Aku pelik tengok hujan lebat lain macam, aku mesej adik suruh ambik anak2 aku dari sekolah

Masa awal – awal lagi aku dah panik, cuba angkat barang dan selamatkan apa – apa yang patut tapi suami buat relax je. Sehinggalah sampai waktu maghrib, baru suami mula panik, solat pun dalam air. Masa tu kami keluar, ramai – ramai dengan jiran naik lori nak keluar. Baru gerak 20 meter, enjin m4ti dah tak boleh gerak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu Malaysia tahu berita 18/12/2021 musibah banjir melanda Lembah Klang. Shah Alam jadi pulau. Hampir semua tempat menuju ke Shah Alam tidak boleh dilalui.

Ramai terkandas dan rumah yang berdekatan dengan sungai dinaiki air. Setelah berpuluh tahun, inilah banjir paling buruk melanda. Aku antara orang yang terkena musibah ini. Rumah total lost. Kereta aku 2 (husband aku satu, aku satu), dua – dua tenggelam sampai bumbung.

Ramai bersimpati tapi aku nak cerita pengalaman aku dan hikmahnya musibah ini. 18/12 Sabtu. Dari awal pagi aku rasa tak sedap hati. Lain sangat hujan kali ni. Tak berhenti, malah m4kin lebat. Kebetulan rumah mak aku dekat saja dengan rumah aku.

Dalam 30 min. Aku tergerak nak minta adik aku tolong ambilkan anak – anak aku (2 orang jer pun). Suami aku sepatutnya masuk office. Dalam jam 1 pm, adik aku sampai dan ambil anak – anak tapi berjanji akan hantar balik malam tu.

Petang dalam 3 pm aku rasa lain macam dah. Abang aku whatsapp bagitahu rumah dia dinaiki air. Aku siap reply, ‘Jangan risau. nanti kitorang datang rumah tolong kemas’ kahkah. tanpa mengetahui akulah m4ngsa seterusnya.

5 pm jiran bising air dah mula naik. Aku dah start panik. Aku call abang aku tanya barang apa patut diselamatkan. Abang aku minta selamatkan dokumen penting, baju – baju, suis tolong cabut dan turn off MCB sebelum keluar rumah. Suami aku?

Peh, dia manusia paling rileksssss. Sambil buat kerja menghadap laptop, siap masak maggie lagi alas perut. Paling tenang, paling tiada masalah. Sepatutnya dia kena masuk office, tapi kerja lambat siap dan dia tak ada mood, dia siapkan di rumah.

6 pm aku start kemas. Bawa barang – barang naik atas almari. Carpet lipat siap – siap (kelakar pun ada). Tv bawa tempat lebih tinggi. Vaccum wireless aku letak atas almari, quraan pun. Barang – barang penting aku simpan dalam luggage hand carry (besar dan berat.tak beragak pun ada).

Baju dan seluar untuk 2 hari aku siap bawak dalam handbag. Ni aku saja kemas tau. Kan aku dah bagitahu laki aku rilek. Dia mana kemas pape. Langsung tak. 7 pm aku bagitahu suami aku, tolong solat maghrib cepat. Kita blah terus.

Yang kelakarnya, kereta aku parking depan rumah. Aku pergi alihkan betul – betul sebeIah rumah. Ntah mana datang idea aku pun tak tau, padahal air naik cepat kat situ. Bawak lah pergi petronas kot ye pun kawasan tu tinggi.

7.30 pm suami baru solat. Air dah start masuk rumah melalui lubang toilet. Suami aku solat dalam air. Ewww (kan aku dah cakap suami aku tenang, dia under estimate ye). Barulah dia panik!! Dia baru nak kemas ye. Aduuuii aku malas nak bebel walaupun bebel itu adalah makanan aku.

Maka aku cepat – cepat keluar. Suasana kat luar kelam kabut. Jiran semua nak lari naik lori. Aku pun tanya jiran depan, ada ke inform pergi mana? Dia pun tak tahu. Plan nak lari ke masjid. Aku minta izin nak naik lori dia. Air masa ni dah paras pinggang ye. Naik terlalu laju dalam masa 1 jam. Sangat laju.

Jiran jerit suruh semua naik lori. ‘Harta kita boleh cari, nyawa tiada ganti,’ berulang. Maka lori pun bergerak mengharungi arus air. Baru gerak 20 meter, sekali m4ti enjin. Jiran menangis. Aku dan suami blur. Lori berhenti betul – betul depan rumah 2 tingkat setengah.

Maka kami naik kat situ sebab keadaan cemas. Ada warga emas, bayi, kanak – kanak baru sunat dalam 5 orang. Malam tu adalah malam paling tak boleh lupa. Bersahut – sahutan bunyi hon sebab kereta masuk air dah. Belum lagi kira terlalu ramai family meredah banjir.

Kanak – kanak paras leher dah air nya. Aku dari tingkat atas mampu perhati saja. doa moga Allah beri kami kekuatan menempuh. Malam tu sangat – sangat sejuk. Ribut, angin kencang, paras air naik terlalu laju. Aku mampu tengok rumah aku m4kin lama m4kin tenggelam sedikit demi sedikit sebelum TNB putvskan bekalan elektrik.

Kami menumpang di rumah 2 tingkat tersebut. Tuan rumah ajak masuk, beri air, biskut alas perut. Adalah dalam 30 orang 1 rumah. Kau orang bayangkan. Gelap, sempit, nyamuk banyak. Jiran aku call minta bantuan. Lori tentera cuba selamatkan tapi terkandas. Enjin masuk air.

Terp4ksa panggil bot. Malam tu bot ada yang masuk tapi utamakan warga emas, bayi dan wanita mengandung sahaja. Tapi masalahnya, lepas naik bot nak ke mana? Sebab semua jalan naik air. Nak ke PPS pun. Yang paling haru, depan rumah 2 tingkat ada kedai hardware. Bangla tido situ. Kitorang dah jerit suruh dia selamatkan diri mula – mula.

Dia rilek gaiss. Siap baring lagi sebab papan dia buat tinggi. Sekali dalam 11 pm aku dengar dorang bersorak kat luar rumah. Rupanya bangla tu berenang pergi kat tempat kitorang sebab air naik dah hampir ke bumbung. Nasib boleh berenang.

Aku mula – mula ok. Tapi dalam 3 am aku mula menangis. Suami cuba tenangkan. Aku hanya zikir, doa dan baca surah Al Insyirah. Macam – macam aku fikir dah. Cuma aku bersyukur sangat – sangat anak – anak aku tiada di samping kami sewaktu malam tu.

Sehingga siangnya, bot bomba datang selamatkan kami and the rest. Kalau aku sambung panjang ye. Cuma aku nak tekankan kat sini, walaupun Allah bagi 1 ujian, Allah beri 1 kesenangan. Apa yang Allah beri aku adalah kereta aku dan suami tenggelam, aku dan suami tersangkut tak boleh keluar dari kawasan banjir, rumah habis. Tapi Allah beri kesenangan..

1) Allah selamatkan anak – anak aku dan mereka tak lalui apa yang aku lalui. Bayangkan beg luggage berat besar aku angkut, dengan anak lagi kena dukung. Air paras pinggang. Nak tak nak mesti aku kena pegang anak. Beg tu bye bye lah. tapi beg aku selamat, anak selamat.

2) Kalau kami ke masjid, masjid pun air naik. Kami kena ke highway. Kalau ke highway berbumbungkan langit lah. Sejuk dan sangat ramai orang atas highway masa tu. Kesian ye dengar cerita masing – masing.

Sekurang – kurangnya aku masih berselimut malam tu dan boleh baring, boleh ke tandas, ada makanan. Sangat – sangat menyedihkan. Belum kira yang tua tidur atas jalan tar, ada yang tidur dalam kereta. Ada yang berjalan bawa anak – anak ke PPS dengan hujan dan ribut. Survival.

3) Kami antara orang terawal bomba selamatkan. Kau orang bayangkan, terlalu ramai duduk di atas bumbung masa tu. Terlalu ramai. sedih kalau ingat balik.

4) Masa aku menangis, aku doa ‘Allah jangan bagi air naik sampai aircond rumah aku’. Berulang kali aku doa. Alhamdulilah air tak naik sampai aircond. Air dalam 1.8 m dalam rumah.

5) Melihat kereta dan harta benda rosak, tiada satu pun setanding dengan nyawa. Nyawa sangat berharga. Allah maha baik. Dia selamatkan anak – anak aku,suami dan aku.

6) Nasib baik suami aku tak pergi office. Kalau tak terkandas sorang – sorang aku.huaaa

7) Hubungan kami suami isteri bertambah erat. Walaupun berg4duh juga. Hahaha tetapi kami lebih memahami, saling tolong menolong dan ke mana – mana mesti berdua. Ye, sangat lain berbanding sebelum ni.

Akhir sekali, musibah banjir ni Allah bukan sahaja beri kepada m4ngsa bajir, tapi ujian kepada yang tidak terkesan. Ujian harta: sekelip mata Allah tarik, untuk yang tidak terkesan; adakah kamu mampu bantu m4ngsa banjir ini dengan harta kamu? Dengan IKHLAS.

Buat m4ngsa banjir, moga Allah gantikan lebih baik, titipkan kesabaran dan ketabahan, jangan sesekali merungut sebab sebenarnya Allah datangkan ujian ini untuk menguji keimanan. Adakah kita mampu jadi orang lebih baik?

Bagi aku sendiri, musibah banjir banyak bagi pengajaran dan titik tolak perubahan lebih baik. Antaranya, aku lebih menghargai suami dan keluarga. Lebih prihatin kepada orang sekeliling. Berbanding dengan orang lain, alhamdulilah situasi kami agak mudah walaupun rumah habis, kereta habis.

Sampai sini sahaja. Terima kasih buat semua yang membaca. Jujur dan ikhlas dari hati, aku nak ucapkan terima kasih kepada penyumbang, penderma yang tiada pertalian d4rah, datang dari rumah ke rumah. NGO, orang perseorangan yang bagi banyak bantuan ke rumah walaupun tak kenal sama sekali, bagi makanan, abang – abang grab datang ke rumah bagi makanan tengahari semasa kami sibuk teramat kemas rumah.

Yelah, tiada kenderaan, nak masak barang tak ada, penat membasuh lagi, etc. Mengharapkan orang bagi lunch. Tu pun syukur sangat ramai bagi. Hanya Allah sahaja yang mampu baIas budi baik kalian. Moga Allah kurniakan pahala berganda kepada kalian. Allah temukan orang yang prihatin dan sangat – sangat baik bantu kami. Syukur. Salam sayang. Terima kasih – Ana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syuhada Noor : Alhamdulillah. Sebak saya baca. Benar confessor. Hanya yang rasa saja tahu bagaimana. Saya pun terkesan juga dengan banjir di Dengkil. Walaupun tak seteruk seperti di kawasan confessor namun tetap rasa kerdil bila lihat alam berbicara.

Kami tinggalkan rumah bila TNB p0tong bekalan elektrik. Tawakal saja. Moga Allah pelihara. Semoga dipermudahkan segala urusan m4ngsa banjir serata Malaysia. Terima kasih pada semua yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk. Hanya Allah saja yang mampu membaIas.

Cik Shezlynn : Sedihnya baca. Semoga semua m4ngsa banjir di negara kita, tak kiralah banjir meng3jut macam di Shah Alam ni atau banjir saban tahun macam di pantai timur, sentiasa diberikan oleh Allah ketabahan, kesabaran, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Semoga kita semua diIindungi daripada wabak dan bencana yang lebih berat.

Nabilla Ali : Moga Allah ganti dan gandakan dengan rezeki lain seluas – luasnya. Saya yang duduk di KL ni juga turut diuji. Ntah macam mana, hati ni rasa nak ikut husband pergi kerja di Shah Alam (tak pernah – pernah nak ikut, tetiba rasa nak ikut).

Sekali, terkandas kat Federal Highway, which is betul – betul atas jambatan Sungai Damansara. Allah je tahu perasaan cemas tu macam mana tapi hikmah nye, dapat temankan husband terkandas banjir. Kalau tak, sensorang dia lah hadap dugaan banjir.

Alhamdulillah, Allah masih Iindung kenderaan kami. Rasa macam miracle. Sebab kereta kiri kanan rosak. Kereta kami selamat, tak masuk air. Syukur sangat – sangat. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?