Sebak baca luahan dari seorang suami rinduk4n arw4h isterinya yang telah pergi menghadap Ilahi. Apa yang lebih menyedihkan, dia perlu membesarkan seorang puteri yang baru berusia beberapa bulan, tetapi sudah tidak dapat rasa kasih sayang seorang insan bergelar ibu..
#Foto sekadar hiasan
“Abang.. Rambut saya dah mula gugur.. Tak lama lagi botak la kepala saya.. ”
Sugul sekali bunyinya. Ya. Itulah yang diperkatakan oleh isteriku. Sudah hampir seminggu diulang ayat yang sama. Aku hanya mampu senyum dalam duk4.
“Alah, awak tu memang cantik sangat dah. Ade rambut ke tak ade rambut ke memang dah cantik. Tak payah risaulah..” kataku..
Kisah bermula tahun lepas. Selepas 2 tahun isteriku selamat melahirkan puteri kami. Dia mengadu dad4nya s4kit. Buah dad4nya berdenyut denyut. Aku tersentak bila dia mengadu macam tu. Terus aku bawa isteriku ke hospitaI untuk pemeriksaan lanjut. Dan apa yang kami takutkan menjadi kenyataan.
Dia disahkan mengidap bar4h payud4ra. Allahu. Tahap 3. Subhanallah. Esak tangis isteriku m4kin menjadi jadi. Puteri kami masih kecil. Apakah dug4anmu pada kami ya Allah. Aku cuma mampu mengetap bibir sambil menahan airmata kala mendengar berita itu.
Maka bermulalah perjalanan hidup kami yang baru. Berulang alik ke hospitaI untuk sesi rawatan. Hari demi hari tubuh isteriku yang comel itu mula meng3cut. Pipi tembamnya yang selalu ku cub1t kian hilang. Tangannya yang dahulu kuat bekerja menguruskan rumah tangga kami m4kin lemah. Tetapi dia tetap ceria. Kuatnya kamu wahai isteri.
Kala menahan s4kit k4nser dan siksanya rawatan kau masih mampu mengagah puteri kita. Masih mampu meIempar senyuman manismu padaku dan keluarga. Masih mampu bergurau senda dengan rakan rakan yang datang melawatmu. Sungguh aku kagum denganmu wahai isteri.
3 bulan berh3mpas pulas dengan rawatan kim0terapi dan radi0terapi yang meny3ksakan itu, doktor sarankan agar dia dibedah untuk membuang tum0r yang sudah m4ti itu. Tapi tak semudah itu. Katanya isteriku bakal hilang sebelah kewanitaannya. Sekali lagi air mataku gugur. Ya. Dia setuju. Asalkan dia sihat katanya.
8 jam dia dibedah. Hampir 2 bulan diambil untuk sembuh. Akhirnya isteriku mampu tersenyum kembali. Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi tinggi kesyukuran padamu Ya Allah. Tapi kegembiraan kami tak lama. Beberapa bulan selepas itu k4nser itu kembali. Dan kali ini ia lebih gan4s. Tapi dia tetap tersenyum.
“Alaaa.. Kena kim0 lagi ke. Botak la kepala saya macam ni.. Dah rupa toy0l nanti. Saya dah la pendek..”
Nyawamu lebih penting sayang. Pers3tankan rambutmu. Aku cuma mahu kau bersamaku sampai bila bila. Sesi rawatan bermula kembali. Dan kali ini lebih agr3sif kerana k4nser sudah mula merebak.
Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis dan berdoa. Sesi demi sesi. S3ksaan demi s3ksaan yang kau tanggung wahai isteri. Tetapi bibirmu tak lekang dengan senyuman. Senyuman yang menyembunyikan kes4kitan yang teramat yang kau sedang tanggung.
Tanggal 8 Ogos. Kau terbaring layu di atas katil hospitaI. Tubuhmu kering k0ntang dirat4h sel k4nser yang agr3sif. Rambutmu gugur habis semuanya. Botak. Licin. Tapi kau masih mampu senyum. Bergurau.
“Hahaha.. Abang ada bini botak. Padan muka..”
Aku cuma mampu tersenyum. Aku paham sayang. Aku paham pend3ritaanmu. Tidak mengapa. Aku suamimu. Menangislah. Merintihlah. Mengadulah padaku. Aku sedia mendengar. Luluh hatiku melihat kau yang masih cuba menceriakanku tatkala kau menanggung siksa. Kuatnya kamu wahai isteri.
Selepas itu doktor menyarankan agar isteriku ditidurkan. Bagi memberi ruang kepadanya untuk berehat. Maka lenalah kamu wahai isteri di dalam icu. Rehatlah sayang. Bukalah mata bila kau dah bersedia. Aku di sini sentiasa menanti kau.
Tanggal 23 Ogos. Isteri yang amat ku sayang. Penyeri hidupku. Kekuatanku. Ibu kepada puteriku. Pergi mengadap Ilahi. Hari jumaat. Penghulu segala hari. Dia pergi dengan senyuman. Tenang sahaja wajahmu wahai isteri. Allahu. Hidupku kosong.
Bagaimana aku nak menempuh hidup ini tanpa kau di sisi sayang. Tapi aku redha. Pergilah. Tenanglah kau di sana. Redhaku sebagai suami sentiasa bersamamu wahai isteri. Janganlah kau toleh ke belakang lagi. Aku bangga aku pernah mempunyai isteri seperti kau sayang. Aku bangga mengatakan..
“Si botak itu isteriku..”
Ampunkan aku. Maafkan aku jika coretan ini mengundang rasa jelik kalian. Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya. Al-fatihah untuk isteriku.
– Suami si botak (Bukan nama sebenar)
Perkongsian yang dibuat oleh penulis ini benar-benar membuatkan pembaca – pembaca rasa sebak. Bukan mudah untuk melalui hidup yang masih panjang di hadapan dengan membesarkan anak tanpa isteri tercinta. Malah dalam pada itu ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang serupa, kehilangan orang tersayang kerana peny4kit yang merb4haya ini.
Komen Warganet :
Nor Fauziah
Saya faham perasaan sangat tu. Kita kena tabah.. Hanya masa dapat mengubat jiwa. Walaupun orang tak nampak kita menangis, dalam hati merintih yang amat siapa yang tahu.. Semoga Allah berikan ganjaran syurga pada pasangan – pasangan kita yang telah pergi dan Allah beri kita kekuatan dan memudahkan segala urusan kita semua untuk terus membesarkan dan mendidik anak-anak. Amin. Arw4h suami pun k4nser.. Tapi tahu – tahu dah stage 4. Tak lama tu terus pergi..
Ara Yien
Bagusnya .. tahniah kerana jadi seorang suami yang bertanggungjawab dan berakal. Tatkala isteri sedang bert4rung dengan s4kit k4nser si suami tetap setia berada di sisi isteri. mengembirakan hati si isteri. Buat saya teringat dekat seorang h4mba Allah, bila isteri dia kena k4nser tahap 4. Bukan dia tumpukan perhatian 100% pada isteri dia malah dia sibuk ajak seorang perempuan janda kahwin dengan dia .. padahal isteri tengah s4kit k4nser payud4ra tahap 4. Sanggup dia bawak isteri dia jumpa perempuan yg dia nak kahwin tu .. saya paling benci spesis jantan macam ni. Kvbur isteri dia masih merah lagi dia beriya nak berkahwin cepat. MaIangnya ada suami sebegitu.
Syaza Baha
Semoga arw4h ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama kisahnya macam arw4h adik saya. Dia penghidap k4nser meIanoma. Detected masa pregnant..selepas melahirkan, k4nser tu m4kin agr3sif dan dia pegi mengadap ilahi beberapa hari sebelum abis pant4ng. Now anaknya dah setahun lebih.. moga confessor juga kuat dan tabah mcm adik ipar saya.
Maria Amy Azira Kamaruddin
Saya menangis confessor, teringat arw4h kakak saya .. dia meninggaI 8 hari selepas isteri encik meninggaI . Peny4kit yang sama juga .. meninggaIkan tiga org anak yang masih bersekolah .. bertabah lah encik , walau kadamg jatuh bangunlah walaupun ia tak mudah, semoga isteri encik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Rohana Sudin
Sangat memahami,kerna pernah mengalami situasi itu, setiap hari diri ini bertanyakan soalan yang sama “abang, bolehkan ayang hidup lagi” apabila disahkan br3ast canc3r stage 3. Suamiku melayanku dengan begitu sabar, syukur Allah masih sayang akan diri ini. Semoga isteri saud4ra tergolong ahli syurga. Aamiin