Status Rita dalam hidup aku, kekasih gelap. Banyak benda aku buat demi Rita, sanggup tukar phone guna iphone sebab nak sama dengan Rita, nak facetime dengan dia. Sanggup beli iwatch sebab taknak terlepas whatsapp Rita. Tiba – tiba ada sesuatu berlaku antara aku dan isteri, aku sedar aku harus buat keputusan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Zhaf. Umur awal 40-an, sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Aku cuma nak berkongsi kisah hidup aku sebagai seorang lelaki yang nyaris terper4ngkap dalam dunia poIigami 5 tahun yang lepas.
Aku berkenalan dengan Rita di universiti, kami sama – sama sambung pengajian di peringkat Sarjana. Jarak umur kami lebih 10 tahun. Aku dah bekerja sebagai seorang professional manakala Rita baru tamat pengajian di peringkat sarjana muda dan mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.
Pada awalnya, aku tak punyai apa – apa perasaan terhadap Rita. Tapi harus aku akui, dia cantik. Manis orangnya. Dan dia agak pendiam, pemalu. Aku ingat lagi kali pertama kami duduk bersebeIahan, Rita hanya terkaku diam.
Ternyata dia tak biasa duduk rapat dengan lelaki walaupun hanya bersebeIahan dan ada jarak antara kami. Awalnya kami tak pernah berbual, tak pernah berhubungan langsung. Cuma bila berselisih aku akan tegur “hai” sekadar beramah mesra dan baIasannya juga pendek.
Aku tak pernah menganggap Rita lebih dari seorang kenalan sekuliah. Bukan rakan. Bukan teman apatah lagi sahabat. Segalanya berubah ketika di semester kedua. Kami diletakkan dalam kumpulan assignment yang sama. Itu lah kali pertama aku berhubungan dengan Rita – walaupun cuma dalam group whatsapp yang ada 2 orang lagi rakan sekelas.
Aku tak ingat bagaimana kami tiba – tiba menjadi rapat. Yang aku tahu, kami punyai chemistry. Sesuatu yang baru bagi aku. Bermula dari whatsapp group beralih ke whatsapp personal. Bermula dengan berbincang hal – hal kuliah kepada hal yang lebih peribadi.
Aku senang berbual dengan Rita. Sangat senang. Seolah-olah aku dah jumpa dengan seorang teman berbual yang dah lama aku cari. Don’t get me wrong. Bukannya aku dengan isteri tak pernah berbual cuma topik kami selalunya tak selari.
Respond isteri kepada cerita – cerita aku biasanya cuma “ooh” dan “aah”. Takpun “yeke?” Tu je. Aku suka berbual tentang isu semasa, isu politik, ekonomi dan sebagainya. Mungkin benda tu bosan untuk isteri aku. Tapi bukan untuk Rita.
Ternyata dia memang suka berbual isu – isu macam tu jadi bila aku berbual dengan dia, aku dapat satu response yang memberangsangkan dan perbualan kami berlanjutan. Tapi Rita masih lagi seorang gadis yang pemalu, dekat whatsapp je dia borak panjang – panjang.
Depan – depan dia diam, jawab sepatah – sepatah. Dia cuma berbual panjang dengan kawan – kawan perempuan. Kalau dengan lelaki memang dia awkward. Jadi masa tu aku tak fikir apa pun. Tapi ternyata sebenarnya Rita dah jatuh hati dengan aku.
Jadi dia extra pemalu depan aku. Dan jujur aku katakan, aku dah mula jatuh hati pada Rita. Cuma sebelum tu aku nafikan perasaan tu. Aku anggap aku cuma selesa berbual dengan dia sebagai seorang kawan. Sem4kin lama kami sem4kin rapat.
Aku mula tahu tentang family Rita, dia juga mula tahu tentang family aku. Dari bercerita tentang isu semasa, Rita mula jadi tempat aku meluah perasaan, str3ss di tempat kerja aku ceritakan pada Rita. Str3ss di rumah pun aku ceritakan dengan Rita.
Sampai hal g4duh dengan isteri pun aku cerita pada Rita. She was a good listener dan aku rasa lega bila dapat meluah. Bukan aku tak ada kawan lelaki tapi response tu berbeza. Lelaki kebanyakannya bukanlah pendengar yang baik.
Kalau aku cerita, respond diorang sama je “relax je lah bro.” Cerita aku tak habis lagi ni tapi dah disuruh diam secara halus. So faham je lah, diorang tak minat nak dengar. Walaupun Rita suka pada aku, tapi dia tak pernah cuba siram minyak bila aku meluahkan rasa marah atau beng4ng dengan isteri aku.
Kadang – kadang dia pula yang menangkan isteri aku. Lama – lama dari suka aku dah mula jatuh sayang. Rita ni nampak independent tapi agak helpless. Cuma dia suka act strong, act macam dia boleh buat semua benda. Naluri lelaki mana boleh tengok perempuan tengah susahkan.
Jadi aku pun sentiasa cuba nak tolong Rita walaupun dia tak minta. Mula – mula aku tak anggap apa – apa pun dengan pertolongan tu tapi bila difikirkan semula, aku tolong memang sebab aku sayangkan dia. Satu hari tu, dengan beraninya aku tanya Rita dia sudi tak kahwin dengan aku.
Rita hanya ketawa. Dia anggap aku bergurau. Bila aku cakap aku serius Rita bagi kata putvs yang dia tak nak bermadu. Aku terus diam. Terasa hati. Berbulan – bulan aku ignore whatsapp dia. Tapi bila hati aku dah tenang, aku teruskan berbaIas whatsapp dengan dia.
Hakik4tnya aku rindu. Rindu sangat dengan dia. Sejak daripada tu, beberapa kali aku hint dekat dia tentang niat aku nak jadikan dia isteri kedua. Tapi Rita tetap bertegas yang dia taknak bermadu. Sekali lagi aku tegaskan, aku takkan mampu tinggalkan isteri aku sebab anak – anak.
Str3ss macam mana pun aku dengan rumah tangga aku, aku akan pert4hankan demi anak – anak. Perkataan cerai memang takkan ada dalam kamus hidup aku. Dan baIas Rita, “stay je dengan isteri you. Sibuk nak cari lain kenapa?”
Aku diam. Aku jadi keliru. Marah pun ada. Dia mengaku dia suka dan sayangkan aku tapi kenapa dia tak nak kahwin dengan aku? Walau macam mana pun kami m4kin rapat. Selain whatsapp, kami juga ada berhubungan melalui telefon.
Dan aku video call dia hampir setiap malam untuk berbual. Tapi jangan fikir bukan – bukan. Perbualan kami clean. Rita bukan jenis perempuan yang “nakal”. Banyak benda aku buat demi Rita, sanggup tukar phone guna iphone sebab nak sama dengan Rita dan nak facetime dengan Rita.
Sanggup beli iwatch sebab taknak terlepas whatsapp Rita. Sanggup tak tido malam sebab nak call Rita. Macam – macam lah lagi mengalahkan orang muda bercinta (tapi masa tu aku baru 34 kira muda lah kan). Status Rita dalam hidup aku, kekasih gelap.
Memang aku anggap dia sebagai girlfriend aku walaupun kami tak pernah keluar dating. Aku pernah jumpa Rita luar kuliah dan dia memang nervous betul berdua dengan aku jadi aku decide untuk tak ajak dia keluar berdua untuk berjumpa. Cukuplah di telefon.
Dan sebabkan aku rindu nak tengok wajah dia, aku video call. Setakat itu je. Korang dah benci kat aku ke belum ni? Haha. Relationship maya kami berterusan hingga hampir 4 tahun. Rasa sayang dan cinta aku pada dia m4kin mendalam.
Apa yang Rita rasa? Aku pun tak pasti. Cuma ketika di hujung – hujung “perhubungan” kami, aku dapat tahu ada seorang lelaki yang nak berkenalan dengan Rita. Rita ceritakan pada aku tentang lelaki tu yang sungguh – sungguh nak berteman dengan dia.
Aku layan cerita Rita macam tak ada apa -apa sedangkan hati aku dah meluap – luap marah. Tapi… apa hak aku nak marah? Dia bukan milik aku. Lama – kelamaan aku mula makan hati. Walaupun Rita masih melayan aku macam biasa, dalam hati aku dah mula berbaur.
Rita masih menolak untuk jadi isteri kedua dalam masa yang sama ada lelaki lain yang tengah kejar dia. Aku jadi frust. Sangat frust. Perlahan – lahan aku mula kurangkan berhubungan dengan Rita. Dia perasan dan dia pernah tanya.
Tapi dia tak pernah p4ksa aku untuk terus berteman dengan dia. Walaupun aku rindu sangat dengan Rita, aku pendam. Sejujurnya aku tak tahu sama ada perasaan sayang Rita pada aku tu sayang sebagai seorang kawan ataupun sayang sepertimana aku sayang dia?
Kadang – kadang cemburu macam kekasih tapi bila ajak kahwin kena reject. Dan kalau aku luahkan rasa cemburu terhadap lelaki tu, Rita hanya ketawakan aku. Dia anggap aku main – main. Seolah – olah dia tak percaya aku ni cinta dan sayangkan dia.
Lama – kelamaan kami sem4kin renggang. Sangat pedih. Tapi aku tahu perhubungan kami takkan sampai ke mana. Dan pada masa yang sama, ada sesuatu berlaku antara aku dan isteri dan aku sedar aku harus buat keputvsan.
Memandangkan Rita pun tak mahu jadi isteri aku, aku buat keputvsan untuk pulihkan rumah tangga aku. Aku kembali kepada isteri aku. Walaupun isteri aku tak pernah cakap apa – apa tapi aku rasa dia tahu aku ada teman lain.
Aku tahu dia tentu sedih, tentu kecewa. Tak lama lepas tu, aku terus berhenti berhubungan dengan Rita dan Rita pun tak pernah hubungi aku lagi seolah – olah dia faham apa yang berlaku. That’s the thing about Rita dengan aku.
Kami macam ada satu instinct yang sama walaupun tak jumpa depan mata. Aku tak perlu bagitahu dia yang aku sibuk dan dia tetap akan tahu. Bila aku s4kit pun dia tahu aku tengah s4kit sedangkan aku tak bagitau dia apa – apa.
Jadi bila aku diam secara tiba – tiba, aku rasa Rita pun faham dan terus berhenti hubungi aku. Dah 2 tahun sejak kali terakhir kami berhubung. Tapi aku tak pernah lupakan Rita sampai hari ini. Aku masih rindu tapi rindu pada memori kami bersama. Memori alam maya.
Hubungan aku dengan isteri pun m4kin pulih. Anak – anak m4kin besar. Dan aku pun sem4kin tua, sem4kin matang barang kali. Bila aku str3ss, aku mengadu kepada Allah. Itu lah jalan terbaik. Bohonglah kalau aku kata aku dah lupakan Rita.
Cuma aku mengajar diri aku untuk tak terlalu memikirkan dia. Aku tak tahu apa khabar Rita sekarang, cuma aku harap dia peroleh kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup dia. Episod aku dan Rita merupakan ujian terbesar dalam rumah tangga aku setakat ni.
Tapi alhamdulillah, aku berjaya melepasinya. Aku hampir tersasar tapi Allah kuatkan hati aku untuk bertahan, kuatkan jodoh aku dengan isteri untuk kekal bersama. Aku bersyukur, ujian yang Allah hadirkan kepada aku adalah seorang perempuan yang tahu tempatnya.
Tak melebih – lebih dalam menyatakan rasa sayang dia kepada aku. Andai kata Rita setuju bermadu, setuju menikahi aku, mungkin jalan cerita aku akan berbeza. Ramai lelaki yang bila diuji rasa cinta selepas berkahwin akan terIanjur, ada yang nekad bernikah, berpoIigami, malah bercerai dengan isteri.
Tapi aku bersyukur aku tak perlu menghadapi semua itu. Cuma rasa kecewa dan patah hati yang aku simpan kemas dalam jiwa. Tak pernah aku beritahu sesiapa. Cukuplah aku dan Allah sahaja yang tahu. Aku juga bersyukur dikurniakan isteri yang penyabar.
Memang dia tak sempurna tapi begitu juga aku. Kami berdua berusaha untuk perbaiki diri agar rumah tangga kami kekal bahagia. Kalau kalian rasa aku berkawan dengan lelaki – lelaki yang memang berimej tak baik, maaf aku terp4ksa beritahu.
Kawan – kawan lelaki aku semuanya berimej lelaki setia. Ada yang bawa isteri honeymoon every year kat luar negara bawa isteri makan dekat restoran Plane in the City untuk anniversary yang sentiasa up kebaikan isteri dekat media sos**l pun ada ambil cuti 3 bulan tanpa gaji teman isteri berpantang kat rumah. Banyak lagi contoh – contoh kebaikan mereka.
Tapi… Lelaki – lelaki ni semuanya ada kekasih gelap dan seorang tu dah selamat menikah di sempadan tahun lepas tapi isteri tak tahu sampai sekarang. Yang lain tak bernikah, tapi ada yang dah hidup macam suami isteri.
Masing – masing pandai makan dan pandai simpan. Isteri syak wasangka tapi kawan – kawan saling backup. Jadi isteri mereka hidup dalam fantasi yang suami mereka setia, tak curang. Bukan semua lelaki macamni tapi tengok – tengoklah suami anda.
Bukan niat aku untuk takut – takutkan kalian, tapi ini realiti. Bukan drama pukuI 7. Sebab tu aku kata, lelaki jatuh cinta lagi adalah normal dan biasa berlaku. Dengan iman senipis bawang, hanya tindakan dia yang selanjutnya sahaja yang dapat membezakan jalan cerita dia di kemudian hari.
Aku tak kata aku baik, cuma aku bertuah sebab Rita tak pernah expect apa – apa daripada aku, tak pernah melebih, tak pernah ajak dating ke apa semua. Kalau tak, mungkin aku pun hanyut sama. Jatuh suka, berkenan, jatuh cinta dengan perempuan lain walaupun dah berkahwin memang banyak berlaku dalam kalangan lelaki.
Mungkin itu antara salah satu sebab poIigami dihalalkan. Supaya rasa suka, berkenan, cinta ni tak berakhir ke arah maksi4t. Allah maha mengetahui macam mana per4ngai makhluk – makhluk ciptaan Dia ni. “Kalau sayang, kenapa jatuh cinta lagi?”
Entah. Aku rasa lelaki memang boleh sayang lebih daripada seorang perempuan dalam masa yang sama dan kasih sayang tu tak kurang, tak lebih. Aku tahu kalian benci dengan statement aku tapi ini apa yang aku rasa, jujur ikhlas dari hati.
Aku tak minta kalian faham pun, aku cuma nak beritahu. Dan ada juga yang kata aku banyak masa terluang dan tak tolong buat kerja rumah sebabtu boleh whatsapp boleh facetime dengan perempuan lain. Memang agak banyak masa sebab aku dah sediakan bibik jadi kerja rumah totally bibik buat.
Isteri aku bekerja jadi aku taknak susahkan dia dengan kerja rumah. Masak pun tak. Kami take turn bungkus makanan kat luar. Isteri aku memang tak minat masak dan aku pun tak p4ksa. Lagipun kedai banyak. Beli je lah.
Aku takde masalah tentang hal ni walaupun ada kawan – kawan yang merungut isteri tak masak, tak kemas rumah dan sebagainya. Pada aku, isteri aku sudi lahirkan zuriat keturunan untuk aku dah cukup. Dari awal perkahwinan lagi aku tak expect benda – benda macam tu dari seorang isteri sebab kami berdua berkongsi per4ngai yang sama part kerja rumah ni.
Baik aku, baik isteri kami dua – dua tak suka buat kerja rumah. Yang peliknya anak sulung aku suka. Dia selalu tolong bibik lipat baju, gosok baju sekolah sendiri. Takde siapa suruh tapi aku dengan isteri biarkan je. Eloklah kalau suka.
Dan lagi isteri aku seorang wanita yang tough dan independent juga. Bukan jenis nak manja – manja, nak menghadap aku 24 jam. Dulu masa bercinta lain lah. Dah kahwin ni takde lah dia nak buat macamtu lagi. Dia suka buat hal sendiri – tengok drama.
Masa dia tengok drama memang aku ni invisible. Tu “me time” dia jadi aku tak kacau. Aku pula jenis tak main game jadi aku takde alone time macam tu. Mungkin sebab tu bila aku jumpa Rita aku jadi macam budak – budak dapat mainan baru. Ralit.
Dan isteri pun dah biasa aku takde dengan dia jadi dia tak fikir sangat. Anak – anak selalunya main sesama sendiri. Kalau aku atau isteri join kami kena halau sebab tak mengikut piawaian cerita yang mereka tengah main.
“Daddy dah tua mana boleh jadi prince charming”. Mak dia pula tak boleh join sebab asyik nak bagi nasihat. Member dah susun storyline tiba – tiba mak dia datang bagitau tak boleh macam tu macam ni. Sudahnya mak dengan bapak dua – dua kena duduk depan tengok berita.
Iklan: Ni exactly ayat anak nombor dua aku. Anak nombor dua ni kenapa selalu keluar statement luar kotak eh? Kalau hari biasa, anak yang sulung dah sekolah jadi malam pergi tuisyen. Anak kedua pergi mengaji. Anak ketiga pukuI 8 dah tidur.
Alhamdulillah aku memang dikurniakan anak – anak yang serba mendengar kata dan tak buas. Jadi memang tak banyak benda aku dengan isteri kena uruskan. Kalau diorang main sepah – sepah pun bibik yang akan kemas. Rezeki aku dapat bibik yang efficient.
See? Aku memang banyak masa. Nak berborak pun isteri tak layan. Jadi sebab tu aku boleh layan whatsapp, facetime dengan Rita. Kami facetime kejap je. Kadang – kadang sambil aku tunggu lauk kat kedai aku facetime lah dia.
Aku selalu kena outstation jadi time outstation lama lah sikit. Fikir – fikir balik memang aku je yang facetime dia. Dia tak pernah facetime aku. Mungkin betul aku je yang perasan. Apa – apa pun aku dah dapat pengajaran. Ujian aku dah lepas tak tahu lah apa lagi ujian lepas ni.
Tapi alhamdulillah setakat ni rumah tangga aku aman. Dan ada betulnya bila kita jaga rumah tangga, rahmat dan rezeki tu melimpah. Aku tak pernah susahkan isteri dengan kerja rumah jadi rezeki aku murah. Walaupun hire bibik segala, tetap ada duit lebih setiap bulan.
Sebab tu agaknya aku rasa aku mampu poIigami. Hakik4tnya sepanjang aku berhubung dengan Rita memang ada je benda jadi. Mungkin sebab aku tak bahagiakan isteri walaupun isteri aku kata takde beza pun masa tu. Dia memang ada syak aku ada perempuan lain tapi sebab aku sentiasa ada kat rumah dia tak fikir sangat.
Dan bila outstation pun, aku sentiasa dengan bos aku jadi dia tahu aku tak melencong ke mana – mana. Dia kenal rapat dengan bos aku dan bos aku pun suka inform kat dia aku ada kat mana apasal entah. Lepas habis episod aku dengan Rita, kami dapat rezeki baru – dengan mudahnya loan lulus dapat beli rumah baru dengan joint loan.
Rumah ketiga untuk aku, rumah pertama untuk isteri. Anak ada tiga kan jadi cari lah rumah tiga biji untuk setiap seorang. Rumah pertama aku dah habis bayar jadi aku terus tukar hakmilik letak nama isteri. Duit sewa rumah tu pun aku serahkan pada isteri untuk collect every month.
Andai kata aku diuji lagi dan kalah sekurang – kurangnya isteri aku tak merempat. Takde siapa minta diuji tapi kita semua tak tahu apa akan jadi masa depan kan? Lepas 3 bulan aku stop contact Rita, aku terus naik pangkat. 4 tahun aku kerja dalam pangkat yang sama, hilang je Rita dari hidup aku terus naik pangkat. Lain macam rezeki yang Allah bagi.
Dalam tempoh 4 tahun aku berskandal (ataupun berperasan sendiri) tu, isteri aku yang naik pangkat. Allah tak tidur. Allah bagi sesuatu atas kesabaran dia. Dia tak pernah nak ser4ng aku, check telefon aku, soal siasat aku walaupun dia ada prasangka.
Tak tahu lah kenapa. Tapi ternyata Allah menilai setiap perbuatan dia dan bagi ganjaran. Sebab tu aku tak marah bila kalian kecam aku. Sebab semua yang berlaku ada hikmah. Ujian yang Allah datangkan pada aku disusuli hikmah yang berlipat ganda. Ujian kalian tak tahu lagi macam mana.
Jadi, kalian boleh ambil cerita aku sebagai iktibar. Setiap yang Allah takdirkan untuk berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan pernah buruk sangka dengan Allah. Kepada para suami ambil kisah aku sebagai iktibar.
Buruknya isteri kita adalah cerminan kepada kegagalan kita membentuk dia. Jangan cepat cari lain. Yang baru belum tentu yang terbaik. Kenang kembali janji – janji saat bernikah dulu. Tataplah wajah anak – anak untuk tetapkan hati kita.
Perkahwinan bukan satu pengakhiran tapi satu permulaan. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Umpama ombak besar yang menghempas bahtera perkahwinan. Suami sebagai nakhoda seharusnya buat keputusan bijak.
Untuk para isteri jangan cepat melatah. Jujur aku katakan – lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan lain selepas berkahwin adalah RAMAI DAN NORMAL. Apa yang membezakan adalah tindakan dia – sama ada dia teruskan perhubungan atau m4tikan rasa cinta tu. Takde siapa minta jadi macamtu.
Tatkala kami salam akad nikah, niat kami dah tekad untuk membahagiakanmu wahai para isteri. Rasa cinta yang hadir untuk perempuan lain adalah ujian ke atas kami. Jangan cepat mengalah. Kami lelaki bukan manusia sempurna. Mudah kalah pada nafsu.
Genggamlah tangan kami dan pimpin kami untuk menjauhi perkara – perkara sebegitu. Tolong ingatkan kami tanggungjawab kami terhadapmu dan anak – anak. Untuk isteriku terima kasih kerana menjadi seorang wanita yang sangat kuat, sangat hebat.
Terima kasih kerana memahami memaafi dan menerima kekurangan diri ini. Untuk Rita terima kasih kerana hadir dalam hidupku sebagai satu pengajaran yang sangat hebat. Semoga kau bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang mampu mencintai dan menyayangimu lebih daripada aku. Terima kasih semua. Aku doakan kalian semua bahagia dengan pasangan masing – masing. Doakan aku dan isteri juga ya. Sekian. – Zhaf (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.