Aku tak tahan, aku buat suami benci aku. Aku mengata keluarga dia. Aku tipu aku masih sayangkan skandal lama

Dapat keluarga mertua alim, semua bertutup berniqab. Mereka memang cantik, pandai bab agama, kaya, sempurna. Tapi aku terkedu bila masuk rumah mertua, saat tanggalnya niqab, masing – masing pakai s3ksi, ketat. Mak bapak mertua kuat mengata salah orang..

#Foto sekadar hiasan. Salam sakinah mawadah wa rahmah.. Aku tak sempurna, aku mencari insan yang mahu menyempurnakan. Membayangkan seorang yang biasa tapi penyayang, yang menerima diri ini seadanya dan memberi ruang untuk memilih cara hidup sendiri, sederhana.

Aku bekas isteri orang, yang dulu pernah dipanggil sayang. Bila bermasam muka tukar panggiIan kepada ‘kau aku’. Bila menjawab tak pernah kena tangan tapi kena kata – kata t4jam yang boleh pedih di hati ingat sampai m4ti.

Ingat setiap kata yang keluar tu lagi pedih dan perit hingga tinggalkan kesan parut di hati. Jujur aku banyak kelemahan, aku tak cantik. Aku tak sangka adik kakaknya cantik putih macam orang arab, sebab sebelum nikah aku tak pernah jumpa mereka..

Suami dulu dia agak sosiaI, tak sangka juga rupanya keluarga dia dari kalangan yang alim. Jom imbau kenangan masa aku nikah dulu. Aku bukan jenis yang suka dan pandai make up tapi suka tengok wanita cantik bermake up. Layan pula video make up, aku suka tengok..

Jadi bila waktu nak nikah tu seronok betul sebab aku tempah jurumekap yang terbaik, satu jam make up je. Cantik, natural.. kalah semua yang hadir hari tu, perasan kan. Aku sebenarnya seorang yang pemalu, orang kata introvert. Sangat pendiam dengan orang tak biasa.

Namun dengan keluarga terdekat paling suka bercakap ada yang kata pandai buat kelakar. Adakah aku introvert? Maka aku mahu di make up dan photographer perempuan sahaja. Bila orang sebeIah datang… Masha Allah, keluarga dia semua berniqab.

Aku rasa kelu macam sesuai ke aku cantik bak puteri waktu tu, dengan berkilau permata. Dia berbaju melayu.. Kami tiada pakaian sanding. Ingat lagi masa bersalam batal wuduk. Tak pernah sentuh dia jadi berat nak angkat tangan, dia pun macam terketar juga.

Bila dah bersentuhan tu alhamdulillah inilah suami ku. Yang aku niatkan untuk sempurnakan sebahagian agama. Aku sangkakan, mampu untuk terus melayari bahtera rumahtangga, namun selalu ada ribut dan kemarau melanda.

Aku kuat cemburu pada kelebihan orang lain sedangkan aku kurang berusaha. Jadinya aku ibarat… B0doh, malas, miskin. Ditakdirkan ipar duai aku bijak hafal Quran hadis, rajin banyak benda pandai, kaya sebab ada jatuh bangun tahajut bermentor.

Dalam 6 orang tu 4 lah yang menjadi, lagi dua macam teruk dari aku.. Dalam semua berpurdah tu si adik bongsu tak mahu bertudung pula. Bukan tak nasihat atau dimarah, degil atau kifarah. Mak bapaknya suka menghukvm salah anak orang, sekali anak sendiri buat per4ngai baru tahu ujian hidup ni tak sama.

Maaf guna perkataan kifarah, macam sebab d0sa pula sebab Allah nak ampun d0sa, jangan sedap mulut nak sebut buruk orang. Doakan beri kata positif. Orang yang nak berubah ni bukan kerana nasihat sangat tapi kerana insaf dari akhlak mulia.

Bab akhlak ni.. Malu nak cakap.. Ada orang yang mungkin kurang menerapkan nilai agama dalam kehidupan tapi bila berbicara atau perlakuannya menunjukkan sikap berlapang d4da, lembut bicara, sopan santun. Hampir terkedu aku bila masuk dalam keluarga dia, tanggallah niqab ipar duai adik suami, mereka s3ksi di rumah.

Aku dalam rumah yang ada mak ayah malu nak pakai ketat. Masa aku kahwin mereka ni belum kahwin.. Dalam tiga tahun tiga orang tu kahwin. Jodoh mereka orang yang hebat sebab mereka juga hebat. Jodoh aku samalah macam aku. Jadi aku sungguh rasa rendah diri..

Bayangkan mereka bawa kereta mewah aku kereta terpakai. Mereka rumah bertingkat aku rumah sewa. Suami pun malas kerja.. Dia ikutlah adik ipar keluar 40 hari, aku sangka dia akan berubah rupanya tidak. Dengan r0kok dan handphone yang pernah aku baling pecah sebab banyak video Iucah.

Yang sadis tu, handphone tu hadiah hantaran. Aku juga yang belikan. Kuciwa. Sejak tu aku benci dia. Aku dah mula minta dilepaskan. Aku buat dia benci aku dengan mengata keluarga nya. Aku sebut semua yang aku tak suka.

Termasuk aku tak suka fizikal dia. Dia pun pernah kata aku tak cantik macam bekas awek dia dulu. Aku pun katalah aku sebenarnya masih cintakan bekas scandal aku dulu, sebenarnya aku tipu. Mana ada boyfriend, introvet. Jahatkan aku.

Orang pun jika tak kenal tengok luaran mungkin mahu kata baik sopan orangnya. Mulut aku boleh tahan membahan. Adik aku selalu jadi m4ngsa. Maka bercerai lah kami taIak satu. Bukan hanya salah sebeIah pihak masing – masing bermasalah. Harapan aku dia akan jumpa jodoh lain yang lebih sempurna.

Aku mahu kami berubah dengan cara berpisah. Aku tak nampak masa depan yang gemilang dengannya bukan sebab keburukan semata tapi sebab kami kurang serasi. Ya aku benci, tapi aku dah berdamai dengan takdir. Aku dah mula pujuk hati untuk maaf seikhlasnya dan doa yang baik buat semua. Terima kasih.. – Rahsia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

NurAz Wan : Jodoh ini, sebenarnya berg4ntung pada rezeki masing – masing juga. Ada orang kenal bertahun – tahun pun, lepas kahwin, baru tahu per4ngai sebenar pasangan. Ada orang kena gitu – gitu saja dan kahwin tapi jodohnya serasi, boleh teruskan hidup berumahtangga dan saling melengkapi.

Walau banyak kelemahan, kalau kelemahan tu, bukan berkenaan sikap buruk, biasanya masih boleh diterima pasangan. Jadi.. bila nak cari jodoh, jangan lupa berdoalah banyak – banyak, agar diberi jodoh yang serasi dan dapat saling melengkapi kekurangan masing – masing kerana kita tak sempurna.. begitu juga sidia.

Naemah A. Salam : Sis.. jodoh itu cerminan diri kt. Sis terlalu insecure, Maybe insecurity sis buatkan sis ada rasa hasad. Hasad adalah maksi4t hati yang memakan ibadah dan kebaikan kt. Ini saya paham dari penulisan sis.

Buang rasa cemburu sis pada kelebihan orang lain. Jangan peduli apa orang nak fikir tentang kita. Baiki kekurangan, bukan untuk puaskan orang lain, tapi untuk diri sendiri. InsyaAllah rasa hasad akan berkurangan bila kita merasakan diri kita juga Allah beri kelebihan.

Cahaya Rumahku : Camne laa idup nak tenang, sempat ngate orang lain dulu tu. Haih, idup jangan negatif sangat cari keburukan orang lain sis. Kalau rasa diri tu buruk, janganla cari keburukan orang. Ada je benda yang puas hati.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.