Aku terp4ksa jaga anak adik ipar tanpa bayaran, bila merungut suami kata aku berkira nak jaga anak saud4ra

Aku seorang surirumah tapi aku terp4ksa jaga anak adik ipar tanpa bayaran apa – apa. Aku penat dan teringin nak pegang duit sendiri. Setiap kali aku cakap dengan suami hal ni, dia akan marah dan tengking – tengking. Kalau kami g4duh, suami akan h4ntukkan kepala dia dekat pokok besar sampai berd4rah – d4rah…

#Foto sekadar hiasan. Maaf, aku memang tak berkerja. Tak macam isteri yang berkerja di luar sana yang boleh membantu para suami. Anda beruntung sangat diberi peluang itu. Macam aku, aku suri rumah sepenuh masa. Duduk pulak dengan keluarga mertua. Suami ada bisnes sendiri. Bab nafkah Alhamdulillah masih cukup walaupun tiada sesen duit yang aku pegang. Tapi! apa aku mintak dia bagi tanpa berkira apa. Cuma duit saja tak kasi aku pegang.

Yang aku nak ceritakan bukan itu, tapi penat lelah aku di rumah ini. Memang benar, tak elok orang kata duduk serumah dengan mertua. Betul. aku tak nafikan itu. Memang pada awalnya kami rancang nak duduk asing. Rumah kami kalau ikutkan depan rumah mertua saja, itu tak kisahlah janji jangan serumah, kan? Rumah kami kawasan taman. Tapi semua itu berubah bila pada masa itu, arw4h ayah mertua aku meninggaI dunia akibat kemaIangan. Jadi tinggallah mak mertua aku seorang diri.

Memandangkan suami aku yang sulung lelaki, takkanlah aku nak suruh suami sendiri jadi anak derh4ka? Mestilah tak jadi pindah rumah dan aku telan saja kepahitan selama 5 tahun duduk sini. Segala kerja aku buat, siang malam tanpa henti. Tambah pulak siang aku jaga anak buah aku, anak kepada adik ipar perempuan. Dia berkerja. Tapi aku jaga anak dia tanpa bayaran apa – apa. Aku merungut penat jaga budak kecik, aku nak keluar bekerja. Aku perlukan simpanan aku sendiri jugak. Itulah rungutan hati kecil aku.

Tapi bila aku luahkan pada suami, apa aku dapat dari dia, “SIAPA NAK JAGA BUDAK TU?” TAK ADA ORANG NAK JAGA! TAKKAN NAK SURUH UMI JAGA? UMI TU S4KIT LUTUT! DUDUK RUMAH JELAH JAGA BUDAK TU BUKAN BUAT APA PUN!

Luluh hati aku. Aku ni manusia tau bukan robot, tambah pulak jaga anak orang tanpa bayaran. Bila setiap kali aku cakap, laki aku mesti kata aku ni berkira nak jaga anak saud4ra dia. Duit aku tak ada nak pegang. Nak ke kedai semua kena tunggu laki aku balik. Duduk kat rumah semua aku buat kerja. Semua jenis baju kalau lipat jangan ada kedut sikit je. kena bebeI la aku.

Malam – malam laki aku keluar jumpa kawan, sedihnya hidup aku. Apa perlu aku buat ye? Setiap kali aku mintak dengan laki aku nak kerja, mesti dia marah tengking – tengking aku dan risaukan anak buah dia tak ada orang nak jaga. Tu masalah mak bapak dialah, apasal aku pulak!

Sambungan.. Aku memang betul satu sen pun tiada pegang duit. Setiap kali aku minta hanya RM20, pasti suamiku beri pelbagai alasan. Dan tanya, kenapa dan nak buat apa dengan duit tu. Ya betul. ada yang cakap memang penat kita nak apa mintak dengan suami. Banyak kali mintak, memang penat. Dan aku juga pernah tegaskan hal – hal macam ni. Jangan cakap aku tak pernah keraskan hati, member0ntak! Banyak kali aku cuba lari. Tapi suami aku, dia buat giIa dia bila aku lari. dia h4ntukkan kepala dia pada pokok besar masa itu sampai berd4rah – d4rah.

Aku? mestilah rasa serba salah. takut. Ya setiap kali aku g4duh, suami aku akan lakukan macam tu. Mesti dia akan berkata, “macam – macam dah aku buat untuk kau. apa kau nak aku bagi.” Memang betul, aku berterima kasih pada hal itu. Tapi aku cuba bagitahu, aku penat. Aku nak sedikit beIas kasihan pada dia, tapi tak ada min. Dia tetap cari salah aku sebab aku isteri tak bersyukur katanya.

Kami kalau g4duh, memang aku yang asyik mengalah. Dia asyik cakap, “APA YANG AKU NAK SEMUA DIA BAGI.” Lagi satu apa yang aku minta pada dia bukan barang – barang keinginan aku pun, semua barang yang aku minta adalah barang dapur. Ya barang dapur. Tiada pernah aku meminta apa – apa selain tu. Walaupun aku tahu dia mampu je nak bagi. Tapi bagi aku, aku rasa terbeban.

Ada yang kata kenapa aku tak lari. Aku dah jawab pertanyaan korang. Aku LARI banyak kali. Tambah aku tak ada anak lagi senang nak lari. Malam suami aku memang tak lekat kat rumah, setiap hari berjumpa kawan. Dan dia pasti marahkan aku kalau aku lari pada waktu malam sebab nanti mak mertua aku tinggal sorang – sorang dekat rumah. Dia akan buat apa pada aku kalau jadi apa – apa kat mak mertua aku. Tapi di mana dia bila mertua aku bercuti dengan adik ipar aku, dan aku keseorangan di dalam rumah pada waktu malam. Tak ada pun dia nak hirau, dia tinggalkan aku terus berjumpa kawan – kawan hingga lewat malam. Sedangkan aku seorang diri je dekat rumah.

Maaf sekali lagi. Aku bukan seorang yang tak boleh meniaga ONLINE, pernah tapi suamiku hemp4skan telefon aku. Dia takut kalau apa kawan dia kata sampai aku jadi DS mana – mana produk sedangkan suami aku ni ahli bisnes. Itu saja c0retan aku. Terima kasih pada yang simpati pada aku. Semoga aku terus tabah. aku anak yatim piatu dibesarkan di rumah anak yatim dan tiada sed4ra mara. Yang ada kawan – kawan rapat tapi mereka semua sudah berkahwin. Sebab itu aku perlu bekerja tapi dimarahi pula.

Memandangkan aku bukan jenis suka mewujudkan perg4duhan, bila sebut baik – baik nak berkerja ada saja suami aku marah, sampai ced3rakan diri dia sendiri. Aku rasa aku kalah bila dia begitu. Terima kasih pada yang sudi baca kisah aku. Aku sangat tertekan, bila aku bersuara jadi bod0h sebab terlalu takut suami aku apa – apakan diri dia. Aku buntu kawan – kawan, aku bukan minta duit atau sumbangan dari kalian. Tapi aku pinta, tolong doakan aku supaya tidak melakukan hal luar kawalan, tolong. Aku tahu kita orang islam, ada iman dan jangan sekali – kali bunvh diri. Aku takut itu yang terjadi. Terima kasih banyak – banyak sudi baca kisah aku.

Komen Warganet :

Faliza Wati : Sedih plak saya baca. Dah lah anak yatim piatu tak ada keluarga, dapat plak suami macam tu. Mentua pun satu hal. Nak cakap macam mana lagi ye. Sis  bacalah komen – komen kitorang satu – satu dalam ni mana yang boleh sis ikut, dengar ke atau buat. Sebab lain orang lain pikiran dan pendapat. Bagi saya pula, tak perlu rasa serba salah apa dia nak buat pada diri dia. Sis sibuk kesiankan dia tapi fikir balik, dia kesian kan sis ke?

Jangan mentang – mentang sis tak ada kelurga, ikut suka dia nak buat apa. Lantak dia lah sekali pun dia mandi dar4h sendiri, jangan sis yang buat. Itu pendapat sayalah kan. Sesiapa pun kita mesti nak hidup bahagia dengan pasangan tapi kalau sudah tak serasi jangan bebankan diri. Jangan p4ksa diri, sayangi diri sendri dulu, baru sayangi pasangan.

Aznita Mat Junus : Saya faham, kalau dia cerai dengan laki dia macam mana nak hidup. Masa lari tu nak tinggal dekat mana. Takkan nak duk tepi jalan, dah duit tak ada satu sen. Dah la family tak ada. Akak nasihat minta duit RM20 tu simpan, bila cukup RM1000 lari la, duit tu buat sewa rumah atau bilik. Lepas tu cari kerja, memang akan susah la sebulan minta RM20, cuba minta setiap hari, lama – lama banyaklah.

Dengan tak ada duit, tak ada family memang susah nak lari. Baik awak kumpul duit dulu baru lari. Kalau suami kata nusyuz pun tak apa sebab tak ada kesan apa – apa dalam hidup. Kalau dia m4ti lagi senang dik, harta suami adik akan dapat 1/8. Biarlah dia nak bunvh diri dia, harta dia kau yang dapat. Terlepaslah beban. Kumpul duit dulu baru lari ya.

Sarina Mamat Kia : Kita sebagai isteri nak juga merasa pegang duit. Takkan lah nak beli aiskrim sebatang pun kena tunggu laki balik. Jaga anak buah tu pun kira bekerja jugak kan. Sepatutnya adik ipar bayar la duit, mana boleh macam tu. Anak dia hempas kat kita, dia cukup bulan boleh gaji, kita boleh apa? Boleh penat je. Kalau laki bagi duit ribu riban dekat kita, ok lah jugak.

Ilal Adnin : Puan, tak kisah lah dia nak hantuk kepala sampai pecah pun tapi kenapa puan masih sayang dan serba salah nak tinggalkan suami? Ps1ko betul suami puan ni, tak normal tau. Sanggup risikokan diri tinggal dengan lelaki macam tu? Hanya iman dan sabar yang boleh selamatkan puan kalau puan masih nak stay dengan suami. Pilihan di tangan puan, fikirkanlah..

Mia Suleiman : Ya rabbi. Maaf, bagi pendapat saya suami puan dan puan perlukan pertolongan dan jumpa pakar psych0th3rapy. Memang ada lelaki jenis macam ni , dia buat macam tu sebab dia tau bila buat dengan hent4k  – hentakkan kepala kat pokok puan akan takut dan dengar cakap suami puan. Kasihan lah diri puan sendiri, cuba fikir bila puan ada anak sendiri lagi susah kalau nak berpisah, keputvsan sekarang di tangan puan, bagi saya perasaan sayang dalam situasi puan ni sangat tak relevan. Semoga urusan puan dipermudahkan, amin insyallah. Banyakkan baca ayat pelembut hati buat suami, solat istiqarah, jaga solat. Ingat, jangan letakkan cinta pada manusia melebihi Allah swt

Mohd Ali Jaafar : Part jaga mertua tu, dikira sebagai peng0rbanan. Tapi part jaga anak buah tu adalah terk0rban namanya. Adik Ipar dan suami kau memang tak ada hati perut langsung. Baik kau buat – buat s4kit dan munt4h – munt4h, mer4cau skali sekala, munt4h serata – serata rumah, biar mereka pulak fikir supaya kau cepat – cepat keluar menyewa di rumah lain. Lakonkan elok – elok sehingga berjaya..