Suami kena buang kerja sejak PKP, terus berubah siap curang dgn perempuan kelab. Aku jual rumah kami

Suami aku ni salah seorang pekerja yang kena buang masa awal PKP. Dari suami yang bertanggungjawab terus berubah jadi biawak hidup. Baru – baru ni kant0i dia mesej dan berjumpa dengan perempuan kelab. Aku diam je sambil atur str4tegi nak jual rumah kami sekarang sebab joint loan..

#Foto sekadar hiasan. Minta maaf jika cerita aku agak tidak menarik tetapi tujuan aku menggunakan platform untuk bercerita kerana aku memerIukan nasihat berhubung masalah rumahtangga yang sedang aku alami. Nama aku Sarah, bekerja dalam bidang professional.

Aku dan suami telah berkahwin lebih kurang 4 tahun dan kami mempunyai seorang anak berusia 1 tahun. Suami aku pada awal perkahwinan merupakan suami yang sangat bertanggungjawab dan mempunyai pekerjaan yang stabil.

Namun, semuanya berubah setelah perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 di mana suami aku adalah salah seorang yang dibuang kerja oleh majikan. Aku tahu ramai yang mengalami nasib yang sama seperti suami aku.

Hilang terus punca pendapatan suami, nasib baik aku masih boleh bekerja. Selepas diberhentikan, dia ada cari kerja lain dan pernah bekerja secara separuh masa di tempat lain namun semuanya tidak kekal lama. Dan sejak awal tahun 2021 sehingga sekarang suami aku merupakan penganggur terhormat yang aktiviti sehariannya adalah bermain permainan secara dalam talian di telefon bimbit.

Dia akan tidur selepas subuh dan bangun tengah hari. Aku sudah letih menasihati dia untuk mencari pekerjaan dan tiada jawapan yang diberikan hanya diam membisu. Untuk pengetahuan semua, aku mempunyai pekerjaan yang stabil dan selama suami aku tidak bekerja aku lah yang membayar semua komitmen kami termasuk komitmen rumah yang bayaran bulanan mencecah RM3,000.00 setiap bulan.

Masalah yang kami hadapi ini kami rahsiakan dari keluarga kami kerana tidak ingin mereka risau. Namun aku rasa ianya memakan diri aku sendiri. Keluarga nampak kehidupan kami normal seperti biasa sedangkan aku tengah bersusah payah cukupkan segala keperluan rumah untuk suami dan anak.

Suami aku seolah – olah lupa tanggungjawab dia sebagai seorang suami kerana mempunyai isteri yang mampu untuk membayar segala komitmen isi rumah. Masalah tidak terhenti di situ, baru – baru ini aku telah terjumpa satu perbualan ‘whatsapp’ antara suami aku dan seorang wanita yang aku kira berdasarkan perbualan mereka bukanlah perempuan yang baik – baik.

Perempuan tersebut seperti seseorang yang bekerja melayan pelanggan di pusat karaoke atau di kelab malam. Ini kerana dalam perbualan tersebut perempuan tersebut minta tolong suami aku untuk datang di tempat itu kerana ada lelaki mengganggu perempuan tersebut.

Dalam perbualan whatsapp tersebut juga suami aku membaIas akan membantu perempuan tersebut. Dan perbualan terakhir mereka adalah perempuan tersebut mengucapkan terima kasih dan minta suami aku untuk datang di tempat tersebut lagi lain kali untuk berjumpa perempuan tersebut.

Sudahlah tidak bekerja tapi masih ada hati nak pasang skandal dengan perempuan lain. Berdasarkan perbualan tersebut, aku simpulkan mereka pernah beberapa kali berjumpa di tempat perempuan tersebut bekerja. Sungguh aku kecewa dan tidak sangka apabila dapat tahu  suami aku adalah lelaki sebegitu.

Selepas aku mengetahui perkara tersebut, aku cuba untuk buat seperti biasa kerana aku ingin kumpul bukti lagi. Dan aku berfikir semalaman dan membuat keputvsan untuk berpisah setelah aku dapat menjual rumah kami kerana pinjaman rumah tersebut merupakan ‘joint loan’ antara kami.

Aku merahsiakan perkara ini dari suami aku dan sehingga sekarang dia juga tidak tahu yang aku telah membaca perbualan whatsapp dia bersama perempuan tersebut. Aku cuba untuk buat reaksi seperti biasa di hadapan dia.

Selepas aku membuat keputvsan tersebut aku fikir adakah perpisahan merupakan penyelesaian yang baik bagi setiap masalah rumahtangga? Aku perIukan nasihat dari pembaca kisah aku. Apa yang perlu aku lakukan?

Wajarkah aku berterus terang dengan suami aku sekarang atau bagaimana? Dua tahun bukanlah satu masa yang lama tapi aku penat, tambah penat kalau suami langsung tak membantu malah siap ada bunga – bunga dengan perempuan lain Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan nasihat. Semoga Allah membaIas jasa kalian. – Sarah (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Dee Ya : Rahsiakan yang awak tau helah dia. Sekarang awak fikir cara untuk jual semua harta yang ada nama dia. Kemudian masukkan semua duit dalam akaun awak. Memang awak patut bercerai dengan lelaki tak guna macam tu.

Dah la semua awak tanggung, dia pulak tak reti nak setia dengan awak. Dia makan minum pergi mana – mana pun semua guna duit awak kan. Elok kiranya lepas ni awak tak bagi dia sesen pun. Duit gaji awak lepas ni simpan semua dalam tabung haji atau mana – mana bank yang dia tak tahu.

Tak perlu lagi bayar rumah dan apa – apa bil. Awak keluar dari rumah tu dan sewa bilik, itu je awak mampu bayar cakap kat suami. Baru la suami tak dapat ikut awak biar dia cari duit sendiri untuk makan dan pergi sana sini. Biar padan muka dia. Awak dah berbuat baik tapi dia baIas dengan r4cun.

Nur Hidayah Abu Bakar : Semua red flags dah ada. Puan dah tahu jawapan apa yang puan kena buat untuk kebahagiaan sendiri. Orang lain tak patut bagi jawapan tersebut. Ingat satu sahaja. Masa yang hilang dengan sia – sia, Puan tak akan dapat semula.

Tiada apa dapat beli balik masa tersebut. Dan anak, masa depan dia lebih penting dan masih jauh perjalanan hidup. Siapa anak hidup bersama dan jumpa setiap hari akan pengaruhi dia sedikit sebanyak.

Ashira Zumi : Isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa – apa. Manakala suami pula diuji saat punyai segalanya. Tapi dalam kes ni, suami puan ni boleh dik4tegorikan sebagai ‘looser’ jika dia berterusan tidak mahu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami malahan ada affair dengan prempuan lain di belakang puan.

Bak kata pepatah yang saya cipta sendiri, Sudahlah miskin, jahat pula kelakuan. Pada pendapat saya, libatkan juga keluarga kedua beIah pihak puan dan suami, supaya perbincangan dapat dijalankan dan keputvsan dapat di buat sewajarnya.

Xini Za : Siasatan anda adakah menemui bukti dan adakah ada perhubungan terlarang yang hari – hari whatsapp, jumpa atau bermanja – manja atau sebagainya. Kalau ada, cuba terus terang tanya dan kalau tak berubah jugak awak warning dia untuk bercerai.

Nyatakan pendirian yang tegas, kalau anda berlakon buat – buat tak tahu, awak yang akan risau dan makan diri awak. Jadi selesaikanlah dengan kebenaran, kalau dah moral ke laut, buat lah tindakan, Wallahualam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.