Aku terlepas cakap mak mertua pengotor, terus suami nekad ceraikan aku

Sewaktu menunggu proses mahkamah, aku cuba pujuk dia lagi dan lagi. Banyak kali. Minta ampun. Banyak kali. Melutut aku minta ampun pada dia. Walaupun seluruh keluarga dia dan keluarga aku menghalang, walaupun hakim mahkamah pun cuba bantu, tapi dia tetap ceraikan aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku menulis kerana aku sendiri sudah tidak tahu apa nak jadi dengan kehidupan aku. Jam dah menunjukkan pukuI 4 pagi tapi satu malam ni aku tak dapat tidur. Aku seorang ibu tunggal dengan dua anak. Dan malam tadi aku baru saja pukuI anak sulung aku.

Aku rasa l0ser sangat… l0ser sangat sangat. Dah lama aku bercerai, lebih kurang 10 tahun yang lalu. Kadang – kadang aku rasa itulah titik hitam yang mencorakkan hidup aku hari ini. Yang membuatkan aku rasa hidup aku terumbang – ambing dan sekarang aku rasa sem4kin Iemas.

Anak aku sekarang yang sulung berumur 12 tahun, yang bongsu berumur 9 tahun. Walaupun perkara tu dah lama berlalu tapi sampai sekarang aku sentiasa tertanya – tanya kenapa hal begini terjadi dalam kehidupan aku. Aku rasa hidup aku cac4t sangat.

Penceraian itu, sampai sekarang aku sendiri tak faham kenapa terjadi. Sebab tu sampai sekarang aku macam susah nak terima. Tidak lama sebelum bercerai aku baru lepas melahirkan anak yang kedua. Mood bahagia. Ditambah baru berpindah ke rumah baru.

Sama – sama share bayar duit muka dan renovate rumah. Memang aku perasan sikap suami aku waktu tu agak berbeza, tapi aku abaikan sahaja. Sebab waktu tu sibuk pindah rumah baru, sibuk dapat anak baru jadi aku rasa mungkin dia penat dan aku pun penat.

Bila diingatkan memang aku ada buat silap. Bila aku banyak terbaca kisah mertua yang kurang pembersih, sebenarnya itu lah juga yang terjadi dalam perkahwinan aku. Mertua aku bukan la pengotor sangat, tapi adalah sebahagian perkara yang aku rasa tak berapa bersih.

Itu pun sepanjang 6 tahun perkahwinan, aku tak pernah sebut atau komplen. Aku simpan sendiri saja. Sebab secara jujurnya aku sayang mertua aku. Walaupun aku kadang – kadang tak faham sangat loghat negeri diorang tapi aku memang ikhlas sayangkan dia orang.

Mertua aku pun baik pada aku sebagai menantu. Tapi hal ini suami aku tak pernah percaya aku dan faham. Sampailah suatu hari, suami aku terp4ksa pergi outstation kebetulan di negeri kelahiran dia. Aku pulak tak dapat ikut sebab baru start kerja selepas cuti berpantang.

Bila aku suarakan yang aku tak dapat handle dua anak kecik seorang diri, suami aku putvskan untuk bawa anak aku yang sulung balik ke rumah mertua aku supaya mereka dapat menjaga sementara dia menyudahkan kerja dia.

Waktu tu aku membantah, maka aku terlepas cakap yang menunjukkan aku tak percaya mertua aku jaga anak aku sebab masalah kebersihan itu. Waktu tu lah suami aku sangat marah dan terus nak ceraikan aku. Aku minta ampun macam mana pun dia tetap nak ceraikan aku.

Dia kata aku h1na ibu dia. Entah lah.. mungkin aku yang blurr ke. Waktu tu aku takda niat nak h1na, cuma aku risau anak aku. Dipendekkan cerita, memang itu lah yang suami aku dulu jadikan sebab untuk ceraikan aku. Sejak peristiwa tu, dia keluar dari rumah tinggalkan aku dan anak – anak.

Puas aku minta ampun pada dia. Seluruh keluarga dia dan keluarga aku pujuk dia untuk tidak teruskan niat dia, tapi dia bertekad untuk bercerai juga. Lebih kurang sebulan dia tinggalkan aku, aku pulak yang jadi marah. Aku suruh dia ambil barang – barang dia dan keluar terus.

Aku rasa tersiksa menunggu dia balik. Anak aku yang sulung pun asyik tunggu dia dan tanya pasal dia, sampai akhirnya anak aku meraung aku pun menangis. Suami aku rasa aku haIau dia. Lagi lah bertambah sebab untuk dia ceraikan aku.

Sewaktu menunggu proses mahkamah, aku cuba pujuk dia lagi dan lagi. Banyak kali. Minta ampun. Banyak kali. Melutut aku minta ampun pada dia. Dalam tempoh itu juga dia kata dia ada perempuan lain, isteri yang dia kahwini sekarang ini.

Dalam tempoh itu juga dia m4kin jauh. Anak – anak masuk hospitaI, melawat acuh tak acuh. Aku bagi lampu hijau untuk bermadu. Tapi dia tetap nak ceraikan aku. Dia kata dia nak bercerai sebab aku nak sambung belajar ke luar negara.

Aku setuju batalkan niat dan tolak tawaran, tapi dia masih nak ceraikan aku. Katanya dia tak pernah sayangkan aku sejak dulu. Maka, bercerai lah. Dia berikan sepenuhnya hak penjagaan anak – anak pada aku. Walaupun seluruh keluarga dia dan aku menghaIang, walaupun hakim mahkamah pun cuba bantu, tapi dia tetap ceraikan aku.

Itu lah titik hitam yang mengh4ntui hidup aku sampai sekarang. Selepas bercerai, lama aku cuba untuk bangkit semula. Susu untuk anak aku kering kerana aku murung. Aku pernah warded sebab lupa nak makan dan minum.

Pernah juga bos aku refer aku ke ps1kiatri sebab aku lepaskan tekanan kat tempat kerja. Tapi sesi di jabatan ps1kiatri tu membuatkan aku rasa lagi tah apa – apa maka aku berhenti. Anak – anak aku banyak menumpang kasih mak ayah aku waktu hidup aku tak keruan waktu tu.

Sampai lah satu ketika aku rasa dah tak boleh hidup kat negara ni lagi. Segala tempat yang aku pergi, even balik ke kampung sendiri pun aku macam ternampak – nampak bekas suami aku waktu kami bahagia dulu. Aku honestly tak boleh terima bila dia kata dia tak pernah sayang kat aku.

Aku rasa diri aku macam sampah. Apa nilai 6 tahun ini? Apa nilai dua orang anak aku ni? Dah la duit hantaran pun aku bantu dia untuk lunaskan. Lagi lah aku rasa diri aku macam sampah. Anak aku yang sulung paling kesian waktu tu.

Umur baru 3 tahun tapi dia selalu tertanya – tanya mana ayah dia. Demi untuk kesihatan mentaI aku dan anak – anak maka aku putvskan untuk sambung belajar keluar negara. Maka bermusafir lah aku tiga beranak. Dipendekkan cerita di negara orang aku struggIe uruskan anak – anak, uruskan hidup, uruskan pelajaran aku, dan yang paling struggIe ialah meIawan diri aku sendiri – kesedihan aku, keIukaan hati aku.

Aku tahu aku depr3ss. Lepas hantar anak – anak ke sekolah dan pengasuh, aku balik rumah dan menangis. Kekuatan aku waktu tu ialah anak – anak. Mereka lah yang menggerakkan aku untuk bangun, siapkan mereka ke sekolah, memasak, siapkan baju semata – mata kerana itu tanggungjawab aku.

Selebihnya bila aku sorang – sorang, aku tak buat apa. Menangis dan menangis. Takda siapa tahu sebab di luar aku nampak macam biasa. Tapi akhirnya atas support keluarga dan kawan – kawan aku berjaya juga graduate selepas 4 tahun di negara orang.

Walaupun mungkin tidak secemerlang mana, tapi berjaya juga aku habiskan. Dan aku pun agak hampir pulih meIawan kemurungan aku sendirian. Anak – anak aku pun membesar dengan gembira. Memang suasana dan persekitaran di luar negara itu banyak menjadi penawar untuk kami anak beranak.

Balik Malaysia, aku dapat kerja yang stabil dan gaji yang agak lumayan. Memang mampu untuk berdikari sendiri. Tapi pulang ke Malaysia, anak – anak aku fasa nak membesar. Daripada hasil siasatan aku, aku dapat mengesan anak – anak aku memang terkesan hidup tanpa a father figure.

Walaupun ada sesekali bekas suami aku datang berjumpa dan telefon, tapi aku rasa tak sama. Masih ada satu ruang dalam hidup anak – anak aku yang tak mungkin dapat aku isi. Aku rasa bersalah. Aku pulak struggIe untuk uruskan kehidupan kami.

Aku, the only adult in the house. Maka segalanya aku uruskan. Kerja aku pulak memang agak demanding. Kadang – kadang aku rasa tak terkejar dengan segala demand yang orang harapkan daripada aku. Aku penat, penat sangat yang menyebabkan aku rasa nak menangis.

Hidup di luar negara dulu pun tidak sepenat sekarang. Maka bila aku penat, anak – anak aku pulak buat hal, aku jadi marah – marah. Kadang – kadang pukuI dan r0tan anak – anak aku. Walaupun takda kesan di badan tapi mungkin ada kesan di hati mereka.

Sem4kin anak – anak aku membesar aku rasa sem4kin tak tahu nak jadi ibu yang baik bagaimana. Dia orang dah pandai nak menipu aku yang membuatkan aku risau. Licik sangat. Bila kantoi, mula – mula aku nasihat. Kant0i lagi aku marah.

Kant0i lagi aku macam tak tahu nak buat apa lagi maka aku terp4ksa pukuI atau r0tan. Kadang – kadang aku rasa dia orang jadi macam ni sebab takda ayah. Suara aku ni sebagai mak dah takda value. Sebab dia orang tahu semarah – marah aku, aku jugak lah yang akan pujuk dan peIuk dia orang.

Sebab walaupun aku marah, tapi aku kesian dia orang takda ayah, kurang kasih sayang, aku pulak r0tan anak aku. Last – last aku yang menangis dan minta maaf kat anak – anak aku. Aku rasa l0ser sangat. Aku l0ser as a wife. And now aku l0ser as a mother.

Ini lah sebabnya aku menulis di sini. Apa sebenarnya nak jadi dengan hidup aku dan anak – anak aku? Aku rasa aku dan anak – anak aku maIang sebab aku salah pilih suami dulu. Takda orang yang bersama – sama dengan aku untuk handle semua ni.

Aku tahu aku kena kuat tapi aku tak tahu kuat macam mana. Aku ni perempuan yang letih. Kadang – kadang aku rasa tak berdaya sangat. Aku doa, aku solat.. mana silapnya? Maka kerana itu aku selalu tertanya – tanya kenapa hidup aku macam ni.

Dulu waktu nak kawin, aku pilih suami aku sebab dia ada background agama yang aku harapkan untuk bersama – sama pimpin aku dan anak – anak aku ke syurga. Aku dah usaha dapatkan j0doh ikut apa agama cakap, tapi kenapa tak jadi macam apa yang aku harapkan?

Ye, aku ada buat silap dalam perkahwinan aku, tapi kenapa suami aku tak boleh nak ampunkan aku dan terus bersama aku? Kenapa tak didik aku dan anak – anak aku? Bukan ke aku dah sungguh – sungguh minta ampun? Hidup anak – anak aku cac4t tanpa ayah, semuanya salah aku.

Aku yang salah pilihkan ayah untuk dia orang. Aku yang tak buat yang terbaik as a wife supaya ayah dia orang tak tinggalkan dia orang. Aku yang salah. Tapi aku rasa aku tak diberikan peluang pun untuk baiki kesalahan aku. Walaupun aku dah minta maaf, tapi aku tak dapat peluang pun untuk baiki keadaan.

Akhirnya aku kena hadap semua ni sendirian. Aku rasa aku lemah sangat nak hadap semua ni sendiri. Tapi aku perlu teruskan juga. Dalam keadaan terumbang ambing ni ke mana kapal ini perlu aku halakan? Aku risau masa depan bukan setakat atas dunia ni sahaja, tapi di akhir4t nanti jua.

Kadang – kadang aku terfikir – fikir apakah aku ini ahli syurga atau ner4ka. Aku selalu berkata pada Allah, aku dah usaha untuk corak masa depan aku macam apa yang Islam suruh. Aku dah cuba tapi kenapa hidup aku terumbang ambing jugak?

Orang lain berg4duh lagi teruk daripada aku, tapi takda bercerai berai. Tapi kenapa aku yang kawin dengan ustaz ni sampai bercerai? Aku kahwin dengan ustaz sebagai usaha untuk ke syurga. Tapi sekarang ada lagi ke harapan untuk aku masuk syurga?

Kesian anak – anak aku dapat ibu macam aku. Aku sayang anak – anak aku. Aku rasa berd0sa pukuI anak – anak aku. Bertambah sebab untuk aku masuk ner4ka. Tapi kalau anak – anak aku dah tak dengar cakap aku apa lagi aku boleh buat?

Anak – anak aku menipu, pau duit kawan, ponteng kelas PDPR. Aku rasa dia orang perIukan a father figure yang digeruni untuk control dia orang. Anak – anak aku dah terlalu rapat dengan aku, nasihat dan marah – marah mulut dah tak jadi apa.

Aku terp4ksa r0tan, terp4ksa. Kenapa hidup aku susah sangat. Kenapa suami aku dulu lari dari tanggungjawab untuk didik aku dan anak – abnak? Macam mana aku nak teruskan hayat ini? Aku berdoa supaya Allah ambil nyawa aku cepat sekiranya lebih banyak d0sa yang aku akan buat.

Sebab aku rasa setiap kesilapan atau d0sa aku macam susah nak dapat keampunan, tapi aku hanya manusia. Manusia tak boleh lari dari buat silap. Tapi aku macam tak boleh buat silap langsung, tiada keampunan utk aku. Aku kena jadi maksum. Tapi aku tak mampu. Paham tak? – Aku yang penat (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ziti Akthar : Move on. Berhenti salahkan diri. Puan layak untuk bahagia. Berdoalah, semoga Allah gantikan yang lebih baik. SayangiIah anak – anak. Mereka m4kin membesar, masa yang berlalu untuk usia mereka tidak akan kembali.

Bangkitlah. Redhalah dengan jalan yang Allah telah tentukan. Bila ada rasa redha, puan akan lebih tenang. Didik anak betul – betul. Puan sangat beruntung anak – anak ada di sisi. Semoga puan temui bahagia. Aamiin.

Nur Hidayah : Puan nak tahu tak nape puan jadi begini? Sebab puan terlalu menyalahkan diri puan sendiri. Saya faham perasaan puan. Saya pun seorang ibu tunggal. Awal – awal penceraian saya pun seperti puan yang menyalahkan diri saya sndiri.

Saya selalu berkata, kalaulah saya buat begini, kalaulah saya buat begitu. Tapi akhirnya puan, kita kena berdamai dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Dari cerita puan, saya rasa puan punyai kerjaya yang stabil, takde masalah kewangan.

Anak – anak puan tak perIukan seorang ibu yang sempurna, tapi mereka perIukan seorang ibu yang gembira. Bila puan happy dengan hidup puan, autom4tik anak – anak puan akan merasainya.

Mujahidah Ansarullah : Puan, tenang ya. Kahwin dengan ustaz ke, bukan dia penentu syurga. Silap – silap dia pun tak bau syurga. Sebab syurga milik Allah. Kadang – kadang label ustaz ni tak menggambarkan “beragama” dalam diri seseorang.

Kadang – kadang title tu sendiri menjadi ujian untuk dia. Puan kena lepaskan segala beban, maafkan diri sendiri atas kesilapan lalu dan pandang ke hadapan untuk bersama – sama dengan anak – anak puan. Mereka masih muda, doa seorang ibu sangat penting.

Doa semoga anak – anak puan menjadi anak – anak yang soleh, mendengar kata, berakhlak, berjaya dalam hidup. Kadang – kadang ada turning p0int dalam hidup mereka yang menjadikan mereka lebih baik dari sebelum – sebelumnya.

Puan, nabi kita pun membesar dengan kehilangan ayah dan kemudian bonda. Ramai anak – anak yang kehilangan ayah atau ibu, namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka menjadi insan yang bertaqwa, berbakti pada agama dan negara. Nikmati hari – hari puan dengan anak – anak, kerana kita tak tahu sampai bila Allah pinjamkan pada kita.

Farahain Rahmat : Maaf puan, berdamailah dengan takdir, ungkapan yang susah sebab mungkin kami hanya sekadar membaca, tapi kehidupan selagi belum ajaI kita perlu teruskan, moga puan diberi kekuatan, diberi kegembiraan kebahagiaan dunia akhir4t, semoga anak – anak puan menjadi soleh dan muslih yang faham dan mampu meringankan beban ibunya, berdamailah puan dengan ujian puan, terus kuat ye puan.

Salwa Syed Omar : Sebenarnya pada tafsiran saya, ex suami puan memang nak ceraikan puan sebab nak nikah lain. Memang kebetulan ada alasan terus on. Secara logik alasan puan tersilap cakap tu tak munasabah yang buat dia nak cerai sebab keluarga dia sendiri pun cuba halang perceraian. Ni pandangan saya. Apapun puan bina kehidupan puan. Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan puan dan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?