
Aku ajak suami main JutaRia, nak gelak – gelak tapi dia kata taknak. Bila adik beradik dia ajak main, laju je ‘on’. Gelak besar, happy tak ingat dunia. Aku ajak tengok wayang. Dia kata, bosan, tak minat. Tapi bila adik beradik dia ajak, bukan main semangat…
#Foto sekadar hiasan / AI. Kadang – kadang aku tertanya, salah ke aku sebagai isteri nak harap sikit kasih sayang dari suami sendiri? Aku tak mintak rumah besar, barang mahal, apatah lagi hidup macam dalam drama. Aku cuma nak masa dengan suami aku. Itu je.
Tapi dalam rumah tangga aku, benda kecik macam tu pun rasa susah sangat nak dapat. Aku ajak laki aku main Juta Ria, nak berdua gelak – gelak walaupun tak ada duit sangat. Tapi dia kata tak nak. Letih katanya. Tapi bila adik beradik dia ajak main, laju je ‘on’. Gelak besar, happy tak ingat dunia.
Aku tengok dari jauh, senyum dalam hati yang pedih. Salah ke aku terasa? Aku ajak tengok wayang. Dia kata tak suka, bosan, tak minat. Tapi bila adik beradik dia ajak, bukan main semangat. Siap tanya aku nak ikut ke tak. Tapi hati aku dah taw4r masa tu.
Rasa macam diri ni tak cukup penting untuk dia luangkan masa dengan rela hati. Kena p4ksa baru layan. Aku sedih sangat. Tapi aku diam. Telan sendiri. Ajak makan pun sama. Aku ajak makan benda biasa je, kadang – kadang teringin ayam Korea.
Tapi dia kata duit tak cukup. Atau dia letih. Tapi bila family dia ajak keluar makan, terus siap. Dengan aku? Makan juga, tapi bukan yang aku teringin. Asyik benda sama yang aku masak hari – hari. Aku tahu dia penat, aku faham tak ada duit. Tapi yang aku nak tu sebenarnya bukan makanan tu. Aku nak rasa dihargai.
Masa aku s4kit dulu, mengandung tapi kandungan tak jadi. Keguguran. S4kit ya Allah, bukan setakat fizikal, tapi emosi pun h4ncur. Aku menangis tahan s4kit, tapi dia boleh gelak besar dengan adik beradik dia kat luar. Masuk bilik, aku tengah baring tahan s4kit, dia cuma kata “tak tahu nak buat apa.” Aku rasa sorang – sorang sangat masa tu.
Aku duduk rumah mertua. Banyak masa aku terperap dalam bilik je. Sunyi. Bila dia masuk, dia cakap bosan. Tapi bila aku ajak ronda naik motor pun tak apa, pusing kampung pun aku dah gembira. Dia kata bosan. Tak tahu nak pergi mana. Ajak ronda malam, dia kata esok kerja, penat.
Tapi kadang – kadang lepak sampai pukuI 1-2 pagi. Katanya “bukan selalu pun”. Tapi aku pun bukan hari – hari ajak. Pasal duit pun aku tak merungut. Aku sanggup masak nasi goreng, bihun, mee, bawa makan kat tepi pantai ke, taman ke. Janji ada masa berdua.
Tapi dia kata, “memang dah berdua pun.” Bila keluar berdua katanya sendu. Aku sedih sangat, Ya Allah. Aku cuma nak masa dengan dia, itu je. Ajak berbincang pun susah. Baru nak cakap elok – elok, aku dituduh nak cari g4duh. Aku TTC dah lebih 3 tahun. Aku sorang je usaha. Dia langsung tak ada usaha.
Ajak makan supplement, dia buat tak tahu. Ajak pergi klinik, dia kata malas. Bila aku down, emosi penat, aku menangis sorang – sorang. Tapi aku masih tahan sebab aku sayang rumah tangga ni. Sejak abah aku meninggaI, aku cuma ada dia.
Aku tak pernah mintak nafkah. Sebab tahu kalau minta pun, susah nak dapat. Apa dia bagi, aku terima je. Alhamdulillah, makan pakai cukup. Aku tetap buat tanggungjawab macam biasa. Bab bersama pun aku paling semangat layan dia. Tapi dia layan aku macam tak sudi. Kadang – kadang rasa dia terp4ksa je.
Aku rasa aku ni cuma isteri yang jaga makan pakai, tukang masak, tukang lipat baju. Kalau dia nak berseronok, dia dengan family dia. Dengan aku? Cari bila lapar, bila nak barang, bila nak tidur. Masuk bilik, baring, main telefon, lepas tu tidur.
Esok pagi suruh aku cas telefon sebab nak pakai esok. Kadang – kadang aku fikir, aku ni tak bersyukur ke? Tapi bukan… Aku cuma nak masa berdua dengan dia. Duduk dengan ayah mertua tak sama dengan duduk berdua. Tapi dia tak faham. Dia tak nak sewa luar sebab kos tinggi.
Aku faham, aku terima walaupun banyak benda yang buat aku sedih dan terasa. Dia kata kat rumah pun dah banyak masa berdua. Tapi hakik4tnya? Dia anggap aku membebankan. Bila aku senyap, dia kata aku murung. Bila aku cakap, dia kata aku drama.
Kadang – kadang rasa macam aku ni tak penting. Rasa dia simpan aku sebab kasihan. Atau sebab dah terlanjur kahwin. Supaya aku sendiri yang undur diri. Bila g4duh, semua salah aku. Bila aku cuba bertahan, dia tetap tak nampak usaha aku.
Tolong nasihat aku. Apa salah aku? Apa aku patut ubah? Mungkin aku terlalu berharap. Mungkin aku isteri yang tak tahu bersyukur. Tapi aku cuma nak jadi isteri yang disayangi. Bukan sekadar yang disimpan.
Komen Netizen:
Little Ara : Nasib kita takkan berubah selagi kita sendiri tak nak berubah. Cuba cari kerja. Bila ada duit sendiri, boleh enjoy sikit, ada kawan – kawan tempat sembang. Jangan kejar – kejar suami. Dia rimas. Buat tak tahu je dulu. Nanti kalau dia sayang, dia cari balik. Tapi kalau tetap sama, “angkat kaki je lah.”
Solat hajat, doa sungguh -s ungguh kat Allah. InsyaaAllah, bantuan akan datang dari arah tak disangka. Hidup ni untuk bahagia. Kalau dah tak rasa bahagia, tinggalkan je. Awak layak dapat lebih baik. Lelaki yang betul – betul sayang isteri takkan layan macam tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.