
Aku k3jut suami tolong buatkan air. Pedih hati aku, minta tolong buat air secawan, kena tepis macam tu. Tak adil! Aku tak pernah ada masa untuk diri sendiri. Celik mata. Tengok hal anak. Hal masak. Hal mengemas. Hadap anak kecik dua orang 24 jam..
#Foto sekadar hiasan / AI. Kenapa la suami m4ki aku dengan perkataan anjing!!!!! Sampai hati. Memang la aku bebel kat dia. Tapi tak boleh ker nak marah aku dengan cara yang baik sikit. Aku bebel sebab. Sebab aku PENATTTTTTTTTTTTTTTTTTT.
Asalnya. Aku minta tolong buatkan air sikit jer. Sebab dahaga sangat, nak minum. Aku nak bangun buat aku tengah menyusu anak. So minta la tolong dia. Lagi pun aku penattttttttttttttttttttttttttttt. Apasal boleh dia tepis tangan aku. Aku gerak dia suruh tolong buat air.
Mulalah pedih dalam hati ni. Nak minta tolong buat air secawan. Kena tepis macam tu. Aku pun bebel la. “Tak adil. Mintak tolong sikit tak boleh ker. Saya tak pernah ada masa untuk diri sendiri. Celik mata. Tengok hal anak. Hal masak. Hal mengemas. Nak mintak tolong pun tak boleh.”
Disebabkan aku bebel. Dia terus marah aku malam – malam ni bising – bising menyalak macam anjing! (Kat rumah aku ada sekumpulan anjing. Malam asyik menyalak…) Terkedu aku sekejap… Kalau nak marah aku pun. Nak suruh aku berhenti bebel. Cakap la baik – baik.
Aku bila dengar perkataan anjing. Apalagi. Start la aku menjawab balik. Aku pun sama naik laa. Tak ada dah abang ayang. Aku kau dah laa. Siap boleh m4ki balik. Memang dah naik tak ingat. Pantang aku kena m4ki perkataan anjing. Cesss!
Penat – penat aku seharian bekerja siang nak dapat pahala. Jadi bini mithali konon. Malam buat d0sa m4ki hamun laki. Tak guna langsung. Sia – sia dapat d0sa. Rasa macam tak adil. Aku masak. Kemas dapur. Basuh baju. Kemas rumah. Tak tahu ker aku seharian penat urus rumah dengan dua budak – budak kecik.
Anak aku sorang dua tahun setengah. Sorang sebelas bulan. Kalau dah besar. Senang sikit aku buat kerja. Biasa la. Dengan budak – budak kecik ni. Kerja asyik separuh jalan. Kalau mengemas rumah anak menangis berhenti kejap. Layan dia dulu.
Kalau buat kerja rumah. Mata kena sentiasa perhati kat anak. Takut dia buat benda yang bah4ya. S4kitnya hati bila dah penat seharian boleh pula m4ki aku anjing! Aku geram sangat nih. Kadang – kadang rasa macam tak adil. Aku tak pernah dapat nak keluar. Ambil masa aku. Jalan sorang – sorang pergi shopping kompleks. Macam zaman muda – muda dulu.
Aku nak hantar anak nurseri kesian kat dia. Takut tak cukup duit. Biasalah la. Bila dia aje yang kerja. Memang cukup – cukup makan aje la tiap – tiap bulan. Aku nak kerja. Nak tolong dia. Berapa kali temuduga. Asyik tak dapat aje. Tapi still aku dok apply kerja.
Asal ada temuduga minta tolong mak atau mak mentua jaga anak jap. Dia tak appreciate aku lagi ker. Lagipun aku memang nak kerja. Ada ijazah. Cuma nasib aku tak baik sebab dua kali mengandung. Dua kali berhenti kerja. M4buk tahap kr0nik. Berapa kali masuk hospitaI.
Last – last terp4ksa berhenti sebab lama sangat cuti tanpa gaji. Mungkin payah nak dapat kerja sebab resume aku pengalaman kat satu syarik4t tu sekejap – sekejap. Tu kot jadi payah nak dapat kerja. Malam tadi aku sengaja ja bising – bising. Sampai terjaga anak – anak aku. S4kit hati aku. Kena m4ki macam tu.
Bila aku ungkit. Kata nak hantar nurseri. Senang sikit nak cari kerja. Pergi temuduga. Pergi agensi kerja ker. Boleh dia kata. Hantar anak pergi nurseri ayang kat rumah buat apa. Mengangkang! ARRGGHHH! Apa maksud dia nih. Kalau korang. Perkataan mengangkang makna apa. Tidur ker atau dot… dot…
Aku macam blur – blur. Jer. Masa dia cakap. Tak cukup m4ki dengan haiwan h4ram tuh. Dia mencarut kat aku ker. Aku tak pernah kena m4ki dengan carut macam ni. Kalau aku yang m4ki pun tak pernah carut. Laki aku ker ni. Dah empat tahun lebih kahwin dah tunjuk belang.
Pastu cakap aku yang menyusahkan semua orang. Aku tahu maksud dia aku yang menyusahkan semua orang tuh dia maksudkan aku sebab aku tak ada kerja dan tolong dia dari segi pendapatan. So kadang – kadang. Bila tak cukup duit terp4ksa la pinjam dengan mak ayah aku dan mak dia. Nak – nak kalau nak raya. Bajet lari la…
Nak buat cam mana. Rezeki aku belum ada. Bukan aku tak usaha. Belum ada yang sangkut. Boleh salahkan aku menyusahkan semua orang. Yang dia tuh selfish tak ingat. Beli rumah sampai tiga biji. Bila tiba ada penyewa stop sewa rumah dia. Nazak la nak cover. Nak tiru bos dia nak buat pelaburan. Konon.
Bos kau tu tak apa la. Gaji enam tujuh ribu. Kau setakat dapat tiga ribu lebih tiap bulan tak payah la nak berangan pelaburan. Selesaikan tang anak – anak dulu. Lepas tu. Bila aku tak ada kerja. Asyik push suruh kerja. Siap keluarga beIah dia pun push suruh cari kerja. Nak tolong dia.
Bagi aku. Memang aku nak kerja. Niat nak tolong dia. Nak ada pendapatan sendiri nak bayar hutang PTPTN. Tapi belum ada yang sangkut. Nanti la… Bila aku ungkit pasal nurseri nak cari kerja. Nak keluar. Boleh dia cakap aku ni memang jenis tak boleh jaga anak – anak. Siap nak hantar anak – anak aku kat rumah mak dia.
APA. Selama nih yang aku tolong selesaikan segala hal rumah. Anak – anak. Berk0rban segala kehendak aku. Untuk dia. Berjimat untuk dia. Belanja berjimat takut lebih bajet. Ni balasan dia. CISSSSSSSSSSSSSSSS! Memang jantan. &^R$&^R^*%. Pembelit. Selfish. Hipokrit…
Komen Netizen :
Alang : Well, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… Takpe, luahkan ajer, agar rasa lega sikit. Tapi bagi aku, tak patut la laki kau anggap kau menyusahkan dia. So aku terfikir, adakah dia ni ikhlas kahwin dengan kau? Sebabnya adalah tanggungjawab seorang suami menyediakan semua kelengkapan, such as makan minum, tempat tinggal bagai, dan kalau mampu dia kena sediakan pembantu untuk kau… Itu daripada segi zahir.
Tapi daripada segi batin, bukan takat tutttt ajer, batin means perasaan dan mental kau jugak. Kalau tak mampu nak beli rumah tiga biji, tak payah la beli. Macam tak ukur baju ke badan sendiri. Takat gaji tiga ribu lebih tu, zaman sekarang memang s4kit la, kena pulak anak kecik ada dua orang. Anyway, I pity you because of your inconsider4te husband. Ikut emosi cam nak suruh you blah tinggalkan dia ajer, kasi ajar sama itu jantan tapi bila fikir d0sa lak, cuba cari jalan lain.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.