Aku PJJ dengan isteri. Satu hari adik aku datang rumah aku mengejut. Dalam rumah aku ada isteri aku dengan jiran. Mereka berbau peluh, rambut serabai

Selepas kantoi, isteri aku pura – pura giIa. Betul – betul berlakon mental. Nangis depan mak ayah dia, depan keluarga. Dia menangis depan ketua kampung, pejabat agama, semua orang. Konon dia paling tertekan, paling susah.Aku kerja susah payah cari duit, dia nikmat dengan jantan lain..

#Foto sekadar haisan. Aku baru saja bercerai. Bekas isteri aku kantoi berz1na dengan anak jiran yang baru berumur 19 tahun. Dia umur 29 tahun, budak tu baru nak masuk 20. Dari bulan April sampai kantoi pada 14 Julai 2025, mereka duduk serumah hampir setiap hari.

Siang malam mereka main, tak ada malu langsung. Rumah kami dengan rumah jiran tu cuma terpisah tiga biji rumah je, senang lah dia keluar masuk tanpa orang perasan. Kantoi tu masa adik perempuan aku datang rumah petang tu tanpa beritahu.

Dia ketuk pintu berkali – kali tak ada jawapan, padahal kereta bekas isteri ada depan rumah. Lama giIa tak bukak, akhirnya keluar berdua dengan muka selamba, konon – konon budak tu datang baiki paip. Baiki paip konon, tapi baju kusut masai, rambut serabai, bau peluh lain macam. Adik aku bukan b0doh, terus syak something tak kena.

Sebelum ni aku sayang dia betul. Sayang giIa. Tapi bila tahu semua ni, rasa kecewa tu lebih kuat dari sayang. Biarlah aku tak kahwin lagi, tak apa. Kalau aku ingat balik saat – saat manis dulu, masih ada rasa menyesal kenapa aku sayang dia sampai begitu dalam.

Anak – anak kami masih kecil, yang sulung baru tujuh tahun, yang bongsu empat tahun. Dia pandai setting masa, tunggu anak tidur baru buat hal. Kadang – kadang siang hari bila anak hantar sekolah atau diambil mak ayah dia, rumah kosong, dia ajak budak tu masuk.

Aku tak pernah berg4duh dengan dia, tak pernah angkat tangan, tak pernah marah kuat. Macam mana aku jaga anak – anak, macam tu jugak aku jaga dia, malah lebih lagi. Aku kerja jauh, merantau, balik sekali sebulan kot, tapi nafkah tak pernah putus.

Aku sanggup buat apa sahaja supaya dia dan anak – anak selesa. Tapi akhirnya kantoi sebab terlalu berani, siang – siang main dalam rumah aku sendiri. Lepas adik aku syak, aku terus balik kampung tanpa beritahu. Aku r4mpas telefon dia, dulu anak – anak boleh main telefon tu sesuka hati, tapi akhir – akhir ni ada password berlapis – lapis.

Whatsapp pun kena password lagi satu. Aku p4ksa dia bukak, dan apa yang aku jumpa buat d4rah aku naik ke kepala. Tiap malam lepas anak tidur, dia video call dengan budak tu. Chat “dah sampai depan rumah ni” pukuI 11 malam, hampir setiap malam.

Budak tu masuk rumah, tidur sebilik dengan dia, panggil sayang sini sayang sana. Profile whatsapp dia dah tak ada gambar anak – anak dengan aku, status pula macam – macam, acah – acah berg4duh dengan aku. Aku tanya kenapa letak status macam tu, dia jawab “copy paste je”.

Bila kantoi, dia cuba menipu. “Tak ada apa – apa”, “kawan je”, “dia datang baiki paip”. Tapi bukti terlalu kuat. Aku tengok transaksi Shopee, dia belanja hampir RM900 barang motor untuk budak tu. Barang keperluan motor, helmet, jacket, semua beli guna duit nafkah yang aku hantar. Aku marah giIa.

Duit aku dia habiskan, melancong Langkawi, Melaka, Hatyai, konon nak hilang str3ss, tak ajak aku atau anak – anak, rupanya pergi berdua dengan budak tu. Gambar – gambar manja dalam telefon, semua ada. Yang buat aku lagi s4kit, dulu aku ajak dia pindah ikut aku di tempat kerja, duduk sekali, tak nak.

Kata selesa kat kampung, anak – anak ada pengasuh, pergi balik sekolah ada orang jemput, cuti sekolah mak ayah dia ambil cucu balik kampung. Rupanya semua tu alasan supaya dia boleh bebas buat hal. Rumah kosong, dia tinggal berdua dengan budak tu berbulan – bulan.

Tapi konflik tak berhenti situ. Selepas kantoi, dia pura – pura giIa. Betul – betul berlakon mental. Nangis depan mak ayah dia, depan keluarga, kata aku tekan dia, aku buat dia str3ss sampai jadi macam tu. Mak ayah dia percaya pulak. “Anak kami tak macam tu, mesti awak yang salah,” kata mereka.

Dia menangis depan ketua kampung, pejabat agama, semua orang. Konon dia paling tertekan, paling susah. Padahal yang susah aku. Aku yang kerja bertungkus – lumus, hantar duit tiap bulan, balik tengok anak – anak pun susah, tapi dia nikmat dengan jantan lain.

Aku cuba sabar. Aku cuba faham mungkin dia ada masalah. Tapi bila dia tuduh aku jadi punca dia “mental”, aku tak tahan. “Abang yang buat saya jadi macam ni,” kata dia depan orang ramai. Aku diam je, sebab aku tak nak anak – anak dengar mak bapak mereka berg4duh.

Tapi dalam hati, aku tahu dia tipu semua orang supaya dia nampak macam m4ngsa. Yang paling aku tak sangka, budak jiran tu pun tak berdiam. Lepas cerai, dia masih cuba hubungi bekas isteri aku. Ada sekali aku dengar dia hantar mesej, “Abang dia dah tak ada, kita boleh teruskan”.

Bekas isteri aku macam goyah jap, tapi akhirnya dia kata dia nak “fokus pada diri sendiri”. Konon. Aku tahu dia masih simpan perasaan pada budak tu, cuma tak nak nampak jahat depan keluarga. Anak – anak jadi m4ngsa utama. Mereka kecil lagi, tanya “kenapa mak ayah tak duduk sekali lagi?”. Aku tak tahu nak jawab macam mana.

Aku cuma peIuk mereka, cakap ayah akan jaga dorang selamanya. Tapi setiap kali tengok muka anak – anak, aku teringat pengkhi4natan dia. Rasa marah, sedih, kecewa, semua campur. Sekarang aku seorang diri jaga anak – anak. Aku ambil cuti panjang, balik kampung, uruskan cerai, uruskan hak penjagaan.

Keluarga dia masih percaya dia “s4kit mental”, masih harap aku maafkan. Tapi aku tak boleh. Pengkhi4natan selama empat bulan tu, siang malam dalam rumah aku sendiri, tak boleh aku lupakan. Duit aku habis dia belanja untuk jantan lain, masa aku susah payah kerja jauh.

Aku h4ramkan mereka berdua dalam hati aku. Biarlah Allah yang balas. Aku cuma nak fokus pada anak – anak sekarang. Biar aku tak kahwin lagi, tak apa. Yang penting anak – anak bahagia. Tapi kalau malam sunyi, aku masih terbayang saat – saat dulu aku sayang dia. Dan setiap kali tu, air mata aku gugur sendirian.

Komen Netizen :

Sharizal Sharifah: Rileks bang. Lepaskan dia guna otak bang. Lantik peguam, saman balik semua kerugian dan semua punca perceraian daripada pihak ketiga. Sekarang dah ada akta untuk orang ketiga ini. Paling kuat, abang boleh saman malu dekat dia. Jangan lepaskan dia hidup senang. Ajar dia siapa abang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :