Dari dulu kami susah, nenek tak tolong langsung tapi bila ayah dpt duit epf 50k, ayah beri semua pada nenek

Masa kakak nak masuk U, ayah minta bantuan nenek. Nenek kata boleh bagi tapi pinjam. Depan kami anak beranak, nenek kira satu – satu duit sampai RM500. Menitik air mata mak sebab malu. Setiap kali jumpa nenek, akan diungkit macam maru4h kena pijak. Tapi bila cucu yang lain, SPM dapat G nak masuk kolej, nenek selamba bagi 3K!

#Foto sekadar hiasan. Hi. Kisah aku ni tentang ayah aku. Cerita aku mungkin agak berterabur tapi aku hanya cuba meluah perasaan aku sebagai anak. Kisah aku ni pasal ayah aku yang aku anggap bagai kacang lupakan kulit.

Bapa aku tahun ni genap umur 50 tahun dan dapat keluarkan duit epf dalam 50k gitu. Tapi sampai sekarang dia tak cerita kat ahli keluarga yang lain termasuk ibu dan adik beradik aku. Kecuali aku la sebab aku yang turun naik ofis tolong atur semua benda. Itu pun terp4ksa bagitau.

Sebenarnya, satu family memang sedia maklum pasal duit tu, hanya nak dengar dari mulut ayah aku sendiri sebab ya la kan, kalau tuan punya badan yang cerita, baru la terasa dijemput untuk bergembira sama. Dia ‘buat – buat tak tahu’ dengan family sendiri tapi dia gebang dengan ibu dan adik beradik dia (nenek and para pakcik penyedut d4rah).

Part ni d4rah aku dah start berderau mengenangkannya. Ayah dah kahwin dengan mak dekat 30 lebih tahun. Kerja buruh, tinggal kat rumah kayu yang company sediakan. Kami empat beradik memang membesar kat sini semua.

Kami juga ada kantin area sini yang selalu tempat hutang (masalah kewangan sejak dulu).Kakak pertama aku baru je 2 bulan jadi cikgu, yang kedua kerja swasta, aku yang ketiga masih menuntut di U dan keempat adik lelaki aku baru nak masuk form 1 tahun ni..

Family aku sejak dulu memang kategori orang susah. Gaji sebulan memang tak ada untuk simpanan, kadang – kadang buat advance. Sebab tu ada berhutang kat kantin. Tak mampu selalu ada cash dalam tangan. Dulu kami adik beradik semua masuk asrama sebab jarak sekolah ke rumah jauh lagipun nak jimat duit.

Belanja sekolah pun selalu hanya mampu gigit bibir saja tengok kawan – kawan kat sekolah makan setiap hari. hehehe.. Ayah cakap jangan bazir duit tapi dia selalu beli nombor ekor (family aku non muslim). Mak aku kalau ayah dah cakap bulan tu gaji tak banyak sebab banyak advance, dia pun tak boleh cakap apa.

Selalu juga mak ayah g4duh pasal duit, pasal habit dia beli nombor ekor dan tabiat minum ar4k tapi tu la kan, cakap banyak nanti makan tangan. Kami adik beradik selalu nangis sama – sama dengan mak bila mak lepas g4duh dengan ayah.

Aku sejak sekolah rendah dah tinggal di asrama sebab ayah kata belanja sekolah harian mahal, tambang mahal la, duit poket mahal la. Walhal, emak yang sebenarnya banyak keluar duit untuk tu. Dia kadang – kadang je kami adik beradik minta sebab tak suka dia mengungkit bila dah m4buk nanti.

Ayah aku ni, kalau dia tak minum dia baik. Bila dah m4buk tu akal dia jadi jahat. Mak aku pula tak suka dengar dia sebut macam tu dengan anak – anak. Adik beradik aku yang lain biasa dengarkan saja, aku yang banyak meIawan sebab k0yak r4bak dalam hati bila dia persoalkan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah.

Kami yang bersekolah seakan akan beban kewangan terbesar dia pula. Kenapa dia nak anak banyak kalau tak nak besarkan dengan baik. Kalau setakat nak bagi anak sekolah tahun enam, tak nak sekolah sampai tingkatan 5 bahkan mungkin sampai U, jangan ada anak.

Bagi aku, tu semacam menyusahkan diri sendiri tapi dia ada pemikiran bahawa nak anak banyak supaya tua nanti banyak anak tempat minta duit. Keadaan pahit macam ni berlarutan sehingga sekarang. Waktu sekolah dulu kalau kawan – kawan ada ajak beli baju, memang tak dapat ikut sebab takda duit belanja.

Nak makan pun mengharapkan dewan makan apatah lagi nak berbelanja sakan. Sedih, s4kit, rasa tersisih dari orang sangat – sangat waktu tu. Semua benda tak mampu, baju sekolah pun kadang – kadang pinjam kawan punya sebab milik sendiri dah ketat.

Nasib baik kawan banyak yang baik hati. Terima kasih buat semua sahabat aku. Bukan aku sorang je min, semua adik beradik aku pun senasib. Kalau nak beli baju, kena menabung berbulan – bulan. Sebab ayah tak pernah ada duit tapi beli nombor ek0r, ada duit pula.

Untuk belanja kawan minum, banyak pula duitnya. Kemudian, kakak aku pertama dulu waktu dia nak masuk U, macam biasa la, ayah takda duit. Jadi, ayah cuba minta bantuan dekat mak dia, aku panggil nenek A. Kakak aku ni, cucu sulung dia, semua benda dia suruh kakak aku buat dan mahirkan.

Panjat pokok, kupas buah, bersawah, kerja dalam hutan, cari siput di sungai semua kena pandai, barulah cucu sejati dia. Kau rasa? Tapi tak juga, waktu kakak aku masuk U, ayah aku minta bantuan duit sikit, kau tau min, dia bagi tapi dia kira sebagai pinjam.

Yang buat mak aku terkesan hati sampai jatuh air mata, dia kira setiap kepingan rm50 sebanyak rm500 tu kat atas tikar. Dia kira satu – satu bagi mak ayah aku tengok betul – betul yang dia akan pinjamkan. Maksudnya, itu duit pinjam, bukan belas kasihan.

Jadi kena bayar balik la. Apa salahnya dia bagi secara rahsia kat ayah aku? Ini dia buat gitu depan seluruh family kami. Tapi mak ayah aku tebalkan muka sebab dah terdesak. RM500 tu juga la diungkit – ungkit kat kami setiap kali berjumpa.

Kakak aku tak bagi mak ayah aku bayar sebab dia nak bayar sendiri pakai duit gaji dia nanti. Rasa macam maru4h dipijak – pijak. Tapi baru – baru ni anak pakcik aku ni nak turun sekolah kononnya, dengan b0ngoknya ya amat, malasnya sepekat sos tiram, dia nak sambung belajar elektrikal, SPM dia pun G dengan cemerlang.

Pak cik aku pinjam kat nenek A RM3k! Nenek nak bagi je sebab tu cucu kesayangan dia. Dalam banyak – banyak pakcik, pakcik aku yang anaknya b0ngok yang amat ni la yang paling dia sayang sebab pakcik aku ni dulu dinobatkan sebagai pelajar terbaik waktu sekolah.

Pakcik aku yang lain tu dipilih kasihkan. Jadi autom4tik kami yang cucu – cucu ni pun ada kastanya. Terutamanya kami adik beradik sebab ayah aku dulu kahwin ikut mak aku, itu yang dia berd3ndam sangat. Nenek A ni suka gunakan ayah aku sebab bapak aku seorang je pandai mencari lauk di hutan, pandai berburu, pandai kerja di sungai.

Pakcik aku yang lain? huhhh. Cari daun ubi pun macam disuruh buat matem4tik. Kerja mereka nak duduk di rumah tunggu lauk pauk terhidang aja. Kalau dengar memang macam tak mungkin tapi percayalah memang mereka macam sampah je.

Pernah nenek A ni cakap,  dia takda cucu lain selain dari anak pakcik aku tu. Mungkin dia anggap kami ni bagai melukut di tepi gantang kot. Dari kecil dengar dia cakap mcaam tu, mengadu kat mak. Mak pun sebak suruh sabar, nanti dah besar, kerja bagus – bagus, tak payah balik kampung nenek A lagi sebab bagi dia, kami bukan cucu dia.

Bukan kami je yang dengar, seluruh family dengar sebab dia cakap benda tu waktu berkumpul dengan family lain. Ada la beberapa pakcik aku yang lain tegur nenek A, kau tau dia cakap apa? “mereka pun cucu juga, lupa sebut tadi. Jangan la ambik hati. hehehe.”

Yang sav4genye, ada seorang sepupu aku tu cakap kat nenek aku, “kenapa kamu jahat dengan mereka nek, jangan macam tu nek, kalau nenek jahat, tak nak aku anggap kamu sebagai nenek.” HAHAHAHAH setepek kena.

Kedengaran ibIis juga confession aku ni tapi hati ni s4kit sangat bila diperlakukan dengan tak adil macam tu secara terang – terangan, k0yak rabak hati ni. Bukan tu saja, dekat menantu pun nenek A ni pilih kasih. Semua menantu perempuan dia yang lain dia jarang tegur.

Ada makcik aku tu, dia banyak t4tu, suka pakai seluar pendek. Dulu ada trend perempuan s3ksi. Kebanyakkan makcik aku muda – muda kecuali mak. Mak je yang pakai ala makcik – makcik style. Makcik aku yang pakai s3ksi tapi kami adik beradik yang kena warning tak boleh pakai macam tu kalau kat kampung, nanti dia malu cucu dia berpakaian tak senonoh. Menantu dia okay pula kan?

Mak aku pun pernah kena marah dengan nenek sebab duduk lepak kat rumah makcik sebeIah. Alaa dekat je pun. Dia marah sebab takda orang basuh baju dan basuh pinggan dan masak. Makcik aku yang lain semua bertenggek dengan hp, dia tak panggil pun.

Yang teruknya lagi baju, pinggan dan lauk yang perlu mak aku uruskan tu untuk pakcik – pakcik aku. Biasanya kalau balik kampung ramai – ramai, mak suruh atur barang sendiri saja. Tapi  entah ribut apa menyambar nenek aku dia pergi suruh mak aku dan kami adik beradik basuh baju kain family saud4ra aku.

Ya tuhann.. rasa macam nak bakar je baju tuu. Apa guna mereka bawa bini anak masing – masing balik kampung kalau tak boleh urus pakaian sendiri. Sekurang – kurangnya atur baju sendiri kan. Ini tak, semua nak bertenggek dengan henpon.

Lepas tu kalau ada yang tak kena dengan cara kami atur barang, tau pula marah – marah smpai bermasam muka. Itu juga sebab aku jarang balik kampung. mak n ayah aku je selalu balik. Sebab kedekut dengan family ni, ayah aku pun dah sama spesies.

Macam yang aku cerita dekat atas tadi, duit epf dia dah keluar. Jadi mak aku ajak bina rumah sebab sampai bila nak duduk rumah company kan. Tapi dia buat – buat tak tahu je. Bulan depannya, ayah aku nak balik kampung nenek A.

Hmm.. patutla dia buat b0doh je kat kami, dia nak tabur duit kat mak dia dulu. Aku okay dia nak berbakti kat nenek A tapi masalahnya nenek A ni suruh ayah aku buka tanah untuk buat rumah bersama – sama dengan pakcik aku yang lain.

Maksudnya, dia suruh ayah aku buka jalan susah, jadi adik beradik dia yang lain datang terus bina rumah senang – senang je. Apa salahnya sama – sama usaha sendiri, rumah sendiri, sendiri buat la. Kami yang hidup susah payah dari kecil dengan ayah, makan takda lauk, kadang – kadang takda beras.

Nak makan apa pun kena hutang kat kantin, nak beli apa mesti kena fikir barang kat rumah dah cukup ke tidak, takde pun mereka nak tolong. Minta bantuan, diberi pinjaman saja. Itu pun macam tak ikhlas nak bagi pinjam.

Aku dengan adik beradik takpe tapi kami kesian kat mak. Mak yang banyak makan hati dengan sikap ayah dan nenek A. Dari zaman anak d4ra, mak hidup senang dengan family beIah mak tapi dia tinggalkan semua tu sebab sayang ayah.

Hidup susah pun dia sanggup. Tapi ayah? Bila susah dia cari mak, dah senang dia pergi kongsi dengan nenek A saja. Berlumba siapa paling banyak berbakti kat nenek A supaya nenek A sayang. Aku tahu kalau aku cakap ayah ni b0doh, salah tapi memang betul dia b0doh.

Nenek A bahagi semua harta dia kat pakcik – pakcik kecuali ayah sebab ayah aku dah ikut family mak waktu kahwin dulu, jadi dia tak layak dapat harta. Tapi kenapa kalau semua kerja – kerja kat kampung ayah aku kena buat?

Kenapa kalau balik kampung lauk yang ayah aku dapat kena bahagi sama rata kat semua adik beradik dia? Dan sekarang sebab anak pakcik aku yang b0ngok tu dah minta duit dari nenek A, nenek A mula nak minta duit dari kami adik beradik sebab kami banyak yang bekerja.

Mak tak bagi adik beradik baik sangat dengan nenek A sebab mak tahu nenek A sengaja nak pergunakan kuasa vet0 dia sebagai nenek. Sebelum ni kakak kedua aku ada balik kampung, nenek A berbelanja sakan sebab kakak aku yang bayar semua benda.

Kakak aku minta nak makan itik peliharaan nenek seekor sebab kakak aku suka makan itik. Dia tak nak bagi, dia kata dia sayang itik tu. Dia cakap kalau nak makan, beli kat orang lain. Tapi lepas tu pakcik – pakcik aku ada balik (kami pula tak balik time ni), dia elok je sembeIih itik tu.

Dia sembeIih ayam juga sebab nak sambut kepulangan mereka. Nangis kakak aku, kecewa betul dia sebab nenek A. Sekarang ni ayah aku betul – betul nak bagi semua duit dia kat nenek A tanda bakti katanya. Hmmm.. aku cuba berfikiran positif tapi jauh di sudut hati.

Aku rasa nenek A dah guna – gunakan ayah aku sebab dia tak pernah mampu bantah apa nenek aku cakap sekarang. Berbeza dengan dulu, dulu dia mampu cakap tidak sebab kekangan kewangan tapi sekarang, kalau nenek A minta duit, pinjam dengan orang pun dia sanggup.

Tapi kalau kami anak bini dia minta nak makan sedap – sedap sikit, dia suruh makan garam. Aku sangat kesian kat mak, kami adik beradik boleh lari dari ayah bila dah berkahwin suatu hari nanti tapi mak yang akan makan hati dilayan sebegitu sampai ke tua.

Kesian sangat, wanita yang meng0rbankan segala – galanya untuk ayah. Aku confess ni bukan nak minta pendapat jauh sekali kecaman. Aku cuma nak ingatkan, kalau nak pilih calon suami perhatikan dulu family dia macam mana. Sebab kita mungkin bukan yang pertama dalam hati seorang lelaki. Thank you for reading..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.