Ayah menangis luahkan apa yang jadi pada anak2 yang lain bila Sarah meIawan cakap dia

Waktu ayah mentua kena 0perate kaki, tak ada orang boleh jaga dia memandangkan mak pun masih bekerja. Ayah pun dengan yakin nak suruh anak-  anak soleh / solehah dia yang jaga tapi hakik4tnya diorang ‘tak mampu’ nak jaga. Tiba – tiba Sarah datang offer diri nak jaga ayah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih buat admin yang sudi menyiarkan cerita ini. Kisah ini mungkinlah biasa  -biasa saja tapi saya harap boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Saya ingin menceritakan mengenai adik ipar kesayangan saya, Sarah namanya.

Ini cerita mengenai hubungan Sarah dengan ayah mertua saya. Masa awal – awal perkahwinan dulu memang saya rapat sangat dengan Sarah. Even masa sambut anak pertama pun, dia yang ada uruskan semua benda sebab suami masa tu tak boleh tinggal kerja.

Sarah ni ‘sp0rting’. Mungkin sebab tu la kami sekepala. Namun langit tidaklah selalu cerah untuk hubungan rumah tangga ayah mertua saya. Tahun 2018 keluarga suami saya diuji apabila hubungan ayah dan mak mulai dingin.

Untuk pengetahuan, ayah mertua saya ni individu “narcisstik”. Saya tak pasti apa nama full peny4kit tu tapi rasanya saya pernah baca satu confession pasal ni dekat sini. Bila saya baca luahan dia tu, serious memang boleh relatekan dengan per4ngai ayah selama ni.

Ayah seorang alim, zikir sentiasa, berkopiah, berjubah. Pendek kata, kalau cerita dekat orang apa pengh1naan yang dia katakan pada mak, sump4h pot0ng jari orang takkan percaya. Sebaliknya, orang tu pulak yang sama – sama shift the point to Mak.

Kata mak ni isteri derh4ka la, mak ni nusyuz la. Mak tak pandai jaga hati suami. Tapi hakik4t sebenar, sungguh saya memang respect giIa dengan mak. Umpama her0in yang dalam cerita indon tu, apa – apa orang buat dia macam ‘lemah’ tak berdaya gitu.

Jenis redha je dengan apa yang berlaku. Biasalah, nak masuk 30 tahun bersama individu narcistik, memang tepu setepunya lah. Saya ingat lagi masa first kahwin. Depan mata saya ni, ayah baIing periuk ricecooker tu. Sebabnya mak tanak nasi sikit.

Masa tu ayah ada nak jamu orang masjid, mungkinlah mak tak dengar ke sebab tu yang dia tanak nasi sikit pagi tu. Tapi masa tu sump4h saya terk3jut tapi mak rilek je kutip ricecooker tu masuk rumah sambil sengih – sengih. Saya yang tengok masa tu memang telan air liur la.

Suami pulak, “Biasalah… ayah memang macam tu….” Ayah ni kalau sekali jumpa, memang orang akan cepat sayang sebab dia pandai bercakap. Tapi saya tengok, paling lama orang tu rapat dengan ayah mungkin setahun, dua tahun.

Last – last ayah akan ‘sendiri’ jugak. Sebab saya nampak ayah ni t0ksik dengan orang sekeliIing dia. Campak la dia di mana – mana komuniti, mesti la ade je benda yang dia tak puas hati. Kat ofis, g4duh dengan orang tu orang ni. Kata orang tu jeles kat dia la, orang ni tak suka dia naik la.

Dalam persatuan kampung, mula – mula join jadi AJK okay je, tiba – tiba dengar cerita pulak dia g4duh dengan orang tu orang ni. Tup – tup saya dapat tahu ayah dah letak jawatan. Tapi mulut tu asyik nak k0ndem je persatuan tu.

Dah keluar tu duk diam – diam la, buat apa nak masuk campur lagi. Yang peliknya, kalau ada kenduri kat rumah nenek, orang – orang yang katanya cari g4duh ngan ayah rilek je datang kenduri macam tak ada apa – apa yang berlaku.

Ayah pulak, menyorok dalam rumah acah – acah main ngan cucu. Bila orang panggil turun, dia buat – buat la masuk toilet la apa la.. Haish tak faham! 2018 tu Sarah tengah buat Degree. Saya pun memang dah jarang la jumpa dengan Sarah sebab dia sibuk, so memang dia tak sempat nak datang kat rumah.

Waktu kes ayah dan mak tengah ‘panas’, memang setiap malam suami akan cakap dengan telefon. Bercakap dengan ayah, konon nak dengar luahan hati ayah. Tapi lepas tu adalah saya dengar bunyi baldi, pasu kena baIing. Suami masuk rumah pun mata merah.

Suami cerita yang ayah luah perasaan pasal mak. Ungkit cerita dari awal dia kahwin dengan mak. Cakap mak perempuan itu.. perempuan ini…kalau saya mention ayat ayah kat sini, memang pedih la baca. Suami cakap kalau dulu, bila timbul apa – apa isu memang ayah tak cerita dekat dia.

Ni mungkin sebab dia pun dah berkahwin, dan ayah pula tak ada sesiapa dah yang sudi ‘layan’ perasaan dia, suami pulak jenis anak yang patuh, dia dengar je lah apa yang ayah dia kata walaupun hati macam kena si4t. Last – last pasu sawi pakchoy saya yang jadi m4ngsa.

Macam adik beradik dia yang lain, selalu iyakan apa yang ayah buat selama ni terutama dekat mak. Tapi Sarah lain. Saya nampak ketara kemat4ngan Sarah ketika itu. Bila mana semua orang seaakan tunduk dengan segala manipuIasi @ cerita rekaan ayah, Sarah la satu – satu manusia yang bangun dan bangkang setiap penipuan ayah.

Ayah kononnya nak luah perasaan dekat Sarah, Sarah sejenis tak boleh orang cakap belit – belit, orang sainskan, biasalah, mana boleh terima kalau benda tu bukan fakta. Contohnya ayah ada cerita kejadian masa majlis kat rumah, mak kononnya tak ajak abang ayah sebab mak tak puas hati pasal pembahagian bahagian lembu.

Tapi ayah punya konar, dia cerita mak ni per4ngai buruk, tamak haloba dan suka g4duh dengan orang. Kitorang semua ada je masa kejadian tu. Dan cerita tu memang 100% tak betul. Ayah ni kenapa suka hidup dalam tafsiran sendiri ek??

Bila Sarah dengar, of course akan keluar ayat “Betul ke?” “Aik ye ke macam tu? Dikya ada masa tu, bila mak kata macam tu yah?” Dan orang narcistik ni, bila si m4ngsa dah start bersuara dan curiga dengan cerita dia, memang dia akan menggeIabah tak tentu arah.

Tup – tup saya dengar, Sarah jadi anak derh4ka pula. Iawan cakap ayah. Suami dan adik beradik dia yang lain lagi best, berjemaah kaw – kaw nasihatkan Sarah. Ye la, dah si ayah duk nangis – nangis luah perasaan kononnya gagal mendidik seorang anak perempuan.

Saya perhatikan, senj4ta ayah satu je, nampak macam orang nak ‘att4ck’ dia sikit @ orang macam dah tahu dia menipu, mulalah keluar air mata. Bukan menyesal sebab perbuatan dia, tapi dia akan manipuIate benda tu seolah – olah Sarah pulak yang bersalah.

Bagi saya, jawab je la dengan yakin soalan tu. Kalau betul itulah sebenar  -benar apa yang berlaku. Kenapa perlu takut? Tapi Sarah baIas, “Dikya tak pelik kalau ayah menipu, sebab per4ngai tu ayah tak buang masa muda dulu, tu yang tua macam ni pun, per4ngai tu dah jadi dar4h daging dia.

Yang DikYa pelik, orang – orang sekeIiling ayah yang setuju walau korang pun tahu ayah penipu dengan alasan ayah tetap ayah. Hairan betul. Semua duk kata ayah tu kira okay sebab dia sembahyang full lima waktu, tapi kalau betul la ayah tu sembahyang yang betul – betul sembahyang, mulut dia takkan jadi gitu. Buka mata woi, yang dia kata tu mak kita tu”

Saya dengar suami cerita Sarah cakap macam tu, rasa macam nak je saya jumpa Sarah and sep kat dia. Sebab saya sebenarnya lama dah ‘geram’ dengan ayah sebenarnya. Dia pernah buat kes dengan saya dan suami suatu ketika dahulu.

Nak cerita panjang sangat tapi cukuplah saya kata, sebabkan suami yang terlalu ikutkan sangat janji – janji manis dia yang kononnya ada ‘cable’ besar nak masuk kerja kerajaan, kami suami – isteri sampai tahap jatuh terduduk hasil duk me’layan’kan sangat per4ngai ayah.

Tu belum cerita pasal ayah masuk campur hal kitorang laki bini lagi. Memang saya marah, tapi mungkin suami ni kira penyejuk jugala, banyak tenangkan saya. Berbalik pada kisah Sarah, lepas kejadian yang Sarah menjawab ayah tu, keadaan jadi m4kin bertambah parah.

Especially pada hubungan adik beradik. Saya mula lihat ipar duai saya yang lain mula ‘ignore’kan Sarah. Tentunya sebabkan mulut ayah yang duk asyik meraih simpati dengan anak – anak dia yang lain dengan cara mengungkit setiap jasa dan peng0rbanan dia pada Sarah.

Sampai tahap harga beg sekolah Sarah masa sekolah rendah pun ayah UPkan mungkin demi nak menyedapkan cerita. Saya yakin, sesiapa sahaja yang dengar naratif cerita ayah, pasti semua akan autom4tic kata Sarah 100% bersalah, anak derh4ka, anak kurang ajar!

Tapi hakik4t sebenarnya tidak sama sekali. Sebenarnya saya nampak adik beradik suami yang lain memang setuju je dengan Sarah tu, cuma diorang sejenis penakut. Tak berani Iawan ayah kononnya takut derh4ka. Dan saya nampak diorang ni jenis pendam even hati tu macam kena si4t bila dengar ayah h1na mak sendiri.

Bagi saya, memang tak membantu betul. Umpama bagi ‘dedak’ la kat per4ngai ayah. Dan mungkin juga Sarah ni Allah swt takdirkan dia untuk jadi sejenis ‘stand-up’ dan berani supaya boleh bagi ‘tamp4ran’ pada ayah. Dalam 4 orang anak – anak mak, siapa je yang selamba bagi ayat dekat ayah,

“Yah, solat asar kejap lagi jangan lupa mintak ampun banyak – banyak dekat Allah sebab dah s4kitkan hati isteri ek” pastu cepat – cepat dia chau masuk bilik. Sarah oh Sarah, win betul kau ya dik! Kes ayah dan mak kira senyap macam tu je.

Tu pun lepas Sarah gunakan perkataan cerai. Masa ni memang ketara Sarah m4kin nampak ‘derh4ka’ Tapi bagi saya, kalau betul – betul selami apa yang sebenarnya Sarah lakukan ni, tak lain tak bukan, lebih kepada nak menjernihkan keadaan.

Mungkin sebab Sarah tahu kelemahan per4ngai ayah. Memang kena ajar walau nampak derh4ka. Tapi derh4ka ke Sarah tu? Kalau betul derh4ka, mungkin dia takkan balik langsung rumah tu. Pernah masa tu ayah masuk ward, dan masa tu ramai – ramai tengah kumpul.

Boleh pulak ayah ni dia kata dia ada anak 3 orang je. Sarah rilek je senyum. Ayah tak mengaku anak kot, kalau saya memang ‘k0yak’ habis ah. Saya pun tak tahu la hati Sarah ni jenama apa. Macam – macam ayah duk kata pasal Sarah, dia rilek je balik rumah macam biasa, salam mak, salam ayah macam biasa.

Nampak ayah ‘over’ , dia cantas ayat ayah waktu tu jugak, lepastu dia cabut. Dan Sarah tak akan jadi orang yang paling banyak keluarkan duit untuk setiap majlis kat rumah tu. Sarah lepas degree tu adalah dia jual macam – macam.

Amway la, Carya la.. Sejenis tak duduk diam punya orang. Walaupun ayah banyak kali kata yang Sarah tu tak dapat kerja dalam bidang dia sebab Iawan ayah sendiri. Tapi saya tengok, mashukk je si Sarah tu bahkan lebih kaya dari anak soleh – solehah ayah yang lain.

Tak cakap orang lain lah, suami saya pun. Even kerja pejabat, kereta rumah serba serbi tapi ‘struggIe’ tu siapa – siapa kerja makan gaji tahu lah ye. Tapi memang taklah kitorang nak cerita dekat ayah. Mak je yang tahu pasal cerita – cerita sedih kitorang sebab memang suami cerita full.

Kalau dekat ayah, suami memang tapis cerita dan bagitahu yang manis – manis saja. Takdir Allah punya kuasa, hujung tahun 2018 seingat saya. Ayah kena 0perate kaki. Sebab peny4kit puns apa entah. Saya tak pasti cuma ayah 0perate dengan dua tujuan lah.

Sebab nak buang tum0r tu dan masukkan besi dekat lutut. Ayah dapat MC 6 bulan kot kalau tak silap. Kebetulan masa tu Sarah memang ada kat rumah sebab dia baru berhenti kerja kat Klang. Sarah balik sambil nak intai peluang sambung master katanya.

Tup – tup ayah 0perate. Ayah pula 0perate kat kaki kan, memang perIukan bantuan la. Masalahnya sebab mak pun masih kena kerja, jadi tak ada siapa yang boleh jaga ayah masa tu. Ayah punya konfiden duk ulang – ulang suruh suami saya, adik dia, dan yang bongsu tu cuti untuk jaga dia.

Walhal, masa ayah dalam dewan bedah tu, memang 4 beradik duk bincang dah pasal ni. Kat situ saya nampak dah la anak soleh / solehah ayah ni semua macam tak boleh nak jaga ayah. Walau saya tahu diorang boleh jeeee tapi saya tahu sebab utama sebab diorang memang tak boleh tahan dengan per4ngai ayah.

Tapi saya cuba husnuzon la, mungkin tak. Sarah kata biarlah dia jaga lagipun memang dia free sementara tunggu untuk dia masuk master tu kan. Suami saya pulak menggelabah tak tentu pasal. Dia takut Sarah dengan ayah berper4ng je nanti.

Ye la, dua – dua panas kan. Dan betullah memang benda tu berlaku pun. Masa ayah dalam proses penyembuhan tu kan, sump4h la per4ngai dia m4kin menjadi – jadi. Suka hati je nak t3ngking orang. Makanan tak sedap la, pendek kata memang serba tak kena la.

Saya tahu pun sebab mak cerita. Sarah pulak, m4kin tinggi suara ayah, m4kin tinggi dia jawab. Tapi teruk macam mana pun, memang serba – serbi dia jaga. Maksudnya, bila g4duh tu, kira sampai situ je lah, lepas kira lepas la.. pastu Sarah akan buat macam tak ada apa – apa berlaku.

Ada pernah saya balik jenguk ayah. First time nampak Sarah suap ayah tu, saya tiba – tiba rasa sebak. Suami dan adik beradik lain pun. Walaupun sebelum tu diorang ‘g4duh’ sebab remote tv. So nampak tak? Relationship Sarah dengan ayah ni, kalau orang yang jenis cepat menghukvm, memang kena kecam dah Sarah tu.

Tapi kami semua tahu, ada hikmah. Kenapa dalam ramai – ramai, Allah boleh lorongkan Sarah untuk jaga ayah? Mungkin Allah tahu, kalaulah adik suami yang lain jaga, diorangkan jenis pendam. Ayah kata apa – apa pun dia, akhirnya nanti mesti diorang tak tahan dan terus tinggal ayah.

Kalau Sarah ni, dia marah memang dia lepas je. Dan dia ada keupayaan untuk berlakon macam tak ada apa – apa yang berlaku lepas tu. Dia tahu cara nak ‘control’ dan tundukkan ayah. Alhamdulillah la, ayah pun dah sembuh cuma masih perIukan fisio.

Sarah pulak dah masuk UTM buat master. Ayah lepas operate ni memang adalah perubahan tu. Nampak la ‘slow’ sikit dari segi sembang kencang lebat dia tu. Dia dengan Sarah pun tak adalah jadi rapat sebab memang diorang pun tak rapat, cuma ayah memang dah shutdown terus pasal kisah Sarah di anak derh4ka tu.

Sarah jarang balik rumah mungkin sebab dia sibukkan dengan kerja – kerja dia kat sana tapi setiap kali kitorang kumpul – kumpul mesti ayah la akan sibuk suruh nak videocall Sarah. Tapi taknak pulak ayah nak bercakap, dia just tengok gitu je.

Biasalah eg0nya masih ada. Susah nak buang. Masa birthday ayah tahun ni pun, jubah yang Sarah hadiahkan tu, ayah pakai dulu berbanding hadiah – hadiah anak yang lain tau. Kami semua pun tahu ayah tu sayang dekat Sarah.

Dan dia pun memang menyesal cuma untuk nak buat sesi bermaaf – maafan antara Sarah dengan ayah tu, hmmm dalam mimpi je la tuan – tuan dan puan – puan. Yang ada hanya sesi per4ng – memer4ng saja. Malah masa raya pun, Sarah salam dan peIuk cium macam biasa sambil gelak – gelak gitu je, takdenya nak nangis – nangis bagai.

Paling terbaru, Sarah sekarang tengah dalam fasa nak bertunang dah. Tapi ayah gigih k0rek cerita dengan suami saya pasal BF Sarah tu. Mungkin dia malu kot nak tanya Sarah. Sebab dua beranak ni bukannya boleh duduk semeja, per4ng dunia ke-19 nanti.

Pasal BF pun dia cerita sikit je sebab saya tak dan nak k0rek lebih – lebih. Dua benda sebenarnya saya belajar dengan keluarga suami saya ni. First, tak boleh nak nilai seseorang sesuka hati. Macam saya, bila saya tengok Sarah menjawab, Sarah ‘Iawan’ ayah, memang first saya akan anggap Sarah tu kurang ajar dengan ayah sendiri.

Tapi lama kelamaan, saya tengok ‘hikmah’ betul Allah jadikan Sarah macam tu. Tak lain tak bukan untuk perbetulkan balik apa yang patut dibetulkan. Bila luah kat orang pasal per4ngai ann0ying ayah tu, orang mostly akan shift balik dekat kita dengan ingatkan balik jasa ayah, peng0rbanan ayah, d0sa derh4ka bla…bla..bla…

Tapi itukah tiket untuk dia kata macam-macam dekat mak? Tak.. Diam dan berpura – pura setuju atas alasan dia seorang ayah walau terang tang – tang apa yang dibuat tu salah, sorry to say la.. lagi derh4ka dari yang nampak derh4ka.

Sebab apa saya kata macam tu? Sebab adik beradik suami saya lebih rela lihat ayah perlekehkan mak iaitu syurga mereka tu semata – mata nak pertah4nkan ayah. Second, tak semua yang terzahir tu sebenar – sebenar kejadian.

Bila nampak ayah kata macam – macam dekat Sarah, saya ingat Sarah la orang first sekali yang akan lari dari jaga ayah. Tapi tengoklah, dialah jururawat, dialah tukang masak, tukang cuci Iuka ayah, tukang g4duh terutamanya. Dan bila saya fikir balik, saya tak rasa suami atau adik beradik lain akan jaga ayah sebaik Sarah.

Sebab apa saya kata gitu? Sebab diorang ni, walau depan ayah diam membisu, kat belakang boleh tahan mulut. Siap kata nak ambik pis4u tik4m je ayah tu. Betul lah orang kata mulut tu lagi taj4m dari ped4ng kan. Diorang mesti marah orang h1na mak sendiri kot.

Tapi berani kat belakang je lah. Kalaulah  diorang jaga ayah. Ayah ni kalau bahasa Penangnya, “pongoihhh”. Selama ni diorang setakat layan per4ngai ayah tu bila masing – masing balik rumah 2-3 hari. Boleh la nak tahan hati dan telinga tu.

Tapi ini nak kena hadap 24jam, sebaik – baik manusia pun tak akan tahan! Mujur Sarah jadi ‘derh4ka’ so boleh la nak jaga orang macam ayah. Sekian sahaja la cerita saya. Macam panjang sangat je saya tulis ni. Terima kasih sebab sudi baca. Semoga boleh dijadikan teladan buat kita semua ye. – Dewi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zarina Zack : Lelaki macam bapa mertua confessor ni, bersepah dalam masyarakat kita ni. Orang yang paling sesuai sekali hidup dengan diorang ni adalah yang orang yang macam sarah tu baru buku bertemu ruas orang kata.

Adik beradik Sarah yang lain tu kategori jantan tak ade telur (tak pasti lak semua adik beradik Sarah tu lelaki ke tak). Sebenarnya dah bosan dah dengar cerita lelaki layan isteri macam sampah..

Ida Mami AmiRash : “Anak derh4ka” ni la biasanya akan ade time mak ayah memerIukan. Anak – anak yang asyik nak mengampu ni cuba mintak tolong sikit. Ade je alasan nak mengelak. Tu pun masih disayangi walaupun jelas lagi nyata per4ngai diorang macam sampah.

Orang macam ayah ni kadang jangan layan sgt. Biar dia mereput dengan sikap eg0 dia. Biar anak – anak syurga dia je layankan dia. K, bye!

Cik Puan Ria : Ramai orang memilih untuk menghukvm berbanding k0rek dan memahami keadaan di sebalik tindakan seseorang. Senang kata, orang jenis Sarah nih, realistik. Orang jenis realistik nih memang jarang orang nak suka, sebab kebenaran tuh bukan semua orang boleh terima dengan berlapang dad4 tapi begitulah. Hidup ini lebih banyak depan lain belakang lain, haha..