Aku rimas jiran sebelah asyik datang pinjam barang. Pinjam motor, duit, kepit kuku, lighter, pinjam plastik pun pernah. Siap tumpahkan kuah laksa depan rumah aku

Lighter api panjang dia pinjam, tak pulang. Bila aku minta sebab nak guna dia bagitahu anak dia rosakkan. Dia suruh aku beli lain. Yang pinjam kepit kuku tu, aku tak minta, dia diam je la buat harta. Suami aku bila nak guna barang takde, aku kena tempias.. Laki bini gaduh..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min dan warga FB. Aku nak tanya pendapat, macam mana ye nak buat, kalau korang kat tempat aku. Jiran sebelah rumah, dari mula aku pindah duduk sewa memang bermasalah, dari arwah laki penagih dadah suka menjerit – jerit tak kira siang malam, maki – maki bini menyundal bagai. Sampai ke anak anak, anak kedua penagih, anak lain yang tak bersekolah mer0kok bawah umur.

Semua kebanyakan suka tebal muka menyusahkan aku dan suami. Bising – bising aku boleh diam lagi, sebab aku pernah 3 minggu minta tolong jiran jagakan anak umur 2 tahun lebih berbayar sebab aku kerja. Atlast berhenti kerja nak jaga anak sendiri, aku tak sedap hati anak aku menangis macam trauma bila aku jemput dia.

Kadang-  kadang ada kesan luka terjatuh, kesan gigit, bontot merah macam kesan tampar. Ada sekali tu muka tangan leher semua merah, macam 1 hari berjemur panas. Bila aku tanya akak tu kata pergi bank mungkin panas dalam kereta. Anak sulung dia pulak tiba – tiba tak lama tu pesan mak dia tak payah jaga dah nanti apa – apa jadi kes polis.

Macam – macam dalam kepala aku ni pikir anak aku lemas bahang dalam kereta ke, kot anak – anak dia buli ke? Sebab anak – anak dia semua lasak tahap apa lagi. Mak dia sendiri pernah bagitahu aku anak dia sebaya anak aku tolak anak aku jatuh.

Kat situ aku dah tak percaya lagi jiran aku, apalagi 1 keluarga dia teruk. Sekarang ni masalahnya, aku dah serabut nak layan kehendak akak tu. Dari dulu sampai sekarang dekat sepuluh borang minta aku isikan. Pinjam motor, duit, kepit kuku, lighter, banyak kali, minta plastik lah, minta pinjam telefon call orang.

Yang lain – lain barang atau dia minta tolong aku tak nak sebut sebab yang lain tu tak kisah, ikhlas. Sekarang ni tak tahan bila anak buang sampah merata dalam longkang tak marah, tersumbat bila hujan lebat banjir air longkang masuk rumah mesti geli kan.

Kencing dinding luar rumah, kotorkan depan rumah tuang pasir tanah tepi longkang, cedok keluar air longkang sepah depan rumah. Buat majlis orang tumpah laksa depan rumah aku, sampai 2 hari biarkan je lalu macam tak nampak. Kadang – kadang anak tumpahkan air manis depan rumah bersemut biar je.

Semua aku laki bini uruskan sendiri atas perbuatan jiran tak bertanggungjawab. Ye kesabaran memang tinggi, selagi boleh. Sidai baju pakai ampaian aku, even aku tak guna janganlah sidai sampai tempat parking motor aku. Ganggu 1 hal, ada sekali bau hanyir sangat dalam rumah dari bau pakaian dia sebab pakaian dia betul – betul kat tingkap aku. Aduh.

Dulu ada sekali bela kucing taruk dekat dengan rumah aku, bau taik jangan cakaplah nak muntah, aku tegur baru nak alih. Hari ni aku dah hilang sabar. Semalam pinjam motor hantar adik dia stesen bas balik kampung sedangkan anak dia ada motor, dah guna tak isi minyak motor aku, takpelah.

Hari ni pulak minta isi borang lagi. Kat kedai taip tanpa pikir pun RM4 sehelai. Aku memang ikhlas tolong selama ni, borang dah macam  -macam isi, kena sakit kepala pikir aku pulak kena tanya dia macam – macam. Berhelai – helai tak caj pun, pen tak pernah bagi. Baru last tu minta baru nak beli. Tapi kalau kerap, siapa tak menyirap aku tengah serabut masalah sendiri.

Anak dia dah besar – besar. Kawan – kawan anak selalu datang lepak, jiran – jiran lain ramai kenal sebab dia duduk dah berbelas tahun. Kenapa tak minta tolong orang lain pulak. Aku tak kenal siapa – siapa pun kat sini, baru duduk setahun tak pernah nak susahkan orang. Kenapa dia asyik nak susahkan aku.

Sis geram. Selalu dengar dia kata kat jiran lain bila ada jiran tegur tak puas hati dengan dia. Dan kat aku sendiri pun dia pernah kata yang sama masa bertegur, katanya “aku malas nak gaduh – gaduh dengan orang, aku buat hal sendiri je” “biarlah orang nak mengata aku, janji aku tak minta duit diorang”. Korang rasa hipokrit tak ayat dia?

Aku jiran muda ni macam orang suruhan dia pulak. Nak kena ikut telunjuk dia, lighter api panjang dia pinjam diam je tak pulang dari bulan June sekarang Ogos. Bila aku minta sebab nak guna dia bagitahu anak dia rosakkan. Dia suruh aku beli, nanti minta duit kat dia.

Aku ni bukan ada duit, makan bercatu. Bila kita minta ganti faham – fahamlah ni buat muka tebal. Kepit kuku aku tak sebut, dia diam. Suami aku bila nak guna barang takde, dia marah – marah kat jiran bebel dalam rumah tapi tempias aku kena. Tadah telinga, laki bini lak jadi bergaduh.

Orang ambil kesempatan atas kebaikan aku dan suami, kami diam sebab tak nak gaduh, lagipun dia umur 40 tua 15 dari kami. Kami tak nak biadab, beralah. Kalau pendapat korang macam mana nak buat, serba salah aku nak cakap macam mana supaya orang tak ambil kesempatan dalam masa sama tak gaduh.

Komen netizen :

Nor Shahieda : Yang lepas jadikan pengajaran. Yang lepas tu, lepaskanlah. Yang akan datang tu hadap dengan muka tebal jugaklah. Berani untuk berkata tidak untuk benda yang kita tak suka. Tak payah buat baik sangat kalau hati sendiri merana. Ok.

Amy Mastura : Sekarang ni keputusan kat tangan awak. Kalau dia panggil tak payah la buka pintu, tak payah menyahut. Buat tak tahu je. Kalau dia nak pinjam barang bagi la alasan, tak payah bagi muka dah.

Rayyan Al-qayyum : Senang cerita, kenapa dah tahu diorang bermasalah masih lagi awak bagi jaga anak awak? Bahaya tu, ingatlah keselamatan anak tu. 1 lagi, dah tahu dia selalu minta itu ini cakap je takde, ni sampai pengetip kuku pun minta pinjam? Sebab awak layankan dia sebab tu dia naik lemak. Berjiran berpada – padalah. Baik tak salah tapi janganlah sampai orang ambil kesempatan macam tu. Apa pun tegas sikit, jangan kerana jiran kita suami isteri pulak yang bergaduh.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :