Emak terburu2 carikan j0doh dan kahwinkan aku. Mak ugvt jangan maIukan dia jadi anak derh4ka

Aku tak tengok bakal j0doh, aku tak kenal sapa laki tu. Tup tup dalam masa 3 bulan terus kenduri. Mak biarkan kenduri rumah pengantin lelaki dahulu. Aku tak faham mengapa keluarga sebeIah laki tak sabar nak kenduri. Beberapa minggu lepas majlis barulah aku tahu sebab aku dip4ksa kahwin…

Dah lama aku fikir untuk menulis kisah hidup yang aku hadapi ini.. Thanks admin jika sudi siarkan kisah ini. Sejak kecil aku dibesarkan oleh mak yang garang dan pilih kasih. Ayah pula sibuk bekerja siang malam dan jarang ambil tahu hal kami adik beradik.

Sikap mak yang pilih kasih antara kami adik beradik selalu buat aku terasa. Kadang – kadang mak beli baju untuk adik tapi tak beli untuk aku tapi aku pendamkan saja. Mak juga terlalu manjakan abang aku yang sulung sampailah sekarang abang aku masih di bawah ketiak mak dan disara oleh mak ayah walaupun umur dia dah lebih 40 tahun.

Pernah jiran bercakap pasal abang aku ni dah jadi pen4gih d4dah tapi mak ayah menafikan. Dalam diam – diam mak ayah aku sebenarnya pernah jamin abang aku beberapa kali setelah masuk lokap. Aku yang minat untuk sambung belajar setelah tamat sekolah menengah selalu diherdik oleh mak.

Mak selalu ungkit, kalau – kalau duit dia bagi aku untuk tuisyen beli buku tapi aku tak dapat cemerlang semua A. Untuk tidak membebankan mak ayah. Aku ambil keputvsan untuk sambung tingkatan 6 sebab yuran agak murah berbanding kolej.

Bermula dari situ aku berniaga kacang sikit – sikit kat asrama. Bila cuti sekolah pula mak p4ksa aku berniaga kuih dengan abang. Abang aku cuma gunakan aku saja. Apabila sampai ke pasar ramadan atau pasar malam dia akan tinggal aku sorang – sorang untuk berniaga.

Macam biasa bila luah dekat mak dia tak percaya. Semua duit berniaga aku bagi mak sebab guna modal mak. Aku cuma nak tolong mak saja tapi dalam diam – diam aku nampak mak hulur duit dekat abang. Lepas habis sekolah aku ditawarkan jadi kerani kontrak dalam KKM.

Aku amat bersyukur sebab jauh dari keluarga yang selalu bermasalah dan berantakan tu. Di sini aku jumpa keluarga angkat yang sangat baik. Ibu angkat baru selalu bercakap pasal agama. Banyak membimbing dan menghadiahkan aku tafsir al quran.

Tapi tak lama aku jadi kerani kontrak aku ditamatkan setelah tiada lagi perjawatan kontrak diperIukan masa tu. Mak p4ksa aku kerja kilang dekat rumah walaupun aku dapat tawaran jadi penyelia fast food restaurant mak tak bagi sebab mak cakap swasta ja.

Aku mula serabut memikirkan mulut mak yang suka membebel, suka jumpa b0moh dan selalu p4ksa aku mandi bunga untuk j0doh. Pernah aku bangkang dan cakap b0moh ni syirik dan khurafat tapi langsung mak tak percaya.

Sampaikan aku demam biasa pun dia akan panggil b0moh. Tuhan saja yang tau betapa serabutnya aku dengan mak. Pernah suatu hari motor ayah baru beli abang naik, lepas tu dia bagi kawan pinjam. Rupanya kawan dia juga pen4agih, bila polis rush semua kena angkut ke balai sekali motor baru ayah.

Entah macam mana abang aku terlepas. Lepas dapat tahu hal tu, aku terus tanya abang aku. Dia yang baran terus masuk bilik dan angkat samurai untuk bunvh aku. Aku yang betul – betul hilang sabar terus c4bar dia untuk bunvh, mak ayah yang tarik kami dan kunci aku dari dalam bilik tapi langsung mak ayah tak report polis, h4ncur hati aku.

Aku m4kin tak tahan dok rumah dengan mulut mak suka tengking – tengking. Ayah pun dia tak hormat, kalau ayah salah beli barang dia pernah Iempar depan aku. Sedih aku tengok ayah, bila aku tegur mak dia akan cakap jangan masuk campur.

Aku mengadu hal aku dengan keluarga angkat aku, mereka ada cadangkan aku sambung belajar di IPTS walaupun yuran mahal. Disebabkan aku tak tahan aku tak fikir panjang lagi. Alhamdulilah, aku dapat pinjaman PTPTN, dalam kelas aku berniaga sandwich.

Lepaslah duit belanja dan beli barang keperluan sikit. Lepas grad aku balik kampung sementara tunggu tawaran kerja dan tak lama lepas tu macam – macam aku dapat offer kerja dari company swasta tapi macam biasa mak aku terus kongkong dan cakap jangan pergi sebab lagipun swasta.

Dia p4ksa pula aku kerja kedai kaca mata dekat rumah. Aku amat sedih dan mengadu dengan ayah, dengan segulung diploma yang ada dia p4ksa aku kerja kedai kacamata saja. Nasib aku baik dapat sekali lagi tawaran kerja di KL, ayah hantar aku kali ni sebab dia fikir masa depan aku.

Alasan gaji yang tinggi dan masuk campur ayah serta pakcik yang lain membuatkan mak akur dan lepas juga aku ke sana. Tak lama kerja di KL aku dapat offer dari kerajaan. Aku amat syukur sekali. Nak dijadikan cerita, sejak aku kerja dengan kerajaan mak selalu s4kit.

Jarak tempat kerja ke rumah lebih kurang 400km membuatkan aku terfikir untuk balik jaga mak walaupun aku tak suka tinggal dengan abang. Tak sampai setahun selepas isi borang aku dapat tukar balik kampung. Di sini bermula la pend3ritaan aku.

Setiap tahun aku akan hadiahkan mak ayah smartphone dan tab. Aku sanggup hutang court mammoth sebab nak bagi tab mahal supaya orang tua gembira sebab aku tengok mereka baru belajar dan minat. Lagipun senang nak berhubung dengan adik aku di pedalaman yang tiada talian telefon, yang ada cuma internet.

Tapi yang menyebabkan aku sedih, apa saja aku beli semua tak lama. Semua dapat kat abang aku. Betapa h4ncur hati aku tengok mak ayah biar saja abang ambil. Di kampung ramai yang masuk meminang termasuk kawan kawan ayah nak matchkn aku dengan anak mereka.

Semua mak ayah tolak dengan alasan lelaki semua tu kerja tak stabil. Aku ada berkawan dengan sorang mamat ni jual volkswagen, dia ada jumpa mak ayah tapi mak ayah tak berkenan. Bagi aku restu orang tua sangat penting.

Sedih juga, semua yang aku kawan mak ayah tolak. Aku pun bersuara kalau takda j0doh aku lagi, aku nak ambil anak angkat atau kerja di oversea sebab banyak offer ke negara timur tengah yang memerIukan kelayakan macam aku.

Masa ni umur aku 31 tahun, ramai adik beradik perIi sebab aku tak jumpa j0doh lagi sedangkan adik aku dah bertunang. Aku pernah kawan dengan sorang pembantu perubatan tetapi adik aku rampas dari aku mujur tunang dia bukan laki tu.

Adik aku amat tak senang kalau aku baik dengan mak ayah, dari segi rupa memang aku lebih dari mereka semua. Aku seorang yang berdikari, lesen apa saja aku beli semua hasil titik peluh sendiri dan kerja part time sedangkan abang dan adik aku ditanggung.

Adik aku tak senang tengok aku baik dengan mak ayah, selalu belikan mak ayah macam – macam. Sampaikan hari tunang dia pun dia tak tunjuk bakal tunang dia untuk jumpa aku dia cakap takut tunang dia suka aku. Dalam hati nak ja aku cakap aku bukan per4mpas macam kau tapi nak jaga hubungan adik beradik aku diam saja.

Menjelang beberapa bulan tarikh kahwin adik aku, aku lebih banyak diamkan diri dan tak suka bercampur sanak saud4ra yang lain. Mereka selalu perIi aku memilih sebab tu j0doh susah sedangkan mak ayah aku yang tetapkan syarat macam – macam.

Adik aku pun mungkinlah selalu ikut mak jumpa b0moh, mandi bunga sebab tu dapat j0doh kerja elok. Aku m4kin bosan tengok mak dan adik ulang ulang jumpa b0moh, nasihat langsung tak pakai. Rupanya dalam diam mak dan adik aku ada berpakat nak cari j0doh untuk aku.

Dalam diam – diam mak aku dah berbincang dengan bakal mertua tarikh merisik aku. Lepas tu baru mak cakap dia dh tetapkan tarikh. Dia suruh aku minta cuti dan tunggu kat rumah, jangan bagi malu dia sebab dia dah carikan j0doh untuk aku.

Ya Allah, aku tak tengok bakal j0doh, aku tak kenal sapa laki tu. Tup tup dalam masa 3 bulan terus kenduri. Mak biarkan kenduri rumah pengantin lelaki dahulu. Aku tak faham mengapa keluarga sebeIah laki tak sabar nak kenduri, aku macam nak lari dari rumah.

Tapi fikirkan ayat jangan jadi anak derh4ka, jangan bagi malu muka mak, aku akur. Sedihnya aku langsung tak diberi peluang untuk bersuara. Sehari sebelum akad nikah pula mak p4ksa aku beli gelang tangan yang besar dengan duit hantaran kahwin.

Puas aku jelaskan aku taknak sebab aku memang tak suka barang kemas. Lagipun kerja macam aku langsung tak boleh pakai barang kemas. Kalau nak pakai jam pun harus g4ntung dekat uniform. Macam biasa mak jerit lagi aku anak derh4ka.

Dia malu orang kampung datang tengok aku takda barang kemas. Aku ikut dia ke kedai emas. Rupanya gelang besar dia ambil harga hampir 3k, tahun 2016 bayangkan kalau harga sekarang. Setelah selesai majlis rumah lelaki, suami suruh aku tinggal sekali mak dia, aku cakap tak nak sebab jauh dengan tempat kerja lagipun kenduri rumah mak aku lagi 4 bulan tapi tetap dengan keputvsannya.

Di rumah dia ada ipar duai yang lain susah aku nak jaga aur4t. Sedih aku langsung suami tak nak memahami. Beberapa minggu di rumah mak dia, mak dia mula suruh aku buat kerja rumah. Dengan adik – adik dia tak cukup duit mula meminta – minta dengan aku.

Dalam hati tuhan saja tau tersiksanya aku, dengan penat kerja, shif lagi. Suami mula mengongkong sampai aku nak balik rumah mak pun dia tak izin. Masa mengandung aku alah teruk sampai muntah hijau tapi mertua aku datang kata jangan manja, jangan layan sangat.

Waktu dia dulu, ok saja. Pernah dia suruh aku basuh kain buruk dengan tangan sebab takut mesin basuh kotor. Rumah mertua aku ni ikutkan apa pun tak ada, telivisyen pun yang lama, peti ais masih kecil, mesin basuh yang manual.

Dalam hati nak juga aku cakap, orang kampung tak bersyukur. Aku terasa seolah digunakan. Kalau aku kerja malam, siang tak dapat tidur. Baru tidur, mak dia akan ketuk pintu suruh tolong buat kerja. Sampailah kandungan aku masuk 6 bulan alahan m4kin teruk.

Aku dah tak tahan lagi, tak boleh salah makan mesti makanan keluar balik. Aku cakap dengan suami aku yang aku nak pindah tapi dia halang aku dan cakap mak abah tak bagi pindah. Aku dah mula meng4muk, aku cakap kenapa orang lain kena masuk campur.

Aku tetap nak pindah kalau taknak aku tolong lepaskan aku. Selepas aku bagi ayat tu dia turut ikut aku pindah. Sejak pindah suami dah tak bagi nafkah, semua aku tanggung. Nak bersalin pun aku yang beli semua. Dia hanya beli tilam baby dan baju 6 pasang.

Bil api air, rumah dan barang dapur aku yang beli. Suami aku kerja kerani. Untuk pengetahuan, sememangnya gaji aku lebih besar dari dia, pernah sebulan dia bagi rm50 saja. Tiba masa aku nak bersalin, aku bagi semua barang kemas suami pegang sebab aku nak masuk labour room dah.

Lepas discharge, dia hantar aku balik berpantang di rumah mak. Tiba – tiba ayah dia telefon dan cakap rumah rosak kena baiki, dia bersiap siap untuk pulang. Sebelum pulang dia ada cakap barang kemas aku dah hilang, macam nak mer0yan aku dengar sebab gelang yang paling besar tu yang hilang.

Aku s4kit bersalin tak habis lagi ditambah dengan s4kit lain pula. Lepas aku balik rumah mak ayah dia aku tengok rumah bertambah besar sedangkan mak ayah dia tak kerja dan dia cuma kerani, adik – adik pula kerja kilang.

Dalam hati aku memang dah syak dia gadai gelang aku untuk mak bapa dia tapi aku diam saja. Sampai anak berusia 4 bulan suami masih tak berubah. Semua aku tanggung, bila cuti saja balik rumah family dia. Hari raya pun sama.

Aku dah jarang jumpa mak aku, lepas tu kereta aku dia bagi eksiden pula. Macam macam ujian sampai aku dah tak tahan lagi, insuran aku tanggung. Akhirnya aku nekad untuk kaunseling di pejabat agama. Di pejabat agama, dia bawa mak ayah dia juga.

Selepas kaunseling ayah dia datang nak pukuI aku. Aku betul – betul tawar hati. Beberapa kali aku failkan permohonan cerai tapi dia tak nak lepas. Akhirnya aku buat permohonan fasakh. Alhamdulilah akhirnya aku bebas dan menjadi janda anak 1 di usia 32 tahun.

Tapi hal yang paling aku tak suka, bila balik rumah mak, mak marah aku buat keputvsan terburu – buru. Dia malu sebab dia yang carikan j0doh kemudian aku minta lepas. Semua orang kampung bercakap hal kami, kahwin sekejap dan cerai.

Ya allah, h4ncur sangat hati aku sebab tiada yang memahami. D3rita demi d3rita aku tanggung. Aku ada luahkan pada adik, aku dah ikut cakap mak untuk kahwin. Sekarang aku nak cerai aku terp4ksa buat keputvsan sendiri sebab tak tahan lagi.

Tapi aku tak sangka adik aku tambah – tambah cerita aku kutuk mak. Mak halau aku dan anak yang masih kecil dan tak nak ambil tau apa jadi lagi. Kini aku tenang sebab dah minta tukar jauh dari negeri mereka. Aku syukur ada keluarga angkat yang baik sering jaga dan tengok anak aku.

Mak masih marah aku sebab ada yang mengapi – apikan dia. Setiap kali aku balik tengok mak ayah di kampung, aku akan diser4ng dan diherdik sebagai anak derh4ka oleh keluarga aku. Hanya ayah yang diam tak kata apa – apa.  Aku hilang semangat dan tiada tempat lagi, hanya telatah anak aku yang menghiburkan aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.