Aku pelik per4ngai tunang aku berubah. Kawan baik aku suruh putvskan hubungan tapi sebenarnya aku dah tahu

Aku perasan sejak aku kenalkan tunang dengan kawan baik, dia berubah. Aku keliru dan minta pendapat kawan baik aku dan aku menggigil tahan marah dan sedih bila dia nasihatkan supaya aku berpisah. Dalam diam, sehari sebelum kejadian aku dah tahu apa yang jadi..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum pembuka bicara seindah kata. Aku seorang lelaki, umur pertengahan 20-an. Tergerak di hati ni nak berkongsi kisah dan pengalaman aku tentang ‘kawan baik’ dan bakal tunang aku.

Kisah ni jadi dalam pertengahan tahun lepas. Tujuan aku menulis bukan ingin membuka aib sesiapa tapi lebih kepada ingin berkongsi rasa dan meminta pandangan. Harap para pembaca dapat memberi komen yang bernas dan membina sekiranya kisah aku ni disiarkan.

Okay mari kita mulakan.. Bismillahirahmanirahim. Aku namakan kawan baik aku ni Fuad. Kami dah lama berkawan sejak dari sekolah rendah hingga la sekarang. Fuad ni aku anggap ‘bIoodbrother’, sebab baik buruk aku dia tahu dan begitu juga sebaliknya.

Segala suka duka kami memang akan kongsi dan bertanya pendapat. Semuanya seperti biasa sehinggalah aku ditakdirkan untuk  bertemu dengan seorang wanita yang membuatkan aku rasa, “yeahh dia la bakal bini aku.” Ayu namanya..

Pendekkan cerita masa Aidilfitiri yang lepas aku ada buat open house, jadi Fuad dan Ayu memang tetamu wajib dalam list aku. Aku belum pernah bawa Ayu jumpa Fuad sebab masa tu Fuad masih belajar di utara tanah air. Kira pertemuan pertama mereka di rumah aku.

Selang seminggu atau dua minggu dari majlis tu, aku perasan yang Ayu ni layan aku dah lain. Chat baIas pendek – pendek je, call kadang – kadang tak jawab. Aku nak ambik balik keje dia tak nak. Nak datang rumah tak bagi.

Tapi aku tak syak apa – apa lagi sebab aku memang jenis tak suka bersangka buruk. Aku tanya Ayu, aku ada buat salah ke? Jawapannya tidak. Dia okay jer. Perasaan aku je katanya. Jadi bila macam ni aku memang akan cari Fuad untuk minta pandangan.

Tapi bila aku tanya Fuad selalu cakap dia sibuk nak final exam. Tunggu dia balik nanti dia jumpa aku, aku okay jer. Tak lama lepas tu Fuad balik tapi dia tak bagitau pun. Kebetulan jer terserempak dengan aku kat pasar. Terus aku ajak dia minum, aku cerita dan minta pendapat Fuad dan jawapan Fuad, dia suruh aku tinggalkan Ayu, Ayu dah tak sayang kat aku la ape la.

Rugi aku kejar Ayu. Kira pendapat yang dia bagi tu untuk kebaikan aku la. Aku angguk je dengar apa dia cakap. Plot twistnya di sini, aku dah tahu yang Fuad dengan Ayu. Macam mana aku tahu? Sehari sebelum aku terserempak dengan Fuad kat pasar tu, aku dah nampak Ayu dalam kereta Fuad.

Petang tu aku balik kerja awal, aku ingat nak singgah jumpa Ayu kat tempat kerja dia tapi aku tak bagitahu Ayu. Entah macam mana Allah gerakkan hati aku untuk singgah kedai mamak beli air dulu kat depan ofis Ayu ni. Tiba – tiba aku nampak Fuad datang dan Ayu pun senyum je masuk kereta dia.

Tak dapat aku gambarkan perasaan aku masa tu. S4kit pedih kecewa tapi aku tak bertindak melulu. Aku cuba nak k0rek kebenaran sebab tu bila aku terjumpa Fuad kat pasar aku terus ajak minum. Sepanjang perbualan tu muka dia takde rasa bersalah pun.

Cara cakap bagi nasihat memang terbaik. Menggigil aku menahan sedih dan geram. Malam tu aku terus chat Ayu aku mintak dia jujur sebab aku dah tahu dia ada affair dgn Fuad. Ayu dah mula menangis rasa bersalah. Dia kata tu pertama kali Fuad ambik dia sebab Fuad baru sampai kampung.

Dia tak bercinta pun dengan Fuad, cuma mesej – mesej biasa je. Dia mintak maaf sebab diam kan diri. Katanya Fuad buat dia rasa was – was kat aku. Fuad chat dia, kata aku macam tu, macam ni. Awalnya memang aku tak percaya sebab takkan tergamak Fuad nak buat macam ni kat aku.

Sampai la Ayu screensh0t chat yang Fuad hantar kat dia. Ya Allah gugur airmata lelaki aku. Pedih s4kit rasanya ditik4m kawan baik sendiri sebab seorang perempuan. Aku tahu Fuad memang mulut manis kalau dengan perempuan tapi tak sangka dia punya manis sampai kawan baik punya bakal tunang pun dia nak try siap pakej kutukan dan fitnah kat aku.

Aku ambik keputvsan untuk undur diri dari dua – dua insan yang aku sayang ni. Aku tahu Fuad dah sedia maklum yang dia dah kant0i dengan aku. Hari – hari aku tunggu dia chat mintak maaf tapi hampa. Aku sayang hubungan aku dengan Fuad, Ayu pula terus merayu mintak maaf dan diberi peluang.

Akhirnya aku lembut hati dan terima Ayu semula. Akhirnya setelah 2 bulan Fuad pun chat aku. Panjang lebar ditulisnya. Katanya dia takde niat nak r4mpas Ayu. Niat dia nak tolong aku macam mana cara nak ambik hati Ayu, tak sangka akhirnya dia yang jatuh hati. Mudahnya dia berkata..

Aku cuba positif dan berdoa agar Allah kuatkan hati aku. Aku maafkan Fuad sebab aku sayangkan hubungan persahabatan kami. Aku cuba buat macam benda ni tak pernah berlaku tapi maaf yang aku beri tak akan dapat menebus kepercayaan yang telah berkecai. Sorry bro.

Aku tak boleh nak percaya kau macam dulu. Kita masih ‘kawan baik’ tapi tak sebaik yang dulu. Kadang – kadang aku rasa b0doh maafkan kau. Tapi aku selalu pujuk diri aku sendiri untuk lupakan. Semoga aku terus istiqamah.

Aku nak bertunang dah dengan Ayu hujung minggu ni. Aku harap pertunangan ni dapat membawa sinar baru. Doakan aku. Terima kasih.. – syedhafzan

Komen Warganet :

Siti Nazneen Binti Ismail : Bertepuk sebeIah tangan takkan berbunyi. Boleh saja memaafkan mereka berdua, buat seolah tiada apa yang berlaku. Persoalannya, for me, sekali kepercayaan musn4h, selamanya akan diingatan. Tak risau pisang berbuah dua kali?

Ida Ramli : Memang ko baik. Nak suruh ko carik perempuan yang lebih baik pun tak boleh dah sebab ko da nk bertunang. Jadi, ambil lah tempoh pertunangan ni sebagai tempoh ko lebih mengenali ayu tu. Jangan kerana sayang membutakan semuanya.

Kalo akak la kan. Sekali orang buat kita, memang akak tak percaya dah la. Apa pun, semoga berbahagia dan dijauhkan dari segala masalah dan kekal hingga ke anak cucu cicit.

NA RA : Betul ke boleh rase percaye kat Ayu tu lagi. Jangan lepas ni pergi tinggalkan Ayu tu. Sebab ungkit balik cite lame dah. Kesian kat Ayu. Even dia yang buat masalah dulu. Harap dapat buat pilihan yang terbaik lahh. Complicatednye zaman sekarang ni oii.

Masaniza Ibrahim : Terer kau sebab boleh terima Ayu. Kalau aku, memang dedua aku buang dalam hidup aku. Ape pun, benda dah pernah jadi dah pun. Kalau Ayu memang ikhlas nak hidup dengan kau, moga Allah mudahkan hubungan korang.

Zaman sekarang zaman orang sanggup buat ape je utk utamakan kepentingan sendiri. Tak pelik kawan baik caras buah hati kita untuk tengok kita kecewa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.