Aku berasal dari KL, orang bandar, tapi aku berkahwin dengan orang kampung. Aku tak suka dengan cari hidup keluarga mertua yang sangat kekampungan. Waktu kami kahwin dekat hotel, aku malu bila mak mertua dan adik – adik suami pakai baju old fashion masuk hotel dah macam rusa masuk kampung…
#Foto sekadar hiasan. Salam warga Facebook. Hai, ni aku nak cerita pasal suami aku. Suami aku ni sebenarnya orang kampung dan tak perlulah aku bagitau dari kampung mana ye dan aku pula dibesarkan di bandar. Jadi memang jauh bezalah dengan suami aku, tapi kami berdua memang kahwin atas dasar cinta. Walaupun dia tu orang kampung, aku tak kisahlah janji aku cinta dia dan sayang sangat dekat dia .
Aku berjumpa, bercinta dan berkahwin dengan dia sebab kami kerja dekat bangunan yang sama tetapi lain bahagian. Walaupun suami saya ni orang kampung , dia seorang yang berpelajaran sebab tu lah kenapa dia boleh berkerja dekat salah sebuah syarik4t yang hebat berada di bandar pesat KL ni sebabnya dia seorang yang handsome dan berkaIiber .
Tapi aku tak suka dengan cara hidup keluarga dia yang terIampau kekampungan sangat. Bayangkan masa kami kahwin kat hotel, boleh pula mak dia dan adik – adik perempuan dia datang dengan berbaju kurung old fashion, malu taw! Kan cantik sikit kalau pakai yang new fashion ada renda – renda atau ala – ala baju Neelofa, lepas tu terserlah sangat gaya dorang yang tak pernah masuk hotel mewah, macam rusa masuk kampung .
Dulu pernah aku ikut suami balik kampung, kat sana suami langsung tak pedulikan aku, asyik gurau senda dengan mak dan adik – adik dia. Aku tak sukalah, aku rasa cemburu. Lepas tu mak mertua aku sibuk -sibuk ajar aku masak asam pedas sebab suami aku memang suka, aku malas lah banyak sangat bahan – bahan dia sampai aku keliru. Lagipun aku tak makan tu semua, nanti aku g3muk jadi tak cantik, aku cuma makan yang ringan – ringan je, nasi pun jarang makan.
Yang paling aku tak suka bila suami belikan barang yang mahal – mahal untuk mak dan adik – adik dia. Bukan diorang reti pakai pun, diorang tak tau nak berfesyen. Baru – baru ni suami belikan mak dia gelang harga RM3k, menyirap aku. Lepas tu ada lah aku sindir dekat wasap kalau nafkah untuk isteri paling utama tapi tak ada pula dorang terasa, dasar kampungan. Suami aku ni plak, asal nampak je orang minta duit, gelandangan mesti dia bagi duit, aku tengok gelendangan tu elok je, badan masih kuat, boleh je cari kerja, bila aku tegur suami, mesti dia kata nak kongsi rezeki. Hmmm.. entah apa – apalah .
Lepas tu suami aku cakap hari – hari nak anak tapi aku belum bersedialah, aku belum puas hidup berdua dengan dia, aku nak hidup berdua lama sikit, kemudian baru fikir tentang nak ada anak. Lagi pun kalau aku beranak, risau nanti badan aku rosak. Jadi gem0k dan hod0h macam mak dia. Suami aku ni memang suka kanak – kanak, bila anak – anak jiran datang rumah pun, dia belikan makanan dan mainan, aku rasa sangat membazir sebab itu bukan anak kami.
Apa yang harus aku buat ye dengan suami aku yang terlalu baik hati ni. Kadang – kadang aku rasa menyampah sangat bila dia buat baik dengan orang lain terutamanya membazir duit untuk orang lain. Sebab nak cari duit bukan senang, korang pun tau kan, tiada barang percuma, sekarang semua benda dah mahal. Macam mana aku nak buat suami aku faham ye ??
Komen Warganet :
Nur Cahaya : Bagus la kau terjemahkan diri kau melalui luahan kau ni.. Kau baca semula kemudian kau nilai balik diri kau. Kau ingat orang bandar, orang KL semua rasa perasan bagus dan hebat macam kau ke? Ri4k dan takbur. Kau salah sorang yang meletakkan orang bandar, orang KL ni berIagak, kerek kononnya. Pergi belajar agama dalam-dalam sikit adik, kalau kau nak berlaki mentua kampungan sangat. Kau ingat, hidup kau selamanya akan senang. Sekejap je Allah boleh tarik nikmat dunia yang kau kecapi sekarang. Jaga – jagalah suami kau tu, lelaki pun mana boleh tahan dapat bini yg berIagak, pentingkan diri sendiri. Jauh api dengan panggang kau laki bini tau tak. Hidup la kau dengan sifat somb0ng kau tu..
Ummie Nadia : Buanglah secaIit kehitaman di hati awak, saya takut kalau di biarkan jadi k4nser yang merebak. Tolong belajar bersyukur ada suami yang begitu, masih tak lupa family terutama mak ayah dia walau dah kahwin dengan orang kaya macam awak. Masih sudi berkongsi rezeki dengan orang – orang susah. Awak takut nak beranak nanti badan kembang?? Apa guna awak ada duit? Badan g3muk, muka tak lawa kalau ada duit semua boleh buat mak cik weiiii.. Tapi kalau hati yang hitam tu awak tak sentaI sendiri betul – betul, itu yang akan buat hidup awak tak bahagia…
Df Dhia Nadia Ezreen : Allahu. Teruknya perangai u sis.. Kan Allah dah kata, rezeki akan berganda bila berkongsi – kongsi rezeki. Tidak Allah menyusutkan rezeki orang yang berkongsi rezeki ni bahkan akan menggandakannya lagi. Apa boleh saya kata, awak ni sis, KEDEKUT ! Ya.. pasal baju mak mertua dan adik tu, nak minta mereka pakai lawa, awak belikan laaa, ni banyak komplain. Nak kahwin dengan anak dia, lepas tu dihod0h – hod0hkan pulak. Dah kalau macam tu, mak awak pun hod0h la sebab LAHIRkan awak ni.
Sian lagi mak awak berbanding mak suami awak. Sebab MAK DIA HEBAT DAN BERJAYA ! Ada anak macam anak dia tu yakni suami awak sis. Tapi mak awak ? Untung tak rasa – rasa ada anak perangai macam awak ? Kedekut dan berIagak plak tu. SOMB0NG.. Entah berapa lama la kan akan kekal tu. Anak ni pengik4t kasih sayang untuk suami isteri. Kalau tak nak anak takut badan tak lawa, tak payah la kahwin dari awal. Simpan je b0dy tu hah. Apa punya pikiran ta tau. Tak perlu nak ubah oranglah, ubah je diri u dulu sis, malu sangat macam tu perangai.
Suziela Sukaini : Suami mintak anak tapi tak nak bagi. Bila suami bagi makanan dan mainan kat anak jiran ko bising plak. Ko nie duduk bandar tapi hati kalah sampah. Lagi busuk dari sampah. Baik ko jaga hati dan perasaan laki ko kak. Ramai lagi perempuan singIe kat luar sana yang nanti nantikan suami macam laki ko nie. Dah! Malas cakap lebih – lebih dah.
Noorlia Lia : Kalau kau sayang suami kau, kenapa kau tak boleh sayangkan family dia. Bukannya diaorang ada buat salah pon kat kau. Kalau kau nak mak mentua dengan ipar – ipar kau cantik bergaya, apa salahnya kalau kau bawak diorang shopping sama – sama, berlikan diorang baju cantik – cantik. Bukannya kau tak mampu..