Aku tahu kawan aku tak akan pukuI pelajar. Tapi tak sangka aku yang dipanggil dan diberi surat amaran. Aku dituduh telah memberi tr4uma pada pelajar sedangkan selepas kejadian pelajar tu sengih – sengih datang peIuk dan bagi kek dekat aku. Tak sangka tindakan aku pert4hankan maru4h, akhirnya ini yang jadi..
#Foto sekadar hiasan. Bismillah, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan SAW. Semoga Allah memelihara penulisanku dari meny4kiti pihak – pihak tertentu. Terima kasih admin. Aku berfikir berkali – kali sebelum menulis kerana pada aku ia pengalaman peribadi yang getir untuk aku telan.
Tapi, bila memikirkan kemungkinan ramainya di luar sana yang mungkin menerima nasib yang sama seperti aku (walaupun mungkin bukan seorang guru), aku berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka membuat keputvsan yang lebih baik apabila keadaan mendesak.
Hari ini genap sebulan aku tidak bekerja apabila aku memilih untuk meninggaIkan kerjaya aku kerana aku percaya itu adalah langkah terbaik yang boleh aku lakukan untuk mempert4hankan maru4h yang ada. Kisah aku bermula apabila aku berjumpa dengan orang atasan untuk membela rakan sekerja aku.
Rakan sekerja aku telah didakwa memukuI dan memiat telinga pelajarnya. Aku yang selama sembilan bulan bekerja bersama – sama dengannya tidak pernah sekali pun melihat dia melakukan hukvman kasar ke atas pelajar – pelajarnya.
Kami sedar hakik4t guru sekarang, r0tan bukan lagi hukvman yang sinonim dengan pendidikan. Kami berdua hanya mampu bertegas, meninggikan suara, dan menyuruh mereka supaya menghadap dinding (hukvman paling berat yang kami berdua pernah lakukan ke atas murid kami).
Meeting pertama dengan supervisor aku, dia menyatakan sendiri bahawa, “nama you tak ada pun disebut oleh ibubapa pelajar tersebut.” Itu yang memang aku ingat. Kemudian aku kata, “Ya, saya tahu tapi saya kenal kawan saya, dia takkan pukuI budak”.
Kemudian dia kata, “bila I tanya dia, dia mengaku ada sentuh pelajar tersebut. Walaupun dia tak pukuI tapi bila sentuhan fizikaI tu dah jadi, agak susah kita nak bela dia. Ibu bapa dah komplen. Kita tengok apa yang boleh kita buat nanti”.
Dalam meeting tu, aku bagitau supervisor juga, yang aku ada tinggi suara dan marah pelajar tu (pelajar yang sama dalam kisah di atas) sebab dia tak dapat buat tugasan yang aku beri. Tugasan yang diberi adalah perkara mudah dan aku dah pernah ajar dia satu satu, step by step.
Lepas dah marah, aku masih ajar dia satu – satu, step by step, one by one, supaya dia boleh buat sendiri lepas tu. Dia ada menangis tapi selepas tu, aku terangkan balik dan aku peIuk dia. Petang tu, sebelum balik, aku minta maaf dekat semua pelajar kalau aku jadi contoh yang tak baik dekat mereka sebab aku dah naikkan suara aku.
Jadi, itu adalah keseluruhan meeting yang pertama. Selepas tu, kami berdua dipanggil untuk sesi soal jawab yang seterusnya. Aku yang dipanggil dulu, kenyataan aku tak berubah, masih sama. Kenyataan kawan aku pun sama.
Betul, dia ada sentuh pelajar tu, sentuh belakang dia dan bahagian telinga dia. Sentuh, bukan pukuI dan piat. Dia tak ada maksud untuk s4kitkan pelajar tu. Aku faham, sebab aku pernah buat juga. Kita sentuh pelajar sebab nak dia beri tumpuan, bukan pukuI, bukan cubit.
Kita sayang pelajar kita, kita nak dia dapat dan faham apa yang kita ajar, sebab kita sedar hakik4t ibubapa bayar mahal untuk pembelajaran anak – anak mereka. Kadang – kadang, kami siap lebihkan masa untuk ajar pelajar yang ketinggalan supaya dia sama level dengan rakan – rakan yang lain.
Supaya dia tak rasa ketinggalan. Kawan aku ada minta izin nak jumpa ibubapa pelajar ni untuk beri penjelasan, tapi supervisors kami tak bagi, sebab ibubapa tak nak jumpa cikgu. Okay, tak mengapa, asalkan masalah ni boleh selesai.
Itu adalah pertemuan kedua untuk aku berkaitan kes ni, aku tak pasti kawan aku dah dipanggil berapa kali. Selepas dua minggu, kawan aku dah cuti bersalin. Alhamdulillah, comel baby dia. Tiba – tiba, aku dipanggil oleh Pengetua sekolah.
Masa ni aku ingatkan ada hal penting apa sebab aku dipanggil untuk jumpa dalam office HR. Aku tak jangka rupanya hari tu aku akan dapat Warning Letter atas kesalahan “PhysicaI Pun1shment”. Sesi tu bermula dengan suasana yang tenang je, aku ceritakan balik benda yang sama yang aku cerita dengan supervisors.
Tapi, suasana tu jadi tegang dan ‘panas’ bila aku persoalkan, kenapa aku yang dapat warning letter sebab aku tak sentuh budak tu. Pada awalnya, kes ni pun buka kes aku. Apa yang aku buat adalah pert4hankan kawan aku. Dan ya, aku mengaku ada tinggikan suara dekat pelajar tapi kenapa dekat surat tu tulis physicaI pun1shment?
Bila cerita yang sampai dekat HR tak sama dengan yang aku ceritakan dekat supervisors, aku persoalkan tindakan HR. Kenapa issue warning letter dekat aku atas kesalahan yang aku tak buat? Dah la tak ada bukti. Diorang cakap, “Ibubapa dah complaint dan mereka mahu ada tindakan yang dikenakan. Sebab tu aku dapat surat amaran tu.”
Aku tanya balik, “tapi kenapa buat semua ni dekat aku, bukan kes aku pun.” “Ya, mungkin pada mulanya macam tu tapi awak mengaku yang awak ada tinggikan suara.” “Ya Allah, macam mana nak harapkan seorang cikgu tak tinggikan langsung suara dekat anak murid sedangkan cikgu kena handle 25 orang murid dalam satu masa.”
“Mungkin cara awak tak betul kali n.” “No, kenapa sekarang? Selepas dua tahun saya ajar pelajar tu, tak ada masalah pun. Ya, masa awal tahun lepas memang ada tapi dah settle. Sekarang ni, apa yang saya nak tahu, kenapa awak bagi saya warning letter yang kesalahan tu saya tak buat pun.”
Kedua – dua mereka diam. Masa tu aku dah nangis, dengan nangis tu aku kata, “Korang zaIim, saya rasa negara orang kafir pun tak da buat macam ni. Tuduh orang tanpa bukti. You claim this is an Islamic organization tapi you guys tak adil, tak fair. Hanya sebab ada ibubapa yang mengadu, You layan cikgu – cikgu ni macam sampah. You layan your teachers buruk sebab kami tak bayar company.”
“Eh ustazah, you are being too personal ni?” “No, I’m not. Because you do not understand my situation.” “Ini hanya warning letter ustazah, bukan you sorang yang pernah dapat.” “No, you tak faham. Warning letter kot, how you said, just… Bukan you yang dapat.”
“Okay la, macam ni, you ambil surat ni, baca dulu,selepas dah tandatangan bagi balik dekat kami.” “Atas apa? PhysicaI pun1shment?” “Okay, ustazah baca, mana yang ustazah nak kami edit, kami edit.” Aku ambil surat tu dan sebelum keluar, aku minta maaf dan masih menangis. Itu adalah pertemuan kali ketiga.
Malam tu aku terjelepuk jatuh dalam toilet, munt4h – munt4h sebab str3ss. Aku rasa kenapa tiba – tiba aku yang kena. Apa yang aku buat salah? Kenapa mereka layan aku macam ni? Aku call kawan aku malam tu, minta tolong dia belikan makanan sebab aku tak larat masak.
Alhamdulillah, Allah hadirkan kawan – kawan yang sudi membantu. Suami tak balik lagi masa ni dan aku tak bagitau dia lagi tentang hal yang berlaku. Suami balik lambat sebab dia memang ada buat kelas extra dekat luar.
Esoknya, aku jumpa dengan supervisor aku dan minta penjelasan dekat dia. Reaksi pertama dia, dia kata, “Eh, ni surat Diana (kawan aku yang aku back up dia tu, bukan nama sebenar). You punya yang ‘raise voice to cause tr4uma’ kot, yang ni you punya.”
Aku tak puas hati dengan penjelasan yang diberi. Sesi tu berlaku dalam lebih kurang 40 minutes. Dia bagitau, dia akan suruh HR ubah tuduhan tu jadi ‘raised voice to cause tr4uma.’ Akhir sesi tu aku peIuk dia dan air mata aku jatuh lagi. Itu adalah pertemuan yang keempat.
Dalam pada tu, aku up status yang bukan – bukan. Aku mengaku menc4rut sikit guna emoticon yang ada. Aku tahu benda tu tak elok tapi hati tengah geram, kawalan em0si hilang sekejap. Aku delete status tu selepas beberapa jam bila marah aku dah reda. Astaghfirullah…
Aku sedih, takut, kalau benda jadi lebih teruk. Aku tak nak warning letter tu, sebab aku tak salah, bukannya aku nak mereka ubah. Benda tu dah salah tuduh sejak dari awal lagi. Bila aku rasa macam aku dah tak boleh dapat bantuan dari sesiapa, aku jumpa dengan pihak atasan.
Minta mereka siasat perkara ni lebih dalam. Mereka kata, jangan sign surat tu. Nanti dia check dulu. Itu adalah pertemuan kelima, sekejap je tapi aku rasa ada harapan sikit. Selepas dua hari, aku kena panggil dengan supervisors.
Mereka pertikaikan tindakan aku jumpa dengan higher level management. Mereka marah aku. Aku kata aku jumpa higher level management sebab cerita yang aku sampaikan dekat dia orang kenapa tak sama dengan apa yang HR dengar, sampai nak kena edit semula warning letter.
Dia bagi aku warning letter yang baru, surat yang lama tu masih dalam simpanan aku. Kali ni HR tak ada. Pengetua sendiri yang hulur dekat aku warning letter tu. Aku tak sign lagi sebab aku tak salah. Pelajar tu datang peIuk aku, sengih – sengih cari aku dalam bilik guru masa birthday dia dan siap bagi aku kek.
Aku kata macam tu ke budak tr4uma? Tr4uma ni, nampak aku pun tak boleh. Aku tak nak sign kalau higher level management tak suruh sign, sebab masa aku jumpa diorang, diorang yang tak bagi sign. Masa ni salah seorang supervisor tinggikan suara dan kata siapa aku nak suruh bos besar duduk dan tengok aku tandatangan surat tu??
Aku kata, “I ni pekerja mereka dan I ada hak untuk dilayan secara adil. Sepanjang I kerja dekat sini I tak pernah buat benda yang salah.” Selepas tu, diorang kata tak nak panjangkan lagi kes ni, nak tutup kes. Kalau aku tak sign, diorang mungkin akan ambik tindakan lain.
Masa ni jantung aku dah berdebar. Rasa lain macam sikit. Rasa macam dah kalah dalam peper4ngan. Aku kata, nanti aku istikharah dulu kemudian aku datang dekat dia orang. Mereka pesan, suruh aku bawak surat yang lama bila aku datang untuk sign surat tu. Itu adalah perjumpaan yang keenam.
Aku melangkah keluar dari bilik tu, longlai. Esoknya, aku datang jumpa pengetua dan tandatangan surat warning letter yang baru sebab dah takut, takut kena pecat. Tapi masa tandatangan surat tu, aku kata, aku signed bukan sebab aku salah. Dia kata, “tapi you signed.”
Aku kata, “Yes, sebab u p4ksa I”. Dia mencebik dan angkat bahu. Kemudian, dia kata the bosses akan jumpa aku Isnin minggu depan. Aku kata okay. Dia koyakkan fsurat warning yang pertama tu depan aku. Masa ni aku rasa sebak, sedih, semua ada. Macam dah pasrah. Itu adalah pertemuan kali ketujuh.
Hujung minggu tu, aku emailed the bosses untuk jelaskn keadaan aku dan kenapa aku terp4ksa tandatangan surat tu. Degil kan, tak nak mengalah. Minggu depannya, aku tunggu dan tunggu, tak de pulak dipanggil. Katanya nak jumpa Isnin.
Aku teruskan kerja aku macam biasa. Perform in doing my main tasks and other tasks as well. Aku dilantik untuk jadi pembantu untuk Majlis Akhir Tahun sekolah. Jadi, memang banyak kena buat. Part persembahan yang paling crucial sekali.
Bayangkan la, 17 persembahan kesemuanya. Tapi sebab kerja – kerja ni aku dah mula dari beberapa bulan sebelumnya, tanya seniors and otai yang ada dekat sekolah. Jadi, aku rasa walaupun pada masa tu aku tengah ditimpa musibah tapi Alhamdulillah, aku dapat buat kerja aku elok – elok.
Hari Khamis, aku dipanggil untuk jumpa the big boss. Masa ni bertiga; aku, pengetua dan big boss. Aku pun pergi dengan tenang, melangkah masuk officenya dengan tenang. Dia tanya kenapa aku masih tak nak mengaku salah dan kenapa aku up status yang macam – macam.
Aku kata aku minta maaf kalau status aku tu ada yang menyebabkan dia terasa. Tapi aku dah delete status tu bila aku rasa kata – kata aku tu kasar. Kemon la, kita manusia biasa. Walaupun aku ustazah tapi aku berkelakuan macam tu sebab apa yang diorang buat pada aku tu salah.
Aku kata reaksi aku takkan macam tu kalau surat amaran tu memang betul sejak dari awal lagi. Ada bukti. Then big boss kata dia minta maaf. Aku kata, kenapa dia yang kena minta maaf, bukan dia yang buat salah. Dia kata, dia memang macam tu.
Kemudian dia cakap lagi, sebabkan aku punya status tu bukan dia sorang yang terasa, ada orang lain yang terasa jugak. Aku kata, “okay, I boleh je nak minta maaf pada diorang tapi diorang pun kena minta maaf dengan saya jugak sebab diorang dah tersalah tuduh.”
Masa ni big boss tanya aku, ” Macam mana you nak minta seseorang yang lebih tinggi pangkat, minta maaf dekat u, tak kena la.” Aku kata, “Tapi tadi u minta maaf dekat I.” Then dia kata, “that’s me.” Jadi, aku diam.
Masa aku jumpa big boss ni, aku harap sebenarnya,
1) aku dapat jumpa parents budak tu and ask for clarification.
2) aku nak penjelasan, kenapa HR issue warning letter dulu baru nak tanya cerita from my side.
3) fair and square judgement.
Tapi, tiga benda ni aku tak dapat, malahan aku diser4ng dengan soalan – soalan yang aku rasa tak berkaitan sangat dengan kes ni.
1) mereka pertikaikan tindakan aku up status kasar – kasar macam tu (yang ni aku mengaku aku salah dan aku minta maaf).
2) mereka tanya kenapa aku berkawan dengan orang – orang yang negative?
3) Kenapa aku susah sangat nak mengaku salah? (Aku mengaku aku tinggikan suara tapi aku tak nak mengaku aku sebabkan budak tu tr4uma, sebab tak da bukti, it was all verbal accusation).
4) mereka suruh ubah cara aku mengajar.
5) mereka kata pelajar aku behave bukan sebab hormat atau cara mengajar aku yang betul tetapi sebab diorang takut pada aku. Pelajar aku hidup dalam ketakutan sebab aku jerit – jerit dalam kelas.
Masa mereka asak aku dengan soalan – soalan ni, aku terus terdiam, speechless, tak tahu nak kata apa dah. Mereka suruh aku yakinkan mereka yang aku masih nak kerja dekat situ. Aku kata, aku masih datang kerja, buat tugasan yang diberi dan aku masih mengajar macam biasa.
Sebab bagi aku masalah akan sentiasa ada, cuma cara mereka handle kes ni. Dan aku memang sentap dan tak puas hati sebab mereka dah tuduh aku tanpa bukti tapi tak bermakna aku terus tak nak kerja situ. Akan tetapi, di akhir sesi tu, the big boss bagi aku dua pilihan,
1) You resign, we will waive the 3 months’ notice from your contract, no need to pay the company and tomorrow is your last day.
2)We issue termination letter for you, but you still need to come to work because we still pay you salary and you will be transferred to other department.
Aku tanya, maksudnya? Sebab masa tu aku macam ‘m4ti’ sekejap, tak boleh pikir dengan apa yang aku baru dengar. Dia kata, “you takkan mengajar lagi la. Sama ada you berhenti sendiri atau you kena buang kerja dan tak akan mengajar sebab you tak nak ubah cara you deal dengan students.”
Aku tanya, “macam mana dengan pelajar – pelajar I, exam diorang dah nak dekat.” Dia kata, “Itu bukan masalah you.” Aku speechless untuk kali kedua. Jantung aku macam berhenti sekejap. Dia suruh aku balik lepas sesi tu, dan buat keputvsan esok.
Mereka tinggalkan aku sorang – sorang dan melangkah keluar dari bilik tu. Aku rasa masa tu macam mimpi, aku kumpul kekuatan untuk melangkah keluar dan Alhamdulillah aku mampu. Selepas sesi tu, aku tak terus balik, aku masih jumpa dan meeting dengan department lain untuk selesaikan beberapa perkara berkaitan majlis akhir tahun tu.
Aku masuk kelas, jumpa students aku, ambil gambar and video mereka. Aku tahan air mata aku tapi ada di antara pelajar tu tegur aku,
“I don’t want ustazah to change school”.
“Ustazah, are you crying?”
“Ustazah, are you okay?”. Masa ni, air mata aku dah tak boleh ditahan. Kemudian aku kata, “I’m having stomache”. Salah seorang tu cakap,
“I don’t think so, are you lying to us right now?”.
“No, I’m not”.
“Yes, you are. Ustazah, we know you”.
Masa ni lagi la jatuh air mata macam air terjun. Sebab mereka hanya berusia 9 tahun tapi mereka dah faham ustazah mereka sedang kesedihan. Kemudian aku minta diri nak balik, aku bagitau aku ada benda penting, dia orang tanya,
“Wait ustazah, are you gonna leave us forever? Will you come back?”.
“No la, I will come tomorrow. Promise”.
Aku melangkah keluar dari kelas dengan air mata yang bercucuran. Aku sayang sangat dekat pelajar – pelajar aku, aku sayang sekolah ni, aku sayang kawan kerja aku, aku sayang dengan ibubapa pelajar – pelajar kat sini.
Sebabkan tu hati aku rasa nak pecah. Aku called suami dan bagitahu apa yang jadi. Air mata jatuh lagi, and dia kata, “You better don’t cry. Dah buat keputvsan, Awak hanya pert4hankan maru4h awak. Jangan nangis depan dia orang. Sekarang, you perIukan sokongan, saya support awak. Please sayang.”
Esoknya, ada majlis sambutan hari lahir. We were having so much fun tapi hati aku, Allah je yang tahu. Aku manfaatkan masa yang ada untuk kumpul memori yang best – best dengan semua pelajar aku. Aku bagitau beberapa ibubapa pelajar yang aku rapat dan ceritakan apa yang terjadi.
Sebab aku tak nak mereka rasa dikhi4nati dan aku rasa aku berhak beritahu mereka cerita yang sebenar. Selepas satu jam, HP aku tak berhenti berdering and WhastApp berpusu – pusu masuk. Aku tak dapat angkat dan tak dapat baIas sebab ni je hari yang aku ada untuk luangkan masa dengan dengan pelajar aku.
Ada kawan yang datang dari department lain, ambilkan gambar, recordkan video dan dia stay sepanjang hari untuk pastikan aku tak keseorangan. Kepada kawan aku tu, aku hargai sangat apa yang kau dah buat untuk aku. Aku doa pada Allah untuk permudahkan segala urusan untuk kau dan beri keberkatan dalam hidup dan jadikan kau seorang yang kuat.
Aku tak bagitahu dekat orang lain, hari tu adalah hari terakhir aku dekat sekolah. Tapi ada jugak yang tahu dari orang lain, mereka datang dan duduk dalam kelas aku. Diorang bagi sokongan tanpa cakap apa – apa. Semua tu bermakna sangat untuk aku.
Aku tak rasa sendirian. Aku rasa dihargai, aku rasa disayangi. Sebelum pelajar lelaki pergi solat Jumaat, aku kumpulkan mereka semua, kami duduk dalam bulatan. Aku cakap dekat diorang, “Thank you for being with me, be my good students, Alhamdulillah. I’m sorry for my mistakes and if I ever do something wrong, gave bad example to you, I’m sorry again.”
Masa ni, antara mereka dah ada yang berair mata. Bila aku kata, “Hari ni hari terakhir saya dengan kamu semua,” terus banjir air mata. Dia orang menangis. Sungguh menangis. Ada pelajar lelaki yang tak pernah menangis walaupun dia s4kit, pun menangis juga.
Aku cakap lagi, “I’m sorry because I cannot stay. I want too but I cannot”. Diorang tanya kenapa, aku kata sebab orang atas suruh aku pergi sebab aku bukan cikgu yang baik. Aku ajar pelajar aku benda tak betul. Pelajar aku jadi baik bukan sebab hormat, tapi sebab takut. Takut dengan aku.
Masa ni bertambah – tambah menangis dia orang. Ya, aku tahu. Mungkin sebahagian pembaca akan kata sebagai cikgu, aku tak patut cakap macam tu dengan pelajar aku tapi dorang ada hak nak tahu apa yang berlaku.
Walaupun mereka masih kecil, berbohong bukanlah benda yang baik untuk merek. Hati aku r3muk, sedih teramat sebab aku tak pernah bayangkan diri aku akan tinggalkan tempat ni sebab niat aku masa mula – mula kerja dulu, di sinilah aku akan berkhidmat sampai akhirnya, in shaa Allah.
Tapi apa yang aku rancang tak jadi macam yang aku nak. Aku harus pergi. Jam 4.00 petang, aku jumpa dengan supervisor aku dan bagi surat letak jawatan. Aku kata terima kaseh sebab sekurang – kurangnya dia bagi aku masa satu hari untuk aku luangkan dengan para pelajar.
Aku kata, aku tak pernah bayang diri aku tinggalkan sekolah ni; never. Tapi, aku tak da pilihan. “Aku rasa ini jalan dan pilihan yang terbaik aku ada untuk pert4hankan maru4h aku.” Aku kata, aku tak pernah ada masalah dengan orang atasan or management kecuali regarding the warning letter case tu.
Aku akan ingat semua benda baik yang berlaku dan aku sedar, secara professional, I belajar banyak dari sekolah ni. Semua training yang aku dapat tu bukan sesuatu yang sia – sia. Malah waktu aku cuti s4kit pun, company bayar gaji aku walaupun masa tu aku masih lagi dalam probation.
Bertahun aku kerja dekat company ni memang akan jadi kenangan buat aku; students, student’s parents, kawan – kawan, kawan – kawan dari department lain yang baik dan penyayang semuanya. Serius, aku sayang diorang.
Aku minta izin untuk datang hari minggu untuk ambil barang personal aku sebab aku memang tak sempat nak kemas apa – apa. Selepas setengah jam, aku keluar, settlekan kerja yang berbaki, jumpa students dan masa parents datang untuk ambil anak – anak diorang, aku hanya mampu menangis dalam peIukan kakak – kakak tu. Banjir air mata lagi.
Malam esoknya, kenalan aku dari sekolah bagitau, kalau aku sanggup datang semula dan minta maaf, mereka boleh terima aku bekerja semula.Mereka kata bukan niat mereka nak suruh aku berhenti. Aku tergamam sekejap, sebab sesi hari Khamis tu mereka tak bagi aku banyak pilihan pun.
Ahad pagi, pengetua called aku dan minta aku selesaikan hand over task masa aku nak datang kemas barang nanti. Tergamam kali kedua; baru malam tadi bagitau benda lain, pagi tu dah terima panggiIan lain pulak. Ahad malam, aku datang sekolah untuk ambil barang – barang personal aku. Guard yang jaga tu tanya siapa nama aku, aku bagitau.
Kemudian , dia kata dia kena escort aku sampai atas. Jaga dan tengok aku masa aku kemas barang. Aku kata, aku takkan ambik barang – barang sekolah, aku hanya datang nak ambik barang – barang personal aku. Tak perlu la nak escort dan tengok. Macam penjen4yah aku rasa masa ni.
Aku naik atas dan kemas barang – barang aku. Tak sampai 5 minit, ada guard datang dan check aku. Ma shaa Allah, aku bukan pencuri, tak de nya aku nak ambil barang – barang sekolah punya. Mungkin dalam setengah jam macam tu, pengetua sampai bersama salah seorang guard.
Mereka berdua duduk di situ dan aku teruskan untuk kemas barang – barang aku. Settle kemas barang, aku jumpa pengetua dan cakap beberapa perkara sebab ni kali last aku jumpa dia. Tak sempat aku nak habiskan kata – kata aku, dia kata tak ape, sesi hari Khamis tu dah cukup.
Aku pulangkan kad aku dan berlalu pergi. Minggu depannya, salah seorang ibu pelajar offer untuk hantar aku pergi ke pejabat buruh; rujuk kepada mereka tindakan apa yang aku boleh ambil. Sampai dekat labor office, aku ceritakan situasi aku dari A to Z dekat officer yang bertugas.
Mereka kata, tak boleh buat apa – apa sebab aku dah berhenti; maksudnya aku redha dengan pilihan yang mereka bagi. Officer kata, kebiasaannya, bila terjadi kes macam ni, majikan akan menang sebab pekerja memilih untuk undur diri (sama macam kes aku).
Tapi, sebenarnya, ada beberapa kesalahan yang majikan dah buat semasa handle kes aku ni.
1) Mereka dah tuduh aku tanpa bukti.
2) Mereka p4ksa aku untuk sign warning letter. Officer kata, warning letter tu kalau aku tak sign pun tak ape and majikan tak boleh p4ksa aku sign, sebenarnya.
3) Mereka p4ksa aku resign. Walaupun mereka bagi pilihan tapi siapa je yang nak kena pecat. Semua pun taknak kan. Officer kata, sebagai pekerja, kalau kena kes macam ni, datang je kerja. Walaupun mereka issue termination letter, datang je kerja. Walaupun mereka halang untuk aku masuk kerja, datang je kerja.
Masa ni kalau aku belum berhenti, macam – macam aku boleh buat. Tapi, tak semua orang boleh bertahan bila keadaan dah jadi teruk macam ni. Lagi – lagi bila supervisor kita dah tak ngam dengan kita. Akan ada saje argument nak cari salah kita walaupun perkara tu tak da kaitan dengan kes ni.
Untuk makluman, aku merupakan cikgu kelapan yang berhenti dari institusi tersebut dalam tahun ni (2018). Aku berharap agar mereka – mereka ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Ada sebab kenapa kita ada specialization dalam kerjaya.
Guru bertanggungjawab terhadap anak – anak didiknya, Majikan bertanggungjawab terhadap pekerja – pekerjanya, Doktor bertanggungjawab terhadap pes4kit – pes4kitnya, Akauntan bertanggungjawab terhadap duit di bawah jagaannya, HR bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja di bawah jagaannya.
Sistem Syura dalam Islam yang diperkenalkan oleh para sahabat dulu bukan untuk kita tulis dan jawab dalam kertas exam sahaja, ia harus juga dilaksanakan melalui kehidupan sehari – hari. Komunikasi, toleransi, itu semua yang kita didik anak – anak murid kita supaya terapkan dalam kehidupan mereka.
Janganlah kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin, hebat di media social tapi hakik4tnya rapuh, tiada sistem, tiada keadilan, tiada toleransi dan zaIim. Aku mengaku kesalahan aku tapi aku tetap dilabel sebagai cikgu bermasalah dan tiada disiplin.
Semoga aku mampu untuk menjadi orang yang lebih berlapang d4da dan lebih sabar dalam menangani masalah seperti ini kelak. KezaIiman berlaku bukan sebab orang jahiI jadi pemerintah tapi sebab orang yang soleh dan bijak pandai yang berdiam diri. Allah takkan uji melainkan kita mampu. In shaa Allah, aku mampu. Aku mampu. – Mrs A
Komen Pembaca :
Aimi Syazana : Confession kedua yang saya baca sambil menangis selepas confession Lyn. Why? Sebab saya paling pantang dengan orang yang tidak adil dan orang yang ambil hak orang lain. Dua benda ni memang tr1gger saya.
Dalam kes ustazah, terang lagi bersuluh higher authority bersikap tidak adil. Full of accusation. Ustazah ada hak dan mereka telah abaikan hak Ustazah. No such thing as higher hierarchy tak boleh apologize to lower staff.
Everyone makes mistakes and you got to own it. Orang yang tak berani minta maaf adalah orang yang eg0 dan pengecut. What they did was unacceptable but I respect the way you def3nd yourself. Ustazah resign demi menjaga maru4h. Saya doakan semoga ustazah dimurahkan rezeki dan dapat meneruskan perju4ngan mendidik anak bangsa di institusi lain. Amiin.
Najah Mazni Ishak : Saya juga seorang guru. Sebak saya baca kisah ustazah tapi bila sampai part ustazah spend the last moment with your students, berjurai terus air mata saya, cause I really can relate. I feel u, ustazah.
Bila kita sayang students kita macam anak sendiri, rapat dengan the parents dan tak ada masalah dengan colleagues, work environment yang kita selesa, memang sebak dan ralat sangat nak meninggaIkan semua tu. Semoga ustazah kekal tabah. Insya-Allah.. Moga – moga ustazah mendapat rezeki tempat pekerjaan yang lebih membahagiakan ustazah.
Neuro Shewazni : Jujurnya saya menangis baca cerita ustazah. Kerana saya sendiri seorang guru. Saya pun ada marah – marah anak murid tapi sebab sayang. Bagaimana saya marahkan anak saya tetapi sayangkan anak begitulah anak murid saya.
Saya nak mereka pandai, jadi manusia berguna. Saya harap orang yang buat ustazah begini happy lah. Nak sangat kan. U know what, I’ll support you. Kadang – kadang ada parents macam ni lebih kuah dari anaknya. I love the way you stand up for yourself.
Saya pun macam tu. Tak suka kalau dip4ksa mengaku salah jika tak buat. By the way ustazah, Allah tahu siapa yang benar siapa yang salah. Selepas ketiadaan ustazah mungkin akan membuka mata mereka semua. So lepas ni kalau ada apa – apa, that’s not your problem kan? Love yourself first.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.