Bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku..

Aku baru je berumur 22 tahun, perkahwinan pun baru setahun tapi dah jadi janda. Ye, suami aku curang sebab ada perempuan lain. Tapi itu semua salah aku. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku?

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu seminggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun.

Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia str3ss tengok aku yang pemalas. Tak jalankan tanggungjawab.

Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku? Bayangkan masa anak dar4. Bangun tidur lambat, masak tak reti, kerja tengok  korea, main handphone je. Kemas rumah, jarang – jarang sekali. Kerja melepak.

Masa bercinta. Memang seronok lah. Sweet – sweet je jumpa, dating, Mesej – mesej fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kawin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab.

Masa mula – mula kahwin. Bolehlah aku hip0krit. Rajin masa 2 3 hari. Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaankan. So lama-lama habit lama tu terserlah masa kahwin. Mungkin kat situ suami aku str3ss, baik beIa biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih mat4ng, bertanggungjawab.

Dulu, aku nak sangat kawin. Sebab masa bercinta sweet – sweet. Ingat kahwin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kawin kalau setakat nak “halalkan” tak cukup. Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah.

Pesan aku, buat wanita – wanita di luar sana. Yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh. Bukan hidup hanya bermalas – malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup in future.

Plus, bila fikir balik. Laki aku ceraikan aku sebab benda – benda macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan, kesian mak ayah aku selama ni beIa aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab.

Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu.

Kahwin? Nanti – nantilah buat masa ni. Aku nak kutip ilmu. Supaya bila dah kahwin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku.

Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab kecantikan je. Cantik tak reti buat keje tak ada makna. Macam aku (eh cantik ke? Hehehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran-jiran sebeIah, kawan-kawan, saud4ra mara. Bukan main sapu je nak kawin.

Semoga perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takde ilmu kahwin. keluarlah generasi – generasi baru yang sampah. Macam aku!

Perkongsian dan luahan yang dibuat oleh wanita ini telah mendapat pelbagai reaksi dan komen dari para pembaca. Rata – rata bersimpati dan dalam masa yang sama kagum penulis mengaku dan sedar kesalahan diri dan mahu memperbaiki agar menjadi seorang wanita, anak dan isteri yang lebih baik.

Komen Warganet :

Intan Saleha

Saya pun malas gak, tapi dah kahwin masuk tahun ke 15. Haahhaaa, sama – sama malas sebab sibuk keje. Tapi suami agak lebih rajin dari saya. Tapi dia tak pernah merungut sebab isteri pun sibuk sama macam dia cari rezeki. Isnin hingga Jumaat memang rumah tak berkemas sebab dah penat dan letih. Kami akan spend Sabtu or Ahad untuk kemas rumah. Tapi kalau tak sempat sampai sebulan rumah tak sempat kemas, just cuci baju, cuci pinggan cawan dalam sinki, sapi – sapu sampah mana yang sempat.

Tapi kami berdua sama – sama KENA paham, akan try ambik masa untuk cleaning house. Kalau bab masak, banyak lebih pada bertukar duit dengan bungkusan. Tapi kami sama – sama berdua dan anak kena faham. Yang pasti toIenrasi, bincang… planing dan lakukan bersama – sama. Didik pasangan, jangan harap ment4ng – mentang isteri semua kena buat dan mentang – mentang suami dok sajer depan tv tapi tang kerja keluar pagi sama – sama, balik petang sama – sama. Penat tak kira pulak sama – sama. Itu salah, jadi didik sama – sama… pasti bolehh.

Fatin Nurhana

Subhanallah, tabahnya sis. Thanks for sharing this, tamp4ran yang sangat kuat untuk spesies pemalas cam saya. Tapi saya rasa, malas bukan alasan yqng kukuh untuk suami ceraikan isteri. Dah mana peranan suami sebagai pemimpin kalau gitu? Tak kan tutup je mulut konon tak kisah, but actually diam – diam cari perempuan lain? Macam tak adil je..

Anyway, guna la masa bujang ni untuk improve diri. Ni saya cakap untuk diri saya terutamanya, bak kata mak saya, selagi tak pandai masak, jangan buka mulut cakap nak kahwin..huhu. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua.

Intan Sakinah Mohamad Ghazali

Aku tak terke3ut pun dengar cerita penceraian di umur 22 tahun macam ko ni sebab aku sendiri ada beberapa orang kawan yang dah bercerai jugak dalam usia semuda ni. Aku nak ucap terima kasih sebab kau berani cerita mengenai penceraian kau ni sebab kita semua ni asyik – asyik ditayangkan dengan penulisan dan drama – drama tentang indahnya kahwin muda, tanpa kita ketahui hakik4t di sebalik Iambakan kisah – kisah kawin muda ni, terselit juga sebenarnya masalah penceraian. Semoga saudari yang menulis beroleh kehidupan yang lebih baik

Ummu Zubair

Aku pun malas gak, aku rasa normal perempuan malas, but the thing is how the husband deal with it. Perempuan kan jiwa halus, so cara dia adalah suami la buat apa yang dia nak isteri dia buat. Lambat laun isteri dia follow la. Didikan ada banyak cara. Nak perfect kau pergi kahwin ngan robot yang kau dah programkan macam idaman kau. Settle.

Tapi betul la tu, perempuan kalau nak malas pun jangan lama sangat. Kadang – kadang bagi la day off untuk diri sendiri. Kadang – kadang tu maksudnya bukan 6 hari seminggu eh.

Miera Maira

Malas.. sepatutnya suami tu beri nasihat. Semudah tu cari alasan cari perempuan lain! Nama pun suami itu imam. Seharusnya mendidik. Bimbing. Nasihat. Perkahwinan tu tolak ansur. Ingat isteri tu m4id. Every single ch0res kat rumah wife kena buat. salah konsep lah . Kalau mampu lelaki tu kena cari kan khad4m. Kalau tak mampu buat kerja sama – sama.

Sering guna t4ktik isteri malas. Isteri tak jalankan tanggungjawab untuk cari perempuan lain. Lelaki. Salah wanita je nampak. Baru setahun kahwin kot. Should give her time and teach her lah kalau dia tak reti buat house ch0res.

Sumber : IIUMC