Aku sanggup pinangkan perempuan tu untuk suami aku, tapi lepaskan aku dulu

Setiap kali mengandung mesti suami aku kant0i curang dengan perempuan yang sama. Aku tak nak jadi penghaIang antara mereka. Aku sanggup pinangkan perempuan tu untuk suami tapi dia hanya diam. Sekarang bertambah parah bila dia mula ket4gih main game sampai sanggup habis beribu ringgit dah berhutang dengan orang hanya untuk naikkan level main game…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku sekarang dah kahwin dengan suami tercinta selepas kami berkawan 2 tahun. Dalam masa 2 tahun tu memang aku banyak kali nak putvs sebab rasa macam tak serasi dan tak yakin. Tapi tak putvs jugak. Dia tak nak lepaskan aku. Aku terpik4t kat dia jujurnya sebab dia cute. Lepas dah kawan, aku nampak yang dia boleh toIerate dengan perangai – perangai aku. Perempuankan banyak perangai lagi – lagi masa nak datang bulan. So aku go on je walau hati aku ni was – was.

Aku kahwin  dalam 6 tahun lepas. Sehari lepas aku nikah ada sorang mamat ni mesej aku, “Si L tu suami ko kan. Baik ko jaga dia elok – elok. Luar macam malaik4t. Tapi belakang macam siaI. Dasar main kayu tiga. “Aku ingat lagi mesej mamat tu macam ni. Aku cuak! Pastu aku mula selidik – selidik, tanya kawan – kawan dia. Tapi semua orang cakap suami aku baik. Jadi aku ambil keputvsan untuk abaikan je.

3 bulan lepas kahwin, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Orang lain sampai 3 bulan je tapi aku sampai 8 bulan! Asyik nak muntah je kerjanya. Lebih menyedihkan, bulan 6 pregnancy, aku terbaca mesej fb suami aku dengan perempuan lain! Bercinta! Aku tak cari – cari, tapi Allah nak tunjuk. Dia lupa logout fb. M4kin aku scroll mesej – mesej tu m4kin aku menyirap tak tahan!

Aku tak sangka sangat – sangat suami aku yang nampak baik, nampak alim, soleh kat luar tu betul – betul buat aku macam tu! Terus aku teringat mesej mamat dulu tu. Aku cuba mesej dia balik, maIangnya dia tak baIas. Malam tu, aku tak tanya direct ada perempuan lain ke tak. Aku saja nak uji dia je.

Aku : “U sayang i tak”

Suami : “Sayang”

Aku : “Syg i sorang jeke”

Suami : “Yelah u sorang je. Mana ada org lain. Kenapa tiba – tiba tanya macam ni”

Aku : “Nothing, jusk asking”

Tapi dalam hati aku, dar4h ni mendidih – didih sebab dia menipu! Aku baca mesej – mesej dia, penuh sayang – sayang dengan perempuan tu. Siap nak jadikan number 2 lagi! Helo, hutang kau beIambak, duit dapur pun aku yang topap, ada hati nak bini 2!

Aku tahan sangat – sangat semua perasaan marah sedih geram. Dan buat macam biasa. Esoknya, aku copy segala – gala dan aku simpan. Ni bukti ko curang dengan aku dan aku akan guna satu hari nanti. Tak sampai setahun kahwin lagi ko dah buat perangai! Disebabkan aku duduk rumah je sorang – sorang, lama – lama pecah juga empangan air mata ni. 4 hari 4 malam aku menangis tak berenti! Dan tak becakap 1 patah pekataan pun! Suami asyik tanya kenapa kenapa. Dia cuak. Hari ke-4, aku decide, aku cakap terus terang.

“Lepas lahir baby ni, kita akan duduk asing. U nak buat apa, buat lah. I dah tak nak heran”

Dia sangat – sangat terp3ranjat. Dia asyik tanya kenapa. Lastly aku cakap, tengok FB.

Bila dia buka FB dia, baru dia tau yang aku da baca mesej – mesej perempuan tu. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa – apa. Minta maaf? Langsung tidak! Bila aku tanya – tanya nak minta penjelasan, sama ada dia pura – pura tidur atau hanya geleng kepala dan cakap ‘tak’. Macam tu je berhari – hari. Geram giIer tahap gaban suami jenis macam ni.

Bile da lahir baby ni, aku macam tak reti nak jaga sorang – sorang. Yelah first time. Suami banyak tolong mandikan, siapkan baby semua. Bila aku tengok cara dia, lama – lama aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide untuk lupakan je hal – hal lama.

MaIangnya! Sekali lagi, 3 tahun lepas tu, aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga, 6 bulan kandungan, aku terrrbaca dia whatsapp perempuan yang sama!! Ya Allah aku ingat selama ni dah tak ada! Rupanya masih berhubung! Suami yang sangat tak malu! Memang kalini aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak pergi mahkamah terus!

Aku sekali lagi menangis macam orang giIa tapi kalini hanya sehari. Aku asyik tanya untuk dia jawab betul – betul, kalau suka sama suka, kahwin je. Aku tak nak jadi penghalang. Aku boleh pinangkan untuk dia. Dengan syarat lepaskan aku dulu. Dia asyik geleng tanpa penjelasan dan menangis sama. Waktu dulu juga aku cakap yang sama, nak pinangkan untuk dia tapi dia tak nak.

Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku tak pergi pun lagi ke mahkamah sampai sekarang. Baby aku pun dah setahun. Sampai sekarang aku tak tahu dia dengan perempuan tu macam mana. Tapi aku ada cakap, kalau berlaku lagi sekali, aku tak akan maafkan dan aku akan terus bagitau mak dia. Mak dia ialah kelemahan dia. Dia memang takut aku bagitau mak dia sebab mak dia mesti akan b4sh dia hidup – hidup.

Sebenarnya bukan masalah perempuan je yang buat aku tak tahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu untuk naikkan level game dia. Dia asyik cakap tak ade duit. Sedang aku dan anak aku, hari – hari hanya makan telur, nasi dan kicap. Tiap – tiap bulan meminjam orang! Sampai berg4duh dengan anak sebab anak nak main dengan dia. Dia marah – marah jangan kacau dia main game.

Ada satu ketika anak aku tarik seluar dia nak main sama – sama, tapi dia tepis anak aku sampai terjatuh dan dia terus sambung game tanpa rasa besalah. Anak aku menangis, dan aku dengan hilang sabar terus baling remote sampai berkecai. Aku bukan jenis baling – baling atau meroyan. Aku jenis simpan, cool dan seboleh – bolehnya berdiplom4tik dalam segala urusan. Ye memang merimaskan sebab tak boleh nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi itulah aku.

Satu hari aku cakap kalau pinjam orang lagi, main game lagi, habiskan duit lagi, aku baling henfon tu sampai pecah dan kau tengok aku m4ti. Waktu tu dia pura – pura tidur. Tak sangka esoknya, dia berubah. Dah tak main game. Mula tidur awal sama – sama aku dan anak. Kalau tak, aku tidur pukuI 11 malam, dia tidur pukuI 3, 4 pagi. Banyak kali jugak kami tidur asing – asing.

MaIangnya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Sekarang dia dah mula perangai game dia semula. Aku dah tak tahan. Sebab bila dia dah start main game, berjam – jam mengadap fon dia tak akan hirau apa – apa yang berlaku keliIing. Lagi satu, bila dia dengan fon, aku dah tak percaya game semata. Mesti ada chat dengan perempuan lain.

Selain itu, solat suami memang tak cukup 5 waktu. Ye itulah punca segala masalah! Aku banyak kali pesan, jangan tak solat nanti kita g4duh lagi. Tapi sekali pesan sekali je buat. Lepastu tak buat. Aku rasa dah tak nak jadi penasihat dia lagi.

Banyak lagi unsur – unsur lain yang buat aku give up dan fedap sebenarnya. Antaranya, famili dia ingatkan aku yang kontrol duit suami dan tak bagi suami duit. Aku dengan mak metua memang tak baik sangat sebab kejadian duit hutang yang suami patut bayar, tak dibayar. Dulu waktu 1 tahun kahwin. Aku jenuh pertahankan suami sebab suami aku memang tak ada duit time tu. Tau mak dia cakap apa?

Ko baru kahwin, tapi rumah ko lengkap semua. Mewah!

Ya Allah nak tercabut pinggang rasa! Tu duit aku kumpul! Tak guna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat UIA buat partime macam – macam. Dan banyak sangat barang, mak aku yang sponsor dan hadiah. Mak mentua? Bagi periuk 3 bijik je! Aku cukup – cukup terasa! Tapi aku ambik keputvsan untuk diam sebab tak nak keruhkan suasana. Bapak mertua aku pulak siap sound, “ko orang luar jangan campur urusan rumahtangga aku.”

Yang ni memang aku sentap giIa – giIa. Ok fine, aku kahwin dengan anak ko, aku panggil ko bapak, tapi ko cakap aku orang luar. Fine, ko hidup la baik – baik dengan bini baru ko. Start dari peristiwa – peristiwa tu aku memang tak nak ada hal or tak nak ada isu dengan famili suami.

Sekarang aku dengan jarang becakap dan dah tak tidur sekali. Aku memang nak sangat ceraikan suami aku. Tapi Dia tak nak ceraikan aku. Aku banyak kali mintak selesai cara elok. Tapi dia tak nak. Aku buntu! Aku sangat tak tahan dgn habit dia. Biar la perempuan lain yang jadi isteri dia, jaga dia, sayang dia. Aku dah putvs asa! Dah fedap!

Of course aku solat. Aku orang yang sentiasa ingat bahawa tak ada kuasa ataupun kejadian melainkan Allah yang mengizinkan. Aku orang yang sangat yakin dengan Allah. Tapi kali ni aku dah tak boleh tolak ansur. Aku dah sampai tahap tepu yang tak boleh langsung dipujuk – pujuk. Aku nak ceraikan suami aku! Tolong! Macam mana!

Komen Warganet :

Aunty Dinah Kam Bohari : Fikir yang terbaik untuk dirimu sis. Akak lebih teruk dari apa yang kau rasa, percayalah jangan sis harap dia akan berubah. U hanya sand4ran je, akak kahwin awal 20-an, berdoa dan mengharap akan ada hikmahnya. Namun takdir Allah siapa yang tahu, 24 tahun bertahan akhirnya musn4h. Masa akak minta cerai dia tak nak kerana masih ada keperluan di matanya tapi bila u dah tiada apa – apa, tak payah minta, suami sendiri akan ceraikan u hanya untuk perempuan lain.

Tanpa beIas ehsan, walau macam mana pun kau merayu sebab usia akak dah senja. Malu kat kawan sekerja, kesian tengok muka anak – anak. Malu pada tanggapan masyarakat, namun akan jadi sia – sia. Buatlah solat taubat, tahajud, istikarah dan solat hajat. Allah akan beri kau petunjuk. Semoga semuanya yang baik – baik sahaja untukmu sis. Amin

Heart Raffee : Tumpang lalu, saya tak pernah kahwin pun. Tapi dalam kes macam ni awak minta fasakh jer. Sebab dah lama sangat awak mend3rita. Tapi jangan sekali – kali tinggalkan rumah awak. Dah d0sa besar tu. Awak doalah pada tuhan. Minta petunjuk, kalau dah macam tu jadi macam tak best dah kalau bersama. Mungkin ada benda yang buat dia tak nak lepaskan awak. Islam tak menggalakkan penceraian tapi kalau yang empunya diri betul – betul rasa di pihak yang benar buatlah keputvsan yang terbaik..

Zul Ikaroma Masron : Assalamualaikum. Ya Allah sis u’re str0ng. Sis, terus harapkan kasih Allah sis. Ikutkan situasi sis sekarang ni sis tengah berada dekat dengan Allah. Menangis dekat Allah sis especiaIIy time sujud. Ya Allah nikmatnya time tu. Pasal ur decision saya tak tau apa yg patut sis buat. Maaf.

Muhammad Najib Al-Segambuti : Mintak nasihat lawyer. Kalau ada bukti tiada nafkah diberikan dalam tempoh tertentu, boleh try mohon cerai ta’Iiq kat mahkamah. Cerai melalui fasakh biasanya meny4kitkan, silap – silap bertahun terg4ntung tak bertali. Bukanlah nak tengok sangat rumahtangga tu musn4h tapi kalau dah berpisah tu cara terbaik, nak buat macam mana kan.