Aku tak tahu apa masalah adik aku, belajar agama tinggi2 tapi akhirnya menjadi nusyuz

Waktu dia kant0i dengan suami, dia salahkan ibu dan adik aku. Kalau kau kesian dekat mak dengan abah. Bertaubatlah. Mak selalu mimpi yang buruk pasal kau. Kau sanggup salahkan orang lain untuk tutup salah kau. Aku harap kau bacala confession aku ni dik…

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Tolong hidekan aku punya profile aku eh. Aku taip cerita ni bukan nak a1bkan sesiapa, aku cuma nak semua perempuan dan lelaki di luar sana ambil iktibar dari kisah aku ni. Apa yang aku nak cerita ni kisah benar dan bukan macam dalam drama tv atau apa – apa.

Aku ada seorang adik, dia sudah berkahwin dan mempunyai anak. Aku namakan adik aku ni sebagai Lea. Anak – anaknya ada yang dah yang bekerja, masih belajar, dan ada yang masih bayi. Apa yang aku nak cerita dekat sini adalah kisah adik aku yang curang.

Aku pun tak tahu apa yang dia nak dan apa yang dia cari dalam hidup dia. Suatu ketika dahulu, kehidupan Lea sekeluarga sangat senang. Nak cakap hidup Lea ni mewah yang meIampau – Iampau tu takdela, tapi suami Lea ni memang tak pernah biar Lea ni hidup susah.

Apa yang Lea nak memang akan ditunaikan selagi dia mampu. Setiap tahun mereka akan pergi bercuti. Senang cakap, mereka akan pergi bercuti setiap tahun. Lea ni kalau orang tengok memang sedap mata memandang, dengan tudung litupnya, pakai stokin, baju Ionggar, mengajar mengaji, selalu ke masjid, selalu join program yang masjid anjurkan.

Memang ciri isteri yang solehah, isteri idaman para suami. Suami si Lea ni jarang ada dekat rumah, selalu outstation sana sini. Makanya Lea selalu uruskan hal rumah dan ana k- anak seorang diri. Aku tak tahulah di mana tahap kesetiaan dan kesabaran Lea sebagai seorang isteri.

Mungkin ini ujian yang Allah bagi untuknya. Di sebalik pakaian dia, Lea ini sering berhubung dengan lelaki lain setiap kali suaminya outstation. Hubungan Lea dengan lelaki lain ini bukan sekadar di luar malah hingga ke dalam bilik.

Setiap kali suaminya kerja luar, setelah menidurkan anak – anak, dia akan memanggil lelaki simpanannya ke rumah untuk memuaskan nafsunya. Setelah beberapa tahun, akhirnya perbuatan Lea ini dihidu oleh suaminya.

Hubungan Lea dengan kekasih gelapnya kant0i ketika Lea dan kekasihnya bercuti di sebuah negeri. Suaminya dapat menjejaki Lea. Oh ya, suami Lea ini mempunyai ramai kenalan yang bekerja di syarik4t telekomunikasi, maka mudah bagi suaminya untuk trace segala number mesej dan di mana Lea berada.

Di sini, kesabaran sang suami teruji. Suami Lea bagai dirasuk apabila mengetahui segala perbuatan busuk isteri yang sangat disanjungnya selama ini. Suami Lea memukuI Lea sekuat hati sehingga Lea mendapat s4kit yang memerIukan Lea untuk merujuk pakar orth0pedic.

Lea berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya dan memilih untuk hidup bersama suaminya. Dan suaminya memberi peluang kepada Lea walaupun hatinya masih s4kit. Setahun selepas itu, mereka diuji. Suami Lea memilih untuk berhenti kerja kerana ingin menjaga bapanya yang sedang s4kit tenat.

Suami Lea ingin menjaga bapanya sepenuh masa disaat – saat terakhir bapanya. Sebulan selepas itu, bapa mertua Lea meninggaI dunia. Selepas kem4tian bapa mertua Lea, kehidupan mereka diuji lagi. Suaminya tidak mempunyai kerja dan hanya membuat kerja sendiri.

Kereta mereka ditarik, mereka sudah tidak pergi bercuti seperti tahun – tahun sebelumnya. Anak – anak member0ntak, mempertikai keputvsan bapa mereka yang berhenti kerja. Ujian untuk diri Lea. Selalu dimanjakan dengan segala kesenangan, Lea selalu merungut bila hidupnya susah seperti sekarang.

Dan Lea mengulangi lagi perbuatannya yang lama. Aku tak tahu apa masalah adik aku, belajar agama tinggi – tinggi tapi akhirnya menjadi nusyuz. Dia curang lagi. Sama seperti sebelum ini, dengan suami orang. Dan dalam masa yang sama dia berhubung dengan beberapa lagi lelaki lain.

Dan ada antara lelaki itu sebaya dengan anak sulungnya. Dan kali ini, perbuatan Lea kant0i lagi. Dan sama seperti sebelum ini. Lea menyalahkan orang lain bila dia kant0i. Maaf aku terlupa untuk nyatakan di atas. Masa Lea kant0i kali pertama, dia menyalahkan ibu aku dan adik aku.

Dia menyatakan ibu dan adik yang memberitahu segala perbuatannya kepada suaminya. Kalau betul sekalipun ibu dan adik yang beritahu, aku tidak menyalahkan ibuku kerana perbuatan Lea memang salah. Dan sama seperti sekarang, dia menyalahkan orang lain dengan menyatakan ada di antara ahli keluarga yang memberitahu kesalahannya kepada suaminya.

Keadaan terkini Lea dan suaminya aku memang tak tahu. Sebab aku dan ahli keluargaku yang lain memang dah malas nak ambil tahu pasal dia. Bukan tak pernah tegur, tapi dia jenis nak tegakkan benang yang basah. Cakaplah macam mana pon.

Dia tak akan dengar. Kamu semua cuma mampu doakan kau berubah. Kalau kau kesian dekat mak dengan abah. Bertaubatlah. Mak selalu mimpi yang buruk pasal kau. Kau sanggup salahkan orang lain untuk tutup salah kau.

Aku harap kau bacala confession aku ni dik. Kami semua dah nasihat tapi kau tak dengar juga. Lea ni aku boleh kategorikan sebagai penunggang agama. Dia menggunakan agama untuk menutup segala kesalahan yang dia lakukan.

Kesimpulannya dekat sini, aku nak korang dekat luar sana kalau nak buat apa – apa tu fikirlah dahulu. Dekat dunia mungkin kau akan terlepas boleh putar belit segala benda, tapi dekat akhir4t sana tidak. Allah sentiasa melihat.

Kepada perempuan di luar sana, jangan jadikan alasan suami bekerja di luar untuk curang. Suami pergi bekerja untuk kamu dan anak – anak. Kalau baru macam ini kamu dah jadikan alasan macam mana kalau kamu hidup pada zaman nabi dan rasul?

Isteri – isteri pada zaman dahulu lagi lama nak kena tunggu suami mereka pergi berper4ng mempertahankan agama. Kalau suami kamu ada buat salah sekalipun, kamu tu perempuan, kamu tak boleh nak buat benda yang dah terang – terang salah.

Aku tak menyokong poIigami, tapi sekurang – kurangnya lelaki lain, hak mereka untuk berpoIigami tu memang ada. Tapi kalau kita yang perempuan ni? Mana maru4h kita? Allahu. Tolonglah. Jangan jadi isteri yang nusyuz.

Tak civm bau syurga wahai wanita sekalian. Dan kepada para lelaki di luar sana, sekiranya bekerja luar, tolonglah pantau isteri anda. Kepercayaan tu penting dalam sesebuah perhubungan, tapi Allah bagi akal. Fikirlah cara yang sebaiknya

Moga kita semua dijauhkan dari melakukan perkara begini.  Maaf kalau jalan cerita aku kucar kacir, aku menaip ni pon dalam hp je, busy nak jaga anak apa semua. Harap jadikan pengajaran ye. Bertaubatlah, tak tahu bila ajaI kita.

Komen Warganet :

Muhammad Adham : Ramai sebenarnya penunggang agama yang menggunakan penampilan untuk menutup BUSUKNYA diri depa. Yang biasa – biasa itulah selalunya yang membawa Islam dengan baik dan mereka tidak berpura – pura BAIK tapi kita boleh tahu KEBAIKAN dan KEJUJURAN depa bila berkawan dengannya.

Alin Marshida : Yang sebenarnya kita tak ada kuasa pon untuk menilai orang, tutup aur4t ke tak tutup aur4t ke, semua tu perkiraan Allah. Kalau kita tutup aur4t tapi per4ngai macam kat atas tu namanya tetap berd0sa. Dan kalau kita tak tutup aur4t dan per4ngai kita bagus pon dalam perkiraan Islam kita tetap berd0sa sebab Islam dah gariskan pada umatnya panduan, apa – apa yang berd0sa apa yang tak berd0sa.

Kalau tutup aur4t per4ngai buruk dan tapi tutup aur4t per4ngai cantik tapi menurut Islam kedua – duanya ada bahagian d0sa masing – masing selagi kita tak ikut apa yang Allah syariatkan. Simple!

Putri Rahman : Perlu ke cakap adik dia bertudung labuh, pakai Ionggar, pakai stokin buat maksi4t. Itu semua adalah sebab iman bukan pakaian. Yang tulis ni nak bagitau walaupun dia bukan pakai macam adik dia, jadi dia baik la ye.

Mohd Yunus : Sebab tu orang selalu kata jangan lihat dari luaran. Kadang – kadang orang yang pakai terdedah tu lebih baik hidupnya dari yang pakai bertutup. Orang cakap lelaki yang hebat ialah lelaki yang berkahwin dengan perempuan biasa dan menjadikan ia perempuan luar biasa. Kadang – kadang ape yang berlaku dalam hidup kita berpunca dari kesilapan ibubapa kita dalam mendidik. Tapi itulah kehidupan, tak diuji tanpa tujuan.

Amyrosdi Nuranaufal : Di akhir zaman ni ramai yang golongan munafik, yang paling kita takut sekali bila dajaI keluar nanti ramai sangat golongan munafik akan jadi pengikut setia daja, Allah. Semoga adik tt diberi taufik dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan. Itulah manusia. Tak semestinya permulaan yang baik pengakhirannya pun baik. Begitu juga sebaliknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.