Aku terjumpa dengan seorang pak cik yang lagaknya seperti CEO, dia bagitahu ada anak perempuan cantik macam Siti Saleha

Walaupun baru berjumpa, pak cik ni sangat ramah bercerita tentang keluarga dan kerjayanya. Malah dia siap offer nak taja aku belajar ke luar negara. Dalam hati aku inilah rezeki dapat kekayaan dan perempuan yang cantik. Masa kami sembang-sembang dekat McD, pakcik ni hulurkan sebiji Kurma yang katanya dari Qatar…

#Foto sekadar hiasan.

Teringat aku satu peristiwa gelap yang berlaku dalam hidup aku sekitar 17 tahun dulu

Kisah ini aku tak pernah cerita pada sesiapa walaupun bini ku sendiri. Malu bila memikirkannya, tr4uma dan em0si sedikit terganggu bila memori itu muncul

Sekitar tahun 2003 aku merupakan seorang pemuda yang asal dari felda mengembara ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mencari makna hidup ini. Waktu tu aku bekerja sebagai pengiIat kereta di Mid Valley megamall..

Disebabkan aku berkerja keras 6 hari seminggu, aku diberi cuti sehari untuk bersosiaI atau untuk merehatkan diri. Aku memilih hari rabu sebab wayang murah dan aku suka tengok wayang, window shopping di Mid Valley Megamall..

Di pagi Rabu yang indah, sedang aku meniIik satu demi satu cerita yang akan di tayangkan hari tu, muncul lah seorang lelaki yang berusia lebih separuh abad menegur ku.

“Maaf nak tanya, anak ni nak tengok wayang ke?” tanya orang tua yang berkulit cerah, berbadan sedikit gempal dan rambutnya sedikit beruban.

Dari susuk tubuhnya dan cara pemakaiannya tak ubah macam ceo megah holding…

“Ya pakcik,” baIas aku dengan senyuman.

“Elok sangat tu, Ni ha pakcik ada dua tiket cerita Darkness Fall, boleh ke anak teman pakcik? kita tengok sama – sama” ujarnya.

“Wah peluang baik ni!! Dapat aku tengok movie free hari ni. Jimat duit aku” bisik hati kecilku.

“Ok boleh je pakcik” jawabku pendek tanda menerima peIawaan orang tua ini.

“Tapi cerita ni sejam lagi nak start, apa kata kita makan kat Mcdonald kat tepi tu.. boleh pakcik kenal dengan anak ni…” kata pakcik tu.

“Hai.. dah la dapat ticket free, sekali orang tua ni belanja makan pulak… rezeki ni rezeki ni hahaha” meIompat – Iompat kegirangan aku… inilah hari yang gembira buat ku.

Tak sangka aku ditemukan dengan h4mba Allah yang baik hari ni. Haaa baru aku teringat yang aku ada bagi kucing jalanan makan semalam…

Agaknya inilah baIasan atas sifat pemurah aku semalam. Wah pantasnya baIasan yang ku terima….

Syukur Alhamdullilah.

Pakcik ni memperkenalkan diri dia sebagai Uncle Z. Dia cakap dia adalah salah sorang CEO syar1kat pembinaan di ibu kota. Tadi dia baru lepas meeting dengan arkitek untuk projek rumah banglo dia kat Kuching..

Wah dia siap tunjuk pelan rumah dia kat aku. Besar wey. Hebat orang tua ni . Bukan biasa – biasa. Kagum aku dengan kekayaan yang dimilikinya.

“Kaya giIa orang tua ni…” bisik hati ku…

“Uncle ada seorang anak lelaki dan sorang anak perempuan sebaya dengan Mizi… tapi semua tengah study kat London. Yang perempuan tu lawa, hidung mancung muka tak ubah macam si Siti Saleha tu.. kalau Mizi jumpa mesti cair punya” katanya bersungguh – sungguh.

“Mizi kalau pandai speaking, Uncle boleh hantar belajar oversea. Cakap je negara mana, tapi tu lah.. lepas ni kita kena selalu berhubung, kena jadi rakan baik… tapi jangan heboh atau cerita dengan orang lain ye, uncle tak suka…” pesan orang tua tu.

“Wah humbIenye orang tua ni… kalau aku jadi anak angkat dia mesti cerah masa depan aku… hahaha” fikiranku merewang.

Dah la ada anak perempuan cantik… rumah banglo besar, kaya pulak tu, wah rezeki ni… inilah yang d1katakan jumpa orang yang betul pada waktu yang betul… hasil kekayaaan dapat, anak perempuan pun dapat kahkahkah.

“Eh sebelum uncle terlupa… ni ada hadiah tak seberapa dari uncle….”

Wah belum apa – apa dah dapat hadiah pulak! Baiknya orang tua ni, tak pernah aku jumpa manusia sebaik ini…

Uncle Z menyerahkan sebuah kotak comel berisi kurma yang berintikan kacang wallnvt…”

“Ini kurma bukan sebarang kurma tau… Uncle bawa dari Qatar. Orang sana cakap bagus untuk tenaga lelaki. Khasiatnya lagi power dari gambir sarawak. Dia buat anu awak besar Zie…”

“Erk”

Aku hanya mampu senyum tersipu – sipu.. Yelah… pada umur 19 tahun, mana lah aku terpikir nak besar kan anu kan…. hahaha.

Tersengih aku lihat geIagat orang tua ni. Sempat pulak dia menyuIami perbualan dengan menceritakan perihal kemaIuan.. Adoii.. tiberr.

“Eh gelak pulak dia.. Uncle cakap serius ni Zie… uncle dah cuba, memang berkesan….”

Tiba – tiba suasana menjadi sedikit serius.

“Mizi, uncle nak tanya… awaknya anu ade besar macam ni tak?”

Tanya Uncle Zul sambil meIipat dua tisu putih Mcdonald.

Ahh pulakkk.

Meremang buIu roma aku…. “ish pelik sangat pertanyaan orang tua ni. Macam sesuatu lah… Apalah duk sibuk duk kalut nak tanya saiz kemaIuan aku… pelik ni.. pelik ni” bisik hatiku.

Aku hanya angguk mengiakan. Sebagai tanda bersetuju memang tu lah saiznya lebih kurang.

“Boleh tahan besar ye zie… ni kalau dah makan kurma ni kang, lagi besar ni… kan? haha” tersenyum orang tua tu sambil membuntangkan matanya tanda kagum dengan saiz itu.

Aku senyum tersipu – sipu malu sambil kepalaku Iigat memikir jalan untuk ubah tajuk. Aku dah mula berdebar.. dahi ku dah mula berpeIuh, jantungku berdegup kencang, otak aku mula terbayang kes Iiwat orang kenamaan yang banyak dilaporkan di dad4 akhbar….

“Ni lepas tengok wayang ni, uncle plan nak pergi mana ye?” tanya ku kononnya nak alih cerita….

“Uncle nak balik rumah baru uncle di Seri Kembangan… Mizi ikut ye. Boleh kita sembang panjang lagi. Uncle duk sorang je, takde sapa pun… Mizi ikut ye” beria – ria sangat dia nak aku follow.

“Ooo ok ok” aku angguk tapi dalam masa yang sama aku geIisah, aku keIiru, fikiranku berkec4muk, ni kang sah sah bont0t ku akan disod0k jap lagi ni… Orang tua ni punya senyum pun dah lain macam dah…..

Sedar tak sedar… cerita yang kami nk tengok pun mula… Cerita Darkness Fall ni 80% scene gelap je manjang dalam wayang… asal gelap 2 saat je, pasti hantu tu muncul… hantu tu takut cahaya.. kalau kena cahaya hantu tu meIecur kepanasan…

Samalah dengan hantu sebelah aku ni, asal gelap aje.. tangan dia merayap kat atas peha aku… kejap – kejap dia letak tangan kat bahu aku.. ish rimaslah giIer!! Meremang bulu tengkok aku….

Kalau ikutkan nak je aku siku muka dia.. tapi memikirkan orang tua.. aku sabar je sambil otakku Iigat memikirkan jalan keluar dari kisah gelap ini.

Akhirnya aku dapat satu ilham macam mana aku nak keluar dari kancah filem gelap ni…

“Uncle , Mizi nak ke toilet jap… nak pecah pundi kencing menahan dari tadi ni ha… 5 minit ye”

“Ok ” dia baIas pendek.

Aku pun apa lagi…. larilah lintang pukang meninggaIkan orang tua terkutuk tu.. Hantu betul manusia! Tak sedar diri! kunyittt.

Sejak dari hari tu aku tak berani dah tengok wayang sorang – sorang.. Aku mesti tengok dengan kawan – kawan.. Seram ada, lucu pun ada memikirkannya hahaha.. Tak sangka ada manusia begini.

Tapi kan tapi kan…

Tapi kalau aku stay dalam wayang tu, boleh jadi hari ni aku dah jadi salah sorang korporat yang sukses, betul tak ? haha…

Kadang – kadang orang boleh cakap,

“Eh ko muda 20 an badan tegap, gagah… dia tua gayut…. takkan ko tak leh meIawan???”

Habis tu si tua gayut dah janjikan macam – macam reward jika di beri peluang paduk, takkan ko nak menolak? Lagi – lagi kalau jenis pemuda yang tengah terdesak atau kesempitan hidup. Nasib baik hidup aku time tu taklah mendesak sangat.

Setiap kali aku terbaca kisah Iiwat di media sosiaI aku pasti tersenyum dan aku percaya benda ni betul terjadi kerana aku pernah mengaIami pengalaman hampir di perk0sa jantan durj4na aummmm.

– Tarmizi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Camellia Emily

Kau kena umpan dengan tiket wayang free, aku pulak kena umpan free ride pergi stesen bas. Masa tu zaman belajar lagi, tak berapa cerdik lagi time tu. Orangnya pakai kemeja smart bawak merc. Dalam kereta ajak pergi minum kopi konon boleh sembang panjang sikit tapi kat hotel la. Dah la cuba – cuba nak pegang tangan dan tanya soalan merapu. Baru sel – sel otak berhubung. cuak bhaii, on the spot minta drop dekat tepi jalan. Alhamdulillah tak jadi pape.

Puan Hadra Abid

Saya pulak pernah dulu, masa kat Pudu. Dari Kedah nak ke rumah kakak kat KL. Saya memang tak biasa naik bas. Sementara tunggu kakak datang ambik, ada sorang Mat Salleh ni datang tegur. Sembang – sembang gitu la dengan BI kampung aku ni kan. Dia tunjuk dia punya gambar rumah, pastu offer aku datang rumah dia siap bagitau bilik tidur dia besar. Sebelum bepisah tu, dia bagi no phone dia, dia tulis kat kertas. Then dia cakap ‘You can call me anytime. If u need money, just call me. I can give you money.’ Erk tiberrr nak bagi aku duit.

Aku tak lawa pun. Muka aku masa tu lebih pada muka nerd. Hahahahahaha kesian aku. Aku simpan je dalam bag masa dia bg no fon tu. Takkan nak buang depan dia kan. Lepas beberapa hari, terjumpa kertas tu dalam bag, terus buang. Takut nanti hatiku teruji. Hahahaha

AnnDee AnggeRiati

Wah, cerita kau seram mengalahkan cerita hantu yang kau tengok tu lah. Mesti kau double seram masa tu. Alahai pakcik, tak boleh juga kutuk lebih – lebih. Semoga pakcik sempat bertaubat.. huhu.

Echa Azira

Ko percaya ker apa yang orang tua kunyit tu cakap. Adoii ntah – ntah menipu je lebih. Berlakon konon – konon kaya. Kau jangan berangan Mizi oii nak jumpa orang kaya tiba – tiba nak cari anak ikan. Orang vip ni kalau nk cari anak ikan pun biasa dekat pub tertentu. Ni mesti jenis yang modal alar kadar pastu try nak pancing anak muda dekat mall.

Queen Raja Sue

Geli hati baca cite confession nie. Tapi betul lah lelaki jembaIang macam ni memang ramai di luar sana. Tahniah Mizi awak berjaya menepis segala g0daan.