Depan arw4h mama yg berkerusi roda tempang takde kaki, keluarga mertua tuduh kami b0moh suami

Saya anak tunggal, jadi saya yang kena jaga mama dan abah yang dah tua. Tapi keluarga mertua tak puas hati seolah – olah saya habiskan duit suami untuk mama abah. Semasa saya bawa arw4h mama bersama ke kampung mereka, mereka berpakat beramai – ramai “meny3rang” saya dan arw4h mama..

#Foto sekadar hiasan. Hai. Saya Anne. Hari ini saya nak meluah selepas 13 tahun saya memendam rasa. Sekarang saya telah sah bercerai taIak 3. Saya tak tahu sama ada apa yang saya rasa adalah remeh, mengada atau saya ini terlalu sensitif. Jika ya, mungkin itu khilaf saya.

Jika tidak, saya rasa saya berhak marah. Maaf kalau luahan saya ini sangat – sangat panjang. Ianya sudah lama terbuku di hati dan saya tidak ada tempat meluah. Confession ini akan sangat panjang, terpulang pada admin untuk bahagikan kepada beberapa part.

Saya berkenalan dengan bekas suami saya 14 tahun lalu. Dia seorang anggota t3ntera laut berpangkat LLP. Mula – mula kenal, ya saya nampak dia seorang yang bertanggungjawab dan penyayang. Dari mana saya nampak?

Dari cara dia melayan keluarga dia, bekas kekasih dia dan juga orang – orang sekeliling. Keluarganya juga pada masa itu nampak baik – baik, adik beradik dan maknya juga nampak dan bercakap lemah lembut. Tetapi, itu silap saya.

Kita tak akan mampu mengetahui sifat sebenar sebelum kita meneliti “isi bukunya”. Don’t judge the book by its cover. Pada awal perkahwinan, kebetulan saya tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga kedua arw4h mama abah saya.

Arw4h abah semasa itu Alzh3imer’s dan arw4h mama pula baru sahaja dip0tong kaki kerana k3ncing manis. Maka di situlah bermula segala cerita. Keluarga mertua saya mula berbunyi. Ayah mertua mengatakan saya ni belajar tinggi – tinggi ada ijazah tetapi tidak berguna sebab tidak bekerja.

Maknya pula kata saya ni menyusahkan anak beliau terutamanya dari segi kewangan kerana membawa kedua ibu bapa saya tinggal bersama. Untuk pengetahuan pembaca, arw4h mama abah saya kedua – duanya berpencen dan merupakan pesara polis.

Maka tidak timbul isu menyusahkan dari segi kewangan. Cuma dari segi temujanji kIinik dan diaIisis arw4h mak, saya memang berg4ntung harap pada dia kerana tidak boleh memandu pada masa itu. Baik, saya skip ke episod penting dan yang memberi kesan mendalam pada saya sehingga saya tr4uma dan mengalami masalah mentaI.

Saya bermula dari PTSD, Post Traum4tic Str3ss Dis0rder, kemudian ke MDD, Maj0r Depr3ssive Dis0rder dan sekarang doktor diagnose saya sebagai Bip0lar Dis0rder Type 1. Katanya saya melalui banyak tr4uma. Antara tuduhan mereka pada saya adalah konon saya ini membuat nasi kangkang dan b0mohkan anak mereka sehingga tidak mahu balik ke kampung.

Ya, mereka mahu anak mereka kalau boleh balik kampung setiap minggu atau sekurang – kurangnya sebulan sekali. Mereka lupa, anak mereka anggota berpangkat LLP yang gajinya masa itu berapalah sangat dan seorang anggota t3ntera, sepatutnya mereka tahu dia milik negara.

Bukan setiap minggu dia dapat cuti kerana perlu “duty” 24jam. Sebulan 2 ke 3 kali perlu duty. Hari raya pun, berg4ntung pada keperluan anggota. Dan ya, anak lelaki mereka sudah ada tanggungjawab baru iaitu isteri. Jadi, apa mereka buat?

Semasa saya balik berhari raya dan bawa arw4h mama bersama ke kampung mereka, mereka berpakat beramai – ramai “meny3rang” saya dan arw4h mama. Kakaknya tolak dahi saya dengan jari telunjuk kerana seboleh –   bolehnya mahu saya mengaku saya buat “nasi kangkang”.

Adik bongsu lelakinya pula sepak pintu di hadapan arw4h mama saya sehingga arw4h mama saya terk3jut dan menangis. Ya, orang tua yang tengah s4kit teruk, perlu dialisis 3 kali seminggu dan tidak ada sebeIah kaki, duduk di atas kerusi roda diperlakukan sebegitu.

Demi Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya rela diIaknat sekiranya saya berbohong, saya tidak pernah melakukan perkara khurafat dan syirik tersebut dengan memb0mohkan ex saya, walau sekadar niat pon tidak pernah.

Tetapi ya, siapalah saya berbanding b0moh yang mereka percaya itu. Sehingga “contact lens” yang saya pakai sebab saya silau, dituduh ada “penunduk”. Allahuakbar, sampai m4ti saya takkan maafkan mereka terutama b0moh tersebut yang menuduh saya sebegitu.

Dan tahun berikutnya arw4h mak saya meninggaI. Maafkan Anne ya mama sebab mama terbabit sama dengan tuduhan itu. Oh ya, semasa arw4h abah saya meninggaI, saya ada serahkan sedikit duit kepada mak mertua saya untuk kenduri arw4h dan tahliI abah saya kerana sebeIah pihak saya tidak ada siapa mampu uruskan kerana saya anak tunggal.

Tetapi kenduri itu bertukar menjadi kenduri kesyukuran. Tiada tahliI dan bacaan yassin buat arw4h abah. Ya, saya sedih. Arw4h mama masa itu minta saya bersabar. Selepas dituduh b0mohkan anak lelaki mereka, saya berhenti memasak untuk bekas suami.

Kalau dahulu saya bekalkan makanan tetapi saya berhenti. Tetapi, saya kemudian dituduh pemalas. Kisah saya memb0mohkan bekas suami saya ini tidak berhenti di keluarga mereka sahaja tetapi sampai ke “menantu impian” mereka yang berada di Perlis, iaitu sepupu suami yang bekerja sebagai anggota polis.

Maka, di FB wanita itu, pelbagai tuduhan dimuatnaik. Semuanya berkaitan b0moh – memb0moh. Tidak cukup dengan itu, adik bongsunya siap hantar sms berbunyi, “Padan muka tak mengandung, sebab tak ada restu dari keluarga aku. B0doh.”

Cuma, kalau tidak restu, kenapa masuk meminang? Kami berkahwin secara elok. Bukan di Siam. Dan ya, masa itu dah masuk 6 tahun dan saya masih tidak mengandung. Tetapi, Allah swt Maha Berkuasa, sms tersebut dihantar pada April 2014, dan pada bulan puasa Jun 2014, saya disahkan mengandung. Siapa mereka untuk menentukan?

Sejak dari tuduhan itu, bekas suami saya mula bersikap seolah saya ini bukan siapa – siapa di dalam hidupnya. Saya pernah s4kit perut teruk ada uIcer di dalam perut semasa keluarga mertua saya datang bercuti ke rumah kami.

Saya menelefon bekas suami, minta hantarkan ke kIinik tapi dia marah – marah katanya saya tidak faham dia tengah duty. Tetapi pada hari yang sama, tengahari itu abang iparnya ajak keluar shopping hasil laut, dia boleh balik dan bawa mereka berjalan – jalan, tinggalkan saya di rumah kerana tidak muat kereta.

Ya boleh, walaupun tengah duty. Semasa saya pregnant, bermula lagi episod – episod meruntun jiwa. Saya dituduh curang dan itu anak lelaki lain. Saya telan dan saya diam kerana semasa itu saya fikir saya sudah tiada siapa – siapa.

Arw4h mama dan abah sudah meninggaI. Saya banyak kali turun d4rah kerana semasa itu saya perlu berulang jauh ke tempat kerja di dalam sejam waktu perjalanan. Saya penjawat awam semasa itu. Maka saya kerap MC dan s4kit tidak dapat bangun.

Setiap kali MC atau hujung minggu yang saya tidak mampu memasak kerana tak dapat bangun (alahan saya dan s4kit semasa mengandung saya sangat teruk). Maka saya perlu berlapar sehingga ke petang. Kerana bekas suami saya tidak akan balik untuk hantar makanan walaupun dia ada waktu rehat tengahari kerana katanya sibuk bekerja.

Sedangkan dia boleh saja makan di kantin di tempatnya bertugas dengan rakan sekerja dan saya dibiarkan berlapar. Jika saya marah, saya dik4takan mengada – ngada dan tidak memahami tugasnya sebagai anggota tent3ra laut.

Hujung – hujung pregnancy, masa 8 bulan, saya tidak dibenarkan memandu oleh doktor pakar s4kit puan. Maka dia yang perlu hantar saya kerja pergi dan balik. Maka setiap hari dia akan biarkan saya tunggu di luar office sehingga pukuI 8.30 malam.

Dan peneman setia saya adalah kakak guard atau abang guard kerana mereka risaukan saya yang sarat. Dan ya, waktu itu musim banjir besar dan kawasan pejabat saya sedang dinaiki air. Ketika saya mengandung anak kedua, dia ada menemani saya ke check up, sebab dianggap saya ini menyusahkan, saya dijerkah di lobi HospitaI.

Betapa malunya saya. Dan kedua – dua pregnancy, saya cukup teringin nak makan mangga dari sepohon pokok berdekatan pagar tengah pangkalan. Tetapi, dia kata saya mengada – ngada dan memaIukan dia kerana katanya tidak ada sesiapapun akan masuk ke kawasan itu untuk ambil mangga.

Setahun kemudian, kawan saya yang hamil, upload di FB, suaminya ambilkan mangga di pohon yang sama. Ya, saya kecil hati walau sudah setahun berlalu. Dan anak kedua kami meninggaI. Mungkin kesan dari tekanan mentaI yang saya alami.

Sepanjang 13 tahun, saya selalu dibeIasah. Kepala saya dih4ntuk ke dinding, ke cermin kereta, disep4k, dihumb4n ke lantai, dipij4k dan pernah dic3kik. Semuanya kerana saya meIawan kerana saya sudah tidak tahan lagi.

Semasa pregnant anak kedua juga saya pernah dibeIasah. Saya mend3rita sl1p disc kerana itu. Bekas suami saya pernah kata saya ni bertuah sebab dia kutip. Dia juga panggil saya binatang dan panggil mak saya b4ngkai.

Walhal sepanjang 13 tahun, segala perbelanjaan rumah, saya yang tanggung. Sepanjang usia anak kami 7 tahun, 2 kali sahaja dia bayarkan yuran. Di dalam rumah, hanya peti ais dan dapur gas sahaja yang dia beli. Segala keperluan, malah baju atau seluar dalam dia, saya yang beli.

Apabila balik ke kampung, saya yang hulurkan duit pada mak ayah mertua saya. Saya pernah dituduh manduI kerana tidak mengandung. Sedangkan saya susah nak hamil kerana dia yang jarang menyentuh saya. Dia hanya akan sentuh saya sekali di dalam 5 ke 6 bulan.

Selebihnya dia puaskan diri sendiri dalam bilik air selepas melihat video Iucah sama ada di Facebook, video di dalam group whatsapp atau Youtube dan google. Ini dia sendiri yang akui. Dan sebenarnya ini antara puncak perceraian kami kerana sebelum kami bercerai tahun ini, dia kant0i buat kali ke 5.

Itupun dia bersump4h guna nama Allah swt untuk menipu. Dan kemudian terp4ksa mengaku kerana ada bukti. Semasa saya mengandung 8 bulan untuk anak kedua, ketika saya membeli barang untuk bisnes part time saya, ditemani bekas suami saya (yang hanya duduk diam di dalam kereta), dia berlari menolong salesgirl yang membantu saya membawa sekeping kotak plastik nipis yang sangat – sangat ringan.

Setelah selesai, dia masuk duduk di tempat memandu, membiarkan saya yang sarat 8 bulan, terkial – kial membawa beg plastik berat berkilo – kilo membuka pintu kereta sendiri dan masuk. Manakala dia sibuk melayan handphone.

Apabila saya merungut, dik4tanya saya mengada – ngada. Saya tidak kisah sekiranya dia memang begitu dengan semua orang. Atau layanannya sama pada semua orang. Tetapi, dia sangat – sangat baik, bersopan dan lemah lembut dengan orang lain tetapi tidak dengan saya.

Saya seolah – olah musvh bagi dia. Sedangkan setiapkali dia susah dan dahulunya dia susah, saya yang ada. Kawan – kawannya semua tidak pedulikan dia. Setiapkali saya cuba berbincang, dia akan menyuruh saya diam.

Katanya saya suka cari kesalahan. Walhal, tujuan saya ajak dia berbincang adalah untuk memperbaiki keadaan. Tetapi dia selalu menuduh saya sengaja mencari salah dan mahu berg4duh dengannya. Dan setiapkali dia melakukan kesalahan yang sama, dia akan minta maaf dan suruh saya diam, kemudian berjanji tidak mengulanginya lagi.

Setahun kemudian, akan kant0i lagi melakukan salah yang sama. Dan saya dip4ksa untuk memaafkan dan melupakan terus on the sp0t. Saya ada luahkan pada pakar psiki4tri yang saya jumpa, beliau kata, bekas suami saya seorang narc1ssist.

Oh ya, mak mertua saya actually sampai ke hari sebelum kami bercerai, masih tidak menganggap saya sebagai menantunya. Kerana sebelum PKP, pada tahun 2020, mak mertua saya memperkenalkan saya kepada saud4ra mereka hanya sebagai “kawan”.

Jelas dan terang dia sebut perkataan “kawan”. Cuma anak perempuannya yang menyampuk dan memperbetulkan keadaan dan mengatakan saya isteri abangnya. Berubah air muka maknya. Saya tidak tahu apa d0sa saya pada dia sehingga diperlakukan sebegitu.

Saya penat dari segi mentaI dan em0si. Saya pernah cuba membvnvh diri 2 kali, kerana saya sudah tidak tahan diperlakukan seperti sampah. Kali kedua adalah tahun 2022 selepas saya dibeIasah di dalam kereta, tudung saya ditarik sehingga k0yak.

Dia selalu “play v1ctim”. Seolah permasalahan semuanya kerana saya suka mencari kesalahan dia. Dia tidak nampak, sikap dia yang menjadi punca kenapa saya hilang rasa hormat dan sayang pada dia. Saya dituduh derh4ka.

Dia kata dia berhak buat apa – apa pada saya kerana dia suami saya. Tetapi, dia lupa dia suami saya ketika dia wajib menjalankan tanggungjawab terhadap saya. Saya tidak pernah minta banyak, cukuplah melayan saya dengan baik.

Sekurang – kurangnya bercakaplah dengan saya selembut dia bercakap dengan orang lain. Saya tahu dia tak berduit. Entah ke mana duitnya. Jadi saya tidak meminta semua itu. Cuma saya juga manusia, punya perasaan, layanlah saya selayaknya manusia kalau tidak mampu melayan saya selayaknya seorang isteri.

Sebelum kami bercerai taIak tiga, saya tersangat kecewa. Saya sudah berhenti kerja sebagai penjawat awam dan fokus pada bisnes saya. 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun saya fokus pada bisnes. Semua media sosiaI saya penuh dengan marketing untuk bisnes saya.

Kalaupun ada saya menjenguk ke media sosiaI selain bisnes, adalah apabila saya terlalu penat, saya akan melihat video masak – masak dan kucing. Saya berazam nak majukan bisnes demi family kami. Tetapi bekas suami?

Kant0i, di Facebook, di Google, di Tiktok, di instagram, di group Whatsapp, penuh video – video dan gambar yang tak elok. Saya sejenis jarang sangat – sangat check handphone beliau. Tetapi, apabila saya check, saya kecewa.

Malah, dia pernah memarahi saya dan memanggil saya b0doh kerana saya tidak suka kawan perempuan dari kampung beliau yang saya lihat mengada – ngada melayan komen dia di Facebook. Saya minta dia remove dari senarai kawan tetapi dia memilih kawan perempuannya berbanding saya.

Di sosiaI medianya tidak ada satupun dia tolong support bisnes saya. Atau tolong promotekan. Tetapi dia boleh promote bisnes kawan dia yang buat cendawan dan jual madu kelulut. Apabila saya tanya, dia kata tak pandai nak promote.

Tetapi pandai pula promote untuk kawan – kawan. Kalau ada gambar berkaitan bisnes saya di sosiaI media beliau, itu saya yang uploadkan, bukan dia. Saya kecewa yang maha dalam. Saya tidak mampu nak gambarkan perasaan saya.

Ketika saya bersungguh – sungguh mencari rezeki buat family kami, sampaikan tidak ada life sendiri, masa untuk diri sendiri, dia pula sibuk melayan nafsu serakahnya. Mungkin benar kata – katanya dahulu pada kakak angkatnya, tidak ada sesiapa mampu menggantikan bekas kekasihnya di hati dia buat selama – lamanya.

Saya sebenarnya hanyalah “an option” atau pilihan kedua beliau. Selepas bercerai ini baru saya tahu, betapa tr4uma dan dalamnya Iuka yang dia tinggalkan buat saya. Sehingga saya menjadi seorang yang tidak punya perasaan.

Kosong – sekosongnya. Takut dengan lelaki. Saya hanya mahu sayangkan diri sendiri dan anak saya sahaja sampai ke akhir hayat saya. Cukuplah tr4uma dan s4kit kerana bersama lelaki sebegini selama 13 tahun. Sebenarnya, banyak lagi yang saya alami tetapi tidak mampu saya tuliskan semuanya.

Kawan – kawan, doakan saya lepas dari tr4uma ini. Doakan saya sembuh dari s4kit dan tr4uma ini. Kasihan anak saya, dapat seorang ibu yang ada masalah mentaI. Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat anak saya. Tetapi, saya tidak mampu kerana saya sendiri bergelut dengan tr4uma ini.

Saya mohon doa dari semua kerana sesungguhnya saya sekarang berada pada titik terakhir kekuatan saya. Saya tak nak kalah kerana saya harus memperju4ngkan anak saya. Doakan saya. Terima kasih. – Anne (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Azura Soraya AH : Stay strong ye sis. Semoga Allah permudahkan perjalanan sis untuk kembali normal dan bahagia bersama anak sis. Yakin lah, doa insan yang terani4ya tiada hijabnya dengan Allah. Akak doakan hanya yang terbaik untuk sis.

Dimurahkan rezeki, diberi kelapangan dalam segala hal di dunia mahu pun di akhir4t. Tentang mereka – mereka itu, serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. What goes around comes around. Cepat atau lambat aje.. Hugs

Pineapple Sunshine : Kiranya baru lagi bercerai jika tahun ini. TaIak tiga. Tutup. Tutup hati, tutup buku cerita lama ini. Cerita yang berlatar dalam perkahwinan yang hitam. Hitam dengan orang yang berhati hitam, yang percaya b0moh, yang tak ada perasaan.

Puan kuat sebenarnya, akan pulih nanti. Semua yang berlaku dan berlalu ada pengajaran dan hikmah. Ada pahala dari kesabaran dan kes4kitan itu. Nanti, akan hadir sesuatu yang lebih indah dan bahagia. Moga rezeki lebih baik, berkat dan anak bakal jadi permata syurga dunia akhir4t.

Kisah Nabi kita juga banyak diuji dengan kes4kitan yang berat dari kaumnya, hingga anak – anaknya juga diuji pergi meninggaI dunia sebelum baginda kecuali Fatimah. Ada surah yang memujuk nabi. Antaranya ad Dhuha. Cuba amalkan dengan penghayatan selepas solat dhuha. Fikir yg baik, buat yang baik. Yang tak mampu, letak tepi jangan pikul beban yang tak berguna.

Nur Fadhilah : Kesiannya confessor.. Tahniah kerana dah keluar dari t0xic marriage. Saya doakan confessor dan anak diberikan kebahagiaan yang meIimpah ruah selepas ni. Puan berhak untuk bersedih atas apa tr4uma yang dilalui. Moga puan bangkit sekuat – kuatnya. InshaAllah puan boleh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.