Aku sunyi isteri asyik layan anak je, aku diam2 ambik ‘barang’. Lepas 6 tahun surat mahkamah sampai dekat aku

Aku dah kahwin 12 tahun dengan isteri tapi anak kami sorang je. Isteri aku dari mula dapat anak asyik layan anak je. Aku rasa terabai dan senyap – senyap aku ambik barang dekat tempat kerja. Satu hari isteri kata dia nak bawa anak demam pergi kIinik. Sampai petang isteri dan anak aku tak balik, aku dah mula risau..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca ruangan ni. Masalah aku tak tahu nak mulakan macam mana. Aku dan isteri dah kahwin 12 tahun, dikurniakan seorang anak lelaki sekarang berumur 6 tahun.

Aku dan isteri dulunya sangat – sangat bahagia. Sejak kahwin, kami terus duduk rumah sendiri. Atur perjalan rumahtangga kami sendiri, susah senang sama – sama. Tapi lepas dapat anak pada tahun ke 6 berumahtangga, aku rasa sunyi dan terpinggir, sebab isteri lebihkan anak. Semuanya tentang anak, anak, anak.

Rezeki kami dapat anak lambat. Sorang tu jer lah sampai sekarang. Dia layan aku baik sangat – sangat, cuma tumpuan utama pada anak. Jadi aku sibukkan diri dengan kerja. Tapi Allah nak uji, aku tersasar. Aku tergelincir sebab ikutkan hati.

Aku berkawan dengan yang bukan – bukan. Terikut pe’el dorang. Bini dalam pantang, aku mula main barang. Tapi isteri aku tak tahu. Sebab dia berpantang rumah maknyer. Tak jauh pun dari rumah kami. Selang 10 buah rumah jer, dalam 300m.

Kadang – kadang aku temankan dia tidur. Kadang – kadang aku tak jenguk pun. Habis pantang dia balik rumah kami. Masa ni aku dah gelisah sebab dah tak bebas nak ‘kena’ barang, sebab dia ade. Aku kerja kampung, angkut sawit lori sendiri.

Pendapatan aku agak tinggi. Setakat 4k sebulan aku boleh grab. Mungkin sebab duit banyak, port pun mudah sebab aku kerja dalam hutan. Jadi aku boleh ambik barang pada bila – bila masa. Masa berlalu, anak pun dah umur 10 bulan.

Dah boleh berjalan pun, cerdik budaknyer. Satu hari, aku kant0i bila isteri aku jumpa barang dan peralatan aku dalam poket seluar yang aku g4ntung dalam bilik air. Aku terlupa nak ambik sebelum pergi kerja. Aku balik dah petang, cari barang dalam poket dah takde.

Seluar elok jer tak terusik kat situ. Tapi aku tengok bini aku ok jer. Layan aku macam biase. Macam takde apa. Aku pikir aku salah letak kot. Selang 2 minggu lepas tu anak aku demam, bini aku mintak duit RM100 nak bawak pergi kIinik.

Memang dari dulu kalau bab anak dia bawak pergi swasta. Aku tak kesah pun. Aku mampu, aku bagi jer. Dia keluar pagi – pagi dengan anak. Aku balik kerja petang dia masih belum balik. Aku dah risau. Aku call berpuluh kali tak angkat, merata aku cari.

HospitaI dan balai polis pun aku pergi. Manalah tahu kot kemaIangan ke apa. Tapi tak dapat dikesan. Aku m4ti kutu, call lagi. Tapi tak angkat. Mesej tak baIas. Aku pegi rumah mak aku selang 3 buah rumah dari rumah kami.

Bini aku memang rapat dengan mak aku. Selalu luah masalah dan mintak nasihat semua. Bila aku tanya pasal bini aku, mak dan adik aku semua diam, nampak reaksi diorang macam pelik. Bila aku dah desak – desak baru mak aku cakap bini aku dah lari dengan anak. Tak tau pergi mane.

Pagi sebelum keluar dia datang jumpa mak, bagitau masalah siap mintak ampun dan maaf. Mak aku punya marah kat aku sampai dia pukuI – pukuI aku. Bersungguh sungguh dia pukuI aku siap nangis. Aku rasa bersalah sangat.

Anak bini aku dah takde. Tak tau mane pergi. Family dia tak tau pasal ni. Sebab memang dia sorok. Dia lari diam – diam. Aku tau aku salah. Dia sedih. Masa ni aku rasa macam tak guna hidup. 3 hari aku tak lalu makan minum.

Kerja pun tak. Asyik call bini jer. Aku nak mintak maaf. Hari ke 4 baru dia angkat call. Lepas cakap panjang lebar, dia setuju untuk balik bincang. Aku bawak kereta pergi jemput dia. Aku sujud mintak maaf. Dia diam jer.

Sampai rumah kami dah malam. Dia terus tido dengan anak. Tak cakap apa – apa. PukuI 4 pagi dia k3jutkan aku mintak cerrai. Tapi dia tak marah. Tak meng4muk. Dia cakap elok – elok. Tapi aku tak sanggup aku sayang sangat – sangat.

Aku janji untuk berubah. Dia bagi aku peluang. Sekarang selepas 6 tahun janji aku, aku masih lagi tak berubah. Masih macam dulu, m4kin teruk. Terbaru aku terjebak dengan game online. Gaji aku habis kat situ jer. Aku tak bagi bini aku duit belanja, barang rumah, susu anak, belanja anak. Malah hutang aku pun tak boleh bayar.

Dia kerja siang malam dari 4 pagi hingga 1 petang, pastu bukak balik 5 petang hingga 1 pagi. Warung makan sendiri. Pendapatan hanya RM50 sehari. Dengan duit yang sikit tu lah dia cukupkan segala keperluan aku anak dan rumah. Diri sendiri pun tak terurus.

Dari 6 tahun lalu, dia sangat – sangat sabar dengan per4ngai b0doh aku. Bebanyak sangat dia berk0rban. Dia bukan jenis meng4mok m4ki hamun semua memang takde. Orangnya jaga solat. Aku dah lama tak solat. Jumaat pun tak pergi.

Walaupn aku bentak – bentak dia, dia masih lagi cakap lembut – lembut dengan aku. Tapi aku bukan jenis kaki pukuI atau cakap m4ki – m4ki, takde. Dalam 6 tahun ni jugak banyak kali dia mintak cerai dengan cara elok. Aku tak layan. Dia mengadu kat pejabat agama.

Aku dapat surat panggiIan kaunseling untuk 2 sesi tapi 2 – 2 aku tak pergi. Surat tu aku baIing jer kat muka dia. Dia hanya nangis takde cakap apa – apa. Syawal ke-4 tahun lepas aku dapat surat dari Mahkamah Syariah. Dia fail tuntutan cerai.

Walaupun kami duduk serumah, tapi tak bertegur sape. Surat budak office yang bagi kat aku. Aku baIing kat budak tu balik. 3 sesi semua aku tak hadir. Mahkamah putvskan tiada kes. Aku tak sangka sampai ke mahkamah dia bawak kes kami.

Memang dia benci aku. Sungguh – sungguh. Tapi bini aku ni, g4duh macam mana pun, makan minum dan keperluan aku semua dia jaga, kecuali tempat tidur. Walau dah sampai mahkamah pun kes ni. Aku masih lagi tak insaf.

Aku masih abaikan dia dan anak macam dulu – dulu. Aku biarkan dia struggIe sorang – sorang. Ke hulu ke hilir s4kit pening sorang – sorang. Jaga segala keperluan aku dan anak sorang diri. Aku biar dia nangis pendam perasaan.

Aku biar dia tidur dengan anak. Aku lebih suka tidur asing. Sebab aku akan main game sampai subuh. Sampai habis duit. Pastu kena barang. Dia tak kesah pun. Sebab dia balik keje pun pukuI 1 – 2 pagi. Anak sepanjang masa dengan dia, walau masa kerja pun.

Aku tak ambik port, aku cuma cari dia bila aku berhajat. Aku tau, dia layan aku sambil nangis. Tapi aku tak kesah, aku suami, aku eg0, aku ada kuasa vet0. Aku betul – betul abaikan dia. Dia selalu bagitahu betapa dia sunyi. Aku tak kesah.

Selalu cakap baik – baik dan nasihatkan aku untuk berhenti buat benda sia – sia. Tapi aku tak kesah. Aku bahagia dengan hidup aku, aku ada kerja, dapat barang, dapat main game itu sudah cukup. Sampai lah sebulan lepas, aku perasan dia macam tak wujud.

Senyap, senyap sangat – sangat. Dah tak nasihatkan aku. Dah tak tegur aku. Dah tak bercakap dengan aku. Dah tak senyum. Tiap – tiap malam lepas balik kerja aku tengok dia solat lama sangat. Kadang – kadang sampai kesubuh dia solat dan mengaji.

Tapi masa mengaji dia seolah – olah lepas perasaan. Mengaji sekuat hati. Macam lepas tension. Kadang – kadang aku jenguk jugak, sebab memang lain macam. Aku dengar dia berdoa sambil sujud. Dan doa dia khusus untuk aku.

Tapi hati aku keras, tetap aku tak hirau. Lantak kaulahhh. Sampailah 3 minggu lepas, aku marah – marah dia sebab tegur – tegur sikap aku. Sampai aku binatangkan dia. Selama 12 tahun, ni kali pertama aku terlepas cakap.

Walaupun dia cakap lemah lembut dan elok – elok, tapi aku yang dengar ni rasa macam disambar petir. Terus aku hilang sabar dan terlepas cakap. Dia terus diam. Masa tu tengah malam dia bawak kereta keluar dengan anak. Selang 2 jam dia balik. Masih lagi diam.

Tapi aku perasan mata dia b3ngkak. Seminggu dia tak bercakap walau sepatah pun dengan aku. Hari ke 8 lepas kejadian tu aku tak balik rumah. Aku tidur dibangsal kebun sawit. Esoknya dah petang baru aku balik. Pastu buat – buat tido kat sofa. Dia datang kat aku, usap rambut aku selembut lembutnya.

Sikit pun tak marah. Langsung tidak, dia hanya usap jer kepala aku. Pastu aku intai – intai nampak dia tundukkan kepala rapat ke bahu aku. Sambil peIuk aku, aku biarkan jer. Tak respon apa – apa. Diam dan sunyi lama. Aku masih pura – pura tido.

Tiba – tiba aku rasa air hangat mengalir pada bahu aku. Aku bukak mata, tengok dia. Dia menangis. Sungguh – sungguh menangis. Tapi tak der bunyi. Tak der sedu. Hanya bahu jer turun naik. Masa tu aku rasa bersalah sangat – sangat.

Aku usap kepala dia. Aku usap belakang dia. Tapi dia langsung tak angkat kepala. Air hangat laju kat bahu aku. Seolah – olah dia melepaskan beban yang sangat berat. Melepaskan masalah yang sangat – sangat besar. Masa ni semua sunyi sepi.

Dia sepatah tak cakap. Aku lagi lah tak boleh cakap. M4kin lama m4kin laju turun naik bahu dia, hati aku luluh. Jiwa aku runtvh. Tiba – tiba aku rasa dia tersangat – sangat down. Aku betul – betul dah musn4hkan kebahagiaan dia.

Aku betul – betul dah abaikan dia. Aku tak tahu ape yang dia fikir masa tu. Tapi aku sangat – sangat rase bersalah. Aku angkat bahu dia dan aku peIuk dia kuat – kuat, aku mintak maaf. Aku mintak ampun, aku banyak buat d0sa kat dia.

Peng0rbanan dia tak semua lelaki boleh dapat. Aku b0doh, aku khilaf. Dia bid4dari aku tapi aku buat dia macam sampah, aku menyesal. Aku nekad untuk berubah. Aku nak jaga dia elok – elok. Aku nak bahagiakan dia dan anak aku.

Aku nak luang masa. Aku nak ganti balik saat – saat yang dah aku sia – siakan. Khilaf aku bukan mudah untuk berubah, perIukan masa dan mentaI yang kuat. Lebih – lebih lagi bila cara kerja aku yang terp4ksa bergaul dengan kawan – kawan aku yang dulu.

Kena barang depan aku, betul – betul menguji. Aku sampai menggigiI tahan diri. Tak lalu makan, munt4h – munt4h. Benda ni tak boleh stop terus, kena perlahan – lahan. Korang tolong doakan semoga aku kuat dan istiqomah.

Supaya aku kembali bersih demi anak isteri aku. Buat isteri abang.. Maafkn abang sayang. 6 tahun abang sia – siakan sayang. Abang abaikan sayang. Tapi sayang tetap setia berk0rban dan tak putvs doa dan berharap pada abang. Terima kasih sayang.

Semoga Allah sediakan syurga buat sayang di akhir4t kelak. Buat anak abah sorang, ampun kan abah. Jangan benci abah yer. Terima kasih min sudi share citer aku ni.. Aku harap suami – suami kat luar sana tu jangan biat benda b0doh macam aku. Seronok sekejap. Tapi mer4na sepanjang hidup.

Komen Warganet :

Farhah Simard : Saya ni pun jenis lebihkan anak. 11 tahun tunggu. Tapi my husband juga lebihkan anak. Ialah lama tunggu, dahlah comel bijaknya pula tu, cl0wn pula tu selalu buat ketawa mak pak. Ok maaf teriklan anak pula, moral bersyukurlah ada anak. Sesama belek tak perlu rasa bini lebihkan anak ke apa, budak membesar penuh kasih sayang lah bagus, bukan bapak nak cemburu ke apa lepas tu buat per4ngai.

Mohd Yunus : Jangan letakkan kesalahan pada pasangan semata – mata. Anak membesar memang harus dan wajib ibu bapa beri pendidikan dan perhatian serta kasih sayang. Perempuan ni walaupun dia lemah lembut hati mereka boleh sekeras keluli.

Biarpun dia menangis di bahu seorang suami dia juga boleh m4ti hati kerana suami. Jangan terlambat kerana bila dah terlambat hati dia tak mungkin kembali tertambat walaupun kau dah bertaubat.

Suhana Abdul Samad : Ya Allah sedihnya. Tabah betul hati isteri dia. Aku dapat rasa dia betul – betul mend3rita tapi sayang sangat pada suami yang dia pernah kenal dulu. Suami yang sebelum main d4dah.

Allah.. tau tak betapa susahnya isteri kau kumpul kekuatan untuk tetapkan hati dia untuk bersama kau? Bukan calang – calang orang boleh hadap. Semoga kau berubah lah. Walaupun susah tapi isteri kau lebih lagi susah. Semoga syurga buat dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.