Aku terp4ksa guna duit isteri sbb diberhentikan, sekali isteri buat muka dan mengadu dekat mak aku

Selama ni aku tak pernah guna duit gaji isteri tapi sebab aku kena berhenti kerja masa PKP aku terp4ksa pinjam duit isteri. Tapi dia buat muka sampai mengadu dekat mak aku. Mak aku pula lebih sayangkan menantu dari anak sendiri. Sampailah aku teringat aku ada insurans nyawa..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama aku Mahmud. Aku dah berkahwin dan ada anak 3 orang. Sebelum ini aku bekerja di syarik4t swasta dan aku selesa sehinggalah PKP pada tahun 2020 di mana aku antara yang menjadi salah seorang yang diberhentikan kerja.

Aku tidak salahkan syarik4t sebab aku faham prestasi kewangan syarik4t pada waktu tu. Tahun 2019 bukanlah tahun yang baik untuk kami dan masuk ke tahun 2020, PKP pula bermula pada bulan Mac. Bulan Mei, aku dihubungi oleh boss dan dia dengan penuh sedih memberitahu bahawa dia terp4ksa tutup department aku.

Oleh sebab itu, aku dan rakan – rakan satu department secara rasminya bergelar penganggur bermula pada bulan Jun 2020 berbekalkan p4mpasan tiga bulan yang diberikan oleh syarik4t. Pada masa tu memang aku gelisah, resah, tertekan.

Aku risau sangat pada masa tu fikirkan anak yang masih kecil. Isteri aku bekerja tapi selama aku bekerja aku tak pernah usik duit gaji isteri sebab bagi aku, hasil kerja dia biar dia sendiri yang guna dan uruskan. Belanja rumah dan komitmen lain biar aku hadap.

Selepas dua bulan tak dapat kerja, aku dihubungi oleh client aku yang lama, minta aku buatkan satu kerja di kilangnya. Dari situ aku terus daftar syarik4t entreprise di SSM dan secara rasminya aku bergelar seorang yang bekerja sendiri.

Bermula dari situ aku sem4kin dapat beberapa projek lain di kilang kawan aku tu. Nilai setiap projek tak besar tapi masih mampu untuk aku bayarkan segala komitmen. Tapi itu lah, buat kerja dalam bentuk projek ni risik0 dia satu – payment.

Kilang /client memang tetapkan pembayaran akan dilakukan selepas sekurang – kurangnya 30 hari invois dihantar dan di sini aku mula rasa tertekan. Walaupun terma adalah 30 hari, selalunya pembayaran hanya akan dilakukan sehingga mencapai 60 hari dan bagi seorang yang mula bekerja sendiri tanpa sebarang persediaan terutamanya dari segi modal, aku sangat tertekan.

Tambahan pula memang aku seorang sahaja yang menguruskan bisnes ni tanpa ada sebarang pembantu. Sampailah ke satu ketika, aku betul – betul kehabisan duit di dalam bank. Ada beberapa projek perlu disiapkan di beberapa kilang.

Aku dikejar client tapi pada masa yang sama client aku tak bayar lagi projek – projek aku yang dah lepas. Bukan sahaja dikejar client, pekerja kontrak juga selalu hubungi aku untuk menuntut payment daripada aku. Tekanan kali ni aku rasa lagi teruk daripada apa yang aku rasa masa hilang kerja dalam tempoh PKP dulu.

Aku cuba bercerita kepada isteri tapi aku kecewa. Aku harapkan ada kata – kata penenang jiwa tapi segala apa yang aku ceritakan dia tak endah. Bukan sekali, bukan dua kali tapi setiap kali aku cuba meluah, isteri aku akan tukar topik.

Tambahan pula, aku terp4ksa meminta tolong isteri aku mendahuIukan duitnya untuk bayar komitmen rumah, kereta dan segalanya. Bila aku dapat payment, aku bayar semula. Bila dah tiga bulan aku terp4ksa guna duit isteri, dia mula bunyi.

Aku tak salahkan dia. Bukan tugas dia untuk keluarkan duit buat keluarga. Aku cuba bercerita kepada kawan – kawan. Apa yang mereka katakan adalah – sabar. Ya, memang perlu sabar. Aku juga mahukan cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah aku ni.

Ada juga kawan yang gelakkan saja cerita aku. Aku dah hubungi bank dan juga syarik4t kredit tapi semua permohonan pembiayaan aku ditolak. Aku pernah terfikir nak pinjam duit dengan Ah L0ng, tapi aku tahu nanti aku akan dapat susah.

Bila tak dapat jumpa jalan penyelesaian, aku rasa sangat penat. Aku mula tutup handphone aku. Aku rimas dengan orang sekeliling. Aku jadi cepat marah, aku dah tak rasa nak bercampur dengan orang dan aku banyak habiskan masa di dalam bilik kerja di rumah aku.

Aku betul – betul tertekan dan buntu. Isteri aku pula selalu bising bila aku selalu termenung dan tidak bercakap banyak macam dulu. Malah aku dituduh ada perempuan lain lagi. Aku cuba bercerita kepada mak ayah dan adik beradik, apa yang aku dapat hanyalah kecaman.

Diorang kata aku tak pandai nak uruskan hidup. Isteri aku sangat rapat dengan mak aku dan mak aku selalu lebihkan menantu daripada aku sendiri. Jadi apa sahaja yang berlaku dalam rumah aku akan sampai ke pengetahuan mak aku dan aku akan dimarahi oleh mak aku pula.

Sekarang ni aku rasa betul – betul keseorangan. Aku tak lena tidur. Bila aku tidur, mimpi yang pelik – pelik datang sampai aku kerap terjaga. Aku rasa jiwa aku kosong. Rasa macam tak ada apa. Aku pernah terfikir ‘takde ke lori nak Ianggar aku?’ Aku fikir aku ada insurans nyawa.

Kalau aku m4ti mesti anak bini aku takde masalah nak teruskan hidup berbekalkan duit yang ada. Ada sekali sewaktu aku memandu, aku separa sedar pusing stereng kereta aku ke laluan lori yang sedang laju di lorong bertentangan.

Nasib baik aku tersedar dan cepat – cepat tekan brek. Aku cuba dekatkan diri dengan Tuhan. Tapi solat aku sekadar solat. Takde ruh. Tahu – tahu dah t4hiyyat akhir. Mengaji pun macam tu juga. Aku baca tapi aku tak tahu apa yang aku baca.

Jiwa aku tetap rasa kosong. Aku tak tahu sampai bila aku akan stuck dalam keadaan macam ni. Dulu aku suka bermain bola, running, bermasyarakat dengan orang sekeliling rumah aku. Tapi sekarang semua minat tu hilang.

Aku banyak mengelak daripada berjumpa orang. Aku duduk saja dalam rumah. Dalam bilik aku. Anak – anak dapat hiburkan hati aku tapi lepas diorang buat hal sendiri, terus aku rasa kosong. Aku tak tahu sampai bila aku akan rasa macam ni. Aku betul – betul penat. Aku give up. – Mahmud (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Izzati Serajudin : Moga – moga isteri bro lebih berkesed4ran dengan masalah bro. Kalau masalah pasangan patut dua – dua selesaikan, bukan bukak mulut report kat mak. Dah kahwin bukan macam time kecik adik beradik report – report kat mak siapa salah.

Saya sarankan, bro send link confession ni kat bini. Pastu suruh bini baca comment. (Lepas tu cakap kat bini, “kata – kata tu doa, awak tuduh cakap saya ada perempuan lain, lepas ni memang akan ada perempuan lain, nak harapkan yang ada sekarang tak boleh nak memahami) ha gunakan kuasa suami sikit. Biar dia tahu dia bini yang patut susah senang bersama.

Icerough Asyraf : Been there.. dah rasa dah. Bro. lain kali buat projek ikut milestone. Berapa peratus siap mintak bayaran. Buat payment term macam tu. Buat job kecik – kecik bagi stabil dulu. jangan kejar job banyak – banyak.

Kalau dah stabil. Buat sub plak. Memang susah. Tapi boleh dan tak must4hil. Cari orang yang business minded. Dalam kalangan kawan – kawan. Bincang jadikan partner. Untung rugi sama – sama. Kau expertise technical, dia just funder.

Takpe.. pasal isteri tu. aku tau dia bukan pendengar yang baik. Suami ni kadang – kadang bukan nak suruh isteri setelkan. Cukup dengar dan bagi pandangan membina. Bukan m4kin tambah kekusutan suami tu. So, takyah dah luah kat isteri.

Akan ade yang sudi mndengar. Jangan cari pendengar perempuan dah le. Banyak je tempat mluah. Kang keluar pulak confession isteri kau tu kat sini. Satu lagi. Buat kertas kerja. Try la pinjaman tekun. In shaa Allah. Rezeki tu takkan lari andai dah tertulis.

Janji usaha tu kunci dia. Jangan putvs harapan. Solat walaupon rasa kosong. Teruskan buat. Jangan berhenti. Pandanglah dan motivasikan diri sendiri dengan tengok onak duri orang yang dah berjaya walaupon pernah merasa kegagalan.

Diorang boleh. Takkan kau tak boleh. C’mon. kau tau kau kuat. Sebab tu kau masih bertahan. Kau boleh. Tengok ramai komen yang baik – baik. Jadikan semangat. Never give up. Nak mending balik broken pieces of the life u had before memang susah tapi boleh.

Maziyah Mansor : Dari gaya cerita, nampaknya tuan dah nak masuk @ dah masuk fasa DEPR3SSION. Ini perkara yang tuan perlu ambil serius. Kalau tak dirawat segera, m4kin melarat nanti. Simptom depr3ssion muncul sikit demi sikit tanpa kita sedar.

Tuan boleh ikut cadangan dari yang lain untuk kurangkan @ stop projek baru sementara tunggu payment masuk. Lepas ni mintak bayaran ikut progress projek. Boleh buat kerja lain dulu macam rider fp @ grab untuk jana pendapatan, asalkan tak keluar modal besar.

Tuan kena susun satu persatu dan fikir dengan tenang. Yang penting kena ingat, Allah tak bagi ujian ni sia – sia. Saya doakan agar tuan dapat keluar dari kemelut ni dan urusan tuan dipermudahkan Allah.

Nur Abdullah : Kesian awak.. Jangan putvs asa. Cuba awak bangun di sepertiga malam. Mengadu segala masalah kepada Allah. Luahkn apa yang terbuku di hati dengan airmata dan sepenuh rasa. Dia yang memberi rezeki. Dia yang maha pemurah dan maha penyayang.

Takkan Dia akan biarkan awak sorang – sorang tanpa pertolongan dari Nya. Mohon sungguh – sungguh. InsyaAllah awak rasa tenang. Saya doakan awak dilapangkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. Aamiinn..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.