Aku setuju nak kahwin dengan suami sebab dah sayang dekat anak-anak dia. Baru ni anak tiri jatuh, kena jahit. Mak dia terus datang kata aku d3ra

Aku menangis bila anak tiri jatuh kena 10 jahitan. Tiba – tiba mak kandung dia datang, r4mpas anak tu dari aku. Dia cakap aku d3ra anak dia. Anak tiri menangis taknak lepaskan aku, sambil panggil mummy.. mummy.. Aku sanggup hilang suami dari hilang anak – anak tiri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku pinjam akaun Facebook kawan aku sebab telefon aku tertinggal dekat rumah. Aku sekarang tengah sedih giIa dan keluar dari rumah suami aku. Aku umur 27 tahun, suami aku pula 39 tahun.

Aku kahwin dengan suami masa dia seorang duda anak dua dan dah lama bercerai dengan bekas isteri dia. Mereka bercerai masa anak nombor dua baru umur 2 bulan. Anak – anak memang suami aku yang jaga sepenuhnya sebab bekas isteri dia buat per4ngai, tu pun berdasarkan cerita suami dengan keluarga mertua aku.

Tapi suami aku memang baik dengan keluarga bekas mertua dia sampai sekarang. Mak dengan ayah bekas isteri dia pun dia masih jaga kebajikan mereka. Yang ni aku memang tak ada masalah langsung sebab keluarga bekas isteri dia baik baik je. Cuma bekas isteri dia ni yang buat aku pening kepala.

Bekas isteri suami kata nak datang jenguk anak – anak dia dan aku pun memang tak ada masalah kalau dia nak jumpa anak – anak dia. Tu hak dia sebagai ibu. Tapi mintalah izin aku dulu sebab aku yang jaga mereka selama ni. Si kecik tu pula memang tak pernah nak dengan ibu dia.

Demi Allah aku tak pernah sekali pun buruk – burukkan ibu mereka depan anak – anak. Anak – anak rapat dengan aku sebab aku yang jaga mereka sejak suami dengan bekas isteri dia bercerai. Lepas 3 tahun berkawan baru aku setuju nak kahwin dengan suami atas sebab anak – anak je dan memang masa tu tak ada cinta pun. Tapi sekarang kami dah saling sayang lah. Hahaha.

Sekarang aku tengah mengandung 7 bulan. Tapi hari ni buat pertama kali suami aku cakap aku tak sayang anak – anak dia. Kata aku lebih pentingkan kerja dan bisnes aku sampai anak – anak terabai. Anak nombor dua jatuh dekat kafe aku hari ni sampai kena jahit 10 jahitan dekat atas kening. Aku sendiri menangis dan menjerit tengok anak berd4rah macam tu.

Bekas isteri suami terus datang rumah nak ambil anak. Dia cakap aku d3ra anak dia. Allah, aku d3ra anak? Suami aku pula langsung tak backup aku. Macam mengiakan je apa yang bekas isteri dia cakap. Anak aku menjerit – jerit panggil aku.

Aku memang rapat sangat dengan anak – anak tiri aku sebab tidur pun masih dengan aku lagi. Ibu dia terus masukkan dia dalam kereta dan suami aku izinkan dia bawa balik. Luluh hati aku dengar anak – anak jerit panggil, “Mummy… mummy…”

Aku g4duh besar dengan suami aku. Suami aku cakap baguslah anak – anak ibu dia ambil sebab aku tak reti jaga anak. Masalahnya sekarang, suami memanglah tak ada masalah kalau nak jumpa anak – anak. Tapi aku ni cuma ibu tiri mereka. Macam tak ada hak langsung dekat anak – anak sedangkan aku yang jaga mereka siang malam.

Aku yang didik mereka. Aku yang berk0rban macam – macam untuk mereka. Dulu suami suruh berhenti kerja dan fokus dekat anak – anak, aku ikutkan je. Lepas tu aku buka restoran dengan butik baju aku sendiri. Aku kerja sendiri sebab nak senang urus anak – anak.

Masa aku fleksibel dan aku boleh susun sendiri. Suami pula memang selalu balik lewat. Hal anak – anak memang seratus peratus atas bahu aku. Sekali bila jadi benda macam ni, terus suami jatuhkan hukvm dekat aku. Aku memang betul betul tak tahu anak aku panjat sana sini sampai terjatuh macam tu.

Aku cakap dengan suami, kalau anak – anak dah ibu mereka ambil, aku pun nak keluar dari rumah ni. Tak ada gunanya aku duduk dalam rumah ni dengan awak lagi. Suami aku cakap terpulanglah dekat aku sebab aku yang cakap macam tu. Aku pun terus keluar rumah dan sekarang duduk dekat rumah kawan aku.

Suami aku memang dah tak sayang aku lagi ke? Buntu, str3ss, geram, bengang, semua ada sekarang ni. Kalau suami aku tak ambil balik anak – anak dia dan biar ibu mereka jaga, aku pun dah tak sudi nak duduk dengan suami aku lagi.

Maaf kalau ayat aku bercelaru sebab aku tulis dalam keadaan marah, sedih, bengang dan terkilan. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa sekarang. Untuk Hasya Medina dan Maryam Mecca, mummy sayang kamu berdua. Maryam, maaf sebab mummy leka sampai Maryam kena jahit dekat kening.

Abah dengan ibu kamu cakap mummy macam – macam. Abah kamu dah lupa semua peng0rbanan mummy selama ni. Kalau abah kamu nak berbaik – balik dengan ibu kamu pun tak apa lah. Mummy mengalah. Mummy betul – betul rasa macam tak ada hak langsung. Biar mummy hidup dengan adik je. Untuk suami, abah buatlah apa yang abah nak buat. Hilang mummy pun tak pening kepala abah rasanya. Harap abah baca ni. Abah kan join page ni jugak kan!

Ulasan Pembaca :

Rizal Rodzuan : Kes biasa bila orang kahwin dengan duda atau janda, yang dia nak pasangan je tapi anak – anak pasangan tak nak. Tapi kes ni terbalik pula. Kahwin dengan pasangan tapi anak – anak lagi diutamakan daripada pasangan sendiri.

Tapi cuba fikir balik, kalau betul mak tiri d3ra anak, kenapa anak tu lebih rapat dengan mak tiri daripada mak ayah kandung sendiri? Tapi nak buat macam mana, ibu bapa kandung tetap ada hak lebih besar terhadap anak mereka berbanding ibu atau ayah tiri. Tak apa lah, siapa pun yang jaga mereka nanti, puan masih boleh jumpa dan sayang mereka macam biasa. Yang penting sekarang fikir juga pasal anak dalam kandungan tu. Okey ke kalau membesar tanpa ayah?

Kim Raj : Jarang aku dengar ibu tiri sayang anak tiri macam anak sendiri. Suami awak sebenarnya boleh nampak reaksi anak tu sendiri. Kalau dia menangis tak nak berpisah dengan mak tiri, maknanya selama ni mak tiri memang jaga dia dengan baik.

Dalam kes ni terus terang cakap, suami awak memang bang4ng. Tak apa, bagi dulu anak – anak tu duduk dengan mak mereka sekejap. Kita tengok mak mereka boleh jaga elok ke tak. Kalau nanti anak – anak tu masih nak balik rumah mak tiri juga, maka memang jelaslah siapa yang lebih banyak berk0rban dan menjaga mereka selama ni. Jadi tunggu dan doa je. InsyaAllah kalau awak memang ikhlas sayangkan mereka, Allah akan buka jalan untuk awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :