Aku terk3jut masa aku dlm kereta dgn bapak, HP bapak berbunyi dan nama yang naik adalah nama aku

Masa aku kecik, aku selalu nampak mak menangis di dapur. Sambil memasak dia menangis. Sambil menjahit pun dia menangis. Bila aku tanya, mak bagitahu ada perempuan call mak minta izin nak kahwin dengan bapak. Tapi bapak tak kahwin pun. Lepas 30 tahun, aku perasan sesuatu bila bapak tipu..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku nak berkongsi satu kisah yang benar – benar terjadi baru – baru ni. Keluarga aku biasa – biasa saja. Bapak aku bekerja kerajaan manakala mak aku tidak. Dia uruskan rumahtangga dengan sempurna. Kami lima beradik. Aku anak kedua.

Kisahnya, bapak aku selalu outstation dan balik hanya seminggu sekali sahaja. Tapi bapak aku sangat bertanggungjawab, segala keperluan kami di rumah lengkap. Masa aku di bangku sekolah, aku tengok mak aku selalu menangis di dapur.

Sambil memasak dia menangis. Sambil menjahit pun dia menangis. Jadi aku beranikan diri tanya. Mak aku membuka mulut memberitahu ada perempuan lain telefon ke rumah meminta izin untuk berkahwin dengan bapak aku. Terk3jut aku dengar.

Ini kisah kejadian sekitar tahun 90an.. (kini bila aku teringat balik.. berani sungguh dia). Mak aku cakap, dia sedar diri sebab dia tak bekerja, manakala si perempuan tu bekerjaya dan bergaji tetap. Aku hanya nampak ada la sekali dua macam tu mak bapak aku berg4duh sebabkan hal ni.

Tapi bapak aku tak kahwin pun dengan perempuan tu. Masa berlalu. Kami semua sem4kin membesar. Kakak dan aku dah masuk universiti. Satu hari, bapak aku datang ambil aku dari kolej kediaman untuk pulang ke kampung.

Semasa dia drive, telefonnya bebunyi. Aku sempat menjeling nama yang tertera pada telefon bimbit dia. Ehh.. terk3jut aku. Sebab nama yang naik adalah seperti nama aku. Walhal aku duduk di kerusi belakang dan tidak menggunakan handphone pun.

Cepat – cepat bapak aku cancel panggiIan tu. Sejak dari tu, aku mulai curiga. Tapi aku rahsiakan dari orang lain apa yang aku nampak. Aku mulakan siasatan aku sendirian. Bila bapak sibuk buat kerja di luar atau mandi ke, aku cuba buka telefonnya.

Aku kumpul maklumat dan salin nombor tu. Bertahun aku fikir bagaimana aku nak tahu siapa pemilik nombor tu. Aku tak mahu dia tahu yang aku tahu. Aku tak mahu bapak aku tahu apa yang aku tahu. Sebab tu bertahun aku simpan saja.

Sampai lah satu ketika, aku dapat idea ke kedai telefon berdekatan universiti aku.. masa ni aku gunakan alasan untuk tolong membayar bil telefon orang tu kononnya. Masa pekerja tu type di komputer nombor tu, dia bagitahu bil telefon tersebut.

Aku buat buat tak dengar dan bertanya harga lagi. Akhirnya pekerja tu pusingkan monitor menghadap aku. Maka terus aku dapat tahu nama penuh perempuan tu. Bila dah dapat tahu, ingat aku nak bayarkan ke bil tu? Aku cakap kat pekerja tu,

“eh bukan nama ni. Mungkin salah nombor saya bagi. Jadi salah orang. Maaf yer cik.. ” dan aku berlalu pergi dengan senyuman. Sebab siasatan aku yang lembab ni ade sedikit progress. Hoho. Kemudian, bila dah ada facebook, aku mula terfikir nak cari balik nama tu.

Cari punya cari.. nama tu ada banyak orang pakai. Dengan gambar tah apa apa. Tapi ia berbaloi. Jeng jeng!! Sebab ada seorang saja yang kebetulan dia friend dengan bapak aku. Aku tengok gambar gambar dia. Tempat dia bekerja.

Kawan – kawan dia. Ye lah kan, kesah dah bertahun – tahun. Jadi perempuan ni dah kategori makcik makcik dah. Dan ada majlis persaraan dia dalam fb tu. Tua dah pun. Sebelum ni (masa aku kecik yang aku tanya kenapa mak aku nangis tu) mak aku penah la cerita sedikit latar belakang makcik ni.

So aku tahu asal makcik ni daerah mana dan pekerjaan dia. Aku relatekan dengan maklumat di fb dia. So, memang orang yang sama. Yakin! Dia bujang lagi rupanya sebab semua panggil dia cik saja walau dah tua. Dan.. selama 30 tahun mereka masih berhubungan!

Kalau aku balik bercuti, aku selalu saja nampak bapak aku jawab call dia setiap malam. Tapi biasanya sekejap saja panggiIan tu. So memang aku buat buat tak nampak saja. Lantak lah dah tua pun memasing. Masa berlalu lagi.

Aku pun dah berumahtangga, ada anak – anak. 1 hari tu aku teringat nak tengok balik fb makcik ni. Tiba – tiba.. aku terbaca rakan makcik ni share yang makcik ni kena c0oviid. Semua kenalan dia doakan kesembuhan dia.

Beberapa hari lepas tu, aku saja skodeng lagi fb dia. Rakan dia share lagi bahawa dia dimasukkan ke wad icu kerana berada pada tahap kritikaI. Maka ramai lah lagi kenalan dia doakan kesembuhannya. Aku? Jujur aku tak rasa apa – apa.

Beberapa hari aku menjengah lagi fb dia tapi tak nampak perkembangan apa – apa dah. Jadi aku assume dah sembuh kot. Aku pun tak tengok dah fb dia. 2 bulan kemudian, entah macam mana sambil aku belek – belek fb, terlintas di fikiran aku, eh macamana dah dia?

Terus aku bukak fb dia. Kenalan dia share lagi satu maklumat. Penting! Berduyunlah rakan dan kenalannya ucapkan takziah. Akhirnya, makcik tu pergi jua. Dia pergi tanpa dapat mohon maaf dari mak aku. Dia pergi tanpa dapat mohon maaf dari kami adik beradik.

Kerana.. dia ambil banyak masa dan kesempatan kami bersama bapak. Aku tahu.. Ada hujung minggu bapak aku berjumpanya. Mak aku tak tahu. Ada banyak masa bapak aku layan dia. Mak aku tak tahu. Mak aku jaga anak anak di rumah. Tapi sebaliknya bapak.

Hujung minggu yang ada untuk dia berehat. Kami jarang berjalan – jalan. Banyak masa tu dia r4mpas dari keluarga kami. Bapak aku pergi masa hari pengkebumian tu. Akhirnya aku buka cerita ini pada mak aku. Ternyata mak aku langsung tidak terk3jut.

Dia tenang sahaja dan dia cakap. “Tak mengapalah dia tak sempat mohon maaf dari mak tapi mak dah maafkan semuanya. Allah dah bagi bahagiannya. Bahagian kita ni tak tahu bagaimana..”. Baiknya mak aku. Aku ingat sangat ayat mak aku tu.

Semoga Allah swt mengganjari mak aku dengan pahala dan syurga yang indah nanti atas kebaikan, peng0rbanan dan kerana memeIuk islam. Ini sahaja kisah yang tak seberapa. Sebab apa yang aku tahu juga aku rahsiakan dari adik beradik aku.

Aku nak semuanya hormat pada bapak. “Bersabar sahajaIah kerana Allah jua yang akan membaIasnya.” Kata mak pada aku. Nasihat aku.. janganlah jadi per4mpas kebahagiaan orang lain. Mungkin umur panjang sempat untuk minta maaf.. atau sebaliknya.

Jika ada kesalahan pada orang, bersegeralah mohon kemaafan kerana d0sa sesama manusia hanya manusia yang mampu maafkan. Sekian. – Antonio (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azura Soraya AH : Hebat mak tt… Semoga saya juga dikurniakan kesabaran yang sama. Ex hubby saya dir4mpas oleh kenalan dia sehingga anak – anak kehilangan kasih sayang seorang bapa. Masa anak – anak bersama ayah dorang memang sangat terhad.

Dalam sebulan cuma sekali atau 2x. Saya dah tak kuasa nak berg4duh hal ni. Dorang pun dah kawin. Dah beberapa kali bertembung dengan isteri baru dia dalam majlis – majlis keluarga tapi saya buat biasa je. Selalunya wife dia la yang mer0yan bila nampak saya ada dalam majlis keluarga ex hubby.

Feeling ins3cure barang kali. Tatau dari mana datangnya sabar ni tapi saya selalu set dalam kepala. Biar orang buat jahat pada kita, jangan kita buat jahat pada orang. Biar dia saje yang giIa jangan kita sama – sama jadi giIa. Dan paling penting biar dia je yang kelihatan b0doh, jangan kita sama – sama nampak b0doh.

Siti Hazwani : MashaAllah sabarnya mak awak. Mak awak bersabar sebab mak awak muallaf. Mungkin tiada ahli keluarga lain dan tak ada siapa back up. Harapnya confessor jagalah elok – elok mak tu. Besar peng0rbanan dia bertahan dalam perkahwinan walaupun tahu suaminya menyulam perasaan dengan perempuan lain.

I don’t second arw4h tu baik.. Walaupun minta izin tapi dah tahu jawapan kan. Kenapa masih berhubungan, dah tahu benda h4ram dan d0sa. Tapi arw4h dah meninggaI, betullah kata mak awak, bahagian dia dah dapat, kita ni belum tentu lagi camne.

Mulia betul hati mak awak. Harapnya ayah awak pun sedarlah sebelum dia meninggaI. Minta maaf betul – betul dengan mak awak. 30 tahun buat camtu dengan isteri.

Okqy Skip : Mixed feeling juga sebenarnya ni. Sanggup tak kahwin terus sebab isteri pertama tak restu. Mungkin tunggu isteri pertama pergi dahulu tapi maIangnya dia yang pergi dulu. Pendapat saya, dia orang baik. Ayahnya pula pun masih kekal berhubung lebih 30 tahun.

Diorang betul – betul suka ke? Tapi tak manis perbuatan tu. Entah la. Mixed feelings. Tapi kalau nak jaga masjid, seeloknya putvskan hubungan. Kalau nak bina masjid baru, bincang dan jika tak ada persetujuan, berpisah itu lebih baik dari jadi punca anak – anak dan pasangan rosak mentaI dan masa depan. Tapi dalam kes ni, alhamdulillah anak – anak turn out okay. Cuma kesian kat mak dia, pend3raan em0si.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.