
Suami layan aku macam bibik yang tak bergaji. Aku kena pastikan rumah sentiasa bersih sebab anak cepat sakit. Tapi suami kencing tak flush. Kencing merecik – recik. Berak dia pun kadang – kadang dia tak flush. Penat kan jadi aku?
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Kicap. Tahun ni dah masuk 40 tahun. Aku suri rumah dah 9 tahun. Aku nak cerai. Tapi aku takde kerja. Aku dah 3 tahun cari kerja. Interview pun tak dapat. Aku stress sangat ni. Dah tak boleh hidup dengan suami yang asyik buat hal. Aku ada first class degree. Pernah kerja sebelum ni di syarikat well known.
Aku berhenti kerja tanpa kerelaan aku. Husband aku suruh jaga anak kat rumah, anak nombor dua. Masa tu aku baru habis cuti berpantang. Anak aku, mak mertua yang volunteer nak jaga. Anak aku badan semangat. Debab. Tembam dan comel.
Umur 3 bulan dah nak dekat 9 kilogram berat dia. Disebabkan badan yang comel, mak mertua tak larat mandikan anak aku. Dia just lap badan anak aku. Bila balik kerja, anak aku tak bersih. Daki sentiasa ada di pelipat – pelipat. Najis pun tak dibersihkan dengan betul.
Oh ya, anak aku dijaga oleh mak mertua sekali dengan kakak husband aku. Dia kat rumah takde kerja. Jadi aku bagi upah sekali jaga anak aku. Tapi tulah aku sedih. Setiap kali balik kerja anak aku kotor. Mereka tak berani nak mandikan anak aku.
Takut jatuh katanya. Aku terpaksa berhenti kerja dengan notis 2 minggu. Bermulalah aku sebagai suri rumah yang menyedihkan. Aku happy jaga anak aku. Yang sulung dan baby. Penat memang penat. Nak ditakdirkan, bila aku jaga baby, aku pelik kulit dia selalu biru – biru.
Cek doktor, doktor cakap baby aku sawan dan disahkan ada penyakit otak. Aku redha. Aku dah tak fikir nak kerja balik bila anak dah besar sikit. Sebab anak aku banyak kali keluar masuk hospital. Tebuk tu ni. Dipendekkan cerita, aku dengan penat jaga anak dan kemas rumah. Husband aku seronok betul layan video tak senonoh kat office. Banyak kali terkantoi.
Lepas tu merayu maaf kat aku. Sebulan dua buat lagi. Pergi outstation bukan ingat isteri dengan anak kat rumah. Macam biasa seronok betul dia tengok video – video tu. Aku cakap tengok tengok mana ada feel. Elok bawa pelacur sekali. Dia tak appreciate wife dia yang berkorban untuk anak. Dia lupa anak dia sakit.
Keperluan aku takde ditunaikan. Pakaian dalam aku longgar atau koyak. Aku jahit sendiri. Apatah lagi nak belikan aku baju baru. Kerja – kerja rumah tak buat. Sepanjang 10 tahun kahwin, goreng telur pun tak pernah. Aku ni takde rehat. Sakit pun takde MC.
Dia layan aku macam bibik. Bibik pun ada gaji. Kadang – kadang aku minta RM50 secara kasar. Aku ungkit – ungkit. Aku penat sangat kemas rumah. Mop hari – hari. Sebab anak aku perangai dia suka jilat lantai rumah. Anak aku tak boleh kena infection.
Nanti trigger sakit otak dia. Aku pastikan semua keadaan dia bersih. Husband aku kencing tak flush. Kencing merecik – recik. Berak dia pun kadang – kadang dia tak flush. Air paip tak tutup rapat. Kabinet dapur kalau buka tak tutup balik. Pinggan basuh dia punya sahaja.
Tu pun berminyak. Buat semua kerja ala kadar. Masuk rumah tak tutup pintu dengan betul. Sampai ke pagi pintu rumah terbuka sikit atau tak berkunci. Aku ni yang sibuk jaga anak, penat sangat. Masa Covid bermula segalanya. Aku termengandung. Tapi aku gembira ada baby lagi.
Target aku nak anak 3 orang dari awal kahwin. Tapi anak aku meninggal sewaktu dilahirkan. Aku macam depresi. Dia semua tak reti buat kerja rumah. Kali ni aku bodohkan dia. Tu tak reti. Ni tak reti. Nak jaga aku waktu pantang? Kirim salam jelah.
Aku nak cerai aje. Kali ni dia betul – betul berubah. Dah buat kerja tanpa disuruh. Buang sampah, masak, sapu sampah dan mop. Walaupun dia buat semua tu, hati aku kosong untuk dia. Aku dah takde perasaan sayang kat dia. Sampailah sekarang ni. Beberapa tahun selepas Covid.
Macam – macam dia beli untuk aku. Minyak wangi dan jam tangan. Dia bagi aku duit belanja RM250 sebulan. Tapi semua tu aku tak heran. Bila hati mati, susah nak hidupkan balik. Lepas baby aku meninggal, aku cari kerja sampai sekarang tak dapat dapat. Macam mana aku nak cerai kalau duit takde? Rumah dan kereta pun takde.
Dulu masa kerja, aku ada kereta. Tapi trade in untuk beli kereta yang lebih besar. Aku satu aset pun takde. Macam mana aku nak jaga anak anak aku sekarang? Aku sekarang kurang penat dah. Anak – anak dah besar dan boleh berdikari sikit – sikit. Anak aku yang sakit pun kali terakhir operate 3 tahun lepas. Harap janganlah dia sakit lagi.
Husband aku sampai sekarang pun perangai lalai dia masih ada. Basuh pinggan, tapi masih berminyak dan kesan kopi pun masih ada kat cawan. Aku ni yang kena basuh balik. Kencing pun bersepah lagi. Penat kan jadi aku? Dengan tak bercakap dengan orang. Asyik menangis je mengenangkan ketidakberjayaan diri ni. Yang lain, umur dah 40 tahun dan berkerjaya.
Bercuti sana sini. Aku tumpang gembira. Aku sekarang redha. Rasa macam nak mati lebih baik. Tapi ke syurgakah aku? Aku nak kerja. Nak sosial. Nak bercakap dengan orang. Nak ada kawan. Nak ada duit sendiri. Tapi tak dapat. Aku buat dropship macam – macam.
Kadang – kadang dapatlah komisen sen ke RM1. Tu pun kalau ada orang beli. Aku juga jual makanan. Post kat group. Takde pun orang nak beli. Aku suka kerja dengan orang. Bila bos bagi kerja aku buat sebaiknya. Kalau berniaga bukan passion aku.
Aku fikir nak lari dari rumah. Tapi kat bank aku hanya ada RM160 sahaja. Yang bulan – bulan husband aku bagi tu? Confirm lah guna balik kat dia. Kereta rosak. Belanja anak – anak tak cukup. Tak sampai hati duit tu aku simpan. Jadilah aku suri rumah yang menyedihkan.
Nak cerai tapi takde duit dan takde kerja. Aku rasa pun aku dah mental. Asyik tertangguh nak jumpa doktor. Nak pergi sendiri takut. Sebab selama aku suri rumah ni aku dah develop anxiety. Rasa takut nak keluar rumah sorang – sorang. Tak tahu nak naik apa. Grab pun aku tak pernah tekan. Nasihat aku, kalau boleh kerjalah. Jangan berhenti jadi suri rumah unless dah confirm suami kita suami dari syurga. Sekian. Kicap, bukan nama sebenar
Komen netizen :
Hani Che Li : Dropship memang susah nak buat duit. Kalau tak minat berniaga cuba buat affiliate TikTok ke Shopee ke. At least RM100 sebulan untuk permulaan pun okey sangat dah. Lama – lama boleh naik 4 angka sebulan. Ataupun jadi live host. Sekarang tengah trending job macam ni. Cubalah.
Nur Amira : Sis dah macam tak normal. I mean cara you react dan cara you berfikir lebih kepada orang sedih yang depressed, yang fikir nak tinggalkan hidup sekarang dan go to a new life. You should seek for a proper help sis. Jumpa doktor please. Moga sis sentiasa ceria, tenang, bahagia dan terasa cukup dengan apa yang ada di sekeliling sis. Amin.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.