Aku lantik peguam iaitu kawan baik suami aku sendiri. Baru suami tahu rasa dikhi4nati. Aku ‘beli’ kawan – kawan suami guna duit dia yang aku kikis dulu..
#Foto sekadar hiasan. Suami aku bagitahu yang dia ingin menikah satu lagi dengan seorang model wanita s3ksi. Reaksi aku sebagai isteri? Aku izinkan. Ya memang sedih, rasa dikhi4nati. I just validate my feelings di hadapan suami aku. Tak perlu pura – pura kuat. Nangis je depan dia berjurai air mata. Biar tak tido satu malam.
Keesokannya aku tak pergi kerja dan ambil mc kerana tekanan d4rah naik. Aku cakap pada suami yang aku nak pergi healing. Aku booking bilik paling mahal di sebuah resort paling mewah. Aku suruh suami aku bayar harga bilik tu dan aku minta duit belanja untuk aku dan anak aku makan sedap – sedap.
Seminggu sebelum dia kahwin dengan perempuan tu aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri seperti biasa macam tiada apa – apa yang berlaku. Layanan zahir dan batin aku berikan sebaiknya. Aku meminta suami buat perjanjian bertulis menyatakan berapa duit nafkah dan giliran bermalam untuk aku. Aku sign je perjanjian tu.
Aku meminta duit nafkah advanced untuk bulan tu dan bulan seterusnya. Mana lah tahu lepas salam tangan tok kadi di Thailand nanti kut dia hilang ingatan atau kena love sc4m ke kan. Kemudian, aku berkata pada suami yang aku hadiahkan dia sebulan tak payah balik rumah aku dan pergiIah honeymoon sepuasnya dengan isteri baru.
Aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Bekerja dan urus anak. Hari minggu keluar pergi facial dan salun rambut. Anak, aku hantar ke rumah ibu mertua dan aku pergi jalan – jalan cari makan dengan kawan – kawan.
Kami pergi main bowling, hiking, main paragliding dan lain – lain aktiviti menyeronokkan. Kerja aku perabis duit suami. Aku minta suami bayar cleaner bersihkan rumah setiap 2 minggu. Cleaner akan bersihkan sawang di dinding, bersihkan akuarium, cuci porch, seterika semua baju kami anak beranak.
Sehari sebelum suami pergi Thailand aku minta suami penuhkan peti ais dengan barang basah dan segala haiwan termasuk ikan, ayam, daging. Aku juga minta dia penuhkan kabinet dengan barang – barang kering untuk dimasak. Toilettries termasuk sabun mandi, ubat gigi, losyen semua mesti suami sediakan stok sebulan.
Aku berikan suami layanan terbaik dan memenuhi fantasinya selagi tidak melanggar syariat. Malam tu suami kata dia macam nak batalkan perkahwinan tapi dia malu sebab dah berjanji dengan perempuan tu. Aku cakap kat suami takpe teruskan je perkahwinan korang. Saya okey je. Masa ni suami rasa bersalah dan berat hati.
Suami tanya kenapa aku tak marah? Aku tak sayang dia dah ke? Aku ada lelaki lain ke kat tempat kerja? Ada kawan sekelas minat aku ke? Ada lelaki yang dah menunggu isteri saya ni jadi janda ke? Hahaha, suami mula insecure.
Selepas aku berikan layanan exclusif buat kali yang terakhir sebagai satu – satunya isteri, aku sediakan beg baju untuk suami aku ke Thailand besok pagi. Aku seterika baju melayu untuk dia pakai menikah dengan perempuan tu. Suami hairan kerana tiada tentangan dari aku.
Suami bingung kerana aku tak buat drama dan menghebohkan ke semua orang. Walaupun aku sangat rapat dengan ibu mertua aku tapi aku langsung tidak cerita perihal anaknya. Suami tambah bingung. Dia bertanya adakah dirinya tidak penting bagi aku sehingga apa yang dia buat ini langsung tidak memberi kesan dan apa – apa makna?
Aku jawab, “u nak kawin, apa yang i boleh buat? I manusia biasa i bukan Tuhan. I boleh kawal diri i tapi i tak mampu kawal orang lain” Suami memeIuk aku dan minta maaf. Aku hanya diam dan menerima peIukannya.
Keesokan hari aku masak sarapan french toast dan kopi untuk suami. Aku hantar suami ke kereta dan salam tangan dia. Dia peIuk aku dia minta maaf pada aku dan katakan pada aku dia menyesal tapi dah terlanjur berjanji. Aku katakan padanya pergiIah, tak baik batalkan saat akhir.
Malam tu dia update pada aku dia dah selamat menikah. Dia kata padaku dia tak boleh nak menikm4ti malam dengan isteri baru. Dia minta aku wassap dia sepanjang malam. Aku layankan je. Kalau dia tipu aku pun apa je yang aku boleh buat kan? Lantak lah dia dengan his illusion and denial.
Seminggu kemudian dengan tidak disangka – sangka suami muncul di rumah aku. Aku beri dia sebulan honeymoon tanpa gangguan aku eh dia malam tak sampai seminggu sudah pulang. Alasan dia rindu pada anak. Suami kata dia dan isteri baru sudah bercerai.
Kini, aku yang bingung. Apa yang terjadi dalam masa seminggu ni? Hari tu nak sangat menikah. Dah menikah, tak sampai seminggu cerai pulak. Tak sempat nak rasa nikmat bermadu hahaha. Suami kata isteri barunya membandingkan dia dan bekas suaminya dahulu dari segi rupa, duit, kekayaan dan kemewahan.
Suami rasa diperlekeh kerana dia memang kalah. Ternyata bekas suami isteri barunya itu lebih kaya, punya beberapa biji kereta yang lebih besar dan mewah dan lebih kacak. Lalu, mereka pun bercerai. Aku? Aku meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pergi kerja, pergi sambung belajar, enjoy my motherhood, ambil gambar dan shoot video moment – moment indah dengan anak, shopping baju – baju cantik, shopping skincare dan mekap mahal – mahal semua guna duit suami.
Suami merasa bersalah pada aku. Suami menghadiahkan aku renovate rumah yang di atas nama aku ini. Suami buat flooring yang cantik, extend dapur aku menjadi lebih besar dan design cantik sesuai selera aku. Suami hire interior designer untuk make over rumah aku. Aku hanya menerima dan validate his ego. Tak baik tolak pemberian orang kan.
Apa sahaja aku minta semua ditunaikan. Aku tak larat masak, suami bawa pergi makan di restoran dan hotel. Aku tak sempat jemur baju kerana uruskan anak sekolah, suami belikan aku mesin basuh dan dryer supaya aku tak perlu susah payah jemur baju. Hujung minggu ada cleaner datang buat semua kerja rumah. Aku hanya masak, jaga anak dan layan suami.
Selang beberapa tahun, suami memberitahu ingin menikah lagi dengan seorang pekerja baru. Perempuan yang ni agak biadab, tak tahu malu kerana telah berhubungan badan dengan suami aku sebelum menikah. Aku rasa jijik dan im gonna lower down my standard kalau bermadu dengan perempuan spesis sundal seperti ini.
Aku isteri terhormat dan tidak perlu bersaing dengan sesiapa. Aku dinikahi dalam negara melalui prosedur yang betul dan diraikan oleh kedua – dua keluarga. Aku sudah menang tanpa bertanding. Isteri yang dinikahi dengan cara terhormat tidak perlu bersaing dengan isteri yang dinikahi di Thailand atau yang melayan nafsu serakah suami orang tanpa perlu menikah. Iya kan?
Kali ini aku nekad bercerai. Aku tidak mahu hidup dalam keadaan rumahtangga yang t0ksik. Aku menjauh dari suami. Ini kerana suami mula menyebar fitnah terhadap diri aku dan membuka aib kekurangan aku di sosiaI medianya.
Suami tanpa segan silu bercerita ke orang perihal kekurangan aku ibarat dia seperti manusia paling sempurna. Aku tidak membaIas perbuatannya. Aku screensh0t posting – posting yang mengaibkan aku untuk digunakan di mahkamah. Suami jadi hairan kenapa aku tidak membaIas dengan membuka aibnya juga di sosiaI media.
Aku tetap diam dan meneruskan kehidupan tanpa suami kerana dia sudah tidak pulang ke rumah selepas dia memukuI aku dan anak tempohari. Aku membuat laporan polis, mendapatkan rawatan di hospitaI, aku mengambil laporan perubatan tersebut dan aku berikan segalanya beserta bukti kepada peguam.
Sejak kejadian itu, aku telah sekat nombor telefon suami. No contact access denied dan aku menjauhkan diri. Aku serahkan pada peguam untuk uruskan semua. Aku perempuan yang hanya ada 1 akal, penatlah kalau nak fikir semua benda kan. Lelaki kan ada 9 akal, biar dia fikir dan selesaikan masalah. Kita perempuan tinggal diam, sit back and relax, enjoy je.
Suami aku? Sem4kin sakan post kebahagian dengan perempuan lain. Aku? Langsung tidak terkesan. Aku hanya mendengar perkembangan dia dan posting – postingnya dia dari orang – orang sekitar aku yang menyampaikan. Aku? Tenang saja lah. Nak buat apa lagi kan? Tak kan nak merentan pulak lagi kenyang lah ego dua makhluk tu nanti.
Aku bertindak menjual rumah yang suami dah fully renovate. Peguam aku adalah kawan kepada suami. Peguam cerai aku juga adalah kawan baik suami. Kali ni aku bagi suami rasa terkhi4nati bila kawan – kawan lelaki dia yang membela aku di mahkamah.
Aku beli kawan – kawan dia menggunakan duit dia yang aku kikis dulu. Suami mula tidak senang duduk. Surat cerai sudah sampai di rumah ibunya. Kini seluruh keluarga telah mengetahui perihal kami. Aku tetap tenang.
Tanpa diduga, suami menaw4rkan pendamaian. Dia berjanji tidak akan curang dan segera meninggaIkan perempuan tersebut. Aku juga boleh meminta dibelikan apa sahaja dan berapa pun jumlah wang asalkan aku tarik balik permohonan cerai.
Sorry dear, kali ni harga isterimu ini sudah tidak mampu kau bayar. Harga aku sudah jadi terlalu tinggi untukmu bayar. Aku menolak taw4rannya. Suami jadi sem4kin marah dan tidak boleh menerima rejection tersebut. Dia bertindak menyekat sumber kewangan aku. Aku tenang saja kerana telah mempunyai persediaan kewangan yang mantap.
Aku juga punya kerjaya yang bagus dan gaji yang lumayan. Aku masih muda dan cantik. Badan juga masih solid dan alignment tak lari banyak kerana hanya melahirkan seorang anak. Aku merawat diri dengan baik. Aku pergi gym bersenam dengan coach professional. Aku pergi beauty clinic repair apa yang patut. Aku cantik, muda, bekerjaya, beauty with brain, pakej lengkap.
Kenapa aku perlu rasa tergugat dengan kehadiran seorang sundaI? Suami yang rugi kerana kehilangan aku, anak dan rumahnya. Alhamdulillah aku menang semua kes mahkamah. Peguam aku sangat handal. Tak sia – sia bayar mahal. Suami aku kawan baiknya jadi mestilah peguam aku tahu bagaimana cara terbaik untuk handle masalah kami.
Selang beberapa minggu aku dan suami bercerai, aku mendengar perkhabaran yang bekas suami telah bercerai dengan perempuan tu. Duda ku mula mencari aku dan anak. Dia menyesali perbuatannya dan meminta aku kembali.
Reaksi aku? Aku hanya diam dan tenang. Aku tiada d3ndam. Telah aku lepaskan dia dan semuanya ke langit untuk diuruskan oleh Tuhan. Biarlah dia menikm4ti rasa penyesalan itu seumur hidup. Aku perbaiki diri. Bekas suami kata aku banyak kurang di sana sini, jadi aku perbaiki diri aku supaya nanti suami baru dapat aku di versi yang lebih baik.
Kembali kepada bekas suami? Oh tidak. Seperti mana alasan bekas suami aku dulu curang kerana mahu merasa bagaimana dilayan oleh perempuan lain, Aku juga mahu merasa dilayan oleh lelaki lain. Apakah ada beza layanan setiap lelaki? Tentunya lelaki baru nanti dengan ciri – ciri upgrade yang lebih baik dari sang mantan.
Sekali curang, mungkin tersilap. Dua kali curang, itu dah jadi tabiat. Kalau curang berkali – kali itu pasangannya yang goblok. Be a black cat, not a golden retriever. Dia nak curang? Biarkan. Men and his ego memang tak boleh dipisahkan.
By The way, Dia yang rugi hilang aku. Dia akan mencari aku dalam setiap perempuan yang dia jumpa selepas ni. Sebab apa? I have set a very high benchmark as his wife previously. – Black Cat (Bukan nama sebenar)