Redhonya tinggi dik. Dua – dua punya objektif sama. Hidup bukan sekadar di dunia.
Perkahwinan satu ibadat yang lama. โKecil periukโ kita, kurangkan keraknya. Tutup mata dari lihat orang lain. Lihat baiknya pasangan kita. Hidup ukur badan sendiri. Makan di luar bukan wajib, apatah lagi sampai seminggu.
Fokus pada anak – anak. Hidup kita bukan lama. By the way ramai je dik, wanita t20 ke m40 or b40 yang sama menyumbang pada keluarga. Ingat jika kita single pun masih perlu rumah, makan pakai. Anggap sumbangan kita sebagai bantuan ikhlas kepada โsuami yang baikโ yang kita ada. Ramai yang tak ada suami, atau suami jenis tak guna. Setiap sumbangan ikhlas kita pada keluarga insyallah jadi โtabungan akhiratโ kita.
Ain Fathihah Fhm : Dari sebelum kahwin pun dah tahu kan bakal suami tu taraf pendidikan macam mana, peluang peningkatan kerjaya macam mana, tahap gaji setara mana… Tapi h4ng tetap pilih diaa kan. Kalau h4ng tinggalkan suami sekarang, h4ng boleh dapat suami baharu yang gaji banyak ka?
Orang lelaki gaji banyak tak pandang pun kat kerani macam h4ng.. Suami tu h4ng rasa dia baik kan, kecuali bab duit ni la.. usaha la sama – sama untuk tingkatkan kualiti hidup.. boleh ja buruh kuIi dan kerani usaha sama – sama untuk tingkatkan taraf hidup keluarga. Good luck. Semoga yang baik – baik untuk h4ng sekeluarga.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.