
Aku cari suami aku, ikut dia pergi mana. Sampai aku kejar dia malam – malam sebab nampak dia naik kereta dengan perempuan tu entah nak pergi mana. Aku tunggu dia balik tetap dia nafikan. Aku cari perempuan tu dan ajak jumpa…
#Foto sekadar hiasan. Hi, isu curang dalam rumah tangga akhir – akhir ini memang tengah hangat. Aku hanya ingin menceritakan kisah kecurangan suami aku pada tahun 2019, dan 3 tahun usia perkahwinan kami pada masa itu. Kisah ini bermula semasa suami aku bekerja di sebuah syarik4t yang terkenal juga di daerah tempat aku ni.
Aku sangat bersyukur dia dapat kerja yang baik dan gaji boleh dik4takan tinggi. Dia bagi nafkah terlebih cukup untuk aku, dan kami beli kereta kedua, senang untuk aku pergi mana – mana kalau aku bosan dekat rumah. Ya, kami belum dikurniakan zuriat lagi pada masa itu.
Setelah dia mendapat kerja yang stabil, aku decide untuk berhenti kerja. Suami aku selalu balik lewat malam sedangkan syarik4t dia waktu bekerja hanya ikut office hour. Tapi masa tu aku tak ambil kisah sangat sebab position dia pun berkaitan dengan complaint customer, dan ada kaitan dengan sales tempat kerja dia.
Pada satu malam, suami aku balik dari kerja dan ada WhatsApp masuk. Berder4u d4rah aku bila aku baca chat dari seorang perempuan yang berbunyi, “Abang esok jangan lupa kita jumpa pagi”. Dia save nama perempuan tu A. Malam tu aku tak boleh tidur. Banyak benda yang aku fikirkan. Aku tak sedap hati.
Esoknya weekend dan dia tak bekerja. Dia ajak aku keluar tapi dia cakap dia nak singgah dekat satu mall ni. Btw, syarik4t yang suami aku kerja ni ada buka showroom dalam mall tersebut. Then aku pun ikutlah dia pergi showroom tersebut. Dia jumpa dengan seorang sales perempuan (Chinese).
Sales tu bercakap dengan dia ada customer complaint itu ini, then suami aku kena settlekan masalah tersebut. Tapi air muka perempuan tu nampak lain bila dia nampak susuk tubuh aku bersebelahan dengan suami aku. Tapi masa tu aku tak terfikir apa – apa sebab dia Chinese.
Hari berganti bulan… mungkin Allah nak tunjuk yang suami aku curang. Kantoi bila aku buat WhatsApp Web, muncul nama A. Aku tak tahu kenapa hati aku tergerak untuk buat WhatsApp Web. H4ncur hati aku bila si A tu chatting ajak berjumpa di tempat parking mall yang dia kerja tu.
Suami aku selalu akan stay dekat office dulu then baru akan keluar site. Si A chat lagi dengan suami aku minta datang rumah dia sebab dia baru berpindah then minta suami aku untuk tolong. Aku tanya suami aku, apa hubungan dia dengan A tu.
Dia cakap kawan kerja. Aku memang tak expect lah sebab A tu Chinese. Tapi conversation dorang memang nampak tengah bercinta. Aku dengar segala call recording memang rasa jijik sangat perbualan mereka. Aku ada buat finder dekat number telefon suami aku, dan aku selalu check lokasi dia.
Yelah, dulu mana ada apps macam sekarang kan, so memang kredit aku habis find dia je lah. Oh ya, WhatsApp Web tu dah kantoi dari suami aku, maybe dia dapat notification aku on kot. Memang berg4duh besar masa tu. So memang aku tak dapatlah tengok conversation dia lagi, tapi jalan aku ni mudah je Allah nak tunjuk satu – satu.
Aku find suami aku, follow dia pergi mana sampai aku kejar dia malam – malam sebab nampak dia naik kereta dengan perempuan tu entah nak pergi mana. Aku menangis sambil drive, hati aku s4kit sangat masa tu. Aku tunggu dia balik untuk explain, tetap dia nafikan. Aku cari perempuan tu dan ajak berjumpa.
Ayat dia mula – mula jumpa tu, si A cakap yang dia ingat suami aku tu tak kahwin lagi. Aku cakap lah cincin dia pakai tu dah bukti dia dah kahwin. Then dia cakap akan jauhkan diri dia dari suami aku. Tapi tu hanya alasan untuk aku tak follow dia berdua.
Sampai ada satu hari tu, lokasi suami aku dekat rumah perempuan tu. Rumah dia apartment, kalau nak masuk kena ada access card. Masa tu kaki aku tak kuat nak melangkah. Aku cuba juga nak berdepan dengan situasi tu, entah aku ni dapat kekuatan dari mana pun aku tak tahu.
Aku tunggu dekat bawah tapi aku memang tak boleh nak masuk unit tersebut. Masa tu mata aku dah berair, jantung laju je rasa. Ada seorang abang ni dia nak naik lift then dia pelawa aku naik sekali sebab dia tanya aku tunggu kawan ambil ke. Aku angguk.
Btw, aku tahu alamat perempuan tu pun dari notes suami aku, dia duduk tingkat berapa dan nombor rumah apa. Aku terus tekan bell tapi si A tu memang tak buka pintu. Aku check lokasi, memang suami aku dalam rumah tu. Lama aku tunggu dekat luar, tapi disebabkan aku tak nak buat kecoh aku turun dengan luluh hati.
Tiba – tiba aku nampak suami aku dekat basement. Aku tanya dia, macam biasa dia hanya diam seribu bahasa. Dia suruh aku balik rumah, tunggu dia dekat rumah. Bert3ngkar besar lagi kami malam tu. Aku minta penjelasan dari A kenapa allow suami aku masuk dalam rumah dia.
A cakap bincang pasal kerja sebab dia tak sihat nak keluar. Dan hari tu juga… rupanya… Yang buat aku sedih lagi bila dapat tahu suami aku resign dari tempat kerja dia then buka syarik4t sendiri berdua dengan si A tu. Lagi la memang akan berkepit 24 jam, tanpa tanya pendapat aku untuk resign. Kalau aku tahu dari awal memang aku takkan bagi lah dia resign kan.
Hati aku seh4ncur – h4ncurnya dan aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Hampir hilang kew4rasan aku masa tu, seperti tak terurus langsung. Aku hanya boleh berdiam dan redha je dengan apa yang mereka buat belakang aku, entah yang aku tahu dan yang aku tak tahu.
Aku hanya berdoa supaya suami aku berubah. Memang sejadah peneman hidup aku. Aku memang tak pernah cerita buruk suami aku dekat siapa – siapa. Dan akhirnya syarik4t yang dorang buka tu tak ada sambutan, hanya bertahan 6 bulan je.
Suami aku pun decide untuk kerja tempat lain. Si A buat haluan sendiri. Nombor telefon si A pun aku dah block. Aku dapat tahu juga si A dah ada boyfriend lain. Sebab aku pernah cakap dekat suami aku, si A tu Chinese, adakah dia sanggup nak masuk Islam? Suami aku cakap tak. Tapi aku tak tahu apa motif hubungan mereka.
Pernah sampai si A tu m4buk (minum ar4k) sebab suami aku ignorekan dia. Dan pernah juga dia tulis ayat panjang – panjang meluahkan segalanya, bagitahu dia s4kit bila tengok suami aku jauhkan diri dari dia. Selepas kejadian tu, suami aku berubah. D
ia hanya bekerja macam biasa, balik rumah awal, weekend habiskan bersama aku, dan kami masih belum mendapat zuriat. (Aku pernah gugur 3 kali). Kami cuba untuk perbaiki apa yang kurang. Aku support hobi dia, dan dia pun support hobi aku juga.
Aku masih lagi check handphone dia sampai sekarang. Bukan tak percaya, tapi aku tr4uma jika benda ni akan berulang lagi. Dugaan dapat tahu suami curang ni memang terasa bagai pis4u tusuk terus ke dalam hati. Aku tak tahu hati aku ni ikhlas ke tidak maafkan dia.
Tapi aku bersyukur dia betul – betul dah berubah. Mungkin sebab aku cinta pertama dia, dan dia hanyut bila ada wanita lain pula yang menggoda dia. Cuma sekarang ni bila aku baca kisah – kisah kecurangan pasangan lain, aku jadi tr4uma dan aku rasa macam aku tak boleh nak melupakan semua tu. Tolong doakan ik4tan perkahwinan kami berkekalan hingga hujung nyawa walaupun kami tiada zuriat lagi. Terima kasih sudi membaca. – Daisy (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Sofia Leen : Forgiven, not forgotten. Memang kisah kecurangan suami ni, kita akan ingat sampai bila – bila. Apa yang dia buat tu amat s4kit dan jahat. Tapi, itu lah jalan hidup yang Allah dah aturkan untuk kita. Semua ni pengalaman.. Pujuk diri, serah sepenuhnya pada Allah. Kita jaga diri kita dan jangan buat apa yang Allah tak suka. Tu je. Hmmm.. Bila kita dapat hadapi saat pahit itu, insyaAllah akan datang yang manis pula lepas tu.
Mashitah Mashie : Woww… speechless.. Baca confession u ni I punya emosi macam rollercoaster… Hidup ni penuh dengan ujian. Setiap dari Kita punya ujian hidup masing – masing. So I doakan semoga both of you dapat baiki hubungan dengan lebih baik. Nak Bina BALIK trust Tu tak mudah tapi tak salah mencuba.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.