Aku pergi jumpa skandal suami. Perempuan tu bini orang anak satu. Balik rumah suami meng4muk, ceraikan aku depan 7 orang anak kami

Aku nampak suami makan berdua dengan perempuan tu. Suami terk3jut tengok aku tapi perempuan tu tak malu, datang salam dengan aku. Aku cakap, aku redha kalau dia nak suami aku tapi ambik sekali dengan 7 anak kami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan terima kasih sebab bagi aku peluang untuk meluahkan perasaan. Mungkin boleh jadi pengajaran dekat kaum wanita yang lain. Aku seorang suri rumah dan ada tujuh orang anak. Anak sulung pun dah umur 18 tahun.

Suami aku kerja di kilang papan. Setiap hari Khamis suami akan terima gaji. Kalau ikutkan, gaji suami aku boleh dikira lumayan juga sebab dia kira macam supervisor. Kilang papan tu terletak di Kuala Krai. Tapi yang jadi masalah, suami aku ni ada bermain kayu tiga dengan isteri orang.

Perempuan tu kerja sebagai tally kayu. Namanya Ida, ada seorang anak. Suami aku kerja di situ dah lebih kurang lapan tahun. Selama tempoh tu, aku langsung tak ambil tahu pun pasal gaji dia, pasal telefon dia, sebab aku percaya. Rupa – rupanya kepercayaan aku selama ni dimusn4hkan begitu sahaja.

Bayangkan, dua puluh tahun hidup berumah tangga, akhirnya aku tahu suami aku tik4m belakang. Setiap kali hari Khamis, suami balik bawa gaji kadang – kadang hanya seratus lima puluh ringgit, kadang – kadang lima puluh ringgit sahaja. Bila aku tanya, dia jawab ada banyak hutang.

Hati aku masa tu memang musykil tapi aku diam. Sampai satu hari aku dapat tahu rupanya separuh gaji dia diserahkan pada Ida. Masa tu aku terus rasa dunia aku runtuh. Suami yang aku percaya selama ni sanggup menduakan aku. Bermula dari situ hati aku kuat mengatakan memang betul suami bercinta dengan Ida.

Lagi jelas bila sekali tu dia kantoi berbalas mesej WhatsApp dengan Ida. Kami berg4duh besar. Aku minta dia tunjuk nombor telefon Ida tapi dia sanggup pecahkan telefonnya sendiri daripada aku dapat nombor tu. Sampai aku kena pukuI, bibir pecah. Aku terdiam, hati aku luluh. Itulah babak pertama yang paling aku takkan lupa.

Babak kedua pula, aku pergi berjalan dengan anak – anak di bandar Kuala Krai. Dalam perjalanan balik, aku singgah di tempat kerja suami di Batu Jong. Masa tu aku terserempak sendiri dengan suami aku dan Ida. Mereka duduk berdua di gerai goreng pisang, motor mereka pun siap parking bersebelahan di bawah pokok ceri.

Bila suami nampak kereta aku, muka dia terus pucat. Dia cepat – cepat datang dekat dengan anak aku yang bongsu. Ida pula dengan selamba datang bersalam dengan aku macam tidak ada apa – apa. Aku terus cakap depan dia, “Kalau kau suka sangat dengan suami aku, kau ambil sekali dengan anak – anak aku.” Itu memang ayat yang keluar secara spontan.

Babak ketiga pula jadi lebih pedih. Biasanya kalau aku nak ke tempat kerja dia, aku akan telefon dulu. Tapi kali tu aku pergi mengejut sebab selalu bila aku telefon dia jarang angkat. Kalau angkat pun, dia marah aku tanya kenapa telefon. Aku sebagai isteri memang selalu terasa diri tidak dihargai.

Padahal sebelum dia kerja sebagai supervisor, aku yang banyak bantu dia cari rezeki juga. Sampai di tempat kerja dia, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri suami tengah bergurau senda dengan Ida. Masa tu anak aku pun ada sekali. Kami nampak dengan jelas.

Aku dan anak terus marah Ida. Suami aku nampak terk3jut habis. Dia cuba cover tapi memang sudah terlambat. Sebelum balik, aku sempat singgah di kedai kakak ipar Ida. Dari situ aku dapat tahu rupanya suami aku memburuk – burukkan aku di depan keluarga Ida.

Masa tu aku rasa sebak, d4da aku rasa sesak nak pitam. Lelaki yang aku sayang, yang aku percaya, sanggup jatuhkan maruah aku depan orang lain. Dan cerita jadi m4kin pelik bila Ida pula memanggil keluarga suami dia untuk tanya betul ke cerita ni.

Tapi jawapan Ida sangat meng3jutkan. Dia kata suami aku yang sebenarnya giIakan dia. Bukan dia yang kejar suami aku. Aku masa tu hanya mampu terdiam, sebab apa yang aku dengar terlalu meny4kitkan. Balik rumah, keadaan jadi lebih teruk.

Suami aku balik dalam keadaan marah, terus tengking aku. Depan anak – anak, dia lafazkan cerai talak satu. Masa tu aku terduduk, air mata aku jatuh tanpa henti. Anak – anak meraung tengok keadaan tu. Aku rasa macam hidup aku gelap sekelip mata.

Dua puluh tahun aku pertahankan rumah tangga, akhirnya musn4h sebab seorang perempuan bernama Ida. Ida tu pun kena cerai dengan suami dia. Selepas beberapa minggu, rupanya bekas suami aku  pun kena tinggal. Suami aku sanggup lepaskan aku, tapi akhirnya Ida pula tak mahu terima dia sepenuh hati.

Ida kembali kepada bekas suami dia. Masa tu baru aku nampak jelas karma itu wujud. Suami aku kehilangan aku dan anak – anak, dalam masa sama dia tidak dapat pun Ida sepenuhnya. Aku tengok suami aku jadi macam orang hilang arah.

Tapi aku tekad. Aku tidak mahu berpaling lagi. Walaupun hati masih s4kit, aku cuba kuat untuk anak – anak. Aku belajar berdikari, cari rezeki sendiri. Dari seorang suri rumah, aku belajar berniaga kecil – kecilan untuk tampung hidup. Anak – anak aku jadi penguat semangat.

Aku sedar, bukan semua yang nampak bahagia itu sebenarnya bahagia. Aku harap kisah aku jadi pengajaran untuk orang lain. Jangan pernah buta kerana cinta. Sekarang aku hidup sebagai seorang janda. Walaupun status aku berubah, aku lebih tenang daripada dulu. Aku tidak lagi duduk dalam ketakutan, tidak lagi hidup dalam penipuan. Hidup aku mungkin tidak sempurna, tapi sekurang – kurangnya aku bebas daripada Iuka yang sama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :