Aku tak dapat terima dia sebagai bakal isteri. Dah lah pen4gih, tak ada d4ra pula tu!

Ketika itu adalah 3 bulan sebelum aku bercadang nak meminang dia. Dia membuka cerita bahawa dia adalah bekas pen4gih sy4bu, terlibat dengan banyak isu moral yang lain. S3ks bebas pun pernah dia lalukan. Aku r3muk, aku benci pada dia. Kerana aku tak dapat terima benda tu!

#Foto sekadar hiasan. Salam geng apa khabar? Moga sihatlah semua lagi – lagi zaman wabak ni. Banyak pulak masa nak karang panjang – panjang, tak apalah aku nak gak kongsi kisah aku dengan korang semua. Bercinta dengan seorang gadis yang mana bekas pen4gih d4dah. Bahagia atau d3rita? Pengalaman ni sangat luar biasa dan aku pun tak sangka akan lalui perkara yang macam ni punya giIa.

Kisah ni berlaku beberapa tahun dulu. Lama dah tapi aku ceritakan balik. Panjang namun aku cuba ringkas ya?

Umur aku memasuki 34 tahun sekarang. Dulu zaman bujang, aku pernah bercinta 2 kali saje dengan perempuan sejak sekolah menengah. Tapi sampai 1 tahap, aku rasa perempuan ni merimaskan. Lebih – lebih lagi masa zaman aku belajar di universiti. Kuat merajuk, marah tiba – tiba, asyik nak menang dan pentingkan. Aku sayang sangat seorang perempuan ni maIangnya dapat tahu dia jenis buaya d4rat.

Apa korang ingat buaya d4rat tak ada version perempuan ke? Ada. Aku jadi malas nak bercinta lepas dapat tahu dia pasang lelaki lain. Dipendekkan cerita aku tawar hati apabila dipermainkan. Sedangkan aku terlalu sayang. Dulu aku minta masa pada dia bila habis belajar aku akan segera cari kerja. Kumpul duit untuk melamar. Tapi lain pula yang jadi.

Okey pasrah la mungkin tiada j0doh. Selama 2 tahun aku tutup hati aku. Belajar redha dan move on. Tapi sangat sangat perit. Aku berdoa pada Allah, bukalah hati aku semula ketika ia bukan untuk dis4kitkan lagi. Alhamdulillah ia seakan terkabul.

Sampai 1 masa, aku akhirnya tiba – tiba tergerak download 1 aplikasi dating. Kawan aku yang suruh. Aku ikut saja. Bila daftar memang ramai perempuan like, tapi hanya beberapa orang sahaja yang nampak serius. Banyak yang cuba bermain – main saja.

Panjang proses di sini, dekat 2-3 bulan aku cuma keluar dan masuk saja. BerbaIas chat juga kadang ya, kadang tidak. Tapi dalam ramai – ramai, cuma seorang sahaja yang melekat. Maksudnya perkenalan kami terus berlangsung lama di Whatsaap. Mula – mula aku tak letakkan harapan langsung. Tapi m4kin lama mengenali, m4kin jatuh suka.

Masuk bulan ke 8 kenal, kami akhirnya ambil keputvsan berjumpa. Aku adalah orang Perak dan dia orang JB. Kami ambil keputvsan berjumpa di tengah – tengah iaitu KL. Aku drive kereta dan dia naik bas. Aku jemput dia di TBS lalu. Mulalah detik pertama kami jumpa.

Agak janggal sebab selama ini kami cuma berhubung di telefon. Kali ni face to face. Hanya whatsaap atau call sahaja. Orangnya tidaklah terlalu lawa namun cukup manis di mata aku.

Selepas pertemuan pertama, aku rasa begitu berkenan kerana tertarik dengan perwatakannya yang pemalu, kelakar serta poIos. Bila berjumpa depan – depan, lagi terserlah kecomelannya.

Sepanjang 1 tahun lebih kenal, kami hanya berjumpa 2 – 5 kali sahaja. Sebabnya dia sibuk di kampung dan aku pun lagi sibuk. Kami jarang dating tapi selalu melalui Whatsaap.

Aku ajak dia untuk betul – betul serius. Akhirnya aku ungkapkan. Andai ada j0doh dan rezeki, aku nak menjadikannya sebagai isteri. Peribadinya sangat baik, sedikit kelakar tapi lemah lembut.

Sebelum aku beranikan diri membuka semula hati dahulu, aku sudah niat dan berdoa “Allah kau berilah aku j0doh yang baik. Tidak kira rupa, asalkan menyenangkan hati”.

Aku tidak mencari yang cantik, aku mencari wanita yang berakhlak baik. Memahami kerja aku, ikhlas menyayangi aku dan sebagainya. Oh ya sebelum terlupa, aku mungkin seorang lelaki yang nampak smart di mata dia. Katanya pakai kereta besar dan kerja besar.

Sesekali dia akan malu dan merendah diri sebab dia hanya bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket. Awalnya aku berfikir aku perlu cari yang setaraf dengan aku. Tapi selepas beberapa wanita yang aku kenali, dia sajalah yang berjaya ambil hati aku.

Dari segi wajah, mungkin dia tak secantik orang lain. Namun personalitinya buat aku jatuh sayang. Dia cuma bekas pelajar SPM yang tidak sambung belajar. Kekangan menjaga ayah dan ibunya yang sem4kin tua ketika itu, dia buat keputvsan bekerja di kampung saja.

Dia sangat memahami dan bukan jenis mendesak. Meng0ngkong dan kuat merajuk? Tidak dan jarang sama sekali. Walaupun dia tak ade pendidikan yang tinggi, pemikiran dan akhlaknya jauh lebih m4tang daripada gadis berpangkat ijazah atau PHD yang pernah aku kenali sebelum ini. (Segelintir sahaja bukan semua).

Tapi sesuatu yang meng3jutkan berlaku. Saat kasih sayang aku tengah menggunung, dia mendedahkan kisah silam yang sukar untuk aku terima. Ya. Dia membuka cerita bahawa dia adalah bekas pen4gih sy4bu. Pernah terlibat dengan banyak isu moral yang lain. S3ks bebas pun pernah dia lalukan.

Akibat rakan sebaya kan. Aku terdiam dalam panggiIan. Dia menangis ceritakan segalanya. Ketika itu adalah 3 bulan sebelum aku bercadang nak meminang dia. “Awak perlu tahu. Awak berhak tahu pasal masa Iampau saya”. Itulah ayat dia yang takkan aku lupakan.

Aku terus m4tikan telefon. Aku r3muk, tergamam kerana gadis yang aku sayang dan sangka baik rupanya bekas pen4gih? Hati aku dah dir4cik 1000. D4da sesak dan aku mengeluh, Allah kenapa kau bagi aku dugaan macam ni selepas aku dah sayang dia?

Keesokannya dia terus menghantar Whatsaap meminta maaf berkali – kali. Dia menelefon namun aku biarkan je. Aku perlukan masa. Aku terduduk. Wanita yang aku nak jadikan isteri, bekas pen4gih? Dia jelaskan juga selepas setahun terjebak dengan benda tu dulu, dia berubah terus sebab ibunya meninggaI.

Dalam keadaan dia belum berubah dan masih budak jahat, ibunya meninggaI sebab kena str0ke di bilik air. Jadi dia sangat ralat. Itulah semangat dia mula berubah perlahan – lahan. Ah, aku tak kisah. Yang penting dia dah tipu aku. Itulah tekanan yang aku rasa ketika itu. Hampir 2 bulan aku mendiamkan diri. Hidup aku jadi sedih dan serabut.

Pada satu malam selepas aku penat menangis, akul Iipat sejadah dan baring atas katil. Aku tertidur dan wajah perempuan tu asyik muncul di dalam mimpi. Bila buka mata, basah alis mata aku penuh dengan air mata.

Aku berdoa setiap malam minta Allah padamkan kasih sayang aku pada dia. Sebab aku benci pada dia. Kerana aku tak dapat terima benda tu! Pen4gih, tiada d4ra pula tu? Walaupun banyak kali dia minta maaf, aku tetap s4kit. Menangis meratap. Lelaki memang nampak kuat, tapi mereka sentiasa kalah dengan perempuan yang dia sayang. Akulah insan tu.

Berbulan – bulan aku cuba lupakan tapi gagal hingga hati aku tak tenang. Aku sayangkan dia namun kisah silam dia cetuskan diIema. Akhirnya aku menangis sepuasnya dan buat solat istikarah setiap malam. Setiap malam juga wajah dia muncul.

Selepas membisu aku akhirnya menelefon dia. Malam itu kedua – duanya senyap tapi diselangi dengan air mata tersedu – sedu. Dia masih meminta maaf dan aku? Diam dan menangis. Aku tanya dia adakah dia benar-benar dah berubah? Dia jawab ya, lillahitallah.

Bila aku perhatikan semula peribadinya, ya dia perempuan yang baik. Aku? Aku lelaki yang kononnya hebat tapi kenapa sebegitu j1jik dengan perempuan yang dah bertaubat daripada masa silam dia? Apa hak aku untuk merasa j1jik dengan h4mba Allah yang berusaha berubah?

Siapa kita nak menghukvm? Sedangkan kita sendiri penuh dengan d0sa. Selepas dapat banyak petunjuk, aku belajar menerima perlahan – lahan dan kembali mencintainya. Eh tidak. Yang sebenar – benarnya aku tak pernah berhenti menyayangi dia walaupun sesaat. Cuma ini adalah ujian untuk aku. Ujian untuk dia.

Allah seakan menjawab doa aku. Semua dipermudahkan kembali. Aku yakin dia adalah j0doh yang dah diberikan pada aku. Aku kena jaga dan Iindungi dia. Cerita ni terus mekar. Alhamdulillah perkahwinan kami memasuki 3 tahun pada 2021 ni, ada seorang anak lelaki yang comel.

Ya. Inilah kisah aku. Lelaki yang mulanya terp4ksa belajar menerima j0doh. J0doh aku adalah seorang perempuan bekas pen4gih d4dah. Yang masa silamnya penuh kekotoran, namun ikhlas bertaubat. Malah selepas berkahwin, aku sem4kin menyayanginya lebih daripada zaman bercinta. Dia wanita yang baik, sangat menyenangkan sampai sekarang.

Yang kotor dan j1jik cuma masa silamnya, bukan dirinya yang sekarang. Tidak pernah aku bayangkan akan berj0doh dengan orang sebegitu, tapi inilah j0doh aku. J0doh yang aku akan jaga dan sayang sampai m4ti. D3rita? Tidak, aku sangat bahagia. Terima kasih Allah. – Idlan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fadlin Mid : Sebenarnya, saya sangat kagum dengan mereka yang mampu menerima kisah silam pasangan, tak kisah la lelaki atau perempuan. Tapi pasangan tu pun bila ada yang mampu menerima seadanya, pastikan lah diri benar – benar bertaubat. D0sa besar atau kecil, memang semua pun kena bertaubat.

Tapi saya tak juga mengadili kalau ada yang tak mampu terima kisah silam pasangan (atas pilihan sendiri dan bukan m4ngsa). Tak mahu tak bermakna menghukvm, cuma hati dan penerimaan kita masing – masing tak sama. Walaupun benda dah jadi sejarah tapi tahap ikhlas kita berbeza.

Kalau tak mahu pun cukup berhenti sampai situ tapi jangan pertikaikan taubat mereka dan jangan sesekali rasa diri lebih baik sebab kita tak tau pengakhiran kita sendiri bagaimana. Buat confessor dan isteri, moga bahagia hingga jannah.

Zack Zakaria : Ye, sombongnya kita, merasa diri kita bersih berbanding mereka yang punya kisah silam yang kelam. Sedangkan Allah tak pandang pun semua tu. Yang mghukvm atas d0sa silam dia bukan tugas kita tapi Allah, bila mana dia betul – betul bertaubat kepada Allah, maka dirinya bersih tanpa d0sa.

Sedangkan kita yang s0mbong ni lebih besar d0sanya kepada Allah kerana merasa lebih mulia dari orang lain pada penilaian kita. Bukankah yang merasa diri lebih baik dan lebih mulia telah menjerumuskan azaziI kepada ner4ka Allah. Bagus sangat kisah saud4ra, sangat – sangat memberikan motivasi dan ped0man.

Aqief Ara : Lelaki yang baik sebab dapat terima kisah silam perempuan walaupun susah pada awalnya.. Dan perempuan yang jujur, sebab dia perjvdikan nasib dia dengan berterus terang walaupun kebarangkalian ditinggalkan amat tinggi. Semoga bahagia sampai jannah..

Yana Dyana : Disebabkan dia ikhlas bertaubat dengan d0sa – d0sa yang lalu, Allah hadirkan seorang lelaki yang baik untuk. Yang boleh menyayangi dan menjaganya dengan baik tanpa mengukit segala kisah silam yang lampau. Tahniah tt kerana ikhlas menerimanya sebagai isteri walaupun hati seakan meragui. Tapi akhirnya mengecap kebahagiaan yang sebenar.

Matt Empat Puluh Enam : Aku ade kawan yang macam ni. Lelaki, dulu dia seorang pen4gih. Allahu, tengok dulu kesian isteri dan anak – anak / ramai yang kata – kata nista, tapi benarlah.. di sebalik sang suami, ada sang isteri yabg sentiasa mendoakan beliau..

Beliau kini taubatan nasuha.. 1000% berubah selepas masuk pusat.. ingat kawan – kawan.. Pengakhiran kita bagaimana.. janganlah lihat seseorang dengan d0sanya.. Lihatlah pengakhirannya bagaimana.. Semoga kita semua husnul khotimah.. aamiin