Aku tampaq belakang anak sebab celup tangan dalam air minuman aku. Tapi reaksi dia buat aku lagi membara

Memanglah anak umur 4 tahun banyak pe’elnya tapi kalau masa makan pun nak main – main memang aku marah. Tengah aku sedap makan. Dia cakap mama nak, aku suap laa dia makan smbil aku makan. Tapi tiba – tiba dia masukkan tangan dalam minuman aku…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku adalah isteri, seorang ibu kepada 2 orang anak. Anak lelaki berusia 4 tahun. Anak perempuan berusia 6 bulan. Aku bekerja. Aku sebenarnya buntu dengan sikap aku sendiri.

Panas baran. Yes. Setiap hari aku cuba kawal sikap aku. Tapi bila perasaan tu datang. Aku macam dir4suk, aku tak mampu nak kawal. Aku tak pasti. Sikap aku sekarang kesan dari sikap arw4h abah aku. Abah aku dulu. Jenis sporting.

Bukan jenis tegas macam ayah – ayah askar. Tapi abah aku tak boleh salah sikit memang anak – anak akan kena marah, kena tibai. Biasalah orang – orang dulu kan. Dan masa aku sekolah rendah, masa tu laa konflik orang ketiga dalam family aku sampai aku naik sekolah menengah.

Kira aku membesar dengan ibu apa berg4duh laa, kemarahan dari kedua – dua beIah pihak. Membesar dalam persekitaran sebegini rupanya memberikan kesan kepada aku. Abah tak penah marah anak – anak jika tak salah tapi bila salah terus kena, dan akan jadi baik balik lepas tu.

Dan sekarang aku merasa benda tu. Aku selalu k3jam dengan anak lelaki aku yang umur 4 tahun. Allah. Kadang – kadang menangis aku malam – malam bila kenangkan apa yang aku dah buat dekat dia. Mama minta maaf sayang. Mama tak sengaja.

Mama tak nak pon pukuI sebab tu mama cakap, bila mama marah, mama akan lari jauh jangan ikut. Sebab mama tak dapat nak control em0si marah. Sedih bila kita tak dapat control kemarahan tambah lagi dekat orang terdekat, orang yang kita sayang.

Aku bagi contoh. Awal pagi kita siapkan anak ke sekolah. Budak budak 4 tahun, banyaklah pe’el. Nak nangis dulu laa apaa. Jadi aku kena sabar. Tapi sampai satu tahap bila nak makan pun main – main jugak. Aku tak dapat sabar, aku akan marah.

Tapi aku akan lari ke bilik takot terguna tangan pukuI dia. Sambil dukung si adik. Si abang menangis – menangis ikut je belakang. Bila aku kata diam. Nak menangis kenapa. Dan dia tetap menangis. Akhirnya, aku akan pukuI dia.

Apa yang ada dekat tangan memang aku capai, dia akan kena dengan aku. Allah.. Situasi lain. Tengah aku sedap makan. Anak aku cakap, “mama nak,” aku suap laa dia makan sambil aku pun makan sekali. Tapi tiba – tiba dia pergi masukkan tangan dia dalam minuman aku.

Aku auto akan tampaq belakang dia tapi dia tak menangis langsung. Dia pandang je aku. Bila nampak macam tu, aku lagi membara. Aku akan hukvm dia teruk – teruk macam dia buat salah giIa  sampai dia menangis teresak – esak.

Aku basuh tangan dengan air mata. Dan aku akan pi panggil dia. PeIuk dia. Minta maaf dan jelaskan apa silap dia. Banyak lagi Situasi, anak aku 4 tahun, tapi tampaq, cubit, h4nger semua penah kena. ALLAH. K3jamnya aku sebagai ibu.

Semua situasi marah aku akan berakhir dengan aku peIuk dia. Bila aku peIuk, dia akan lagi menangis esak – esak sedih. Aku minta maaf dan dia pon akan kata. “Minta maaf mama, sebab bagi mama marah.” Aku risau bila besar, per4ngai ni akan terbawa bawa dengan dia.

Aku risau bila dah marah – marah lepas tu mintak maaf. Aku takot effects baby juga yang selalu nampak abang dia kena marah. Boleh tak bagi cadangan macam mana aku nak handle baran aku ni? Aku buntuuu sangat.

Walaupun aku baran, aku selalu pukuI tapi anak – anak memang nak dengan aku ja. Nak mama lagi dari semua. Mungkin dia faham mama marah bersebab tapi bila fikir, marah sampai guna tangan memang tak bagus. Sangat tak bagus untuk em0si dia.

Nanti cycle ni akan ulang pada anak aku, cucu aku, keturunan aku. Tapi aku tak dapat kawal. Tangan aku cepat sangattt bilaa marah. Auto tangan bergerak. Aku tau. Aku yang kena tolong diri aku sendiri tapi mungkin ada orang lain yang penah alami apa yang aku rasa.

Boleh kongsi cara yg korang buat. Aku kalau boleh tak mau langsung marah sampai memukuI. Biar bila betul – betul perlu takpa. Ini kadang – kadang benda remeh pon kena. Kesian anak aku, kecik lagi.. – Yati (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noorul Izzah Marzuki : Saya ada terbaca tadi, lebih kurang begini: “anak – anak kita selalu didenda menjadi manusia normal. Tak boleh bad mood, tak boleh merengek, tak boleh menangis. Padahal, kita yang dewasa pun ada semua em0si itu sepanjang masa”. Allahu. Moga Allah bantu kita semua dan ampunkan kita andai kita tersalah hukvm anak – anak atau sesiapa jua.

Cindy Yana : Biasanya kalau jadi begitu sebab burn out. Kalo burn out ni perkara kecik pun boleh jadi besar. Memang kalau jadi begitu, anak buat salah sikit kira akan menyinga marah. Tapi trust me, lepas kita cool down, kita rasa sangat bersalah sangat bila tengok muka anak – anak lagi – lagi bila anak – anak masih nak berkepit dengan kita walaupun kita dah marah, pukuI.

Cara saya… (Ini cara saya). Bila rasa begitu, saya akan ambil masa ‘me time’. Me time means kalau selama ni saya mesti kemas rumah semua, time me time saya akan tinggal semuanya. Saya rest saja tengok movie atau buat apa – apa aktiviti yang saya suka.

Biasanya my husband akan bawa jalan – jalan ke mall cuci mata (walaupun tidak membeli) atau bawa budak – budak berjalan. Lepas tu, saya okay. Perasaan dah tenang. Baru ada semangat nak buat apa – apa urusan.

Nor Adibah Rozain : Saya bersimpati dengan Puan dan saya kagum dengan sikap puan yang ingin berubah dan sedar akan apa yang puan ingin ubah. Saya cadangkan selain zikir, menjaga amalan kerohanian dan cuba menahan diri sendiri, sila dapatkan rawatan bersama profesional juga.

Ada gejala – gejala baran yang boleh dikurangkan dengan mendapatkan rawatan daripada profesional. Puan jangan risau akan persepsi orang lain, asalkan puan dapat kembali menjadi ibu yang lebih tenang dan rileks. All the best Puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.