Sebelum ni aku memang benci dengan per4mpas, aku benci dengan orang yang curang sehinggalah aku sendiri bercinta dengan suami orang anak dua. Mula – mula hubungan abang dan adik tapi akhirnya sampai hubungan terIarang. Satu hari kita dik3jutkan dengan berita kem4tian penyanyi wanita yang baru bersalin..
Aku berusia 25 tahun dan belum berkahwin, aku telah menjalinkan hubungan dengan suami orang, hubungan terlarang. Pada mulanya, hubungan tu sekadar kawan, hubungan abang kepada adik. Tapi menjadi tahap yang serious sehingga kami melakukan hubungan terIarang yang dimurkai Tuhan iaitu hubungan z1na.
Ya, hubungan h4ram yang sem4kin hari sem4kin seronok dilakukan, sem4kin hari sem4kin aku jauh dari Tuhan, aku dibuai dengan kata – kata manis dia. Bila difikir balik, dia hanya cari aku hanya untuk melakukan hubungan terIarang sahaja.
Ini merupakan kali pertama aku terjebak dalam percintaan suami orang. Dulu aku sangat benci per4mpas, aku sangat benci dengan orang yang curang, sekarang Tuhan membolak balikkan hati aku. Aku diduga, sungguh hebat kata – kata lelaki yang merupakan suami orang, seorang ayah kepada dua orang anak.
Walau bagaimana pun, instinct seorang isteri ni sentiasa betul, kau kena pegang ayat ni sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua dan b4ngkai kalau ditutup tetap berbau jugak, Kau sorok hari ni perbuatan h1na kau dengan aku, satu hari nanti kalau tak kantoi dengan aku, mungkin kau akan kantoi dengan orang lain.
Pada satu hari, bila Malaysia digemparkan dengan kem4tian penyanyi tanah air yang merupakan seorang ibu, yang bert4rung nyawa melahirkan zuriat, Ini membuatkan hati aku terjentik bahawa besarnya peng0rbanan seorang isteri melahirkan zuriat sehingga sanggup pert4rungkan nyawa.
Dia pernah cerita dengan aku yang isteri dia kuat cemburu, terlalu control. Tapi aku tak pernah percaya apa dia cakap. Kalau perempuan dah jadi macam tu mesti ada sebab, sebab bukan sekali kau buat macam ni kan. Aku ada kakak dan abang aku yang tak berjaya dalam perkahwinan, anak – anak terpisah rasa beban akibat perpisahan tersebut.
Aku sayang anak – anak buah aku. Aku tak nak anak – anak dia jadi macam anak – anak buah aku yang br0ken family. Jangan disebabkan per4ngai kau, anak – anak jadi m4ngsa. Dorang perIukan kasih sayang. Jangan jadikan alasan PJJ dengan isteri dan anak – anak, kau cari ramai perempuan untuk kau lempias nafsu.
Kau ada anak, kifarah tu ada. Lepas peristiwa kem4tian penyanyi tersebut, aku mulai sedar,hidup ni tak lama, bahawa aku telah mengkhi4nati kaum aku sendiri aku merasakan aku ni jijik, h1na dina sungguh diri aku ini, aku kotor.
Aku menangis hari – hari kerana d0sa yang dilakukan oleh aku merupakan d0sa besar. Aku minta dengan Tuhan supaya tarik rasa sayang ni. Aku rasa bersalah dengan isteri dan anak – anak dia. Sampai satu tahap aku dah tak mampu nak hadap dunia ni.
Aku membayangkan bahawa isteri sibuk jaga anak – anak , isteri mempert4ruhkan nyawa demi zuriat dari perkahwinan suci, tapi suami sibuk dengan perempuan lain kat luar, berseronok dengan perempuan lain. Dan perempuan lain tu merupakan aku sendiri.
Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau isteri dia tahu semua ni. Apa perasaan isteri dia? Semua ni berpunca dari aku, kalau aku tidak melayan, semua ni tidak akan jadi. Sekarang aku dalam proses melupakan dia. Aku minta Tuhan tarik rasa sayang ni, aku tak benci dia, aku benci perbuatan dia.
Aku benci semua yang dia buat. Aku benci dia tak setia, aku benci dia curang. Aku tahu bukan aku je yang dia buat macam ni. Sebab tu aku dah tak berhubung lagi dengan dia. Aku harap semoga satu hari nanti kau akan berubah menjadi seorang yang setia, seorang yang ayah baik kepada anak – anak kau.
Jangan pernah khi4nati isteri kau. Apa – apa yang kau buat kat dunia ni berjalan lancar semua disebabkan doa isteri kau. Aku tak nak kau tersungkur hilang semua benda. Jatuh terduduk, sampai kau takde pape. Sampai bila kau nak hidup dalam do0a?
Kepada isteri H “saya minta maaf sangat sangat sebab saya dah khianati awak. Saya banyak buat salah dengan awak.” Aku doakan semoga perkahwinan korang kekal sampai ke jannah. Perjalanan hidup aku jauh lagi, sekarang ni dengan wabak yang melanda, bila – bila masa je aku boleh pergi.
Aku minta maaf dengan semua membaca ni kalau korang s4kit hati baca kisah hidup aku, aku minta maaf kepada kaum aku sendiri. Doakan aku kuat lupakan dia. Jalankan kehidupan baru, dapat j0doh yang boleh membimbing aku, supaya aku menjadi anak yang solehah. Aku sedia terima kifarah atas d0sa – d0sa aku. Terima kasih sudi membaca. – ZZ (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Edha Yadira : Teringat baru – baru ini saya didekati seseorang. Kami kenal atas urusan kerja. Di situ dia cuba mendekati, berkali – kali ajak jumpa di luar, ajak lunch, dinner. Awal – awal dia mula mesra, dia nak saya hilangkan panggiIan encik.
Saya turutkan. Tapi dari awal saya tanya statusnya. Betul tekaan saya, dia dah berkahwin. Saya minta tolong bff sy doakn perasaan saya hilang untuk lelaki itu. Walaupun saya kategori andartu, demi Allah saya tak tergamak meny4kitkan hati wanita lain.
Katanya hubungan dengan isteri complicated. Tapi saya nekad letak batas antara kami, sebab saya percaya mereka boleh berbaik semula jika saya tidak hadir sebagai orang ke 3. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan, perasaan saya sudah tiada untuk dia.
Saya harap awak juga begitu. Ini la jih4d saya, biar la orang kata saya tak laku, saya lebih bahagia begitu. Dan saya sangat horm4ti seorang wanita bergeIar isteri, sebab saya juga ingin menjadi isteri yang dihargai 1 hari nanti. Semoga Allah terus pelihara hati saya.
Farah Ant : Alhamdulillah. Terima kasih kerana menyayangi kaum sendiri. Semoga Allah bagi pahala sis jih4d menewaskan nafsu sendiri. Bagi yang single mingle. Well, don’t lie saying you’ve never even wondered how does it feel like to hold hands, be k1ssed or whatever.
But, again, what we do with what we desire is what matters. When it came in our mind, istighfar and run the other way. Stop looking, stop searching and stop everything regarding that person. Z1na ni umpama kud1s. M4kin digaru, m4kin sedap. Semoga kita semua selamat dunia akhir4t. Tahniah, sis! Chin up and Keep it up! Jalan terus!
Amelia Fie : Belajar lah daripada pengalaman ini sis . Anggap saja ini adalah pengalaman untuk mendewasakan Kita dalam kehidupan. Lepas ni tutup aib ni kunci semua. Minta doa supaya Dijauhkan semua ni lagi. Insyallah perlahan – lahan, doa PADA Allah supaya semua perjalanan Dipermudahkan.
Ar Rahman Ar Rahim : Pengakhiran manusia itu berbeza tapi lebih baik dan mulia jika akhirannya berbalik kepada Allah. Semua orang buat d0sa, bezanya d0sa cik macam ni, d0sa saya macam ni, d0sa dia macam tu dan semua namanya manusia tu adalah pend0sa. Jomlah berbalik kepada Allah. Moga pengakhiran kita ni yang mulia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.