Saya penat dua tahun duduk rumah keluarga mentua. Dari pagi sampai malam tak habis dengan kemas rumah. Toto selimut tak berlipat. Pakaian kotor biar merata. Kakak ipar pun hantar anak – anak minta saya jaga. Bila saya luahkan pada suami, dia pertikaikan keikhlasan saya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan aku share cerita ni, bukan nak buka a1b family mertua aku. Aku lebih kepada nak minta pendapat korang and nak korang doakan aku moga aku terus kuat lalui hari – hari mendatang.
Aku Rose (bukan nama sebenar). Berumur lewat 20-an dan berasal dari selatan tanah air. Sudah berkahwin 2 tahun dan dalam tempoh tu aku dan suami menetap dengan family suami. Belum dikurniakan cahaya mata (Doakan aku ya).
Cerita bermula bila aku tinggal dengan family mertua. Ayah mertua dah lama meninggaI. Dalam rumah tu aku tinggal dengan dengan adik beradik suami. Suami ade adik lelaki dua orang. Bujang.
Kakak suami sudah berkahwin, tinggal berdekatan dengan rumah MIL. Time kakak suami kerja, anak – anaknya seramai 3 orang akan dihantar ke rumah mak mertua. Aku pula tidak bekerja dan hanya ambil upah menjahit baju.
Rutin aku tiap – tiap pagi, macam biasa kemas rumah, basuh kain, masak, jaga anak – anak kak ipar sebab mak mertuaaku pun bekerja. Aku ada beberapa masalah duduk kat rumah mertua ni.
1. Tiap hari aku bangun, aku akan rasa tensi0n tengok keadaan rumah. Katil, tilam, selimut tak akan dikemas. Baju yang disalin dibiarkan bersepah, meIonggok sana sini dalam bilik termasuk pakaian dalam MIL aku yang dibiarkan berguIung dengan kain batik.
2. Bila part aku ke dapur, lagi haru – biru. Pinggan dan cawan dalam singki penuh, sisa makanan bersepah kadang, bancuh air, serbuk ke, susu ke, gula ke tumpah tak berlap sampai bersemut. Padahal malam sebelum tidur aku akan pastikan dapur bersih.
3. Masuk dalam bilik mandi, barang mandi ade yang jatuh, kat pintu bilik mandi seluar jeans adik ipar, seluar dalam dibiar bergantung. Belum lagi part kalau adik ipar bershaving. Penuhlah bilik mandi tu dengan bulu/ rambut merata.
4. Adik ipar aku kalau tengok tv atau buka radio memang buka kuat – kuat. Aku rasa jiran sebelah rumah pun boleh dengar.
5. Anak kak ipar kan aku jaga, so kadang – kadang mak mertua masuk campur urusan aku marah anak kak ipar kalau mereka buat nakaI.
6. Mak mertua aku ni kalau aku nak keluar makan dengan suami aku dia macam tak suka. Bagi dia macam membazir.
Mesti korang tertanya kenapa aku dan suami memilih untuk tinggal dengan family suami kan?
Pada mulanya memang plan nak tinggal sementara nak dapat rumah sewa. Tapi disebabkan faktor kewangan kami cuba bersabar.
Bila masuk tahun kedua, bila kewangan dah mula nak stabil, mak mertua pula tak bagi atas sebab – sebab yang aku tak dapat nyatakan.
Family mertua aku ni baik je sebenarnya. Sangat baik bagi aku. Tapi maybe mereka ni kurang common sense bagi aku.
Mereka tau je aku ni type macam mana bila mengemas, sebab mostly aku yang uruskan rumah, tapi entahlah. Aku kadang fikir mereka tak hormat, tak hargai apa yang aku buat.
Aku tau bukan senang nak ubah attitude orang sebab dari mak mertua sampai ke adik ipar semua macam tu. Apa yang aku harapkan adalah tolong peka dengan basic rutin sendiri. Bila ada reIatives datang rumah, boleh je mereka basuh pinggan, g4ntung tuala, volume tv kurang bagai.
Aku pernah je story dengan suami apa yang aku rasa. Mula – mula kahwin dulu suami pernah pertikaikan keikhlasan hati aku bila aku ungkit apa yang aku terp4ksa hadap dari pagi. But, slowly suami mula faham. Nak run satu rumah dengan attitude macam ni bukan mudah.
Aku tak pernah share benda ni dengan sesiapa. Sebab aku tau aku hanya menumpang. Aku pernah fikir nak bekerja dari duduk rumah hanya menjahit, tapi ada sebab kenapa aku tak dapat berbuat demikian.
Aku ada story kan pasal kak ipar aku yang duduk berdekatan. Kak ipar aku dengan suami dia biasa kerja kena outstation. So, mostly anak – anak memang akan tidur rumah mak mertua.
Mak mertua memang sayang cucu, tak berkira. Tapi aku tak tau mereka fikir atau tak macam mana aku jaga anak – anak ni dari pagi sampai petang. Penat! Part yang ni aku cuba tolak ansur. Aku fikir ni Iubuk pahala aku.
Aku sebenarnya hari – hari berdoa moga ada keajaiban untuk aku dan suami dapat pindah rumah sendiri. Aku inginkan privasi sebenarnya.
Aku nak bila aku tak sihat, aku tak payah kelam kabut kemas rumah, nak masak. Aku nak bila aku g4duh, teIagah dengan suami, family mertua tak dengar and mak mertua tak sibuk ambil tahu.
Aku nak bila aku teringin nak tengok tv, aku dapat goIek – goIek tanpa fikir segan atau malu dengan orang lain. Asal planning nak pindah je mesti tak jadi.
Korang doakan, bagi aku kata – kata semangat boleh? Aku kadang – kadang rasa down. Rasa penat berpura – pura macam aku okay run family mertua ni.
Aku macam takde me time, aku nak keluar jalan biasa kena tunggu mak mertua balik kerja untuk take over jaga anak – anak kakak ipar. Nak tunggu keluar dengan suami pun payah juga sebab suami susah dapat cuti.
Entahlah, ni la story aku. Doakan aku positif. – Rose (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Puan Salasiah : Ni pengalaman saya. sebelum kahwin saya cari rumah sewa. Awal – awal kahwin saya kerja. Masuk tahun kedua kahwin saya berhenti kerja. Dari awal kahwin saya duduk menyewa. Bayangkan masa tu gaji suami tolak epf dan socso tak sampai seribu. Dengan saya yang tak berkerja, duduk menyewa dan bil api air semua suami yang tanggung. Masuk tahun ketiga ambil kereta tapi second je la. Tambah hutang lagi tapi ajaibnya.
Bila kami susah ada sahaja yang datang menolong. Bersyukur sangat – sangat, setiap tahun suami naik gaji. Keperluan rumah sentiasa cukup tapi bezanya saya belum dikurniakan anak. Dah lima tahun kahwin, kereta pon dah habis bayar. Cubalah hidup berdikari di luar, Inshaallah rezeki tu sentiasa ada. Jangan pikir duit, duit memang tak akan pernah cukup.
Zhu Hkay : Keluarga suami dah rasa senang ada maid x bergaji… tu sebab dia tak akan hormat cari je kerja keluar dari masaIah orang .. mentua pun kerja kenapa yang muda duduk rumah.. jadi la seorang isteri untuk suami menantu pada mentua ipar duai untuk adik – adik suami bukan maid tanpa upah.. kalau jadi apa – apa kita tetap orang luar.
Syakirah Ke’ah Md Yusof
Sis tak dak anak, rezeki untung bab tu. Malam ni sis kena tekad, ni baru 2 tahun perjalanan panjang sis. Esok sis pergi buat resume photostep segala sijil ronda – ronda cari keja. Bila sis bekerja, sis ada kawan, sis ada gaji duit sis. Sis cri rumah yang kecik yang murah pon tak ape, bayar dep0sit. Segala kelengkapan beli second hand, shopee pon boleh, settel! Hidup menumpang adat macam tu sis, ni baru bunga – bunga ye, belom r1but t4ufan lagi. Allah ada, kita bukan derh4ka, pi pejabat agama pon dia akan cakap memang dituntut tinggal asing untuk kebahagiaan suami isteri…
Salsabila Abbas : Kawin sekadar nak jadi babu dalam rumah tu. Seronoklah mak mentua, adik – adik ipar dan kakak ipar ada bibik tak bergaji. Sebab tu mereka tak beri awak pindah. Kalau awak dah pindah siapa nak buat semua kerja rumah tu.
Pindah rumah. Kalau suami berlengah – lengah awak carilah rumah sewa dulu. Kalau dia tak nak pindah juga, awak keluar cari kerja. Kuatkan semangat sayang diri sendiri. Jangan biar orang pij4k kepala awak. Belajar jadi cerdik sikit.
Eyda Naan : Pandangan saya lebih baik pindah. Suami kene paham dan ada nilai beIas ihsan dan tolak ansur dengan keselesaan isteri. Tambah pulak awak ada adik ipar lelaki dalam rumah tu. Tolong kesiankan diri sendiri dulu sebelum nak kesian kat orang lain.
Bahagia awak, awak yang tentukan bukan org lain. Kita hidup cuma sekali dan berhak untuk rasa bahagia. Jangan sia – siakan, takut nanti mak1n meIarat dan boleh menjejaskan hubungan awak dan suami awak pulak.
Benda ni tak akan selesai kalau awak terus bertolak ansur macam ni. Sudahnya awak yang s3ngsara, memend4m rasa dan memakan diri awak dari dalam. Renung – renungkan la.. Semoga awak dikurniakan kekuatan, ketabahan dan boleh mengecapi bahagia awak bersama suami. Aamiinn