
Aku mula periksa barang kemas aku dan anak – anak. Tangan aku menggigil masa buka kotak emas. Hilang dua utas gelang aku, empat utas gelang anak – anak, dan sebentuk cincin. Suami mengaku menjual semua barang kemas tu, alasannya nak bagi aku duit nafkah.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon hide profil aku. Aku seorang isteri yang mempunyai dua orang anak perempuan. Selama ini, aku anggap aku antara isteri yang bertuah sebab dikurniakan seorang suami yang penyayang dan ringan tulang.
Dia jenis yang suka membantu aku buat kerja rumah, jaga anak – anak, dan jarang berkira dalam hal tenaga dan masa. Sejujurnya, dari segi sikap luaran, suami aku memang seorang yang baik. Bulan Mac ini sepatutnya jadi bulan yang manis untuk kami sebab genap sembilan tahun usia perkahwinan kami.
Tapi dalam bulan yang sama juga, aku menerima satu k3jutan daripada suami aku. Bukan k3jutan yang membahagiakan, sebaliknya k3jutan yang buatkan hati aku r3muk dan fikiran aku bercelaru. Lebih meny4kitkan, semua ini berlaku dalam bulan yang mulia, bulan yang sepatutnya mengajar erti amanah dan kejujuran.
Aku sedar kami bukan keluarga senang. Sejak awal kahwin, kami sama – sama bekerja untuk menyara hidup. Aku tidak pernah meletakkan beban sepenuhnya atas bahu dia. Dari mula berkahwin, aku tak pernah meminta nafkah daripadanya secara khusus.
Semua perbelanjaan rumah kami kongsi. Siapa ada duit, dia keluarkan. Kalau ada rezeki lebih, barulah dia hulurkan sedikit untuk aku. Itu pun aku anggap sebagai bonus, bukan kewajipan. Aku juga bukan jenis isteri yang meminta – minta.
Aku tak pernah minta dia belikan baju, beg, apatah lagi barang kemas untuk aku. Bagi aku, cukuplah dia bantu bayarkan komitmen bulanan seperti bil dan keperluan asas rumah. Itu pun aku sudah rasa cukup dan bersyukur. Sebaliknya, kalau aku ada lebihan duit, aku simpan sedikit untuk masa depan.
Kadang – kadang aku belikan anak – anak barang kemas kecil. Anak perempuan, biarlah sesekali mereka berkilau. Itu pun bukan untuk menunjuk, cuma sebagai simpanan kalau suatu hari nanti kami terdesak. Awal tahun ini, anak sulung aku dapat bantuan sekolah sebanyak RM150.
Aku simpan duit itu dalam tabung anak aku. Aku tak pernah sentuh duit itu walau sedikit pun. Dalam kepala aku, duit itu hak anak, bukan hak sesiapa. Semalam, aku tergerak hati untuk menyusun semula duit tabung tersebut. Masa itulah aku perasan RM50 telah hilang.
Aku cuba bersangka baik. Aku tanya suami dengan cara berlapik. Dia akhirnya mengaku ambil duit itu dan terus menggantikan semula. Katanya terdesak. Aku diam. Tapi dalam hati, ada satu perasaan yang tak sedap mula menyelinap. Ini bukan kali pertama sebenarnya. Cuma selama ini aku cuba pejam mata.
Satu per4ngai suami aku yang aku paling susah nak terima ialah dia suka ambil duit tanpa beritahu. Bila aku perasan dan tanya, barulah dia mengaku. Alasannya selalu sama, sementara, nanti ganti. Tapi kepercayaan yang retak tak semudah duit yang diganti.
Disebabkan rasa tak sedap hati yang makin kuat, aku mula periksa barang kemas aku dan anak – anak. Tangan aku menggigil masa buka kotak emas. Bila aku kira satu persatu, d4da aku terus sesak. Tinggal beberapa utas sahaja. Hilang dua utas gelang aku, empat utas gelang anak – anak, dan sebentuk cincin.
Aku tanya suami dengan suara yang aku sendiri tak kenal. Dia akhirnya mengaku menjual semua barang kemas itu. Alasannya untuk memberi aku duit komitmen bulanan. Masa itu, aku rasa dunia aku runtuh. Hati aku h4ncur luluh. Itu satu – satunya harta yang aku ada.
Itu hasil titik peluh aku sejak bujang sampai berkahwin. Satu sen pun aku tak pernah minta daripada dia untuk beli emas itu. Sanggup dia buat aku dan anak – anak macam ini. Barang kemas anak – anak pun dia jual tanpa rasa bersalah.
Bila aku tanya kenapa tak berterus terang, kenapa buat senyap – senyap, dia terus diam. Seribu bahasa. Aku pandang muka dia, tapi aku rasa aku tengah berdepan dengan orang asing. Dulu dia tak begini. Masa dia kerja kilang, hidup kami sederhana tapi teratur.
Duit ada, tak banyak masalah. Tapi lepas dia dig4ntung kerja dan mula berniaga sendiri, semuanya berubah. Aku faham berniaga ada turun naik. Aku faham bukan setiap bulan untung. Modal perniagaan kadang – kadang datang daripada ayah dia, kadang – kadang daripada aku sendiri. Aku banyak mengalah, banyak bertolak ansur.
Bila duit komitmen bulanan makin berkurang, aku pejam mata. Bila kereta rosak, duit aku juga yang keluar. Bila ada keperluan lain, aku yang cari jalan. Dalam kepala aku, emas itu satu – satunya harapan kalau suatu hari kami betul – betul terdesak.
Tapi dia sanggup khianati kepercayaan aku tanpa berbincang, tanpa rasa bersalah. Itu bukan harta dia. Itu harta aku dan anak – anak. Tapi dia berani buat sesuka hati. Sekarang aku hilang rasa selamat dalam rumah sendiri. Aku rasa bahaya itu bukan di luar, rupanya dalam rumah sendiri lebih meny4kitkan.
Tolonglah, aku tak kuat. Aku penat menanggung dalam diam. Aku perIukan pandangan. Adakah salah aku sehingga perkara ini berlaku? Apakah kesalahan aku sampai dia sanggup buat aku begini? Apa yang patut aku lakukan terhadap suami aku? Terima kasih admin kerana sudi berkongsi luahan aku.
Komen Netizen :
Saba Kosmetik Utara : Jangan dengar cakap dia. Mana ada cerai d0sa besar. Cerai lagi berpahala jika memang dengan penceraian awak sudah tidak d3rita. Panjang sangat tulisan, nanti saya baca balik. Baca laju – laju sahaja. Cuma perasan dia abai nafkah zahir dan batin. Teruskanlah andai sudah tekad. Jangan dengar kata -kata dia. Dia hanya jahil sahaja, bercakap ikut kepala dia.
Szs Aida : Mas kahwin h4ram pakai duit perempuan. Dia kahwin percuma itu tidak hargai. Dalam Islam mas kahwin itu wajib. Bila perempuan sudah mudahkan urusan lelaki, ambil kesempatan. Sebab itu saya tidak setuju bila orang kata kahwin nikah sahaja.
Bila sudah macam ini, orang mudahkan urusan, itu yang tidak hargai. Kahwin percuma. Bila lepas kahwin, tidak mahu bertanggungjawab kepada anak isteri. Ibu bapa yang letakkan hantaran bukan saja – saja letak, tapi nak tengok kesungguhan lelaki itu ada atau tidak. Tidak banyak pun tidak apa, janji beri mana mampu. Ini RM100 mas kahwin wajib pun tidak mampu keluarkan duit. Macam mana nak bela anak orang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.