
Pagi tu ayah keluar beli nasi lemak tapi dia suruh mak yang bagi. Mak cakap, ayah suruh makan kesian anak dalam perut. Ayah bagi 500 untuk beli barang baby, mak jahitkan bantal baby. Bila ayah meninggaI, adik beradik halau aku dan anak keluar
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, Aku Tujuh sempena aku anak Ke 7 dan bongsu. Maaf kalau penulisan aku ni berserabut sebab aku tak pandai mengarang dan moga dijadikan pengajaran sebab aku mencari pandangan yang menenangkan hati.
Aku perempuan dah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Masa bertunang aku pun tak lari dari ujian orang ketiga dan nafsu. Akibat dari perbuatan ikut kata nafsu aku terlanjur dengan tunang dan hamil. Tapi aku masa tu kecewa sangat dengan tunang aku sebab kami asyik berg4duh dan dia tahu perkara ni.
Aku dah habis fikir aku dah taknak teruskan hubungan ni aku dan muak sebab asyik berg4duh. Tapi aku tak sangka tunang aku yang sekarang ni suami aku berani m4ti dia jujur dekat ayah aku yang aku dah mengandung dan dia juga cerita dekat family dia juga perkara ni.
Bila aku balik kerja aku terk3jut abang sulung aku sergah aku dengan soalan aku mengandung ka dan family tunang aku dah whatsaap aku bertalu. Aku terk3jut malu tapi aku akui perkara tu. Mak ayah aku sangatlah kecewa, adik beradik aku dan mula kata ayat yang mematahkan semangat.
Tapi Mak Ayah aku hebat dan hati bersih masih aku ingat pagi tu ayah keluar beli nasi lemak tapi dia suruh mak aku yang bagi mak aku cakap ayah suruh makan kesian anak dalam perut dia tak salah. Aku bergenang air mata aku rasa menyesal aku rasa b0doh.
Pihak keluarga berbincang nak uruskan perkahwinan kami segera, tapi hanya abang aku yang no 2 saja membantuku sehabis baik dan teman aku. Yang lain semua dah lari dan start pulau. Aku terima Aku tak salahkan semua kemarahan tu sebab benda tu aku patut terima takkan lah aku buat kesalahan macam tu orang nak memuji.
Keluarga suami aku tersangatlah positif terima aku seadanya dan bagi semangat sehingga ke hari kahwin hanya mak ayah dan abang aku dan isterinya saja ada serta sokongan sedikit dari family mertua. Perut sem4kin besar aku bawa juga ke rumah family aku walau tiada yang tanya khabar tiada yang nak bersembang, disisihkan. Hanya mak ayah aku layan aku dengan baik.
Aku minta ampun tapi mak ayah suruh aku berubah jadi orang baik dan bertaubat dekat Allah dan jangan tinggal solat. Mak ayah aku usaha juga tunai apa aku mengidam. Ayah aku bagi duit 500 untuk beli barang baby. Mak aku jahit sarung tilam bantal baby.
Aku selamat lahirkan baby dan ayah aku lah yang beli ikan makan sedap – sedap dalam pantang. Aku pantang dekat rumah mertua, aku tak diterima dekat rumah aku sampaikan ayah mak aku berg4duh dengan adik beradik aku yang lain aku taknak keruhkan lagi keadaan.
Selepas 3 bulan aku melahirkan, ayah aku diser4ng strok dan ayah aku telah meninggaI dunia. Hari ayah aku meninggaI pun aku nampak muka adik beradik aku marah aku, takda yang dekat dengan aku, tidak suka anak aku bahkan dekat kubvr aku dibiar hujan lebat tapi kakak – kakak aku berpayung. Nak baca yassin pun tolak aku jauh.
Aku selalu whatsaap ayah aku minta ampun, tapi ayah aku cakap dia dah ampun aku dan dia dah lapang d4da pasal aku sebab aku bertanggungjawab atas salah aku dan dia nak aku ada kehidupan yang baik. Tapi aku seolah boleh meneka yang aku akan dipersalahkan sebab ni.
Seolah ayah fikir pasal aku dan kecewa pasal aku yang sebabkan ayah strok sedangkan ayah aku meluah pada mak aku yang ayah aku kecewa kenapa adik beradik aku takleh nak maafkan aku kenapa sisih buang aku macam tu. Hari Ke 7 ayah tiada aku pergi rumah mak nak baca yassin serta tahliI tapi aku dihalau bersama suami aku.
Adik beradik aku halau aku cakap aku lah punca dan mengh1na anak aku. Mak aku tak dapat buat apa – apa. Itulah kali terakhir aku tengok rumah aku lihat rumah aku sampai sekarang aku tak diterima dan anak dah masuk dua pun aku lalui seorang diri. Mak aku sokong dari jauh dan abang aku yang kedua.
Aku melalui semua sendiri, aku ingat aku hilang ayah ja tapi aku hilang semua benda. Aku takda tempat nak mengadu. Bila aku letih aku nak juga rasa balik rumah mak aku rehat, bila aku dalam masalah dengan suami aku nak juga balik rumah mak aku,
Bila aku ada salah faham sedikit dengan family mertua aku nak juga aku rasa family aku support. Tapi family mertua aku apapun masalah takkan lama kalau ada salah faham sikit esok akan okey balik. Aku akui khilaf aku salah aku d0sa aku yang patut aku dimarah, aku akui aku layak terima kemarahan tu.
Tapi adakah aku tak layak diampun dan jijik sangatkah aku untuk kakak abang aku ambik dan support aku? Ataupun memang ni kifarah yang aku perlu lalui ? Sekian dari aku. Bongsu yang khilaf – Tujuh (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Kird Ree : D0sa sebanyak pasir kat laut atau seluas langit dan bumi pun Allah ampunkan kalau taubat nasuha. Nampak tak besarnya rahmat pengampunan tuhan pada h4mbaNya. Nabi pun maafkan khilaf umat dia. Apa yang adik beradik kau dok h1na, tak maafkan bagai. Besar sangat pangkat mereka ke?
Marah mereka lagi besar dari rahmat tuhan ke? Memang kau ada khilaf. Tapi bila mereka palau kau, macam putuskan silatulrahim tu, d0sa dia lagi besar dari d0sa z1na kau tu. Moga berbaik.
Salina Gunawi : Sebab itu selangkah kita silap memang susah untuk kita berundur. Jangan p4ksa orang untuk terima kesilapan kita sebab mungkin kita benar – benar sudah memaIukan mereka. Insaf dan cuba perbaiki diri dan jangan ulangi kesilapan silam. Didiklah anak sebaik mungkin dan cuba jangan melukut di tepi gantang nanti dik4ta orang hidung tak mancung pipi pula tersorong – sorong.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.