Tidak ramai yang tahu tentang status aku. Hanya beberapa staf wanita sahaja yang tahu. Tapi maIang bila ada pekerja wanita yang mulut lancang. Mereka berjenaka seolah – olah janda itu suatu gelaran yang ‘murah’.
#Foto sekadar hiasan. Ye lepas satu, satu ujian datang melanda diri ini. Aku seorang ibu tunggal dan punya seorang anak di bawah jagaan aku. Semasa masih berstatus isteri orang, aku hanyalah seorang surirumah tangga yang berg4ntung sepenuhnya pada duit suami.
Aku punya pendidikan tetapi aku lebih rela untuk menguruskan hal rumahtangga dan keluarga kecil kami memandangkan gaji bekas suami aku ketika itu lebih dari cukup untuk kami anak beranak. Kami hidup bahagia seperti orang lain sebagai satu keluarga lengkap.
Tapi kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Siapa sangka suami yang penyayang, ada di setiap saat untuk aku dan anak kami rupanya curang sampai ke bilik hotel. Ada kalanya dia terp4ksa outstation atas urusan kerja, namun sekalipun tidak pernah aku ikut atas dasar percayakan suami.
S4kit memang s4kit. Aku ibarat m4yat hidup selepas suami aku kantoi ada skandal di tempat kerja. Benar kuasa Allah itu hebat. Sekelip mata Allah tunjukkan semuanya tanpa aku perlu bersusah payah nak cari bukti. Akhirnya aku minta untuk berpisah dari hidup bersama berpura – pura seolah tiada apa yang terjadi.
Selepas berpisah, aku menumpang tinggal di rumah orang tua aku. Dan mula mencari pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan aku, namun mungkin bukan rezeki. Mahu atau tidak, aku tetap perlu bekerja untuk sesuap nasi.
Akhirnya aku diterima bekerja di sebuah syarik4t sebagai pekerja am dengan gaji RM1,500. Alhamdulillah tempat bekerja sangat dekat dengan rumah dan kurang tekanan. Tidak ramai yang tahu tentang status aku. Hanya beberapa staff wanita sahaja yang tahu.
Tiada seorang pun staff lelaki yang tahu akan status aku memandangkan aku juga bukan jenis suka bergaul dengan lelaki di tempat kerja. Tapi agak menyebalkan apabila rakan sekerja lelaki selalu jadikan gelaran janda itu sebagai suatu jenaka buat mereka. Aku hanya mampu menangis di dalam hati waktu itu.
Dan paling meny4kitkan apabila ada staff perempuan yang bermulut lancang seolah – olah ingin semua orang tahu yang aku ini telah bercerai. Seolah – olah meraikan apa yang sedang diborakkan oleh g3ng – g3ng jantan tak beradab tu.
Sehinggakan aku berdoa supaya jantan – jantan tu giIa bayang dekat janda sampai menjandakan isteri dorang sendiri dan buat perempuan yang ikut sama, semoga kau juga menjadi janda dan berada dalam situasi aku suatu hari nanti.
Ye, aku tahu kita dilarang untuk mendoakan sesuatu yang tidak baik, tapi apakan daya. Aku juga punya hati dan perasaan yang telah dir0bek. Sungguh aku hairan, kenapa gelaran janda tu seolah – olah buruk di mata mereka.
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang aku telah lalui sehingga aku lebih rela tidak punya suami. Mereka tidak tahu betapa h4ncurnya hati aku bila ditipu hidup – hidup oleh suami. Mereka tidak tahu betapa susah payahnya untuk aku cari semula semangat untuk terus hidup.
Tapi dari ejekan mereka seolah – olah janda itu suatu gelaran yang jalang. Sangat tidak boleh diterima akal. Lepas diuji dengan suami yang tak semenggah, aku terus diuji dengan anak. Anak aku berusia 5 tahun. Aku masih ingat pada malam ambang tahun baru, aku dan keluarga aku keluar untuk sama – sama meraikannya.
Anak aku jenis selalu minta berdukung sekiranya kami keluar berjalan. Aku letih sehinggakan aku terp4ksa membiarkan dia berjalan dalam keadaan menangis dan saat banyak mata yang memandang. Kami berhenti di sebuah restoran makanan segera sementara menunggu detik jam 12 untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
Tapi yang aku kesalkan, anak aku member0ntak sebab aku tidak mahu mendukungnya. Dia pukuI – pukuI aku di tempat awam itu. Aku hanya mampu mendiamkan diri dari membaIas semula pukuIan dia. Akhirnya airmata aku menitik dan teresak – esak aku menangis dipukuI anak sendiri. Terus hilang selera makan aku.
Dan akhirnya aku minta untuk pulang dan membatalkan plan untuk menyambut malam tahun baru. Aku sangat str3ss ketika itu. Impian aku untuk melihat bunga api terkubvr. Aku hanya ingin melepaskan lelah bekerja sahaja, tapi tekanan pula yang aku dapat.
Tak cukup dengan ujian anak. Aku terus diuji dengan ujian keluarga pula. Ibu aku seorang surirumah. Ayah aku pula pekerja swasta dan baru sahaja pencen. Makanya semua perbelanjaan barang dapur, bil api air diserahkan sepenuhnya atas bahu aku.
Duit gaji aku hampir keseluruhannya habis untuk perbelanjaan rumah dan duit belanja orang tua aku. Duit belanja aku tak sampai 10% dari gaji dan kadangkala tiada langsung sebab kena topup untuk duit barang dapur.
Sehinggakan aku terp4ksa ik4t perut sekiranya tidak sempat untuk siapkan bekal. Harga barang dapur sekarang sungguh menyiksakan buat golongan seperti aku. Aku pernah apply untuk bantuan Bingkas Selangor dari tahun lepas, namun sehingga kini statusnya masih dalam proses.
Aku bukan berkira, aku sedar aku menumpang rumah ibu bapa aku dan aku perlu hulur duit untuk semua itu. Tapi tetap sedih memandangkan aku bekerja keras 6 hari bekerja 8 – 10 jam tapi tak nampak apa dari titik peluh aku.
Nak beli baju, nak makan sedap – sedap pun berkira – kira. Bukan itu sahaja. Ayah aku sering mempr0vok diri ini dari segi cara aku mendidik anak. Anak aku seorang yang makan memilih. Jadi aku ambil inisiatif untuk ‘mem4ksa’ dia makan apa sahaja yang aku telah masak tanpa perlu meminta makanan lain.
Tapi ayah aku marah, katanya aku jenis mem4ksa anak. Lagi 1, anak aku jenis payah nak ke tandas. Dia sering ber4k dalam seluar. Puas aku ajar dia, letih faham tak. Aku hanya risau nanti dia dah sekolah rendah siapa yang nak hadap per4ngai ber4k dalam seluar dia.
Kalau aku dapati dia ber4k dalam seluar, aku akan p4ksa dia duduk dalam toilet sehingga dia betul – betul puas ber4k. Tapi ayah aku tidak faham, katanya aku terlalu keras dalam mendidik anak memandangkan anak aku akan menangis jika aku minta dia duduk dalam tandas.
Sehinggakan aku tinggi suara pada ayah aku. Sehinggakan aku berfikir untuk keluar dari rumah ni dan tidak mahu lagi menanggung mereka. Setiap kali bertekak, aku akan mengunci diri dalam bilik dan menangis. Aku tiada tempat hendak dituju. Aku tiada tempat untuk mengadu.
Entah apa lagi agaknya ujian yang mendatang. Aku bukan tak redha, aku bukan benci pada ujian Tuhan. Aku cuma nak meluah. Aku penat. Andainya aku tak fikir syurga ner4ka, pasti aku dah g4ntung diri aku ni. Aku lelah dengan dunia. Aku sunyi. Aku keseorangan. Semua aku hadap sorang – sorang. Maaf andai luahan aku ni terlalu panjang. Terima kasih sudi baca. – Hati (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Azwa Ghazali : Hi confessor! Big hugs! Selepas bercerai, ada tak sis buat tuntutan nafkah anak? Kalau tak, saya nasihatkan sis buatlah, nafkah anak itu wajib bapa yang bagi. Sekurangnya, setiap bulan belanja anak ada. Nanti anak dah masuk 6 tahun, nak kena masuk tadika, kena bayar yuran, pakaian dan kelengkapan.
Jika ada perintah nafkah anak, maka ringanlah sedikit bebanan sis setiap bulan. Sis ada mohon bantuan zakat juga tak? Cuba mohon bantuan zakat juga. Saya ibu tunggal anak tiga. Bila jadi ibu / bapa tunggal ini memang kita akan rasa penat, letih, terbeban, sunyi sebab kita takde pasangan nak meluahkan isi hati dan perasaan kita.
Apa yang kita boleh lakukan selain dari kita mengadu kepada Allah, kita juga boleh buat diari, menulis dan meluahkan rasa kepenatan kita. Nak menangis, menangislah tapi lepas itu kita senyum dan tepuk bahu kita sendiri.
Semoga yang baik – baik buat sis dan anak. Semoga dipermudahkan semua urusan dan senantiasa dimurahkan rezeki sis dan anak. Aamiiin.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.