Aku surirumah, suami asyik cakap dia takde duit. Sekali kant0i aku nampak baki duit ASB dia. B0dohnya aku

Aku tak sangka suami aku ada duit pun boleh pura – pura macam sengkek. Dia siap pesan lagi jangan bagitau family aku sebab nanti orang ingat dia banyak duit. Padahal dulu dia ada janji nak bawak aku pergi umrah kalau dapat pampasan eksiden 17k tapi dia kata belum dapat lagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Aku Cengkih. Baru berkahwin 4 tahun dan alhamdulillah ada seorang anak soleh (aamiin). Biasa dalam perkahwinan memang ada dugaan, cuma apa yang aku luahkan ni adalah antara kekesalan dan kekecewaan yang berulang yang aku tak tahu macam mana lagi nak diperbetulkan.

Suami aku baik, penyabar, tapi kurang common sense dan juga susah nak mengaku salah sendiri. Kalau setiap kali berbincang mesti akan berpusing – pusing sampai tak kembali kepada pangkal masalah. Kalau masa awal – awal kahwin dulu, aku cube slow talk, berbincang, tapi sejak ada anak ni baran aku lagi menjadi.

Aku dah mula tak berbincang, tapi aku lepaskan marah aku dengan menghempas barang dan t3ndang dinding sebab aku rasa takde perkataan yang boleh buatkan suami aku faham apa yang aku cuba sampaikan. Sekiranya aku berkahwin lagi, persoalan yang akan aku tanyakan dekat bakal suami aku ialah;

Boleh ke terima aku dan keluarga? Sebab berdasarkan pengalaman aku, aku tak rasa keluarga aku dititikberatkan dalam perkahwinan ni. Sebab tu aku pun bagi respon yang sama (mungkin ini sekadar alasan diri aku je). Aku tengok memang berat sebeIah.

Setiap kali raya tak pernah pun suami aku sebeIahkan duit raya untuk mak ayah atau anak buah aku. Tapi sebeIah dia semua lengkap. Peruntukan beratus ringgit untuk mak ayah dan adik beradik dia. Even tahun ni anak aku pun tak dapat duit raya alasan dia, anak dia tanggung.

Memang duit tetap akan habis ke anak. Masa awal kahwin aku memang dah biasa bagi adik – adik aku, mak ayah aku duit raya, tapi suami aku tak pernah pun terdetik nak bagi. Sedangkan aku dah asingkan siap untuk adik – adik dia.

Waktu awal kahwin aku bekerja, sekarang suri rumah disebabkan anak aku ada masalah kesihatan. Suami aku tiap – tiap bulan tak pernah pun nak hulur duit gaji dia dekat mak ayah aku walaupun RM10. Dia selalu cakap adik beradik aku ramai, kenapa aku pulak yang nak kene fikir semua tu.

Adik beradik laki aku yang patut bagi duit dekat mak ayah aku kate dia. Masa aku kerja dulu tiap – tiap bulan aku bagi mak aku RM500, tapi sejak tak bekerja memang zero dah. Dah jarang memberi. Rumah kami dan mak ayah kami masing – masing cuma 5 minit je dari rumah.

Memang dekat. Tapi jarang sangat suami aku nak singgah rumah parents aku walaupun aku ada kat rumah tu. Setiap petang mesti dia bawak aku dengan anak jalan – jalan, tapi akhirnya destinasi mesti rumah parents dia.

Mula – mula aku b3ngang sebab aku rasa tak adil. Kadang – kadang sebulan pun belum tentu suami aku nak jejak kaki. Adik aku meninggaI mengejut awal tahun hari tu (Al-Fatihah) sebabkan peny4kit dia dan juga disahkan positif. Tapi keluarga aku semua sihat alhamdulillah.

Aku nak balik ke rumah masa hari adik aku meninggaI, tapi suami aku tak bagi. Dia risau kami semua berjangkit. Tapi aku keras kepala, aku balik rumah sendiri. Masa tu aku sedih sangat dan rasa down. Adik beradik aku semua dah berkumpul dekat rumah.

Semua tidur dekat rumah, tapi aku cuma dapat datang sekejap jenguk, anak aku menyusu badan, tak boleh tinggal lama. Aku minta izin nak tidur rumah parents aku, tapi dia bagi alasan rumah sendiri ada, buat apa nak tidur luar. Aku terkilan sangat.

Keluarga dia tak ziarah pun masa adik aku meninggaI, sebab keluarga dia takut adik aku positif. Walaupun adik beradik aku stay rumah parents aku 2minggu, tidur sana, solat berjemaah, makan sama – sama, tapi aku terasing.

Aku dapat jenguk – jenguk je. Suami aku masa tu work from home. Sebab tu aku susah nak keluar. Mak aku pun pesan, sekarang redha aku pada suami, ikut je cakap suami. Walaupun mak aku sebenarnya dah terasa hati sebab aku je yang terasing daripada keluarga masa semua orang tengah sedih kehilangan adik bongsu.

Tapi lepas 2 bulan, adik suami aku positif, tapi suami aku rileks je bawak anak aku pergi rumah dia. Alasan adik dia duduk je dalam bilik, tak keluar. tapi adik aku hari tu meninggaI dekat hospitaI, dan family aku sihat je, tapi dia punya paran0id takut m4ti tu sampai aku rasa berd3ndam bila setiap kali ingat pasal ni sebab aku rasa tak adil!

Sejauh mana dia sanggup berk0rban untuk aku dan anak? Masa aku mengandung, aku pernah ambil seminar gentlebirth (jangan fikir gentlebirth yang suruh beranak dekat rumah tu, seriously bukan). Seminar tu dia ajar cara pemakanan masa mengandung, senaman, posisi duduk ibu, cara mengurangkan contraction, dan banyak lagi la.

Masa tu seminar online je. Aku ajak suami aku dengar sekali, sebab sangat besar ye peranan suami untuk support em0si dan mentaI ibu masa mengandung ni. Awalnya suami aku setuju, tapi bila kelas bermula, dia pun menghilang.

Janji hanya tinggal janji. Aku kecewa sangat sebabnya mengandung dan bersalin ni perIukan moral support. Tapi suami aku tak pernah peduli nak cari info ke atau nak belajar apa keperluan masa ibu mengandung dan bersalin.

Dia anggap tu satu proses yang aku kena lalui dan tak payah susah – susah nak jaga pemakanan senaman semua tu. Jujurnya aku seorang yang paran0id bila bab bersalin. sebab aku tak boleh tengok d4rah. Aku pening dan loya.

Aku memang sangat takut sampaikan aku persiapkan mentaI aku dulu, dan bila aku dah ready untuk s4kit bersalin tu baru aku plan untuk ada anak tapi suami aku tak faham. Dia kata kalau tak s4kit mana nak beranak. Mak dia boleh je beranak ramai

Dan semasa lepas bersalin, anak aku lahir 7 bulan ELCS, sebab kandungan aku bermasalah. Anak aku 2 bulan duduk nicu, dan selepas anak aku balik ke rumah, aku sangat struggIe nak susukan anak aku. Aku ajak suami aku ke shah alam untuk belajar lactation, tapi suami aku tak setuju.

Dia kata membazir dan jauh. Sedangkan aku hanya minta izin nak pergi, tanpa libatkan dia dan duit dia. Anak aku ade masalah usus masa sebulan pertama kelahiran dia, itu yang menguatkan aku untuk bagi susu badan juga.

Kecewa sangat aku masa tu sebab suami tak bagi dan lagi kecewa sebab dia tak faham ilmu lactation tu satu keperluan buat aku sebab anak aku bukan lahir normal yang aku boleh terus ajar latching dan menghisap. Anak aku perIukan banyak simulation untuk menyusu sebab dia pakai tube susu sebulan lebih.

Akhirnya aku cari dan dapat lactation counselor yang boleh datang ke rumah. Aku bayar semua cost tu sebab aku kecewa dan aku eg0 nak minta duit dengan suami, sebab aku tak suka bila suami aku pertikaikan penggunaan duit tu.

Nasib baik duit simpanan aku masa tu banyak lagi tapi semuanya habis untuk anak aku. Lagi satu masalah tidur. Anak aku memang susah nak tidur sendiri sampai aku str3ss. Dan akhirnya jadi kebiasaan mengempeng masa nak tidur.

Aku pernah merungut bab ni dengan suami, tapi suami cakap, dah aku yang biasakan anak aku mengempeng, kenapa nak marah. Ada masa aku penat, aku rasa terik4t, aku rasa nak marah. Aku tak sempat nak training tidur anak aku sebab aku nak kejar buat kerja rumah, masak dan aku juga kurang kesabaran nak training anak aku.

Aku meluahkan dengan harapan suami aku sama – sama cari penyelesaian. Tapi hampa. Lagi sekali aku kecewa. Kejujuran kewangan. Aku bukan nak sangat duit suami, tapi aku nakkan kejujuran. Sejujurnya, selama aku berkahwin, aku tak pernah tau secara details gaji suami aku.

Aku hanya tau anggaran gaji sahaja. Dan bila gaji pun aku tak tau. Suami aku boleh bilang dengan jari dia bagitau bila gaji dah masuk. Hahaha. Masa sebelum kahwin, suami aku pernah eksiden patah tangan. Dapat pamp4san 17k sebab eksiden masa nak pergi kerja.

Dia siap janji lagi kalau dapat duit pamp4san tu nak bawak aku pergi umrah. Tapi sadisnya macam biasalah, aku pernah tanya mcm mana urusan pamp4san tu (masa ni dah kawin) dia boleh jawab belum setel lagi, socso buat keje lambat.

Padahal rupenye dia dah dapat dah duit pamp4san tu awal lagi. Aku je yang taktau. B0dohnya aku. Hahahah. Aku cuma tau lepas setahun lebih kahwin, tu pun sebab aku nak pinjam akaun asb dia, aku nak park duit aku dalam tu. Baru lah terbongkar.

Dia siap pesan lagi jangan bagitau family aku sebab nanti orang ingat dia banyak duit. Hahaha. Aku rasa sump4h dikhi4nati. Aku menangis lepas aku tau tu, sebab aku rasa suami aku tak jujur. Aku boleh bilang guna jari berapa kali aku minta duit dengan dia, tapi dia buat macam tu seolah aku ni nak kikis duit dia.

Aku kecewa sebab aku tak pernah berkira dengan suami aku. Aku nak melancong aku yang keluarkan duit sebab aku tau tu bukan nafkah, tu cuma kemahuan aku. Tapi aku tak sangka suami aku ada duit pun boleh pura – pura macam sengkek.

Selama aku bekerja, duit minyak, duit kereta, roadtax semua aku setel sendiri sebab aku taknak susahkan dia. Tapi bila aku dah tak kerja baru la berbunyi juga dia habis duit nak isi minyak kereta. Sejauh mana kefahaman agama dan aplikasi agama dalam kehidupan seharian

Yang ni paling penting. Sebab kefahaman agama ni untuk kehidupan seharian. Kalau takda titik beratkan ilmu agama, banyak benda h4ncur. Aku dapat rasa perubahan pada diri aku bila aku mula join kelas agama online. Aku ada group kelas berbayar. Kelas tadabbur.

Aku jual gelang aku sebab aku perIukan duit sendiri untuk keperluan aku. Aku rasa alone, aku rasa tak kuat. Aku perIukan somebody yang boleh nasihatkan aku dengan ayat – ayat Al-Quran. Aku perIukan pasangan yang boleh bimbing aku, yang boleh bincang isu berat – berat, yang ambil serius dengan ilmu.

Aku tak expect untuk dapat suami yang pandai segala benda, sebab kalau tak, baik aku kawin dengan ustaz je. Tapi aku berharap macam miz nina dan noh hujan yang sama – sama berubah dan belajar menjadi insan yang lebih baik.

Aku nak ada perubahan dalam hidup. Aku jadi jem bila benda yang melibatkan tugas dua pihak, tapi jadi sebelah pihak je yang berkuat. Tambah lagi biasanya para suami bukan boleh nak dengar pendapat isteri. Biasanya lelaki ni ada eg0 yang bila isteri cuba ajar dia akan rasa terc4bar.

Kadang – kadang aku rasa penat, give up. Aku kadang – kadang tersungkur sebabkan em0si aku, sungguh aku perIukan pembimbing. – Cengkih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noryati Salleh : Teruskn mencari ilmu agama dan Amalkan, istiqomah dalam brdoa. One more thing untuk duit raya tu selagi dia tak berubah peruntukan duit raye untuk keluarga kamu jer, abaikan untuk keluarga suami. Solat dan brdoa sesungguh hati.

Berdoa jugak untuk diri sendiri supaya dilembutkan hati, tapi cekal dengan segala ujian. SSETENGAH KEBAHAGIAAN TIDAK DATANG DALAM SEKELIP MATA, kene berusaha. Kalau boleh cari income sendiri, tapi perbelanjaan yang wajib dari suami jangan bertolak ansur, tuntut hak isteri tapi dengan brhemah, sebab lelaki ni eg0 dia tinggi, tak ape mengalah untuk menang.

Yaya Hashim : Kalau anak dah besar sikit kerjalah. Tolong kedekut dengan suami jenis macam ni. Kesian mak bapak yang tiada anak lelaki kalau fikiran macam suami tt, takde lah saguhati dari anak – anak. Semoga tt terus bersabar, berdoa dan banyakkan zikir untuk lembutkan hati suami. Big hug for you.

Imran Akasyah : Perempuan ni, nak masuk mana mana pintu syurga mudah. Pertama, taatkan Allah. Kedua, taatkan Rasulullah. Ketiga, taatkan suami. Syurga tu untuk diraih, bermakna ianya bukan mudah. Selagi mana suami puan tak suruh buat benda mungkar, suami puan tak ced3rakan puan, suami puan sediakan rumah, makan, dan keperluan. Cuba belajar untuk bersyukur. Tapi bersyukur pun bukan mudah. Tak semudah bersabar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.