Awek aku cantik, bergaya wangi. Satu hari kawan rumah dia mengadu yang awek aku pengotor. Aku intip senyap – senyap

Awek aku balik kampung, aku pergi mengendap dekat tingkap. PukuI 1.40 petang awek aku masih tak bangun tidur. Aku terus pergi rumah sewa dia. Kawan serumah dia akhirnya tunjuk bilik awek aku. Mengucap aku tengok, lalat berterbangan..

#Foto sekadar hiasan. Hai salam. aku lelaki. Aku ade pengalaman kenal dengan seeorang wanta (bekas awek) yang cantik pade mata aku dan cantik pade mata semua orang tetapi tersangat lah pemalas dan pengotor! Sama kisahnya macam that’s girl yang awek tu cerita.

Selepas setahun awek aku duduk di rumah sewa tu, salah seorang kawan satu rumah dia jumpa aku face to face sebab aku selalu jemput awek aku tu depan rumah. Waktu awek aku tengah bersiap waktu tu la dia datang jumpa aku dekat luar rumah.

Dia mengata kan awek aku ni pengotor. Dia suruh aku tegur sikap awek aku supaya berubah dan kalau tak, dalam masa sebulan harus keluar dari rumah tu. Aku kurang percaya sebab aku tengok awek aku perfect cantik wangi dan bergaya.

Tapi dalam hati rase nak selidik sendiri betul ke ape yang diceritakan oleh kawan satu rumah awek aku tu. Dan ternyata memang betul, dia sangatlah pemalas dan pengotor! Aku saje je datang meng3jut pergi rumah mak dia yang waktu tu memang dia ade di kampung.

Aku sampai tengahari jam 1.40 macam tu dan dia masih lagi tidur. Ibu ayah dia pergi kenduri kahwin waktu tu. Aku mengintai di tingkap dapur dalam singki penuh dengan pinggan – pinggan yang tak bercuci. Baju – baju bersepah dekat dapur yang masih tak bercuci.

Aku ketuk pintu lepas tu awek aku terus bangun aku nampak dari tingkap ruang tamu dia kelam kabut kutip cawan yang penuh atas meja, depan tv. Waktu tu lah baru dia nak sapu nak mop lantai nak kemas rumah. Belum masuk dalam rumah lagi dah bau n4jis kucing semerbak satu rumah bak h4ng.

Dekat 1 jam juge lah aku tunggu depan rumah, tanpa beritahu dia aku pun terus blah. Lepas blah dari kampung dia tu aku terus ke rumah sewa dia jumpa kawan dia yang jumpa aku itu hari. Ada 2 orang waktu tu diorang tunggu dekat luar rumah lepas tu suruh aku masuk rumah tengok depan mata aku sendiri macam mana awek aku tinggalkan rumah sewa sebelum dia balik kampung.

Mengucap panjang aku tengok. Belum sampai ke dapur lagi dah banyak lalat – lalat terbang dekat dapur. Pinggan piring mangkuk penuh dalam singki, kuali yang dia lepas masak masih ade dalam singki, ada 3 biji cawan di atas meja makan, lepas minum air milo tak bercuci dah basi air milo dalam tu, baju – baju kotor dia longgokkan tepi washing machine, bersepah bau masam semua ade lah.

Barang – barang masak dia tak bertutup macam sos cili kicap tak bertutup semut pun masuk dalam tu, cili giling dalam paket tak bertutup. Selama ni barang – barang ni ke yang dia guna masak kan untuk aku? Kadang – kadang dia bagi kat aku nasi goreng yang dia masak. Sedih sebab dia tak jaga kebersihan, geli pun ade.

Aku nak dia berjimat nak suruh dia masak dekat rumah bawak bekal pergi kerja. Aku belikan barang – barang masak dia, aku beli rak untuk dia susun barang – barang masak dia. Bila aku datang tengok waktu tu rak tu tak sampai sebulan lagi aku beli tapi dah kotor sebabkan lelehan dari sos – sos cili kicap yang tumpah dia tak lap. Semut – semut banyak dah area situ. Dia jarang masak.

Aku sanggup bangun awal sebab nak k3jut dia tidur sebab nak dia masak bawa bekal pergi kerja tapi bila aku call dia cakap dia malas nak masak tak larat. Tapi sekali masak macam berper4ng dekat dapur semua tertumpah – tumpah lalat semut semua masuk dalam botol. Membazir semua yang aku beli.

Dalam toilet ade tuala wanita bergulung tapi belum di cuci dia letak je atas flush tandas dia tak buang. Mengucap aku tengok. Kawan – kawan satu rumah dia cakap tu semua dia yang punya dah biase dah memang diorang yang kene buang kan. Allah.. apa salah aku dapat awek macam ni.

Lepas tu sebelum dia balik kampung tu, ada kawan satu rumah dia tu inform aku mengatakan ada baju – baju dia hilang. Waktu dia di kampung tu, kawan dia tu minta maaf pada aku sebab buka pintu bilik sewa awek aku tanpa izin dia.

Lepas tu kawan dia tu tunjuk gambar bilik awek aku ni yang memang betul lah ada baju – baju dia yang hilang tu dalam bilik awek aku. Yang aku lagi terk3jut aku tengok bilik dia nauzubillah dah macam stor penyimpanan sampah dalam bilik dia.

Tisu yang dia lap hingus dia aku rasa sebab dia memang kerap selesema berselerak dalam bilik dia. Cawan berbiji – biji dalam bilik tak basuh, stokin yang dah pakai kotor hitam – hitam berselerak dalam bilik, seluar dalam baju dalam dia aku tak pasti lah dia dah pakai ke belum pun same juga lah berselerak dalam bilik dia. Aku tengok pun dah rasa nak pitam.

Macam mane bila dah kahwin dengan aku nanti kalau macam gini gayanya. Mau berg4duh hari – hari sebab kan pemalas macam gini. Takkan semua kerja nak kena tegur baru nak buat. Belum masuk bab memasak lagi, sampai expired semua barang – barang yang aku beli kan dia tak guna.

Yang dia tahu nak makan mewah – mewah dekat tempat kerja. Bila aku tak bagi duit dia cakap aku berkira dengan dia. Bila aku tanya kawan – kawan satu rumah dia, semua cakap memang dah lama sikap dia macam tu dari dia duduk awal – awal lagi.

Maksudnya dah setahun la tak berubah – ubah walaupun kawan – kawan semua dah tegur tapi sekali menjadi – jadi macam c4bar kesabaran orang. Aku tak ambil gambar – gambar yang kawan dia bagi aku tengok tu. Aku cuma nasihat dia dari yang masa dia duduk kampung itu hari yang dia bangun lewat dan dia tak tolong mak dia kemas rumah.

Aku nasihat kat dia, tak kisah lelaki atau perempuan tak elok kalau jadi pemlaas. Bangun awal siapkan kerja semua baru boleh tidur balik, lepas makan lepas minum cuci terus, jangan simpan nanti dah banyak jadi malas nak cuci tapi dia melenting bila aku nasihat.

Dia cakap kalau sayang dia kena terima lah sikap dia, dah memang dari dulu macam gitu katanya. Dah kahwin nanti upah lah bibik, suruh lah bibik yang buat. Dia penat kerja, ade lah masa – masa nak rehat. Dia cakap macam gitu dekat aku.

Aku cakap balik dekat dia yang orang lain pun bekerja juga tapi takdela sampai tak buat kerja rumah langsung. Sementara tengah tak kahwin lagi ni baju – baju sendri, barang – barang sendri pun dah bersepah kat dapur, bau masam, macam – macam bau ada macam mane dah kahwin nanti.

Dia cakap dekat aku kalau dah nampak bersepah tak cuci lagi dia nak aku (suami), yang tolong basuh kan. Aku rase kalau dia tak berubah memang aku sorang lah yang buat nanti jawabnya. Dalam kereta aku, kasut – kasut dia, dia sumbat dalam kereta aku.

Penuh pasir dia tak ketuk dulu sebelum nak simpan. Bila aku yang ketuk – ketukkan dia cakap aku cerewet. Lepas makan apa – apa dalam kereta dia biarkan plastik, tisu – tisu dalam kereta, makan bersepah dalam kereta. Bila aku tegur dia melenting, dia selalu cakap aku cerewet.

Aku bukan cerewet tapi penat lah dia yang buat aku yang kena kemas. Bukan sekali dua tapi berpuluh kali. Paling aku tak suka per4ngai dia bila time dia try kasut kat mall, balik mall mesti berg4duh. Satu – satu kasut dia ambil, dia try tapi lepas try, dia biar semua atas lantai tak susun balik.

Bila aku tegur, dia melenting. Lepas tu dia cakap kalau dah nampak susunkanlah. Dia suruh aku susun. Dari situ pun boleh tau dah per4ngai dia. Lepas tu menyuruh orang macam orang suruhan dia. Bila kawan – kawan serumah tegur dia suruh dia basuh balik pinggan – pinggan dia dalam singki tu tau lak dia beng4ng.

Dia pernah cerita kat aku yang kawan – kawan satu rumah dia over nak suruh – suruh dia kemas dapur konon – konon macam dia dibuIi sekarang baru aku faham siapa yang salah siapa yang betul. Lepas berapa bulan yang aku dah tau per4ngai sebenar dia aku slow talk dengan dia, aku nak dia berubah.

Kalau dah kahwin memang kerja rumah kena sama – sama buat, sama – sama tolong tapi aku nampak pemalas dan pengotor dia tu dah jadi tabiat dia. Tak boleh terima teguran. Dia pernah cakap dekat aku yang ramai lagi nak kan dia sebab dia cantik dia cakap. Ya, memang cantik untuk orang yang belum kenal dia.

Lepas tu aku terus minta putus dengan dia sebabkan berlagak sombong dan tak dapat terima teguran orang. Dia cakap dia ada rupa. Eleh.. aku pun ade rupa. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia jauh beza. Dia apa pun takde tapi sombong dia tu tak boleh bawa bincang.

Dia pergi kerja aku bagi dia pakai kereta aku. Aku ada 3 kereta dia minta tukar – tukar kereta nak bawak pergi kerja, aku bagi. Aku mewahkan dia, apa yang dia nak aku turutkan semuanya. Sewa bilik dia, makan minum dia, semua aku yang bayar kan.

Duit dia satu sen pun aku tak pernah pakai. Aku tak minta lebih dari dia aku cuma nak dia ubah sikap pemalas dia tu dan terima teguran orang jangan cepat melenting. tapi dia tak dapat terima. Dia cakap kalau aku tinggalkan dia ada lagi orang nak kan dia.

Dia hanya harapkan kecantikan dia tu je yang dia boleh dapat segala – galanya tapi sikap pemalas dan pengotor dia tolak ke tepi. Dia anggap semua tu benda kecik bagi dia tapi besar bagi aku sebab aku orang yang jaga kebersihan.

Ingat perempuan atau lelaki dekat luar sana, tolonglah jaga kebersihan. Cantik macam mana pun kalau tak jaga kebersihan tetap akan ditinggalkan. Kalau ada yang nak pun rasanya dia pun per4ngai macam tu juga kot. Kalau per4ngai sama – sama macam tu lagi bahagia. Kau civm stokin aku, aku civm stokin kau, baru serasi. sekian