Aku selalu MC sebab s4kit tapi boss suka marah-marah. Satu hari aku masuk lewat. Pelik! Boss tak marah siap bagi rm50

Baru – baru ni hp aku rosak. Aku nak beli baru memang tak cukup duit. Jadi aku cuba bertahan dengan hp lama ni. Tiba – tiba hujung minggu tu kawan ajak jumpa. Dia tiba – tiba hulurkan sebuah hp yang mahal.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya terasa nak kongsi salah satu keajaiban doa Nabi Musa yang terdapat di dalam surah Al Qasas ayat 24. “Robbi inni lima anzalta ilayya min khoirin faqir”. Yang bermaksud, “Ya Allah sesungguhnya aku memerIukan sesuatu kebaikan (rezeki) yang engkau turunkan pada aku”.

Saya baru beberapa bulan mengamalkan ayat ni. Kebetulan saya terjumpa ceramah pendek mengenai doa ini yang dibaca oleh Nabi Musa ketika beliau lari ke negeri madyan. Ceramah tu mengatakan bagaimana Nabi Musa yang ketika itu tidak mempunyai apa – apa hanya membaca doa tersebut dengan mengharapkan kebaikan dari Allah.

Lalu Allah mengurniakan kebaikan mendapat pekerjaan dan isteri atas kesabaran dan bantuan dari Nabi Musa kepada orang lain. (saya ringkaskan isi kandungan ceramah tu). Lepas tu saya mula tergerak hati nak amalkan doa tu. Saya mengamalkan setiap hari

Lepas subuh ja saya baca, lepas tu saya niat moga ada apa – apa kebaikan dari Allah kepada saya pada hari ini. Saya akui lepas baca doa ni, banyak benda saya rasa mudah untuk saya. Rezeki saya pun sangat murah ja. Saya ni jenis cepat s4kit dan demam sebab ada masalah tyr0d.

Tapi sejak baca doa ni.. Saya dah tak s4kit sampai sekarang. Paling penting hati saya selalu rasa tenang ja. Bila ada masalah apa pun jiwa ni tak serabut dah. Kemudian cepat ja jumpa jalan keluar. Kalau tak dulu dulu saya cepat str3ss dengan masalah kesihatan dan kehidupan.

Malah bos kat tempat kerja pun sejak kebelakangan ni macam mudah lembut hati dengan saya. Dah tak marah macam selalu kalau saya mc atau mintak cuti. Hari tu motor saya pancit, saya masuk lambat. Bos tak marah pun. Kalau tak dia selalu marah marah.

Malah dia bagi 50 ringit untuk repair motor. Padahal tampal tyre 5 ringgit ja. Saya bagitau dia saya dah buat dah motor, lepas tu dah bayar dah. Dia cakap tak pe simpan buat belanja makan. Saya rasa terharu sangat. Bos pun mudah bagi cuti sekarang ni kalau nak bawak mak pergi chek up.

Dah tak bebel macam dulu dah, malah siap tanya next appointment bila. Saya perasan sejak amalkan doa ni, bila saya terdetik nak sesuatu terus saya dapat benda tu. Sekarang ni saya kerap beli makanan online sebab lagi murah dari kedai. Duit pun rasa lagi jimat.

Sebab saya ada voucher tunai dan diskaun yang banyak. Saya guna tu jadi makanan jatuh murah dari harga asal. Lepas tu petrol pun saya kerap dapat free bila saya dalam kesesakan duit. Sebab time saya sesak ja mesti cashier akan chek baki bonus link, lepas tu dia akan cakap boleh claim petrol free.

Saya rasa bersyukur sangat sebab 4-5 ringgit pun jumlah yang besar untuk saya. Baru – baru ni hp saya mula buat hal. Saya nak beli baru memang tak cukup duit. Jadi saya cuba bertahan dengan hp lama ni. Tiba – tiba hujung minggu tu kawan ajak jumpa. Dia tiba – tiba hulurkan sebuah hp yang mahal.

Dia kata dia dapat cabutan di tempat kerja tapi dia tak nak hp ni sebab dia pakai apple. Jadi dia terfikir nak bagi kat saya sebab dia tahu hp saya mula nak rosak. Saya memang tak tau nak cakap macam mana perasaan saya masa tu.

Saya m4ti – m4ti tolak sebab rasa tak layak nak pakai hp mahal. Saya siap offer nak bayar sikit dekat dia tapi dia tak nak. Dia kata benda ni tak de apa berbanding pertolongan yang saya pernah buat satu ketika dulu.

Ya Allah sujud syukur saya masa tu jugak. Terus teringat doa tu. Hp tu jenama samsung.. Lepas pakai hp tu, hari – hari saya dapat macam – macam voucher dari samsung. Setiap kali saya perIukan apa – apa, bila saya chek kat apps, mesti ada voucher diskaun.

Jadi saya dapat beli makanan dan barang keperluan dengan harga yang sangat murah. Tiba – tiba bila dah pakai hp berjenama, otak mula la berangan kononnya saya perIukan power bank. Fikir senang nak guna masa kec3masan.

Baru nak survey dekat shopee, tiba – tiba ada h4mba Allah ni sedekah dekat saya power bank dia. Katanya dia dah ada banyak dah. Allahukhabar, tak terfikir saya melalui apa Allah nak penuhi keinginan saya. Sebenarnya banyak benda saya dapat ni saya tak terfikir pun akan dapat dengan mudah.

Saya cuma fikir saya akan beli, tapi bukan sekarang. Tapi tiba – tiba tanpa disangka Allah bagi rezeki kat saya. Cuma bila dah dapat barang tu baru otak saya akan relate dengan doa tu. Baru saya sedar saya dapat kebaikan tu sebab setiap pagi saya mintak pada Allah dengan doa tu.

Tapi kalau tak mintak pun Allah dah janji rezeki setiap orang, sebab Allah maha kaya maha penyayang dan pemberi. Cuma saya bersyukur atas segala nikmat ni. Sekarang ni rumah kami kerap dapat tetamu.. Tetamu tu datang bawak buah, makanan, macam – macam benda la.

Asal ada benda saya rasa perlu, mesti akan dapat dengan mudah tanpa disangka – sangka. Saya rasa bersyukur sangat. Saya dan mak rasa gembira sangat bila rumah datang tetamu. Bukan sebab dapat buah tangan, tapi terasa rumah ni meriah.

Mak pun happy melayan orang, masak macam – macam. Tak terasa hari kami berlalu.. Kalau tak rumah sunyi ja tanpa sapa – sapa kat rumah. Dapat tetamu. Rumah rasa meriah, hari pun rasa berlalu dengan gembira. Saya bersyukur pada Allah atas kebaikan dan kebahagian ni.

Tiba – tiba teringat ceramah Ustazah Asma, dia kata semua manusia akan lalui masalah dan ujian. Tapi kalau orang yang rajin berzikir masalah dia mudah selesai dan dikeluarkan dari kebuntuan. Sebab zikir ni mengingati Allah, bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita.

Saya tulis semua ni kat sini sebab ustaz kata cari pahala dengan media sosiaI dengan tulis benda baik. Lagipun kita tak tahu siapa yang Allah nak bagi hidayah dengan penulisan kita. Lepas tu kalau orang amalkan, saya pun dapat pahala jugak.

Saya mintak maaf kalau tulisan ni jadi panjang atau caca merba. Saya cuma luahan kegembiraan saya ja. Saya doakan semua orang dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Terima kasih admin kalau siarkan penulisan ni. Mak kirim salam kat semua. Terima kasih. – Adik (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.