Aku pernah lepuk anak pakcik sebab curi duit aku. Sampai sekarang pakcik makcik berd3ndam. Dia tuduh isteri aku mengandung anak luar nikah, perli dekat IG

Isteri aku disahkan bunting pelamin, diorang cakap kami dah berzina sebelum ni. Yang terbaru anak beranak diorang duk perli komen kat Instagram isteri aku. Isteri masukkan gambar – gambar kami honeymoon dalam Instagram. Diorang pula komen perli – perli kami.

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Hide nama aku. Aku ada benda nak diluahkan. Aku tak ada masalah rumah tangga. Alhamdulillah rumah tangga aku dan isteri bahagia sangat – sangat. Baru dua bulan. Haha. Harap – harap kekal la bahagia hingga ke jannah. Amin.

Apa yang aku nak luahkan ni berkaitan mak saud4ra dan pak saud4ra aku. Semua belah ayah. Mereka semua tak sukakan aku. Dari aku remaja sampai la umur sekarang tiga puluh tahun. Aku tahu dulu aku jahat nakal. Tapi sekarang aku dah berubah. Dah lama berubah tapi mereka tak pernah nampak perubahan aku. Yang mereka nampak silap aku dulu.

Silap aku apa je. Sebab aku tumbvk anak dia dulu. Aku beIasah anak dia sebab anak dia curi duit aku. Memang la aku marah. Sampai sekarang mak saud4ra dan pak saud4ra aku tak suka aku. Lepas tu hasut semua adik beradik dia supaya bencikan aku. Sampai sekarang kalau aku buat apa mesti mereka perli – perli aku.

Dulu sebelum aku kahwin, kalau mak saud4ara dan pak saud4ra aku selalu datang rumah aku, mereka tidur sana. Lepas tu adik beradik dia pun akan datang juga lepak sana borak – borak. Serius aku suka bila mak – mak saud4ra dan pak – pak sauda4ra datang rumah. Tapi yang tak suka aku akan jadi orang asing dalam rumah sendiri.

Kalau mereka datang lepas tu aku keluar bilik nak pergi dapur, ada je benda keluar dari mulut mereka tentang keburukan aku. Sehinggakan kalau tak tahan sangat aku akan makan minum kat luar. Balik masa nak tidur je. Bukan aku tak cuba dekati mereka. Cuba borak – borak dengan mereka tapi mereka seakan akan bila aku borak, dia borak dengan orang lain. Buat tak dengar.

Bukan mak – mak saud4ra dan pak – pak saud4ra je macam ni. Sekali satu pakej anak dia buat aku macam tak wujud. Lepas kahwin aku ingatkan semua benda selesai. Diorang takkan benci benci aku. Tapi makin benci dan makin ambil tahu hal aku.

Isteri aku disahkan bunting pelamin, diorang cakap kami dah berzina sebelum ni. Aku tahu kisah silam aku dulu kalau diceritakan panjang memang nampak jahat. Tapi aku berani bersumpah aku tak pernah rosakkan anak d4ra orang. Aku masih tahu hukvm agama.

Selepas kahwin aku bawa isteri aku pindah rumah sendiri. Nak berdikari. Mak aku pun tak kisah. Untuk pengetahuan semua, ayah aku kahwin tiga. Jadi jarang la balik rumah. Mak aku isteri pertama. Anak dua orang. Aku anak sulung. Adik perempuan pun dah kahwin dan tinggal di Melaka.

Bila aku pindah rumah sendiri, diorang cakap aku sengaja tinggalkan mak aku sorang – sorang. Sedangkan mak aku sendiri suruh pindah. Yela beli rumah tak ada siapa tinggal buat apa. Lagipun dia nak aku berdikari. Bukan tak balik tengok mak aku.

Tiap minggu aku akan balik rumah jenguk mak aku. Call hari – hari. Kadang – kadang tu aku bawa dia tinggal dengan kami. Tapi biasa la mak bukan nak lama – lama tinggalkan rumah dia. Yang terbaru anak beranak diorang duk perli komen kat Instagram isteri aku.

Biasa la baru kahwin, isteri masukkan gambar – gambar kami honeymoon dalam Instagram. Diorang pula komen perli – perli kami. Kadang – kadang aku kesian kat isteri aku. Bila dia tidur aku mesti tenung wajah dia. Kesian sebab dia terp4ksa hadap mak – mak saud4ra dan pak – pak saud4ra aku yang bersikap tak matang. Kadang – kadang sedih pun ada.

Yela bila aku balik rumah mertua, keluarga isteri sampai la saud4ra mara dia semua layan aku dengan baik. Sedangkan isteri aku dapat layanan buruk daripada mak – mak saud4ra dan pak – pak saud4ra aku. Bila aku cerita kat ayah, ayah cakap sabar.

Cerita kat kawan, kawan cakap sabar. Kadang – kadang tu jadi bahan kawan. Masalahnya dah bertahun aku sabar diamkan je. Tapi diorang macam tak serik duk mengutuk, hina aku. Yang terbaru aku dinaikkan pangkat. Sebelum ni memang aku dah bernazar kalau dapat naik pangkat aku nak bawa isteri, mak, ayah, adik dan mertua buat umrah.

Alhamdulillah aku dinaikkan pangkat. Mesti la aku nak tunaikan apa yang aku nazarkan. Jadi awal Ramadan kami akan buat umrah. Lepas tu diorang perli cakap, belanja orang kaya buat umrah, pahala pun tak dapat. Belanja la yang miskin tak ada duit ni buat umrah.

Ya, mertua aku kaya. Tak la kaya sangat, alhamdulillah la rezeki diorang. Tapi salah ke aku nak bawa diorang sekali. Masa aku kahwin diorang cuma suruh aku sediakan mas kahwin, duit hantaran dan barang hantaran je. Majlis dua – dua belah pihak semua mereka tanggung.

Bagi mereka nanti lepas kahwin banyak benda nak kena pakai duit. Tak salah kalau aku berhabis sedikit untuk mereka. Lagi pun itu mertua aku. Dah macam mak ayah aku. Lagipun mereka orang – orang baik. Tak kutuk – kutuk aku. Terima apa adanya aku.

Ada ke patut nak suruh aku belanja dia yang kuat mengutuk tu. Memang tak la. Hari tu masa majlis kahwin, sebelah ayah aku sorang pun tak datang walaupun dijemput. Tak kisah la. Lantak diorang la. Tak datang pun majlis tetap berjalan dengan lancar dan gembira. Hehe.

Tapi yang aku pelik, diorang duk perli – perli dalam group WhatsApp keluarga cakap majlis kahwin buat mewah. Macam – macam la diorang perli. Aik tak datang pun boleh tahu. Ke duk beratur belakang pokok kelapa tengok aku naik pelamin. Macam mana, hensem tak anak saud4ra kesayangan dia ni. Haha.

Jadi aku nak minta pendapat w4rga apa aku patut buat dengan mak – mak saud4ra dan pak – pak saud4ra aku ni. Selain sabar dan berdiam diri. Sungguh aku dah tak sanggup bersabar. Dan kepada orang yang bersikap macam mak – mak saud4ra dan pak saud4ra aku ni tolong ubah sikap.

Ulasan Pembaca :

Alecia Wani : Suruh je la isteri awak tu block diorang kat Instagram. Buat tak tahu je. Bukan diorang yang bagi awak makan. Tak berd0sa pun kalau awak buat tak tahu dengan diorang ni. Awak pun bahagia dengan isteri yang baik, dapat mertua yang baik dan ibu yang memahami. Tak payah tegur pun tak apa dengan spesis macam ni.

Ernie Farhanna : Abaikan je. Mesti kau akan terfikir cakap senang la, aku yang rasa. Tapi kau perlu ingat doa dan restu ibu bapa lebih penting daripada pak dan mak saud4ra kau tu. Kau just ikut je aliran hidup. Satu hari nanti diorang akan terima kau juga. Lepas solat jangan lupa doa agar terbuka pintu hati diorang.

Ramli Samsuri : Hidup ni pilihan dik. Pilihlah untuk bahagia. Abaikan unsur – unsur negatif yang boleh ganggu kebahagiaan korang. Jangan dilayan sikap ego sombong b0doh saud4ra awak. Sebenarnya mereka cemburu. Tak percaya awak belanja diorang sekeluarga pergi bercuti ke Langkawi, memang sah mereka sanggup jilat balik kata – kata lepas ni. Jangan lupa kuasa duit. Apa – apa pun jangan berhenti berdoa agar mereka dapat hidayah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :