Sampai sekarang aku dan kakak tak upload gambar kami dekat FB takut jadi m4ngsa dengan ibu sendiri!

Aku ingat lagi masa aku belajar di universiti tempatan. Mak kerap minta gambar aku. Katanya rindu nak tengok gambar aku. Sehinggalah satu hari aku balik rumah dan pinjam HP mak dan aku tengok penuh gambar – gambar aku dan kakak dalam mesej whatsapp mak dengan jantan lain…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Tak tahu nak mula macam mana. Aku dibesarkan dengan keluarga yang kurang didikan agama. Adik beradik aku 4 orang kesemuanya. 3 perempuan dan seorang adik lelaki. Aku anak ketiga. Umur aku sekarang da 33 tahun.

Kehidupan masa kami kecil memang susah. Tapi mak ayah tetap usaha cari rezeki buat kami sekeluarga. Tapi masa aku kecil lagi mak ayah aku jenis tak pernah ambil tahu hal pelajaran mahupun hal agama.

Kami adik beradik usaha sendiri. Sehingga belajar solat pun kakak aku yang sulung yang ajar kami adik beradik. Itu pun belajar dari panduan buku solat dan juga belajar dari sekolah.

Kami adik beradik berdikari sendiri. Bayangkan aku umur 5 tahun da pandai masak sendiri. Balik sekolah tadika aku tumpang ayah kawan aku b0nceng basikal berdua di belakang dengan kawan aku.

Tak pun aku jalan kaki sendiri balik rumah. Ikutkan jauh juga sekolah tadika nak ke rumah aku. Nasib la zaman dulu tak de sangat orang jahat yang tak berperikemanusian macam sekarang ni.

Zaman dulu kecil – kecil boleh berjalan merata kampung tanpa rasa risau orang nak cuIik atau rog0l.

Dari kecil mak ayah selalu berg4duh. Punca selalunya ayah suka main jvdi dan mak pula suka berjantan. Bila mak kant0i mula perg4duhan besar depan kami anak – anak. Walaupun ayah suka berjvdi tapi tak pernah ayah kasi duit jvdi untuk kami sekeluarga makan.

Mak sendiri bagitahu kami ayah akan asingkan duit jvdi untuk beli pakaian atau bahan – bahan pencuci. Mak pula ketika tu kerja kilang. Banyak kali mak kant0i curang dengan ayah. Dan pernah sekali tu ayah ceraikan mak taIak satu dan mereka rujuk kembali.

Sampai la kami adik beradik da besar. Alhamdulillah masing – masing sudah berjaya ke menara gading dan sudah bekerja di sektor kerajaan. Sampai kami da besar dan punya keluarga sendri pun perangai mak tak pernah berubah suka berjantan. Ayah pula alhamdulillah bila da tua ayah da berubah.

Solat tak pernah tinggal dan mula belajar mengaji di surau. Tapi mak tak. Puas ayah suruh mak solat. Mak akan meng4muk dan kerana suruh solat pun mereka boleh berg4duh besar. Kami adik beradik masing – masing punya keluarga dan tinggal di Kuala Lumpur. Mak ayah di Johor.

Sampai suatu hari tu ayah call bagitahu yang mereka sudah bercerai. Bayangkan hidup mereka bersama lebih 40 tahun tapi akhirnya bercerai juga jalan penyelesaian.

Ayah menangis dan bagitahu aku yang dia gagaI nak didik mak. Banyak kali mak kant0i curang dengan ayah. Dan ayah tak nak jadi suami dayus menanggung d0sa.

Mak dari dulu suka kalau kami adik beradik pakai pakaian yang s3ksi. Kalau boleh tak nak kami pakai tudung supaya nampak urban dan tak koIot depan kawan – kawan dia. Nasib baik kakak sulung aku sentiasa ingatkan kami adik beradik pasal agama dan menutup aur4t.

Mak ketika tu bekerja di sebuah hotel. Aku ingat lagi masa aku belajar di universiti tempatan. Mak kerap minta gambar aku. Katanya rindu nak tengok gambar aku.

Rupanya mak gunakan gambar aku untuk menyamar jadi aku. Macam mana aku boleh tahu? Mak kant0i dengan aku bila masa tu aku balik rumah cuti sem.

Aku pinjam hp mak dan aku tengok ada seorang budak lelaki mesej mak aku bersayang – sayang. Aku bukak mesej tu tengok banyak giIa gambar aku yang mak send kat budak lelaki tu. Bila aku tanya mak kenapa guna gambar aku send dekat jantan tah siapa – siapa.

Sampai dunia kiam4t pun mak tak akan mengaku walaupun dah kant0i terang terangan. Kalau baca mesej tu rasa macam nak m4ki mak sendiri. Guna gambar anak sendiri tapi mesej Iucah dengan jantan. Mak sendiri sebar gambar anak kat lelaki lain.

Bukan aku sorang je yang kena. Kakak-kakak aku pun sama terkena macam aku. Sikit pun tak ada rasa bersalah dengan perbuatan dia jaja muka anak sendiri menyamar guna gambar anak mesej tak senonoh dengan jantan. Adik lelaki aku je terselamat.

Sepanjang aku jadi anak dia 33 tahun ni. Tak pernah tengok mak solat walaupun sekali. Apatah lagi kalau solat cukup 5 waktu. Sampai la sekarang ni walaupun umur mak da nak masuk 60 tahun. Mak tetap dengan perangai lama. Mesej dengan jantan tah siapa – siapa. Lagi la zaman sekarang dengan fb, what apps bagai. Dah tua umur 60 tahun still macam dulu lagi.

Baru hari tu kantoi guna gambar kakak aku. Sudahnya kami adik beradik da tak share or post gambar – gambar di sosiaI media. Takut mak guna gambar kami adik beradik menyamar dengan jantan kenalan di aIam maya. Tak tau la sapa lagi m4ngsa mak agaknya. Lagi senang la sekarang ni dia ciIok gambar perempuan di fb.

Mak akan cuak kalau kami adik beradik nak pegang hp dia. Memang setiap kali tengok whatsapp masuk mesti ada je jantan – jantan duk mesej sayang – sayang la. Mak menyamar jela sampai tua.

Zaman sekarang ni lagi la edit – edit gambar muka tua boleh jadi muda. Doa jela yang mampu kami adik beradik buat. Segala nasihat teguran semua kami da buat.

Mak macam biasa tak akan mengaku. Kami adik beradik da malas berg4duh dengan mak. Yang kami mampu hanya berdoa semoga Allah buka pintu hati mak untuk berubah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.. walaupun kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga yang macam ni. Allah berikan akal untuk kami adik beradik berfikir mana baik buruk dalam kehidupan.

Bila mak nak berubah? Hanya Allah yang dapat beri hidayah buat mak. Kami adik beradik sentiasa berdoa moga Allah bukakan pintu hati mak untuk dekatkan diri dengan Nya. Aku harap pembaca semua doakan mak aku berubah sebelum Allah tarik nyawa mak. – Anak mak

Komen Warganet :

Junie Rahman

Satu je akak nampak sebab apa awak dan adik awak menjadi sebab ayah awak. Terima kasih kat ayah awak sebab tak bagi anak – anak makan dengan hasil berjvdi. Maka membesarlah anak – anak dengan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..tahniah confessor.

Nurul Najwa Abd Karim

Bukti iman tidak diwarisi. Mak ayah awak beruntung sebab walaupun permulaan hidup sebegitu, anak anak still mampu untuk mendapat hidayah Allah untuk menjadi H4mbaNya yang baik. Teruskan berdoa, doa anak soleh solehah itu talian hayat terbaik. Mungkin sekarang nampak macam mak tak berubah, esok diakhir umurnya kita tak tahu. Keep str0ng dear.

Nurul Zulaikha Ismail

Awak sangat kuat. Walaupun membesar dengan suasana ibu bapa yang macam ni, awak dan adik beradik mampu membesar seperti sepatutnya. Tahniah. Kalau orang lain mungkin dah lari rumah, r0sak akhlak dan sebagainya. Semoga mak awak cepat berubah.

Fiza Za

Besarnya dug4an awak. Syukur awak adik beradik pandai menilai baik buruk dalam hidup. Islam dan Iman adalah rahmat terbesar dr Allah. Semoga ibu awak kembali ke pangkal jalan sebelum ajaI menjemput. Teruskan berdoa.

Norhayati Sulaiman

Allah kesiannya tapi Alhamdulillah kakak sulung dan ayah TT berusaha bawa family ke arah kebaikan. Buat emak tu, doa banyak – banyak semoga boleh kembali ke pangkal jalan walaupun sukar sebab mungkin dah jadi tabiat. Jika jumpa orang alim atau orang yang nak pergi Mekah, minta mereka doakan untuk mak. Jangan tinggalkan dia…