Aku terp4ksa ambik kad ATM isteri untuk pinjam dengan ramai Ahl0ng. Sampai masa isteri meng4muk, h1na aku

Ibu dah tak nak jaga anak – anak kami dan isteri aku terp4ksa berhenti kerja. Masa tu lah kewangan merosot, dan aku bagi cadangan nak pinjam ahl0ng. Konsep korek lubang sini tutup lubang sana, akhirnya lebih dari satu Ahl0ng sampai terp4ksa guna kad ATM isteri untuk Ahl0ng lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku cuma seorang lelaki biasa, yang ingin berkongsi cerita. Kisah diri aku sendiri. Bagaimana sebuah perkahwinan memberi pengajaran. Aku seorang suami kepada seorang isteri dan 4 orang anak.

Ini merupakan perkahwinan kedua aku. 3 orang anak aku hasil perkahwinan pertama, dan seorang anak dengan isteri ini. Banyak pengajaran dari perkahwinan pertama yang aku pegang supaya rumahtangga kedua aku mampu pertahankan dan jaga sebaik mungkin.

Untuk perkahwinan pertama, aku bercerai hidup setelah 6 tahun berumahtangga. Tidak berniat untuk menuding jari kesalahan dan kesilapan lampau, cuma untuk dijadikan pengajaran kepada suami isteri yang mungkin sedang mengalami apa yang pernah aku alami, atau menjadi sedikit input kepada bakal suami isteri.

Aku berkahwin pada usia muda 24 tahun dan bekas isteri 19 tahun. Kesilapan aku yang pertama dan utama adalah niat berkahwin itu sendiri. Aku langsung tak memikirkan tentang tanggungjawab seorang suami, seorang ketua keluarga, seorang ayah.

Yang aku fikir, aku hanya nak bernikah untuk hidup bersama orang yang aku cintai, menatapnya siang malam dan memilikinya. Bekas isteri juga masih terlalu muda, hanya menurut kata hati yang berbunga – bunga kerana dilamar sang kekasih hati untuk diperisterikan.

Kesilapan aku yang kedua apabila kami sama – sama berkenalan dan bernikah bukan kerana Allah. Aku akui zaman muda aku nakal, kerap ke kelab malam, melepak, racing kereta dan berhabis duit untuk perkara – perkara melalaikan.

Dan aku berkenalan dengan bekas isteri juga di kelab malam. Bekas isteri aku juga sama seperti aku, suka berhibur, menghabiskan masa dengan perkara yang sia – sia. Dan pada ketika itu, kami sama – sama tidak memikirkan sikap masing – masing.

Cinta membuatkan kami hanya memikirkan keseronokan. Bak kata mak aku selepas aku bercerai, “Nak perempuan baik, lelaki kena jadi baik dulu. Dah kenal pun kat tempat maksi4t, kau harapkan bid4dari ke?” Salah aku yang ketiga, aku tidak berfungsi sebagai seorang ketua keluarga dan imam.

Aku tidak mengajar bekas isteri aku solat, aku tidak menegurnya bila dia tidak berpuasa dan  menutup aur4t, aku turutkan segala kemahuan dia tanpa memikirkan akibat – akibatnya. Aku b0doh kerana mengharapkan seorang perempuan yang masih muda dan mentah dalam mencorakkan kehidupan kami.

Aku memang tak pandai nak mengarah, mengajar mahupun menegur. Aku lebih gemar berdiam diri jika ada yang tidak kena, tapi cukup sehari hati aku dah kembali sejuk dan aku lupakan apa yang terjadi. Mungkin sebab itu, bekas isteri aku tidak terdidik.

Aku juga sering lalai akan tanggungjawabku kepada Allah. Aku tidak solat, tidak berpuasa, tidak ke masjid. Salah aku yang keempat, aku masih menempek dengan keluarga dan orang tua aku walaupun selepas aku berkahwin.

Selepas aku mendapat anak pertama, anak aku lebih banyak dijaga oleh ibu aku berbanding aku dan isteri. Kami sama – sama bekerja. Aku bekerja kilang (shift) dan bekas isteri aku bekerja cashier jadi anak kami pada masa tu di bawah jagaan ibu aku.

Dan aku akui jugak, kami telah mengambil kesempatan di atas kebaikan ibu aku. Ibu aku sangat sayangkan anak sulung aku memandangkan itu cucu sulungnya. Ibu aku juga masih muda pada masa itu (umur akhir 40-an) maka ibu aku sendiri merelakan untuk menjaga cucunya.

Aku dan bekas isteri aku serahkan semuanya pada ibu aku. Sebelum ke tempat kerja, anak sulung aku dihantar ke rumah ibu aku (jarak dekat, cuma berjalan kaki) dengan hanya berbekalkan susu. Pakaian, makanan dan keperluan lain ibu aku yang sediakan.

Apabila kami pulang dari kerja, akan ke rumah ibu aku terlebih dahulu, berehat dan makan sebelum pulang ke rumah untuk tidur. Kami langsung tak berfungsi sebagai ibu dan ayah yang sepatutnya menjaga, mendidik dan membesarkan anak kami.

Kesilapan aku yang kelima, aku kerap meninggaIkan isteri dan anak aku di rumah apabila kami berg4duh. Aku akan duduk di rumah orang tua aku berhari – hari. Aku akan jauhkan diri dari isteri, tiada komunikasi, buat hal sendiri dan aku lebih selesa kerana keluarga aku jarang bertanya tentang hal aku dan isteri.

Aku selalunya akan terperap di bilik untuk tidur sepanjang hari jadi ibu aku jarang tahu kewujudan aku di rumah. Kadang – kadang aku habiskan masa bekerja dan melepak. Seperti orang bujang yang tiada komitmen. Dan bila berg4duh, isteri aku akan mula meninggikan suara, menengking, mencarut, meng4muk dan kerap minta cerai, buat aku m4kin berat untuk selalu di rumah.

Setiap kali berg4duh dan bekas isteri aku mula menengking, aku terus angkat kaki tanpa cuba menenangkan keadaan. Kesilapan aku yang keenam, tidak pandai mengurus keluarga dan terlalu menurut kata isteri. Kehidupan aku dan bekas isteri memang payah.

Kahwin di usia muda, tiada sumber pendapatan yang stabil, tidak merancang anak (jarak anak pertama dan kedua hanya setahun) membuatkan aku menghadapi masalah kewangan. Bekas isteri aku pula berhenti kerja selepas melahirkan anak kedua kerana ibu aku enggan lagi menjadi penjaga anak – anak aku.

Ibu aku ingin fokus kepada ibadah katanya. Maka aku dengan fikiran yang cętek telah mengusulkan untuk membuat pinjaman dengan ahl0ng, dan keputusan aku ini disetujui oleh bekas isteri aku. Lebih parah, pinjaman tersebut bertambah setiap bulan kerana kegagalan aku untuk membayar dan aku telah berhutang dengan lebih dari 1 ahl0ng.

Konsep korek lubang sini tutup lubang sana. Tapi lubang yang dikorek sem4kin banyak bahkan bekas isteri aku turut memberi kad ATM kepunyaannya untuk aku gunakan meminjam dengan ahl0ng yang lain. Dan bila kami dikejar ahl0ng, bekas isteri aku akan mula meng4muk, mencarut, menengking dan mengh1na aku kerana tidak mampu membayar hutang.

Ini antara kesilapan aku terdahulu. Setelah bercerai, aku bertemu jodoh dengan seorang gadis yang telah banyak mengajar aku apa itu tanggungjawab. Ketika aku bernikah untuk kali kedua, aku tak punya apa – apa. Isteri aku seorang yang bekerjaya dan matang.

Aku berusia 33 tahun, dia 28 tahun. Dia yang banyak mengajar aku apa itu hidup berkeluarga, bukan dengan lisan tapi dengan perbuatan. Isteri aku seorang yang berdikari, sebelum bernikah, kami sama – sama telah mencari sebuah rumah sewa kecil, murah berdekatan tempat kerja dan tidak terlalu dekat dengan orang tua kami.

3 hari selepas bernikah, kami telah berpindah masuk ke rumah sewa dan bermulalah hidup kami sebagai suami isteri tanpa attachment kepada orang tua. Dari A to Z isteri aku uruskan seorang diri. Aku melihat, memerhati dan secara perlahan – lahan aku terpengaruh dengan cara isteri aku.

Setiap pagi, isteri aku akan siapkan sarapan pagi dan kami akan makan bersama sebelum ke tempat kerja. Isteri aku akan merajuk kalau aku terlupa untuk menjamah makann yang disediakan. Sehingga, kadang kala bila aku tengok isteri aku kelihatan penat, aku sendiri akan menyediakan makanan untuk kami bersarapan dan aku rasa ralat jika tak dapat bersarapan bersama di rumah.

Secara jujurnya, aku dulu tak pernah bersarapan di rumah air tangan bekas isteri aku. Selepas dia tidak lagi bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, dia bangun pagi selepas aku ke tempat kerja. Dan aku sendiri tak pernah menyediakan makanan sebelum aku keluar bekerja.

Aku hanya bangun pagi, menyiapkan diri aku dan terus keluar. Isteri aku juga sangat menjaga keperluan dan kebajikan aku dan anak kami. Walaupun bekerja, isteri aku berusaha untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada anak.

Selepas anak kami boleh makan, isteri aku sendiri memasak untuk setiap makanan anak aku. Tidak pernah sekalipun anak aku ke taska tanpa bekalan makanan dari air tangan isteri aku. Dan aku sendiri, secara perlahan – lahan telah terikut – ikut per4ngai dan sikap isteri aku yang perihatin pada kebajikan anak.

Aku selalu membantu isteri aku mencuci kelengkapan pam susu, botol susu, bekas makanan. Setiap pagi telah menjadi tugas aku untuk mengemas beg pakaian anak aku dan beg kerja isteri aku dan meletakkan semua keperluan itu di dalam kereta untuk memudahkan isteri aku.

Dan isteri aku juga lebih gemar memasak sendiri untuk makan malam kami walaupun dia kepenatan seharian bekerja di pejabat. Dari makanan yang ringkas kepada makanan – makanan istimewa isteri aku akan cuba masak sendiri. Google resipi sana sini, gigih sungguh.

Boleh aku katakan, rutin seharian isteri aku sangat padat bermula dari bangun pagi sehingga waktu malam. Disebabkan aku lihat depan mata kepenatan isteri aku, secara perlahan – lahan aku jadi turut sama membantu isteri aku.

Aku takkan benarkan isteri aku buat apa – apa kerja lagi selepas dia menghidangkan makan malam. Aku yang akan mengemas dapur, tidurkan anak kami, melipat kain baju. Dengan rutin harian begini, aku juga sudah tidak lagi keluar melepak.

Aku rasakan kehidupan sebagai seorang bapa rupanya sangat padat dan memenatkan. Semasa bersama bekas isteri, kami jarang makan bersama di rumah. Bekas isteri aku jarang memasak. Keperluan makan minum kami hanya sekadarnya sahaja.

Aku lebih gemar membeli makanan ringan seperti burger untuk kami mengisi perut. Sekali sekala bawak bekas isteri dan anak makan di kedai. Tidak pernah bekas isteri aku masak sesuatu yang istimewa untuk hidangan kami.

Lauk kami selalunya ikan goreng, telur goreng bersama kicap. Kebanyakannya kami makan di rumah ibu aku, atau aku makan dan lepak bersama kawan di luar dan aku tapaukn makanan untuk dia dan anak. Satu tabiat kecil isteri aku juga aku percaya menjadi pengik4t kami.

Isteri aku akan menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum keluar dari rumah sama ada hendak ke tempat kerja atau ke mana – mana sahaja yang memakan masa. Sehingga aku juga sudah jadi ralat jika tidak menghulurkan salam kepada isteri aku apabila hendak keluar dari rumah.

Dan aku extra kan, aku akan ciuum tangan dan dahi isteri aku juga. Jujur, aku tidak pernah amalkan perbuatan ini bersama bekas isteri. Kami dulu seperti di dunia masing – masing. Aku melakukan kerja seharian aku tanpa dia dan dia juga membuat perkara yang sama.

Hanya hal berkaitan anak sahaja akan kami kongsi dan lakukan bersama jika aku berkelapangan, tetapi kebanyakannya aku serahkan pada dia dan ibu aku untuk menguruskan anak – anak kami. Seperti yang telah aku sebut, isteri aku seorang yang berdikari dan telah mengajar aku juga untuk berdikari dan mengurus keluarga sendiri.

Isteri aku tidak akan sewenang – wenangnya menyerahkan anak pada jagaan orang tua. Dia juga kerap berpesan kepada aku untuk kami bersusah menjaga anak kami dan bukannya menyusahkan lagi ibu bapa yang telah tua untuk menjaga anak kami.

Tidak akan sesekali isteri aku meninggaIkan anak kami pada orang tua semata – mata untuk dia keluar atau menyelesaikan urusannya. Anak kami akan tetap dia bawa, dukung dan kelek ke mana – mana dia pergi (kecuali ke tempat kerja), dan semasa anak kami demam dan tidak boleh dihantar ke taska, isteri aku meminta aku bergilir mengambil cuti dan menjaga anak, bukan dengan menyerahkan jagaan kepada orang tua.

Selepas hampir 3 tahun berumahtanga, aku sekarang mampu menjaga dan menguruskan anak kami seorang diri jika isteri aku bekerja luar kawasan atau tidak sihat. Semua ini aku belajar dari sikap isteri aku sendiri. Hutang – hutang ahl0ng aku juga telah banyak diselesaikan sejak aku bernikah kali kedua.

Isteri aku menjaga kewangan aku, membantu aku membayar hutang, dan aku serahkan kesemua kad ATM aku pada isteri aku, supaya aku tidak lagi terjebak dengan hutang ahl0ng. Isteri aku seorang yang sangat amanah.

Setiap bulan dia akan mengeluarkan duit gaji aku dan mencatat setiap perbelanjaan sama ada untuk membayar hutang ahl0ng, sewa rumah, bil, keperluan makanan dan rumah. Dia akan meminta izin dari aku setiap kali ingin menggunakan duit tersebut.

Sedangkan aku tahu, walaupun dengan duit aku sepenuhnya di tangan isteri aku, belum tentu mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan kami dan aku yakin, isteri aku akan menggunakan duit gaji dia sendiri untuk keluarga kami.

Tambahan pula, 3 orang anak aku dan bekas isteri menetap bersama kami. Walaupun sudah berpuluh kali aku pesan untuk tidak lagi minta izin dan dia bebas menggunakannya, dia tetap meminta izin tanpa jemu. Tugas mendidik adalah tugas suami.

Tapi perlu diakui this bitter true, bukan semua lelaki dididik untuk menjadi pembimbing dan pendidik. Bukan semua lelaki mampu menjadi tauladan dan teladan. Isteri adalah penyokong terkuat seorang suami dan bagi diri aku, isteri aku lah pembimbing aku yang sebenar.

Dengan 2 kali perkahwinan aku sendiri yang mampu aku lihat perbezaannya, sudah tentu aku turut akui kesalahan utama adalah berpunca dari aku sang suami. Tapi sokongan dan bantuan yang betul dari seorang isteri mampu merubah seorang suami yang jahiI. – Riz (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

CPangaok Zaman : Comparison, big NO NO dalam relationship! Boleh nyatakn kebaikan pasangan sekarang tapi jangan membandingkn apatah lagi perbandingan tu menjurus kepada keburukan. Past is past. Situation berbeza.

Kalau ye nak compare biar la apples to apples, macam kata orang putih. Apa la sangat akal budak 19 tahun untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri / ibu. Aku boleh imagine, sebab kalau pergi beli barang kat 99speedmart ada cashier muda lagi, rasanya 18 @ 19 tahunn.

Lepasan sekolah menengah. Sembang hal bf dengan kawan cashier dia depan customer. So boleh pahamkan maksud aku, kematangan tu belum ada. Belum tercapai akal lagi kalau umur – umur macam tu. Persekitaran kerja jadi, cashier.

Mana ada circle dia yang boleh berikan nasihat / tunjuk ajar tentang kehidupan berumahtangga. Berbanding 28 tahun, kerja office. Persekitaran kerja mungkin ada input dari senior / rakan sekerja yang sudah berumahtangga.
Walau apa pun still pernah hidup bersama, ada anak 3 orangkan. Seburuk mana pun ex tu, tak adil la nak compare macam tu.

Liza Johari : Sebenarnya perubahan TT atas kesed4ran diri yang tinggi. Isteri cuma sebagai agen perubahan. Jika TT sendiri tiada kesed4ran diri untuk berubah saya rasa TT akan tetap macam dulu. Kenapa saya berkata begini? Sebab ramai juga (bukan semua) lelaki walaupun dah berkahwin kali kedua, mereka langsung tak jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran.

Dila Delaila : Sebenarnya walau apa pun, bekas isteri dia sanggup hidup dengan dia selama 6 tahun tu kira rahmat juga. Yela, orang perempuan ni akal dia pendek, agama dia tak cukup, ni nabi yang kata. Jadi anugerah la tu Allah hadirkan isteri kedua yang sebegitu.

Petanda Allah masih sayangkan dia.. Cumanya untuk t3bus balik kesalahan pada bekas isteri, minta maaf pada dia dan doakan moga dia dapat suami yang terbaik dan mampu bimbing dia dengan sebaiknya. Sebab memang Allah dah kata, lelaki ni dilahirkan sebagai pemimpin, nak taknak memang kena jadi dan belajar jadi pemimpin.. Tu fitrahnya. Perempuan yang bagus itu sebagai tuIang belakang saja untuk suami terus sukses dalam hidup nya. Wallahua’lam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.