
Aku WhatsApp perempuan tu dan minta dia tinggalkan suami aku. Aku masih hormat dia sebagai kawan. Rupanya mereka hanya berlakon, siap bersayang, plan nak makan tengahari sama – sama. Suami cakap, aku isteri yang terbaik dan perempuan tu pun baik. Dia sanggup ceraikan aku..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan pembaca semua. Aku selalu baca pelbagai masalah dalam FB ni. Tapi kali ni aku nak kongsi cerita aku. Ni paling ringkas yang aku dapat ceritakan dan aku harap pembaca semua doakan untuk aku terus kuat.
Aku dah berkahwin lima tahun. Anniversary baru sahaja bulan Januari hari tu. Tapi sekarang aku dan suami dalam proses perceraian sebab orang ketiga. Awal tahun lepas kami beli rumah baru. Perempuan tu bekerja di bahagian customer service.
Apa sahaja yang berkaitan dengan kerosakan di rumah kami, kami akan beritahu dia. Dari situ kami rapat sebab selalu berurusan dengan dia. Aku berkawan dengan dia sebab dia cakap dia perantau dan tak ramai kawan di sini. Aku anggap macam kawan baik.
Suami selalu balik lambat, jadi aku selalu ajak dia pergi jalan – jalan, tengok wayang, dan kalau aku masak aku akan ajak dia makan di rumah. Sampailah satu hari aku ajak dia makan di rumah dan kebetulan suami balik kerja awal. Jadi kami makan bertiga.
Masa tengah makan tu aku perasan mereka main mata. Tapi aku tak nak buruk sangka pada suami. Namun naluri seorang isteri selalunya betul. Aku tak nak mereka jadi lebih rapat, jadi bermula hari tu aku dah tak rapat dengan dia lagi. Masih ada berhubung, tapi tak sekerap dulu.
Sampailah awal bulan April tahun ni, suami kantoi WhatsApp bersayang dengan dia. Aku keluar dari rumah dengan izin suami untuk elakkan perg4duhan. Aku tanya perempuan tu kenapa dia buat aku macam ni. Dia cakap dia banyak tolong suami aku, jadi dari situ dia mula suka pada suami aku.
Suami aku bekerja sendiri. Jadi dia memang banyak tolong carikan pelanggan dan bagi pinjam modal. Aku tunggu suami cari aku, tapi dia langsung tak cari. Esoknya aku balik ke rumah. Pada mulanya suami layan aku macam biasa. Tapi masuk hari kedua, dia mula abaikan aku. Diam, tak berbual dan kami macam orang asing dalam rumah sendiri.
Berulang kali aku tanya sama ada dia masih berhubung dengan perempuan tu atau tak. Dia cakap tak. Seminggu lepas tu aku WhatsApp perempuan tu dan minta dia tinggalkan suami aku. Aku masih hormat dia sebagai kawan. Aku bercakap baik baik dan dia bersetuju untuk tinggalkan suami aku.
Malam tu aku hack WhatsApp suami. Esok pagi aku tergerak hati nak tengok semula WhatsApp dia. Rupanya mereka masih lagi berhubung. Siap berlakon bila balik rumah, padam semua WhatsApp dan esok pagi sambung berhubung semula. Siap bersayang dan merancang nak makan tengah hari bersama, sedangkan malam sebelumnya mereka baru berjanji dengan aku.
Petang tu aku ajak perempuan tu berjumpa. Aku bagi kata putus. Kalau suami pilih aku, tolong pergi dari hidup kami. Kalau suami pilih dia, aku akan pergi dari hidup mereka. Dia setuju. Kemudian suami datang dan pilih aku. Aku percaya perempuan tu akan tinggalkan suami aku. Tapi satu demi satu bukti keluar.
Allah SWT tunjukkan pada aku perkara sebenar. Berulang kali juga suami cakap dia dah tak berhubung dengan perempuan tu dan berulang kali juga aku minta perempuan tu tinggalkan suami aku. Dia cakap suami yang cari dia di pejabat.
Dia dah block suami dan aku sekali. Aku sampai minta tolong kawan dia untuk sampaikan pesan supaya dia tepati janji yang dia buat pada aku. Tapi dia mengadu pada suami aku kononnya aku sengaja jatuhkan maruah dia di depan kawan kawan dia. Sedangkan aku bercakap baik – baik. Sikit pun tak kasar.
Berulang kali aku tanya suami sama ada dia masih berhubung dengan perempuan tu. Dia tetap cakap tak. Dia kata perempuan tu dah block dia. Aku percaya. Baru ni aku tergerak hati nak hack semula WhatsApp suami. Kali ni aku dapat bukti mereka masih lagi WhatsApp bersayang.
Aku ajak suami berbincang. Suami cakap dia tak boleh tinggalkan perempuan tu. Ada sebab dia sendiri. Disebabkan aku tak nak bermadu, dia akan lepaskan aku. Walaupun dia masih sayangkan aku katanya, dia tak nak aku terus tersiksa sebab dia memang tak akan tinggalkan perempuan tu. Berulang kali dia cakap perempuan tu sangat baik dengan dia.
Dia juga cakap aku isteri yang terbaik. Dia sendiri tak tahu kalau dia berkahwin dengan perempuan tu nanti, layanan yang dia dapat akan sama atau tak seperti yang aku berikan selama ni. Tapi dia redha sebab katanya ni balasan atas apa yang dia dah buat pada aku.
Selama ni aku bersabar sebab aku berharap suami akan sayang aku seperti dulu. Orang yang tahu cerita kami cakap aku kuat sebab masih bertahan. Tapi sebenarnya aku tak kuat. Aku takut aku tak mampu hidup tanpa dia. Aku sayang dia sangat. Tapi untuk bermadu, aku memang tak sanggup sebab aku seorang yang kuat cemburu.
Aku masih mengharapkan keajaiban. Aku berharap suami akan kembali pada aku dan tinggalkan perempuan tu. Sekarang ramai perempuan macam ni dah tak fikir suami orang, kawan sendiri atau siapa pun. Yang penting mereka ada pasangan. Aku mengharapkan doa daripada kalian semua. Doakan ada keajaiban untuk aku dan suami. Kalau bukan jodoh kami lagi, doakan aku terus kuat dan cekal untuk hidup tanpa suami selepas ni. Terima kasih.
Ulasan Pembaca :
Muhammad Izzat : Aku faham perasaan awak. Memang s4kit untuk melepaskan orang yang kita sayang. Tapi kalau boleh, awak undur diri sebab suami dah terang terang mengaku dia tak akan tinggalkan perempuan tu. Jadi awak mulakan kehidupan baru.
Cari kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri. Aku yakin awak boleh jumpa seseorang yang lebih baik daripada suami awak sekarang. Berundur bukan bermakna kita kalah. Kadang kadang berundur adalah tanda kita cukup kuat untuk memilih diri sendiri. Insya-Allah kebahagiaan awak akan datang nanti.
Tok Ismail : Kalau tu pilihan dia, berundurlah dengan cara yang terhormat. Tak akan mati hidup tanpa suami yang berlaku curang di sisi. Beribu wanita di luar sana yang Allah kurniakan kebahagiaan selepas berpisah. Dekatkan diri kepada Allah. Bahagia bukan datang daripada makhluk, tetapi daripada rahmat Allah.
Pohonlah kebahagiaan daripada Allah. Memang sukar untuk melupakan, tapi percayalah hati kita milik Allah. Minta Allah padamkan rasa sayang dan rindu kepada bekas pasangan andai perasaan tu hanya mengundang luka dan d3rita.
Insya-Allah ketenangan akan datang. Allah tak akan menghampakan h4mba-Nya. Kamu masih muda dan masih ramai di luar sana yang boleh menyayangi kamu. Cuma selepas ni jangan sesekali ada niat nak jadi penyondol. Jangan cari kebahagiaan atas pend3ritaan orang lain kerana Nabi pernah berpesan bahawa bukan daripada kalangannya orang yang menyebabkan runtuhnya sebuah rumah tangga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.