Aku tak berduit. Aku kutip syiling yang aku jumpa dalam mesin basuh buat beli bedak, alat solek. Aku nak cantik depan suami tapi dia tetap curang

Sebelum suami balik kerja aku akan mandi awal – awal, pakai wangi – wangi, sikat rambut cantik – cantik. Aku fikir bila seorang isteri dah cuba jadi sempurna, suami akan hargai. Rupanya, suami dah plan nak sewa homestay bila aku bersalin nanti. Siap dah bincang posisi tidur..

#Foto sekadar hiasan. Mohon hide Facebook aku ya admin. Aku seorang suri rumah. Sebelum berkahwin dulu aku seorang perempuan yang bekerjaya, ada pendapatan sendiri, ada kereta sendiri dan hidup pun agak selesa. Aku tak pernah menyusahkan sesiapa sebab dari muda aku memang biasa berdikari.

Bila nak apa – apa, aku usaha sendiri. Masa tu aku rasa hidup aku dah cukup stabil dan tenang. Lepas kenal suami, kami bercinta dan akhirnya berkahwin. Suami aku seorang anggota kerajaan. Masa awal kahwin memang aku rasa aku perempuan paling bahagia.

Kami berkahwin atas dasar cinta. Disebabkan sebelum ni kami PJJ selama setahun, aku ambil keputusan berhenti kerja sebab nak ikut dia dan bina hidup sama – sama. Aku fikir peng0rbanan aku ni akan dihargai. Tapi rupanya aku silap besar.

Bila dah duduk sebumbung baru aku tahu keadaan sebenar kewangan suami aku. Banyak hutang yang dia tanggung sampai gaji bersih dia tinggal sekitar RM700 sahaja. Masa tu aku dah tak ada kerja. Aku terdiam lama bila tahu semua tu sebab sebelum kahwin dia langsung tak pernah cerita keadaan sebenar dia. Aku cuba redha. Aku pujuk hati sendiri mungkin ni ujian awal rumah tangga.

Sejak jadi suri rumah, hidup aku berubah sepenuhnya. Setiap pagi aku bangun awal siapkan sarapan, mandikan anak, kemas rumah, basuh baju, sidai kain, lipat kain, masak tengah hari, urus semua benda dalam rumah seorang diri. Dari A sampai Z aku buat sendiri.

Bila suami balik kerja, anak dah mandi, makanan dah siap terhidang, air sejuk dah tersedia atas meja. Walaupun aku tak ada duit sendiri, aku tetap cuba jaga penampilan diri. Aku tak nak suami malu tengok aku selekeh. Kadang – kadang aku kumpul duit syiling dalam mesin basuh semata – mata nak beli bedak atau mekap preloved secara dalam talian.

Sebelum dia balik kerja aku akan mandi awal – awal, pakai wangi – wangi, sikat rambut cantik – cantik. Kalau keluar mana – mana pun aku sanggup berhias walaupun hati sendiri penat. Aku fikir bila seorang isteri dah cuba jadi sempurna, suami akan hargai. Rupanya tidak.

Suami aku seorang yang pendiam. Sebab tu selama ni aku sangka rumah tangga kami tak ada masalah. Sampailah satu hari Allah tunjuk segala – galanya depan mata aku sendiri. Dia curang. Dia berz1na dengan isteri orang masa dia outstation kerja.

Perempuan tu pula hampir sepuluh tahun lebih tua daripada aku. Masa aku tahu semua tu, aku tengah hamil tiga bulan anak kedua. H4ncur luluh hati aku masa baca mesej – mesej Iucah mereka. Aku menggigil pegang telefon. Aku baca satu – satu sambil menangis.

Aku tengok macam mana suami aku melayan perempuan lain dengan penuh nafsu sedangkan aku dekat rumah bersusah payah urus anak dan kandungan kami. Apa yang paling s4kit, perempuan tu tahu suami aku dah berkahwin dan ada anak.

Tapi dia tetap melayan suami aku macam laki sendiri. Dalam telefon tu penuh gambar mereka keluar makan sama – sama, bergurau dalam kereta, siap ada video suami aku nyanyi lagu cinta untuk perempuan tu masa dalam hotel. Ada satu mesej yang sampai sekarang aku tak boleh lupa.

Perempuan tu tanya dekat suami aku, “Isteri awak tak syak apa – apa ke?” Dan suami aku jawab, “Dia b0doh, dia percaya saya sangat.” Selama ni aku pertahankan dia depan keluarga. Aku percaya dia sepenuh hati. Rupanya dalam diam dia hina aku dekat perempuan lain.

Lepas kantoi, suami melutut depan aku sambil menangis. Dia bersumpah atas nama Allah tak akan ulang lagi. Demi anak dan rumah tangga kami, aku maafkan dia walaupun hati aku dah retak teruk. Aku fikir tu kali terakhir dia buat per4ngai.

Masuk kandungan lapan bulan, per4ngai dia makin pelik. Telefon tak pernah lepas dari tangan. Malam – malam dia senyum seorang diri sambil menaip mesej. Kalau aku dekat sebelah, cepat – cepat dia tutup skrin telefon. Aku mula syak ada benda tak kena.

Satu malam dia kata nak keluar beli burger sebab aku mengidam. Hampir dua jam dia tak balik. Bila balik, burger yang aku pesan langsung tak ada. Dia bagi alasan kedai tutup. Tapi baju dia bau minyak wangi perempuan. Aku diamkan sebab malas nak berg4duh.

Sampailah satu malam aku terbuka telefon dia masa dia tidur. Allah saja tahu macam mana luluhnya hati aku bila tengok dia ada skandal baru dengan perempuan bujang. Kali ni lebih jijik. Dalam WhatsApp mereka penuh video call separuh b0gel.

Perempuan tu siap panggil suami aku “baby”. Mereka merancang nak sewa homestay masa aku balik kampung nanti untuk bersalin. Siap bincang posisi tidur dan benda – benda Iucah yang aku sendiri malu nak baca. Aku rasa nak munt4h masa tu.

Yang buat aku lagi s44kit, suami aku pernah guna duit belanja dapur untuk belikan perempuan tu hadiah. Patutlah bulan tu dia cakap duit tak cukup sampai aku terp4ksa ikat perut dan makan telur hampir setiap hari. Rupanya duit tu habis dekat perempuan lain.

Aku pernah jumpa resit minyak dan hotel dalam kereta dia. Bila aku tanya, dia marah aku balik. Dia hempas telefon dekat dinding sampai anak aku menangis ketakutan. Malam tu anak aku demam sebab terlalu takut tengok ayah dia meng4muk.

Aku cuba bertahan demi anak – anak. Tapi makin lama aku rasa macam orang giIa. Aku pernah tanya apa kelemahan aku dekat mata dia. Dia cakap aku dah cukup sempurna. Katanya masalah tu datang daripada diri dia sendiri yang b0doh dan tak pandai jaga nafsu.

Sekali lagi dia merayu – rayu minta maaf. Janji nak berubah. Janji tak ulang lagi. Tapi aku dah penat nak percaya. Aku mula fikir macam mana kehidupan aku kalau aku terus bersama dia sampai 20 atau 30 tahun lagi. Aku takut aku akan hidup dalam s4kit hati sepanjang masa.

Aku takut aku jadi perempuan yang hilang keyakinan diri. Kadang – kadang aku pandang muka sendiri dalam cermin pun aku rasa kosong. Nak berpisah, aku tak ada simpanan. Aku dah terlalu lama jadi suri rumah sampai aku takut nak mula balik dari bawah.

Aku risau macam mana nak besarkan anak – anak nanti. Aku risau kalau aku tak mampu bagi mereka kehidupan yang baik. Paling aku sedih bila fikir aku pernah tinggalkan kerjaya dan kehidupan selesa demi lelaki ni. Kadang – kadang aku rasa menyesal berhenti kerja dulu.

Kalau aku masih bekerja, mungkin aku tak rasa tersepit macam sekarang. Sekurang – kurangnya aku ada duit sendiri dan tak perlu fikir seratus kali kalau nak buat keputusan untuk diri sendiri. Sekarang ni aku cuma mampu menangis hampir setiap hari.

Berat badan aku turun sebab terlalu fikir. Makan pun tak lalu. Ada masa aku duduk termenung lama sambil pegang perut sebab fikir nasib anak dalam kandungan ni nanti. Aku cuma nak minta doa daripada semua supaya aku kuat dan selamat melahirkan anak aku nanti. Aku dah terlalu penat simpan semua ni seorang diri. Terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis.

Ulasan Pembaca :

Nur Fateha : Kalau dapat suami yang mudah sangat serah badan dekat perempuan lain, lebih baik tinggalkan sahaja. Sebelum kena peny4kit kelamin. Jaga anak baik – baik. Cari kerja. Anak bukan alasan untuk teruskan perkahwinan. Allah bagi akal untuk lelaki, sama juga untuk perempuan.

Suruh berfikir dan bezakan yang baik dengan yang buruk. Carilah kerja. Jaga maruah diri. Banyakkan doa dan tahajud. Insya-Allah dipermudahkan segala urusan. Jaga diri baik – baik, Allah akan bagi yang baik – baik juga nanti.

Harris Zainol : Kita kalau buat maksi4t sekali tapi tak segera bertaubat, Tuhan akan tambahkan rasa lazat dalam hati terhadap maksi4t tu. Sampai rasa sedap buat benda h4ram dan langsung tak fikir d0sa. Bukan sebab isteri tak sempurna, tapi sebab hati memang dah suka benda h4ram. Sebab tu kehidupan keluarga puan dalam kesusahan. Rupanya suami puan suka buat maksi4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :